rumusan

9

Click here to load reader

Upload: nur-atiqah

Post on 22-Jul-2015

114 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan

RUMUSAN

PANDUAN RUMUSAN BAHASA MELAYU SPM

Proses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan. Proses mengasingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti. Panjang rumusan mestilah mematuhi arahan ( tidak melebihi 120pp) Jumlah isi minimum ( tersurat dan tersirat ialah 8 dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata) Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Rumusan sebaik-baiknya ditulis dalam 4 peranggan iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan

kesimpulan.

PENDAHULUAN

Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat. a. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat. b. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya. • Faktor / sebab / punca/ elemen • Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah • Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan • Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah • Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas. • Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan/pendekatan / strategi/modus operandi CONTOH SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor (KATA KUNCI

ISI TERSURAT) penderaan pembantu rumah dan kesan (KATA KUNCI ISI TERSIRAT) penderaan terhadap

mereka. 1. Menulis frasa pendahuluan CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/menyatakan ……… Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab penderaan pembantu rumah di negara kita

pada masa ini.

ISI TERSURAT • Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan/ teks dan dapat dikesan berdasarkan arahan soalan. • Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor. • Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi tersurat. • Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan. • Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja. • Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat

sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal. • Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap. • Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan -perkataan yang berikut, jika digunakan

dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut) Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat `1. Punca = Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang / 2. Kesan = Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan / menyebabkan /

membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya. 3. Langkah = Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib

Page 2: Rumusan

Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat -ayat petikan , pelajar boleh juga

menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda Wacana sebagaimana jadual yang

berikut: Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan 1. Walaupun… / Namun begitu. Pertentangan maklumat 2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan 3. Natijahnya, akibatnya, Kesan 4. Juga, malahan Kesinambungan 5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab

ISI TERSIRAT • Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan • Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan

yang munasabah. Contoh : Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan. • Jumlah isi tesirat adalah 2 atau 3 isi, tetapi markah maksimum hanya 4 markah.

KESIMPULAN • Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan . • Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata...

mestilah/ haruslah / hendaklah. • Unsur kedua ialah menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ...

agar / supaya Contoh : Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera

agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi tersirat )

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK ) Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci ) ........................

Antara ( Kata tugasan S ) ialah / adalah......... S1............. ...... dan ......... S2 ................ . Selain itu,

……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan …………

S6……………………

Antara ( Kata tugasan T ) ialah/adalah………………T1………………................. dan

……………............. T2 ................................................

Page 3: Rumusan

JEJAK SPM 2013 : Panduan Menulis Rumusan Tepat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera ,

Cikgu mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

kepada semua pelajar yang beragama Islam.

Cikgu juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM bagi

pelajar-pelajar tingkatan lima di SMK Dato' Syed Esa khususnya dan seluruh

negara amnya. Semoga semua pelajar telah pun membuat persediaan yang

rapi.

Kali ini cikgu akan fokus pada soalan rumusan SPM kerana soalan ini

merupakan LUBUK MARKAH dalam kertas 2 Bahasa Melayu SPM.

Pelajar mampu mendapat markah penuh 30 markah bagi soalan ini jika

pelajar berjaya mengemukakan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan

kesimpulan dengan teknik yang tepat. Perkara ini bukanlah sesuatu yang susah

untuk diperoleh.

Malahan sekiranya pelajar tidak dapat mengemukakan isi tersirat sekalipun,

pelajar masih mampu memperoleh 24/30 markah jika berjaya mengemukakan

pendahuluan, isi tersurat, dan kesimpulan dengan betul.

Di sini cikgu kongsikan panduan penting untuk perhatian pelajar terutama ketika

mengulang kaji menjelang peperiksaan.

Ulasan skema pemarkahan soalan rumusan SPM November 2012.

Tips dan panduan untuk mendapat markah maksimum untuk soalan

rumusan

Rujuk Soalan Rumusan SPM NOV 2012

Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan

tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan

kesihatan kepada negara kita Panjangnya rumusan hendaklah tidak

melebihi 120 patah perkataan.

Page 4: Rumusan

Terdapat sedikit perubahan format menjawab soalan rumusan pada soalan SPM

NOVEMBER 2012 iaitu pada bahagian pendahuluan

Pendahuluan:-

a) Mengubah kata kunci dengan perkataan yang sinonim + frasa tambahan

berkaitan dengan tema keseluruhan petikan. (lebih mudah)

Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema

Petikan Frasa Tambahan **

Petikan

membincangkan

punca/ sebab/

alasan pemilihan Malaysia

sebagai destinasi pelancongan

kesihatan

(1 markah)

berbanding dengan

negara lain/ di peringkat

Asia Tenggara/di

peringkat Dunia

( 2 markah)

b) Pengenalan berdasarkan tema keseluruhan petikan rumusan:-

Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan

Tema Petikan

Frasa Tambahan **

Petikan

membincangkan keistimewaan /

kelebihan Malaysia

sebagai

destinasi pelancongan

kesihatan (1 markah)

berbanding dengan negara

lain/ di peringkat Asia

Tenggara/di peringkat Dunia.

( 2 markah)

Cara mengesan tema:

Tema merupakan isu atau persoalan pokok atau utama yang diberi tumpuan

atau diperbincangkan dalam teks. Contohnya, dalam petikateks bertajuk faktor-

faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan

kesihatan anda boleh melihat keseluruhan teks membicarakan

tentang keistimewaan atau kelebihan destinasi pelancongan kesihatan

di Malaysia. Oleh sebab itu, frasa untuk kata kunci yang digunakan

ialah keistimewaan/kelebihan. Justeru, pelajar perlu melakukan

banyak latihan untuk menguasai kemahiran mengesan tema dalam

sesuatu teks.

c) Pendahuluan 1 m

Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema

Teks

Frasa Tambahan

Page 5: Rumusan

Petikan

membincangkan

punca/ sebab/

alasan pemilihan Malaysia

sebagai destinasi pelancongan

kesihatan

di Malaysia ( 1 markah)

** Tidak menunjukkan

perbandingan

dengan negara lain.

d) Pendahuluan 1 m

Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan

Tema Teks

Frasa Tambahan

Petikan

membincangkan

keistimewaan /

kelebihan Malaysia

sebagai

destinasi pelancongan

kesihatan

di Malaysia. ( 1

markah)

** Tidak menunjukkan

perbandingan

dengan negara lain.

e) Pendahuluan 0 m

Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema

Teks

Frasa Tambahan

Petikan

membincangkan faktor pemilihan Malaysia

sebagai destinasi pelancongan

kesihatan.

(**Istilah faktor tidak

diubah)

di Malaysia ( 0 markah)

f) Pendahuluan 0 m

Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan

Tema Teks

Frasa Tambahan

Petikan teks

membicarakan

keistimewaan /

kelebihan Malaysia

sebagai

destinasi pelancongan**

di Malaysia. ( 0 markah)

Page 6: Rumusan

(**pelancongan umum

tidak merujuk kepada

pelancongan

kesihatan.)

Panduan menulis Pendahuluan: (Target 2 markah) (rujuk perbincangan di atas)

Isi Tersurat: (Target 12 markah penuh)

1. Kemukakan sekurang-kurangnya 6 isi( lebih mudah kerana isi ada dalam

petikan soalan)

2. Boleh disalin terus dari petikan (tinggalkan huraian & contoh)

3. Salin isi tersurat dengan lengkap. Jangan meninggalkan perkataan sesuka

hati.

4. Tulis satu isi dalam satu ayat.

Contoh: (rujuk soalan rumusan SPM Nov 2012)

isi tersurat 1 - kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di

peringkat antarabangsa. (kalau tiada perkataan di peringkat antarabangsa +

0m)

isi tersurat 4 - mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.

(tiada perkataan di dunia + 0m)

isi tersurat 8 - pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan

pelbagai pilihan penginapan. (tiada perkataan swasta +0m)

Kesimpulan: (Target 2 markah penuh)

1. Mulakan dengan frasa 'Kesimpulannya....'

2. Menggunakan satu ayat sahaja

3. Tulis dalam perenggan keempat

4. Mesti jelas dua bahagian iaitu cadangan+rasiona lnya..

menggunakan kata hubung 'agar'

5. mesti merujuk kepada tema soalan

Contohnya:

Setiap rakyat hendaklah bekerjasama untuk memajukan industri

pelancongan kesihatan agar Malaysia terus menjadi perhatian para

pelancong asing (tepat)

Page 7: Rumusan

Setiap rakyat hendaklah bekerjasama untuk memajukan industri

ini agar Malaysia terus menjadi perhatian para pelancong asing

(0 markah)

PANDUAN FORMAT PENULISAN RUMUSAN YANG TEPAT

a) Tulis dalam empat perenggan

iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan

- Rasionalnya ialah untuk memudahkan pemeriksa untuk mengenal pasti

isi di setiap perenggan. Kita mudahkan pemeriksa ...pemeriksa mudah memberi

kita markah.

b) Jumlah perkataan jangan melebihi 120 patah perkataan.

- Perkataan yang melebihi 120 perkataan itu akan dipotong dan tidak akan

diperiksa oleh pemeriksa. Alangkah ruginya jika ayat/perenggan yang tidak

diperiksa itu mengandungi isi tersirat dan kesimpulan. Walaubagaimanapun,

jika tidak dapat dielakkan maksimum 5 patah perkataan yang melengkapkan

ayat terakhir itu masih diterima.

c) Mulakan setiap perenggan dengan frasa yang tepat dan jelas.

Contoh

Perenggan 1- Pendahuluan

Petikan membincangkan punca/ sebab/ alasan pemilihan Malaysia

sebagai destinasi pelancongan kesihatan di peringkat antarabangsa

Perenggan 2 - Isi tersurat

Antara faktornya/faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan kesihatan

ialah ..........................................................................

Page 8: Rumusan

Perenggan 3 - Isi Tersirat

Antara faedahnya kepada negara ialah............

Perenggan 4 - Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah ....................

agar.............................................................

Panduan

Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)

Fokus Utama maksud

Masalah

Kekangan

Halangan

Rintangan

cabaran

Faktor Punca

Sebab

Perkara yang menyebabkan

Kepentingan Keperluan

Kebaikan

Faedah

Manfaat

Kelebihan

Keistimewaan

Langkah Alpukah

Strategi

Kaedah

Cara

Page 9: Rumusan

Tindakan yang perlu diambil

Peranan Tugas

Tanggungjawab

Kewajipan

Tujuan Matlamat

Objektif

Motif

Kesan Akibat

Impak

Implikasi

Keburukan Kesan negatif

Kesimpulannya, pihak sasaran mestilah/ haruslah ( cadangan : menyokong/ membanteras/ menangani

terhadap isu ) supaya/ agar ( kesan/ alasan ) isi tersirat.

(jumlah perkataan )