rumusan

3
Rumusan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mementingkan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif agar bersesuaian dengan perkembangan semasa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pula merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. PPPM bertujuan untuk menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat dan negara yang semakin berdaya saing. Oleh sebab masyarakat pada abad ke-21 ini perlu menghadapi perkembangan global dan dunia tanpa sempadan, jadi pendidikan memain peranan penting untuk malahirkan warganegara yang berinovatif, berilmu pengetahuan dan mampu menguasai kemahiran TMK. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) memenuhi kehendak PPPM Gelombong 1 (2013-2015) yang menyatakan mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Dengan penambahbaikan pelaksanaan pengajaran seperti flipped learning, pembelajaran elektronik dan pembelajaran berasaskan projek mampu meningkatkan kualiti pengajaran dalam abad ke-21 yang memerlukan modal insan inovatif dan kreatif. Ketiga-tiga strategi pengajaran yang berinovatif akan membantu pelajar untuk berkembang dari segi intelek, emosi dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan berpusatkan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar pelbagai kemahiran seperti kemahiran TMK, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi dan lain- lain lagi. Selain itu, daya kreativiti para pelajar turut akan dipertingkatkan kerana pelajar bebas untuk belajar dengan pelbagai kaedah dengan melakukan penerokaan untuk mencari maklumat. Dengannya strategi pengajaran inovati fdapat memenuhi keperluan PIPP yang bermatlamat memberi pendidikan yang berkualiti untuk semua warganegara. Hal ini dapat menjayakan transformasi pendidikan agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di podium antarabangsa. Dengan menggunakan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif, guru-guru boleh melahirkan individu yang bertaraf dunia yang dapat bersaing dengan kanak- kanak di negara maju. Hal ini kerana kanak-kanak yang menjalankan

Upload: chiam-jia-ying

Post on 25-Jan-2016

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: rumusan

Rumusan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bertujuan untuk meningkatkan

taraf pendidikan dan mementingkan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif

agar bersesuaian dengan perkembangan semasa. Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) pula merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. PPPM bertujuan untuk

menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan supaya

dapat memenuhi keperluan masyarakat dan negara yang semakin berdaya saing.

Oleh sebab masyarakat pada abad ke-21 ini perlu menghadapi perkembangan

global dan dunia tanpa sempadan, jadi pendidikan memain peranan penting untuk

malahirkan warganegara yang berinovatif, berilmu pengetahuan dan mampu menguasai

kemahiran TMK. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) memenuhi kehendak

PPPM Gelombong 1 (2013-2015) yang menyatakan mengubah sistem dengan memberi

sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Dengan

penambahbaikan pelaksanaan pengajaran seperti flipped learning, pembelajaran

elektronik dan pembelajaran berasaskan projek mampu meningkatkan kualiti pengajaran

dalam abad ke-21 yang memerlukan modal insan inovatif dan kreatif.

Ketiga-tiga strategi pengajaran yang berinovatif akan membantu pelajar untuk

berkembang dari segi intelek, emosi dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan akan berpusatkan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar

pelbagai kemahiran seperti kemahiran TMK, kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran berkomunikasi dan lain-lain lagi. Selain itu, daya kreativiti para pelajar turut

akan dipertingkatkan kerana pelajar bebas untuk belajar dengan pelbagai kaedah

dengan melakukan penerokaan untuk mencari maklumat. Dengannya strategi

pengajaran inovati fdapat memenuhi keperluan PIPP yang bermatlamat memberi

pendidikan yang berkualiti untuk semua warganegara. Hal ini dapat menjayakan

transformasi pendidikan agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di podium

antarabangsa. Dengan menggunakan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif,

guru-guru boleh melahirkan individu yang bertaraf dunia yang dapat bersaing dengan

kanak-kanak di negara maju. Hal ini kerana kanak-kanak yang menjalankan

pembelajaran di bawah strategi yang inovatif akan membina kemahiran yang pelbagai

dan akan mengaplilasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupanya.

Page 2: rumusan

Rujukan

Laman Web

Muchlisin Raidi. (2014, Jun 17). Pengertian E-learning. Retrieved Julai 26, 2015, from http://www.kajianpustaka.com/2014/06/pengertian-karaktiristik-dan-manfaat-elearning.html

Nur Fitriyana Ulfa. (2014, Mei 1). Strategi Flipped Classroom. Retrieved Julai 24, 2015, from https://nurfitriyanaulfamath.wordpress.com/2014/01/05/strategi-flipped-classroom/

Shamsina Shamsuddin. (2012, Julai 19). Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran Berasaskan Projek. Retrieved Julai 21, 2015, from http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/07/kaedah-projek.html

Buku Rujukan

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Norain binti Md.Nor. (2014). Guru dan Cabaran Semasa. Sungai Petani: Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Suki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.