rujukan 1

28
KAJIAN FONETIK 1) Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi 2) Sifat bunyi atau fonetik akustik 3) Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori Fonemik: Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Fonem: Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya katabayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem

Upload: ajeerah-nur

Post on 06-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

KAJIANFONETIK

1) Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi 2) Sifat bunyi atau fonetik akustik 3) Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori

Fonemik: Fonemikialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa,iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyibahasa itu.Fonem:Fonemialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.Misalnya katabayangdanlayang.Bunyinya hampir sama.Yang berbeza hanya [b] dan [l].Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu.Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem.Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan //.Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem yang berasingan.tabah-tapahtekak-tegaksabun-sabungbaru-baluwang-bangsiang-tiangPasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakanpasangan minimalataupasangan terkecil.Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakanalofondari satu fonem.Keadaan ini disebut variasi ataukelainan bebas.Contoh:/faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.Fonem Vokal:Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, //, /e/, /u/, /o/.Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannyadengan menggunakan transkripsi fonetik.Bil.FonemPenyebaran (gunakan transkripsi fonetik)

AwalTengahAkhir

1./a/[abu][sah][uda]

2./e/*

3./e/*

4./i/

5./o/

6./u/

* Fonem /e/ di atas terdiri daripada /e/ pepet dan /e/ taling.Kenal pasti yang mana bentuk /e/ bagi perkataan emas dan yang mana cerek.

Fonem Konsonan:Terdapat25 fonem konsonan dalam bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam jadual. Lengkapkanlah jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannyadengan menggunakan transkripsi fonetik.

Bil.HurufFonemPenyebaran (gunakan transkripsi fonetik)

AwalTengahAkhir

1.b/b/[buku][tebu][adab]

2.c/c/

3.d/d/

4.f/f/

5.g/g/

6.gh/x/

7.h/h/

8.j/j/

9.k/k/

10.kh/x/

12.l/l/

13.m/m/

14.n/n/

15.ng/n/

16.ny/n/

17.p/p/

18.q/q/

19.r/r/

20.s/s/

21.s/s/

22.t/t/

23.v/v/

24.w/w/

25.z/z/

Alat Artikulasi (Artikulator):Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat.Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah.Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan.Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

1.bibir atas2.bibir bawah3.gigi atas4.gigi bawah5.gusi6.lelangit keras7.lelangit lembut8.anak tekak9.hujung lidah10.hadapan lidah11.tengah lidah12.belakang lidah13.akar lidah14.epiglottis15.pita suara16.rongga tekak17.rongga hidung18.rongga mulut19.rahang

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya.Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini. Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru? Ya, mungkin berlaku pada pita suara.Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara.Membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang.Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan.Ruang yang renggang itu dipanggilglotis. Apakah perananpita suaraketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa?Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4).Keadaan initerjadi pada waktu bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/,iaitubunyi tidak bersuara.Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5).Udara tidak dapat keluar,tetapi boleh menghasilkanbunyi letupan glotis/?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pitasuara bergetar.Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagaibunyi bersuara.Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara. Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak.Dari rongga tekak udara boleh keluar melaluirongga tekak (oral)ataurongga hidung (nasal).Manakala lelangit manusia terbahagi dua.Di sebelah depan dinamakanlelangit kerasdan di bahagian belakang, dikenali sebagailelangit lembut.Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak.Lelangit lembut dananak tekakboleh digerak-gerakkan.Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung.Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral.Oleh itu a ialahbunyi oral.Bunyi nasalpula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung.Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.Fonem Segmental:Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting yang menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan organ sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.Bunyi Vokal:Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.Rajah 3 memperlihatkan kedudukan bunyi vokal.Vokal Hadapan:Waktu menyebut bunyi akhir dalam katageli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.Antara depan lidah dan lelangitkeras itu terdapatsaluran sempit untuk udara keluar.Huruf akhir pada perkataangeli, dilambangkan [i].Lambang ini [ ] ialah lambang fonetik.Manakala bunyi [e] pada perkataanelok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].

Selepas anda menyebut bunyi [i],pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a].Anda akan merasakan bahawa tulang rahang turun.Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan.Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagivokal belakang, sebutlah bunyi akhir dalam katabatu.Vokal ini ialah vokal [u].Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut.Cuba letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o].Pasti ada perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah darimenghasilkan bunyi [u].

Rajah 4:Kedudukan rahang/bibir, lidah ketikamenghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].Vokal tengah[] :Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu, iaitu [].Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit.Bibir dihamparkan.Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [dan].Vokal dinasalkan:Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui rongga oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu ketika lelangit lembut diturunkan.Vokal ini ditandakan dengan [~] atas lambang vokal.Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan.Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].Diftong:Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.Dalam penghasilannya, terdapat cirigeluncurantetapi ada satu puncak.Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada Rajah 5:

Rajah 5:Pergerakan lidah untuk membunyikan diftongYang pertama ialah diftong [ai].Pada masa ini bahagian depan lidahmula-mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].Yang kedua pula ialah diftong [au].Pada masa inidepan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula.Contoh, [pulau].Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].Konsonan:Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Rajah 5:Carta konsonanbahasa MelayuKonsonan Letupan:Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggilletupan.Konsonan [p] dan [b]:Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar.Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].Penghasilan konsonan ini dinamakanletupan dua bibir tak bersuarakerana pita suara tidak bergetar.Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialahletupan dua bibir bersuara[b].Konsonan [t] dan [d]:Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan.Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t]letupan gusi tak bersuara.Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyiletupan gusi bersuara[d].Konsonan [k] dan [g]:Bunyiletupan lelangit lembut tak bersuara[k] danletupan lelangit lembut bersuara[g].Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara.Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung.Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.Konsonan [c] dan [j]:Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.Hentian [?]:Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.Konsonan geseran[s]-Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan.Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyigeseran gusi tak bersuara.[h]-Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyigeseran glotis tak bersuaraakan dihasilkan.Konsonan getaran[r]-apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar.Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.Bunyi yang terhasil dinamakan bunyigetaran gusi bersuara[r].Konsonan getaran[l]-hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara.Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.Udara keluar melalui tepi-tepi lidah.Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyisisian gusi bersuara[l].Konsonan sengauan (nasal):Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu.Apakah yang membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.[m]-dua bibir dirapatkan untuk menhasilkansengauan dua bibir bersuara[m].[n]-hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkansengauangusi bersuara[n].[n]-tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyisengauan lelangitkeras bersuara[n].[n]- belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkansengauan lelangitlembut bersuara[n].Separuh Vokal:Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal,kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak dan membuat luncuran.Ada dua jenis bunyi separuh vokal.Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yanglain.Bunyi ini dinamakanseparuh vokal dua bibir bersuara.[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerakkepada kedudukan vokal yang lain.Bunyi ini dinamakanseparuh vokal lelangit kerasbersuara.Konsonan Pinjaman:Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam.Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z].Walaubagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehinggaapabila udara melalui terdapat geseran.Lelangit lembut dinaikkan.Pitasuara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyigeseran bibir gusitidak bersuara.Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yangmenghasilkan bunyigeseran bibir gusi bersuara.[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s].Membunyikan [z] berbeza apabila pitasuara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakangeseran gusibersuara.[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkanke lelangit keras.Pita suara tak bergetar.Geseran yang dihasilkan dinamakangeseran gusi lelangit keras.Fonem Suprasegmental:Unsur-unsur bahasayang kita bicarakan sebelum ini ialah unsur-unsur segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada.Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata.Kata-kata itu diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek.Unsur-unsur ini dinamakansuprasegmental.Tekanan:Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //.Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/.Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.3

2

Nada:Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan.Nada ditandai olehnombor-nombor 1rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali.Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1.Contoh:Sayahendakbalik.Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik.Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.Jeda:Jeda juga disebut sebagaipersendianialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # .Unsur ini boleh membezakan makna.Contoh: [#saya makan nasi ema?#]adalah berbeza maknanya dengan ayat[#saya makan nasi # ema?].Panjang-pendek:Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakanmora.Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora.Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora.Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna.

1.Abdullah Hassan (1984).Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, PetalingJaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.2.Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997).Pengajian Melayu 1, PetalingJaya: LongmanMalaysia Sdn. Bhd.3.Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006).Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:PTS Professional Sdn. Bhd.4.Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985).Kajian Bahasa untuk Pelatih MaktabPerguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd