bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta rujukan

83
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh golongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan awal kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak

Upload: yusnia92

Post on 11-Aug-2015

582 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-

an. Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh

golongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan

awal kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang

kurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan

pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak

penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara

optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini

sesuai dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat

deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada

peringkat ini kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek,

sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk

perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.

Page 2: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

2

Biasanya kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak

akan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana kanak-kanak mudah

untuk menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Selain itu kanak-

kanak yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bersedia untuk

mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian

akademik yang lebih baik semasa di tahun pertama persekolahan (Halim, 1989).

Penyataan ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1989) yang mendapati

bahawa kanak-kank yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih

bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaitu

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010). Kurikulum ini

merupakan satu dokumen rujukan yang penting kepada pengusaha dan pendidikan di

peringkat awal kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

berkesan dan mengikut saranan yang ditetapkan.

KSPK digubal berkisarkan enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah

rendah dan sekolah menengah. Ia memberikan penekanan kepada standard kandungan

dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-

kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard

pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam

Tunjang Pembelajaran. Salah satu Tunjang Pembelajaran yang terlibat adalah Tunjang

Fizikal dan Estetika.

Di bawah Tunjang Fizikal dan Estetika terdapat dua perkara yang ditekankan

iaitu bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta bidang kreativiti.

Fokus utama yang melibatkan bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan

adalah perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kesihatan fizikal,

kesihatan persekitaran dan juga keselamatan.

Perkembangan kanak-kanak adalah satu pengajian yang merangkumi segala

aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan hingga remaja

(Rohani Abdullah, 2001). Kemahiran motor halus merupakan sebuah elemen penting

dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sejak mereka dilahirkan. Matlamat

Page 3: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

3

prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah mengarispandukan kepentingan

motor halus dalam kandungan objektif prasekolah iaitu kanak-kanak boleh menguasai

kemahiran motor halus dan asas motor kasar. Hal ini jelas menunjukkan signifikan

pendedahan kepada kemahiran motor halus kanak-kanak supaya mereka mahir dan

boleh bertindak lebih jauh ke hadapan. Kemahiran-kemahiran inilah yang menjadi

batu asas bagi kanak-kanak untuk memasuki pendidikan di peringkat yang lebih

tinggi.

Kemahiran dalam motor halus merupakan kemahiran penting yang perlu

dikuasai dari peringkat tadika atau taska lagi. Kanak-kanak yang boleh menguasai

kemahiran dalam motor halus dengan baik berada dalam keadaan yang selesa

berbanding kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran tersebut. Tidak dinafikan

kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran motor halus ketika di peringkat sekolah,

namun dengan pelbagai kekangan serta saiz kelas yang besar menjadikan ianya

sesuatu yang agak mustahil. Ini adalah kerana kebarangkalian untuk bimbingan

diberikan adalah dilakukan dengan tidak sempurna. Ini akan menyebabkan kanak-

kanak yang lemah dalam kemahiran motor halus kemungkinan akan berhadapan

dengan kesusahan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di peringkat tadika

atau prasekolah ini kerana kemahiran motor halus adalah asas yang perlu dikuasai

dalam mempelajari pelbagai bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan kerana masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat

menggunakan kemahiran motor halus mereka dengan baik. Kemahiran motor halus

melibatkan otot-otot kecil serta koordinasi mata. Kemahiran boleh ditingkatkan

melalui pendedahan aktiviti yang boleh merangsang kemahiran kanak-kanak. Namun

kemahiran menggunting masih di tahap kurang memuaskan. Kemahiran menggunting

adalah kemahiran yang memerlukan penumpuan kanak-kanak terhadap objek yang

digunakan serta objek yang digunting. Berpandukan kepada tahap perkembangan

fizikal yang digariskan dalam buku Kurikulum PERMATA Negara, kanak-kanak

berumur 3 hingga 4 tahun sudah mampu menggunting bentuk-bentuk yang mudah,

Page 4: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

4

namun kanak-kanak masih dilihat sukar untuk mengaplikasikan kemahiran ini yang

sepatutnya telah mampu mereka lakukan di peringkat lebih awal ini walaupun telah

berumur 5 tahun.

Sebelum melangkah ke alam pendidikan yang tinggi kemahiran atau

penguasaan kemahiran motor halus merupakan antara salah satu kemahiran penting

yang wajib dikuasai oleh kanak-kanak. Penguasaan yang baik dalam menggunakan

kemahiran motor halus adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah

sesebuah negara maju, ini kerana kanak-kanak yang sebegini lebih cepat dalam semua

bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah yang membolehkan mereka

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan cepat dan cemerlang.

1.3 Penyataan Kajian

Matlamat utama pendidikan prasekolah adalah memastikan kanak-kanak untuk

menguasai kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Keempat-

empat kemahiran ini perlu mereka kuasai sebelum mereka memasuki sekolah rendah

iaitu semasa mereka berumur empat hingga enam tahun. Menulis melibatkan

kemahiran motor halus yang baik dari peringkat awal lagi. Sesungguhnya, untuk

merealisasikan matlamat ini bukan mudah kerana proses pengajaran itu sendiri yang

amat kompleks.

Menurut Arasoo (1989), terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor

iaitu sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkembangan sistem saraf

pusat dan fungsi neurologikal. Kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-

kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor yang disebutkan. Namun yang

demikian, kemahiran motor kanak-kanak ini boleh ditingkatkan melalui latihan yang

bersesuaian. Penyelidik ingin melihat sejauh manakah tahap kemahiran motor halus

kanak-kanak dan apakah sebab yang menjadi batu penghalang terhadap

perkembangan kemahiran menggunting ini.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana tahap

penguasaan kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting.

Page 5: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

5

Kajian ini dilakukan terhadap kanak-kanak di Tadika Al-Hannah di Bandar Mahkota

Cheras bagi melihat tahap kemahiran kanak-kanak tersebut sama ada telah menguasai

atau belum menguasai kemahiran menggunting.

Penyelidik berharap melalui kajian ini dapat memberi gambaran lebih jelas

mengenai tahap kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam

menggunting. Seterusnya dapat membantu dalam membantu dalam merangka

rancangan intevensi atau pemulihan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan

kanak-kanak supaya sebarang kekurangan kanak-kanak dapat diperbaiki.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini secara amnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-

kanak 5 dan 6 tahun dalam kemahiran motor halus ketika menggunting. Secara

khususnya objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap perkembangan kemahiran motor halus kanak-

kanak lima dan enam tahun iaitu kemahiran menggunting.

ii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi masalah menggunting dalam

kalangan kanak-kanak.

iii. Memastikan adakah aktiviti yang dijalankan dapat membantu

meningkatkan kemahiran menggunting.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti

berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Di antara persoalan kajian yang terjawab

melalui kajian ini adalah seperti berikut:

Page 6: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

6

i. Adakah kanak lima dan enam tahun memiliki konsep dan asas

memegang gunting yang betul?

ii. Apakah faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting dalam

kalangan kanak-kanak terbatas?

iii. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

menggunting kanak-kanakdaripada lurus kepada bentuk-bentuk

kompleks?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan berguna kepada

penyelidik serta kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam merangka

langkah susulan meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak agar lebih

baik dengan menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran serta modul yang

digunakan apabila mengajar kanak-kanak tersebut.

Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mana-mana pihak yang

berminat untuk melaksanakan penyelidikan seterusnya.

Kajian seperti ini akan memberikan gambar yang lebih jelas mengenai tahap

keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak.

Selaras dengan matlamat dan objektif dalam pendidikan prasekolah untuk

membolehkan murid memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan

amalan kesihatan dan keselamatan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2003).

Page 7: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

7

1.7 Batasan Kajian

Batasan kajian adalah batasan-batasan yang digariskan oleh pengkaji dalam kajian ini.

Kajian ini tertumpu kepada pengaruh di tadika sahaja dan tidak mengambil kira

pengaruh atau latarbelakang ibu bapa serta persekitaran di rumah kanak-kanak. Tidak

dinafikan bahawa latar belakang keluarga serta persekitaran di rumah turut

mempengaruhi tahap penguasaan kanak-kanak. Namun kajian ini lebih memfokuskan

kepada bagaimana guru serta pihak pengurusan tadika untuk menyediakan

persekitaran dan pembelajaran yang positif dan kondusif agar tahap penguasaan

kanak-kanak dalam kemahiran menggunting atau motor halus dapat ditingkatkan. Ini

kerana hampir keseluruhan masa kanak-kanak adalah dihabiskan di tadika berbanding

di rumah.

Kajian ini melibatkan kanak-kanak yang terdiri 2 orang kanak-kanak daripada

lingkungan umur 5 tahun dan 2 orang kanak-kanak daripada lingkungan unur 6 tahun.

Oleh itu, keputusan kajian yang diperolehi adalah terhad kepada kanak-kanak yang

dipilih sahaja dan tidak dapat mewakili populasi yang lain.

Lokasi kajian ini hanyalah terhad kepada beberapa buah negeri sahaja iaitu

Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di

Terangganu. Ini bermakna penyelidik perlu memilih satu negeri dan daerah yang

mempunyai sekurang-kurangnya empat pengkaji lain. Maka, kos sara hidup adalah

terhad kepada hal-hal tertentu dan keutamaan sahaja.

Kajian yang dijalankan ini agak terhad dari segi masa kerana masa yang

diperuntukkan untuk kajian ini adalah selama 16 minggu sahaja. Begitu juga

kesesuaian waktu yang diberikan kepada penyelidik kerana proses penyelidikan ini

adalah pada akhir tahun dan awal tahun. Penyelidik perlu memilih umur sampel kajian

yang bersesuaian dengan tempoh waktu yang diberikan kerana pastinya akan

menghadapi kesukaran dalam mengumpul maklumat yang lebih terperinci dan

mendalam mengenai tahap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menggunting.

Oleh yang demikian skop kajian ini hanya melibatkan faktor-faktor di tadika sahaja

seperti yang telah dinyatakan sebelumnya dan mengambil kira pandangan yang

dinyatakan oleh kanak-kanak mengenai pengalaman mereka dalam menggunting.

Page 8: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

8

1.8 Definisi Operasional

Dalam proses menjalankan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami

secara menyeluruh dan jelas untuk menjayakan kajian ini. Pengertian istilah-istilah

tersebut ialah :

Perkembangan Fizikal

Berdasarkan kamus dewan, fizikal didefinasikan sebagai bukan dengan badan,

jasmani atau bukan dengan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Menurut

Rohani Abdullah (2001), perkembangan fizikal menurut beliau merangkumi

pertumbuhan fizikal iaitu perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan,

pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran pergerakan motor kasar dan motor

halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.

Kemahiran Motor Kasar

Pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan yang terbahagi

kepada dua iaitu lokomot dan bukan lokomotor.

Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus didefinasikan sebagai koordinasi pergerakan otot-otot kecil

pada sebahagian anggota badan iaitu keselarasan di antara jari-jari tangan dengan

mata seperti perlakuan menjentik, memegang, mengentel dan sebagainya.

Menggunting

Memotong dengan menggunakan gunting (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 9: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

9

Kanak-kanak

Kanak-kanak ditakrifkan sebgai semua individu yang berumur dari lingkungan 0

hingga 18 tahun.

1.9 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara terperinci mengenai latar belakang penyelidikan

yang berfokuskan kepada penyataan masalah yang menjadi pendorong kepada

penyelidik membuat kajian. Dalam bab ini juga telah dibincangkan oleh penyelidik

penyataan objektif, persoalan kajian, batasan kajian dan seterusnya definisi dan istilah

yang berkaitan.

Page 10: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain.

Ianya adalah berpandukan bahan-bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis

dan surat khabar. Kebanyakan buku yang digunakan serta jurnal yang dijadikan

sumber rujukan kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di perpustakaan.

Selain daripada bahan-bahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahan-

bahan yang diperolehi menerusi media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di

internet.

Sesebuah tinjauan literatur amat penting bagi seseorang pengkaji. Ia

memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.

Page 11: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

11

1.1. Definisi Perkembangan

Setiap yang hidup mengalami perubahan sama ada dari segi pertumbuhan mahupun

perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifa kualitatif (Atan Long,

1980). Perubahan ini tidak dapat diukur secara kuantiti seperti pertumbuhan yang

boleh diukur dengan kilogram bagi berat misalnya. Namun begitu perubahan dalam

perkembangan seseorang itu dapat dilihat jelas berlaku jika dibandingkan dengan

peringkat awal atau yang sebelumnya.

Menurut Crow & Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara

kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral

dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula perkembangan terhasil daripada tindakan

yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua

perkembangan sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku

mahupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-

sifat yang sejagat.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan

yang berlaku dalam warisan hayat iaitu baka dan organisasi kepada struktur organism

dalam keadaan yang saling berkaitan serta berhubung dengan pertambahan umur.

Secara ringkas perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling

berkaitan antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah

tertentu dan yang dijangkakan.

1.2. Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak berkembang menerusi beberapa aspek yang saling berhubung kait antara

satu samalain iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi, rohani dan sosial. Menurut

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal didefinasikan sebagai suatu

proses yang dialami dalam setiap individu yang melibatkan perubahan daripada segi

Page 12: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

12

perkembangan kemahiran psikomotor dan kemahiran tersebut memerlukan

penglibatan penggunaan anggota badan individu terbabit.

Menurut Hurlock (1978) pula, perkembangan fizikal adalah perubahan-

perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan secara

tidak langsung. Tingkah laku secara langsung ini bermaksud melalui perkembangan

fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu, contohnya

dalam permainan dan aktiviti luar.

Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz,

fizikal atau bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi

anggota badan dan perwatakan manusia. Semasa melalui proses pertumbuhan kanak-

kanak akan mengalami perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat

diukur, pertumbuhan ini dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan fizikal

kanak-kanak. Dalam proses perkembangan fizikal ianya agak berbeza dengan aspek

perkembangan yang lain yang tidak akan terhenti, perkembangan fizikal ianya akan

berhenti apabila telah mencapai tahap kematangan.

Perkembangan fizikal menurut Rohani Abdullah (2001) merangkumi

pertumbuhan fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta

mengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk

& Margetts (2007) yang menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada

perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota

badan dan perawakan manusia.

Perkembangan fizikal menekan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-

kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Berpandukan Kurikulum Standart

Prasekolah Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2009),

tunjang perkembangan fizikal dan estetika merangkumi perkembangan fizikal dan

pengajaraan kesihatan serta perkembangan kreativiti.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang

mengguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting

di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan

menghadapi masalah seperti memegang pensel, penglibatan dalam aktiviti sukan, serta

pengendalian peralatan.

Schmidt dan Weisberg (200) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-

kanak boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu secara tertutup atau terbuka.

Page 13: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

13

Kemahiran fizikal tertutup adalah di mana kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam

persekitaran terkawal dan tidak berubah. Kemahiran fizikal terbuka pula adalah

sebaliknya. Kedua-dua kategori kemahiran fizikal ini penting dalam perkembangan

kemahiran kanak-kanak.

Perkembangan adalah suatu proses yang rencam atau kompleks. Menurut

Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dibahagikan

kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak

tersebut atau untuk berinteraksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka.

Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah keseimbangan,

pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak

mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan

adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, manakala

manipulasi pula melibatkan kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di

persekitarannya.

1.2.1.Kemahiran Motor

Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang

tertentu. Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot

atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini.

Manakala Maier (1989) berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan

mengeluarkan suatu corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran

tertentu.

Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah

kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan

persekitaran tertentu. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang

melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari

tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu, motor halus juga melibatkan

koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari

tangan dan koordinasinya dengan mata. Menurut Huttenlocher, (1994)

mengatakan kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus ini secara

normal melalui aktiviti harian mereka sendiri sejak umur 3 tahun.

Page 14: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

14

Menurut Hopkins & Butterworth (1997), perkembangan motor bayi dan

kanak-kanak merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi dan kanak-

kanak dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan

koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan berbeza

disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu sama lain untuk mengawal

persekitarannya secara berkesan. Misalnya:

Kawalan kepala dan bahagian di atas dada digabungkan

menjadi kawalan duduk dengan sokongan;

Kemahiran menendang, menghayun dan mencapai

dicantumkan menjadi kemahiran merangkak;

Kemahiran merangkak atau menggerakkan kaki kanan dan

kaki kiri, berdiri dan melangkah diperlukan dalam

kemahiran berjalan.

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi

kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus.

a) Kemahiran Motor Kasar

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar

seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan

bahagian badan. Kemahiran motor kasar adalah satu kemahiran yang

membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya.

Contohnya merangkak, berdiri dan berjalan.

Badan kanak-kanak semasa membesar akan menjadi semakin

kurang berat atas kerana bahagian kepalanya semakin seimbang

berbanding bahagian seluruh badan. Dengan perubahan ini, pusat

graviti mereka akan beralih dari bahagian kepala ke bawah, menuju

ke tubuh badan. Perubahan tersebut membuatkan mereka semakin

seimbang.

Menurut Gretchell & Robertson (1989), pada usia satu hingga

dua tahun, pergerakan badan kanak-kanak menjadi semakin

terkawal, seterusnya membolehkan mereka melakukan aktiviti

seperti berlari. Kematangan ini menyediakan mereka untuk

Page 15: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

15

mengembangkan kemahiran motor baru yang melibatkan otot besar

badan seperti memanjat dan melompat.

Jadual 2.1 menunjukkan perkembangan kemahiran motor

kasar pada peringkat kanak-kanak. Antara umur 3 hingga 6 tahun,

mereka boleh meloncat pada sebelah kaki, melompat dengan

menggunakan kaki secara selang seli dan membaling bola secara

bertujuan sambil menggerakkan badan (Robertson, 1989).

Perkara Umur Perkembangan Motor Kasar

Kawalan Kepala1 Bulan Mengangkat dagu apabila meniarap

4 Bulan Koordinasi mata-tangan semasa mencapai

Kawalan Badan2 Bulan Mengangkat dada apabila meniarap

10 Bulan Merangkak

Duduk

4 Bulan Duduk dengan bantuan

5 Bulan Duduk di riba sambil memegang objek

6 Bulan Duduk di atas kerusi bayi sambil bermain dengan objek

7 Bulan Duduk bersendirian (tanpa bantuan)

Berdiri

8 Bulan Berdiri dengan bimbingan

9 Bulan Berdiri dengan bantuan perabot

10 Bulan Berdiri dengan sedikit bantuan

12 Bulan Berdiri dan berjalan apabila dipapah

14 Bulan Berdiri bersendirian tanpa bantuan

Berjalan

11 Bulan Berjalan dengan bimbingan

15 Bulan Berjalan sendirian

1–2 Tahun Berjalan dengan mahir; mula berlari

3–5 Tahun

Berlari dengan laju tanpa jatuh

Berjalan di atas ‘Beam Balance’

Menendang bola

Membaling bola secara bertujuan sambil

menggerakkan badan

Berjalan dengan garisan lurusberlari dengan lancar

Lompat dan meloncat dengan sebelah kaki

Page 16: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

16

5–6 Tahun Berlari sambil menendang bola

Menyesuaikan badan semasa menyambut bola

Menaiki

Kenderaan

1–2 Tahun Menaiki kereta atau basikal tolak

3–5 Tahun Menunggang basikal tiga roda

5–6 TahunMenunggang basikal tiga roda dengan mahir dan laju

Menunggang basikal dua roda

Memanjat

dan Melompat

1 Tahun Memanjat tangga

2–3 Tahun Naik turun tangga

3–4 Tahun

Menaiki alat memanjat

Meloncat di atas dua belah kaki

Bergayut dan bergerak di atas ‘monkey bar’

Meloncat pada sebelah kaki 7 – 9 kali dengan laju

dan terkawal

Melompat dengan menggunakan kaki selang seli

Lompat atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan

lebih jauh

Jadual 2.1: Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak

b) Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus merujuk kepada kemahiran yang melibatkan

pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari

tangan, kaki, jari-jari kaki, bibir dan lidah. Ianya juga melibatkan

gabungan koordinasi pergerakan otot-otot kecil dengan organ-organ

deria. Contohnya pergerakan otot di jari-jari tangan dengan mata.

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini kanak-

kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri

contohnya seperti dalam aktiviti membutang baju, mengikat tali

kasut dan juga menggunting. Kemahiran kanak-kanak dalam

menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam melakukan sesuatu

aktiviti dinamakan sebagai ‘dexterity’. Kemahiran ini juga

melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil

Page 17: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

17

tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses

tumbesaran kanak-kanak.

Perkembangan ini memainkan peranan penting untuk

membuka jalan baru dalam penerokaan persekitaran (Piaget, 1936).

Jadual 2.2 memberi rumusan perkembangan motor halus kanak-

kanak pada peringkat awal.

Memakai baju Makan Lain-lain

2 – 3 tahunDapat mengezip

zip yang besar

Menggunakan sudu

dengan berkesan

Membuka pintu dengan

memusing knob/pintu

3 – 4 tahun

Mengancing dan

menanggalkan

butang yang

besar

Makan sendiri

tanpa bantuan

Menggunting kertas dengan

gunting

Melukis garisan lurus dan

bentuk bulat

4 – 5 tahun

Menukar baju

tanpa bantuan

Menggunakan garfu

dengan berkesan

Menggunting mengikut garis

Menyalin bentuk segi tiga,

pangkah dan sedikit huruf

5 – 6 tahun

Mahir memakai

baju sendiri

Menggunakan pisau

untuk memotong

makanan yang

lembut

Melukis orang dengan 6

bahagian

Menulis perkataan ringkas

Jadual 2.2 : Perkembangan Motor Halus Kanak-kanak pada Peringkat Awal

Perkembangan kemahiran motor halus merangkumi

prapencapaian iaitu pantulan genggaman dan pergerakan tangan

tetapi tidak berjaya menyentuh objek, koordinasi pergerakan

mencapaian dimana kawalan jari dan menggunakan mata untuk

panduan, kemahiran motor bermula secara keseluruhan,

membahagikan aktiviti dan menggerakkan ke arah menguasai

pergerakan motor halus.

Perkembangan motor halus turut membabitkan kordinasi

antara kawalan tangan dengan penglihatan kanak-kanak. Dengan

Page 18: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

18

kemajuan penglihatan pada peringkat prasekolah, kawalan

penglihatan kanak menjadi semakin tepat. Jadual 2.3 merumuskan

perkembangan koordinasi mata-tangan kanak-kanak.

Umur Perkembangan motor halus

1 Bulan

3 Bulan

Menghisap jari

Mencapai objek di depan mata

Genggaman ‘ulnar-palmar’

1 Tahun Memegang objek besar dengan menggunakan ibu jari

dan jari telunjuk (genggaman ‘pincer’ / cubitan)

Memegang krayon besar dan menconteng ke kanak-

kiri.

2 – 3 Tahun Menangkap bola besar

Melukis dengan krayon bentuk lurus

Melukis orang yang tidak lengkap

3 – 4 Tahun Membaling bola sambil bergerak

Menyambut bola dengan tangan

Menyesuaikan gerak badan semasa membaling,

melambung, menyambut dan menangkap bola besar

dan kecil.

Memegang krayon kecil

Melukis gambar manusia lengkap dengan mata,

mulut dan sebagainya

5 – 6 Tahun Kanak-kanak dapat memegang pensel namun caranya

berubah-ubah.

Meniru lukisan segi empat.

Melukis gambar manusia yang dua dimensi tetapi

bentuknya kurang realistic

Dapat menulis huruf-huruf seperti o

Dapat mewarna dalam garisan

Melukis objek atau orang dengan nisbah yang

munasabah

Page 19: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

19

Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Jadual 2.3: Perkembangan Koordinasi Mata-Tangan Kanak-kanak

Ciri motor halus ini penting terutama dalam memahami

perkembangan motor halus kanak-kanak yang dapat membantu

dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai

contoh pembelajran kemahiran menggunting, adalah amat penting

untuk guru memahami perkembangan motor halus dalam

megawalan gunting untuk kanak-kanak ini menggunting. Guru harus

tahu cara pengawalan genggaman jari tangan kanak-kanak pada

gunting. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di

peringkat memperkembangkan kemahiran, guru akan

mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi

membantu kanak-kanak ini menggunting dengan baik. Contohnya

guru perlu mempertimbangkan saiz, bentuk dan ciri-ciri gunting

yang sesuai untuk kanak-kanak mula menggunting.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang

betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukan

tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksanakan tugas

yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig & Digdon (2001),

menyatakan kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul

dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90°

dengan kedudukan badan mereka agak kedepan sedikit. Apabila

kanak-kanak berada dalam keadaan yang selepas mereka dapat

menggerakkan tangan, lengan dan jari dengan stabil.

Menurutnya Bayley (1969;1993) biasanya, kanak-kanak

akan mengikuti turutan perkembangan yang tertentu dalam

perkembangan motor mereka. Dalam perkembangan motor, tren

sefalokaudal dan proksimodistal memainkan peranan penting. Tren

sefalokaidal bermaksud perkembangan berlaku pada bahagian

kepala (sefalis) dan berakhir pada bahagian badan bawah seperti

kaki (kaudal). Tern proksimodistal pula bermaksud kawalan motor

bermula pada bahagian tengah badan dan berakhir pada hujung

Page 20: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

20

badan. Setiap kemahiran berlaku secara peningkatan daripada

kemahiran yang sedia ada (pantulan) kepada kemahiran yang lebih

rumit.

1.3. Bantu Tanda (Milestone) Perkembangan Kemahiran Motor Halus

Setiap kemahiran pergerakan yang baru membolehkan kanak-kanak mengawal badan

dan menambah kebolehan mereka berhubung dengan persekitaran mereka. Apabila

kanak-kanak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, peluang untuk meneroka

persekitaran berganda. Pencapaian motor kanak-kanak membawa kesan yang besar

kepada perhubungan sosialnya. Kemahiran motor baru seperti menunjuk ke arah

permainan membolehkan kanak-kanak berkomunikasi secara berkesan. Perubahan

dari segi kemahiran motor, kebolehan berinteraksi sosial, berfikir dan menggunakan

bahasa saling menyokong perkembangan satu dengan lain.

Selain kemahiran motor kasar, kanak-kanak juga berupaya memiliki

kemahiran motor halus seperti memakai baju, menyikat rambut, menggunakan sudu

ketika makan, menggunakan gunting untuk memotong kertas dan menulis. Batu tanda

kemahiran motor halus kanak-kanak boleh di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu

peringkat bayi dan petatih, peringkat awal kanak-kanak dan peringkat pertengahan

dan akhir kanak-kanak.

1.3.1.Kemahiran Motor Halus Bayi dan Petatih (0 – 2 tahun)

Ketika dilahirkan bayi mempunyai daya kawalan motor yang lemah dan terhad.

Walaupun begitu, mereka sudah menguasai banyak bahagian kawalan otot yang

kemudiannya menjadi selaras dan sempurna dalam pergerakan tangan, lenggan

dan jari-jari tangan. Kemahiran mencapai dan menggenggam bertambah baik

dalam masa dua tahun pertama kehidupannya. Biasanya bayi hanya

memperlihatkan pergerakan bahu, lengan dan siku secara kasar. Kemahiran

Page 21: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

21

menggerak pergelangan tangan, memusing tangan, dan menyelaras ibu jari serta

jari yang lainnya berlaku kemudian.

Menurut Gesell (1928) dan Shirley (1933), pada usia dua tahun pertama

ini kawalan tangan bermula sebagai pergerakan yang berbentuk pantulan

kemudian berkembang menjadi kemahiran motor halus yang lebih terkawal.

1.3.2.Kemahiran Motor Halus Awal Kanak-kanak (2 – 6 tahun)

Menurut kajian-kajian Furuno et al. (1987), kecekapan motor halus kanak-kanak

pada usia 2 hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat. Sejak lahir hingga

umur 3 tahun, kanak-kanak banyak dilatih kebolehan menyimpan dan

mengendalikan sesuatu. Apabila mencapai usia prasekolah, kebolehan

menyimpan dan mengendalikan sesuatu ini akan menjadi semakin mahir,

misalnya dalam permainanmemasukkan blok ke dalam bentuk lubang yang

sesuai. Mereka juga sudah mempunyai kebolehan untuk mengambil objek-objek

kecil seperti manik menggunakan ibu jari dan telunjuk (kawalan pincer), namun

mereka masih belum cermat dalam kawalan tersebut.

Semasa umur 4 tahun, pengendalian motor halus kanak-kanak sudah

meningkat dan menjadi lebih cekap dan tepat. Walaupun begitu, kanak-kanak

pada usia ini tetap menghadapi masalah untuk membina menara tinggi dengan

blok-blok kerana kurang sempurna dalam meletakkan blok tersebut.

Pada umur 5 tahun, motor halus kanak-kanak akan semakin terurus dan

meningkat lebih maju. Seiring dengan penyelarasan antara mata dan jari kanak-

kanak pada usia ini mampu untuk mengimbangi kawalan tangan, lengan dan

badan dengan pergerakan mata. Oleh itu mereka dapat membina sesuatu binaan

yang lebih kompleks dengan mahir dan mudah sahaja. Pada umur 5 hingga 6

tahun, penguasaan kawalan jari serta penyelarasan tangan dan mata

menyebabkan kanak-kanak dapat mencapai kebolehan yang berikut dalam

kemahiran motor halus:

Mencantum puzzle atau menyesuaikan gambar.

Page 22: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

22

Membina bentuk-bentuk blok yang bersaiz kecil.

Mengginting mengikut garisan tepi gambar dan menampal

gambar.

Melukis bentuk segi tiga, segi empat, bulatan

Melukis orang dang mbar yang lebih rumit.

Menggunakan sudu semasa makan.

Mengenakan butang dan zip.

Menyikat rambut dan menggunakan tandas tanpa bantuan.

1.3.3.Kemahiran Motor halus Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak (7 – 11

tahun)

Semasa kanak-kanak mulai memasuki alam persekolahan, otot mata dan tangan

mencapai koordinasi yang memuaskan dan bersedia untuk belajar menulis,

membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.

Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah di

bahagian tangan dan kaki terutamanya. Dengan ini, segala aktiviti dan

pergerakan seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan sempurna

1.4. Kemahiran Menggunting

Menggunting dengan tepat menggunakan gunting ialah salah satu kemahiran motor

halus yang sering dipandang remeh. Apabila kita melihat kanak-kanak menghadapi

kesukaran menggunakan gunting, kita selalunya akan memarahi mereka atau

menggunting untuk mereka. Menggunting memerlukan koordinasi pelbagai kemahiran

Page 23: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

23

termasuk koordinasi motor halus, koordinasi biteral serta koordinasi mata dan tangan.

Seperti kemahiran-kemahiran yang lain, kemahiran menggunting berkembang secara

berurutan dan memerlukan arahan yang sesuai serta latihan berterusan untuk

perkembangan sempurna. Murid yang menghadapi masalah menggunting akan

ketinggalan di dalam pelajaran dan yang lebih serius lagi akan menyebabkan objektif

pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai.

Kajian ini juga dapat membantu pengkaji bagi meningkatkan minat belajar

yang positif dalam diri responden yang mana responden menunjukkan rasa seronok

dan berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran selain dapat melakukan

aktiviti kemahiran motor halus yang menggalakkan mereka berdikari dan lebih yakin

dalam menghasilkan sesuatu kerja yang diberikan.

Aktiviti menggunting merupakan salah satu aktiviti yang mampu untuk

meningkatkan kawalan koordinasi tangan kanak-kanak yang seterusnya dapat

mempertingkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menulis dan banyak lagi aktiviti

harian yang melibatkan kemahiran motor halus. Selain itu, selain daripada aktiviti

menggunting pelbagai teknik lain juga boleh digunakan untuk meningkatkan

kemahiran motor halus murid. Contohnya, guru boleh menggunakan doh iaitu

meliputi kemahiran meramas, membentuk, mencubit, memicit doh dan sebagainya.

Doh tersebut boleh dibuat sendiri oleh guru dengan menggunakan pelbagai warna

sebagai ganti kepada plastisin. Kemahiran menggunting adalah salah satu kemahiran

yang dipandang remeh oleh guru atau orang dewasa berikutan persepsi yang

beranggapan bahawa aktiviti menggunting adalah bahaya untuk kanak-kanak. Namun

hakikatnya sekiranya kanak-kanak dibimbing dan dikawal semasa menggunting tidak

mustahil kemahiran motor halus kanak-kanak dapat ditingkatkan disamping

koordinasi mereka.

Memotong menggunakan gunting adalah penting dan digunakan dalam

kebanyakan aktiviti seni di tadika. Namun begitu tidak ramai pihak yang beranggapan

begitu termasuklah guru-guru tadika itu sendiri dan juga ibu bapa. Mereka tidak

menyedari bahawa meotong menggunakan gunting boleh dianggap sebagai kemahiran

pra-tulis. Ini adalah kerana, jika dilakukan dengan betul ia akan memberikan banyak

latihan kepada kanak-kanak menggunakan jari tripod bersama-sama iaitu jari ibu, jari

telunjuk dan juga jari tengah. Dalam cengkaman pensil yang matang boleh dilihat

Page 24: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

24

bagaimana jari tripod berfungsi dengan baik bersama-sama untuk mengawal pensil.

Menggunting menggunakan gunting dengan cara pegangan gunting ynag betul mampu

untuk memberikan latihan kepada jari jemari kanak-kanak dan mampu menguatkan

otot tangan kanak-kanak.

Menggunting melibatkan dua kemahiran yang berbeza iaitu kemahiran dalam

menggunakan gunting dan juga kemahiran bagaimana untuk menggunting pada

garisan. Oleh itu perlu dipastikan bahawa gunting dipegang dengan betul. Cara

memegang gunting yang betul adalah dengan ibu jari melalui satu lubang dan jari

tengah melalui lubang yang lain dan jari telunjuk berada di luar gunting. Namun

sekiranya jari kanak-kanak tersebut sangat kecil, jari telunjuk tersebut dibolehkan

untuk melaui lubang yang sama dengan jari tengah.

Guru-guru juga seharusnya lebih prihatin terhadap masalah murid dan

mengambil inisiatif dengan melaksanakan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan

kemahiran motor halus murid. Latihan motor halus yang berterusan mampu mengubah

tahap keupayaan murid ke arah yang lebih baik. Pihak pengurusan juga perlu

memantau proses P&P yang berlaku agar murid-murid didedahkan dengan pendidikan

yang berkualiti.

1.5. Kajian-Kajian Dalam Negara

Suhainita Md. Zain (2008) yang telah menjalankan kajian yang melibatkan enam

orang pelajar dengan mengkaji tahap kemahiran motor halus pelajar tersebut dalam

aktiviti menggunting. Hasil dapatan kajian tersebut agak mengecewakan di mana

tahap kemahiran motor halus kanak-kanka masih di tahap yang rendah. Namun, beliau

Page 25: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

25

telah menggunakan dan mempraktikkan bebarapa kaedah intervensi untuk membantu

perkembangan kemahiran motor halus menggunting dalam kalangan kanak-kanak

iaitu melalui teknik menggunting garisan lurus, garisan zig-zag, garisan bengkang

bengkok dan penghasilan bentuk. Intervensi yang dijalankan telah menunjukkan hasil

yang positif dalam meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak dalam

kemahiran menggunting.

Menurut kanjian yang dilakukan oleh Noor Hidayah Sabaruddin dan Halijah

Ibrahim pada 2008, masalah gangguan kepada proses perkembangan kemahiran motor

pada peringkat kanak-kanak 5 tahun boleh membawa kepada risiko untuk interaksi

antara kanak-kanak ini menjadi tidak stabil akibat keadaan sosial yang tidak

seimbang. Kajian yang dilakukan oleh Noor HIdayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim

ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor dalam

kalangan kanak-kanak, menganalisis kemahiran motor halus mengikut jantina dan

membuat perbandingan keupayaan kanak-kanak. Hasil dapatan kajian menunjukkan

majority kanak-kanak berusia 5 tahun berada pada tahap kemahiran motor yang

memberangsangkan.

1.6. Kajian-kajian Luar Negara

Di dalam kajian ‘Poor Role Models: Children Say Two Third of Parents Do Almost

No Physical Activity’ yang dijalankan oleh Dr. Gavin Sandercork mendapati salah satu

penyebab kanak-kanak mengalami kurang bergerak dalam aktiviti fizikal adalah

disebabkan faktor pengaruh ibu bapa mereka sendiri yang tidak menggalakkan aktiviti

fizikal dilakukan. Ibu bapa sepetutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-

kanak dengan memberikan dorongan kepada kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal dan

aktif.

Menurut Cooper (2010) dalam ‘Knowledge and Understanding of the World’,

kemahiran motor halus diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengendalikan peralatan

teknikal, membuat dan mengukur. Kajian Comptom (2010) turut mengatakan kanak-

Page 26: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

26

kanak memerlukan kemahiran motor halus dan motor kasar juga untuk melakukan

aktiviti kreatif seperti menari, drama dan seni.

1.7. Kesimpulan

Keseluruhan dalam bab ini telah menjelaskan secara terperinci mengenai konsep,

pengertian, teori-teori berkaitan dan kajian-kajian lepas mengenai tajuk kajian sama

ada dari dalam mahupun luar negara. Hasil dapatan kajian literature menunjukkan

bahawa penguasaan kemahiran motor halus di peringkat awal sangat penting dalam

perkembangan fizikal kanak-kanak.

BAB 3

Page 27: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

27

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang

berkaitan dengan metodologi kajian yang aan dijalankan iaitu mengumpul dan

menganalisa data yang diperolehi. Metodologi penyelidikan memberikan panduan

dalam pelaksanaan penyelidikan. Ianya merangkumi rekabentuk kajian, populasi

kajian, sampel kajian, lokasi kajian, alat yang digunakan, proses pengumpulan data,

prosedur kajian dan prosedur analisis data yang dikutip.

3.2 Rekabentuk Kajian

Penyelidik akan menggunakan pendekatan kualitatif secara menyeluruh dalam kajian

ini. Penyelidikan kualitatif menurut Creswell (1994) adalah sebagai satu proses inkuiri

untuk memahami masalah social atau masalah manuasia, berdasarkan gambaran

menyeluruh dan kompleks melalui pandangan informan yang mendalam serta

dijalankan dalam keadaan sebenar dan semulajadi. Menurut Punch (2003),

pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif boleh berbentuk struktur dan separa

Page 28: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

28

struktur (fleksibel). Pendekatan analisis kualitatif adalah sangat kaya dengan huraian

dan tafsiran keadaan, serta konteks masalah (Schostak, 2006).

Instrument kajian yang digunakan adalah menerusi pemerhatian, temubual atau

soal selidik serta ujian. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kaedah

pemerhatian dan temubual separa berstruktur sebgai kaedah pengumpulan maklumat

yang bertujuaan mengenalpasti faktor masalah tidak boleh mengunting dalam

kalangan kanak-kanak yang dikaji. Melalui kaedah ini setiap sesi temubual dirakam

dan kemudiannya ditranskripsikan ke dalam bentuk teks.

Program pendidikan awal kanak-kanak sangat berkait rapat dengan dunia

realiti, sehubungan dengan itu penyelidik membahaskan konteks tersebut dalam

bentuk persoalan. Kajian kes boleh digunakan untuk membekalkan deskripsi tentang

apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi tujuan kajian ini, penyelidik membuat pemerhatian ke atas aktiviti yang

dilakukan terutama aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus. Bukti

pemerhatian yang dilakukan adalah sangat penting dan sah merupakan sebahagian

daripada kes, bukti pemerhatian ini adalah lebih terperinci dan menjadi asa yang

kukuh dalam eleman penyelidikan.

3.3 Lokasi Kajian

Lokasi kajian ini dipilih adalah berdasarkan terdapatnya populasi yang bertepatan

dengan tujuan kajian, yang dijangka dapat menjawab persoalan kajian. Lokasi kajian

merupakan sebuah Tadika Al-Hannah yang merupakan salah satu cawangan tadika

milik Al-Hannah EduKids yang terletak di Seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras,

Cheras, Selangor. Institusi merupakan salah satu tadika yang dimiliki oleh Puan

Page 29: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

29

Fadzilatularmy binti Jamaluddin. Lokasi ini bertepatan dengan batasan kajian dan

kehendak kajian.

Rajah 3.1: Peta Lokasi

3.4 Sampel Kajian

Menurut Mohd. Majid Konting (2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan

di mana penyelidik boleh mendapat maklumat mengenai sesuatu populasi tersebut.

Sebahagian individu diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi

yang dikaji. Menurut John W. Crewell (2005), dalam sesetengah kajian, penyelidik

kualitatif boleh mengkaji seseorang individu atau dua atau 30 atau 40 orang sampel.

UmurJantina

Lelaki Perempuan

4 tahun 1 3

5 tahun 14 10

6 tahun 15 17

Jadual 3.1: Bilangan kanak-kanak di Tadika Al-Hannah

Page 30: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

30

Oleh itu, kajian ini hanya melibatkan empat orang murid Tadika Al-Hannah di

Bandar Mahkota Cheras. Jumlah sampel ini dipilih berdasarkan masa, kemudahan dan

keupayaan yang terhad. Menurut Sidek (2002), sampel yang kecil adalah bersesuaian

dengan kajian yang melibatkan teknik yang kompleks. Syed Arabi (1992) pula

mengatakan bahawa pada dasarnya persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang

penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili

kumpulan kajian.

RespondenJantina

Lelaki Perempuan

A √

B √

C √

D √

Jadual 3.2: Responden yang terlibat

3.5 Instrumen Kajian

a) Borang soal selidik atau temu bual dengan guru dan kanak-kanak tadika.

Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan temubual dengan guru dan

kanak-kanak tadika. Sebahagian temubual ini adalah berkisar tentang kemahiran

menggunting dalam kalangan kanak-kanak tadika. (LAMPIRAN A dan

LAMPIRAN B)

b) Senarai semak.

Senarai semak merupakan pemerhatian berstruktur yang mengandungi

spesifikasi item yang berkaitan dengan kemahiarn motor halus seseorang. Ia

boleh dilakukan secara semulajadi tanpa meletakkan kanak-kanak menggunting.

Penyelidik dapat mengenalpasti keperluan individu melalui senarai semak.

Page 31: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

31

Penyelidik boleh membuat sendiri item senarai semak mengikut tujuan kajian.

(LAMPIRAN C)

c) Borang Ujian Kemahiran Menggunting

Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan ujian ke atas kanak-kanak

bagi menguji tahap kemahiran kanak-kanak tersebuta dalam menggunting. Ujian

dilakukan dengan menggunakan 5 bentuk ujian iaitu menggunting garisan lurus

(LAMPIRAN D), garisan zig-zag (LAMPIRAN E), garisan bengkang-bengkok

(LAMPIRAN F), bentuk-bentuk geometri mudah (LAMPIRAN G) dan juga

bentuk-bentuk kreatif (LAMPIRAN H)yang lebih rumit dan kompleks. Semasa

ujian dijalankan pengkaji bukan sahaja menilai dan memerhati hasil guntingan

kanak-kanak bahkan memerhati cara kanak-kanak memegang gunting, postur

tubuh badan semasa menggunting dan sebagainya.

3.6 Prosedur Kajian

Penyelidik telah menjalankan beberapa langkah untuk melancarkan proses

penyelidikan ini iaitu dengan:

a) Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan

Sultan Idris di Fakulti Pendididikan dan Pembangunan Manusia

b) Menyediakan kertas cadangan, instrument kajian dan perbincangan

bersama penasihat kursus serta penyelia yang dilantik.

c) Mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan dan pentadbiran

tadika yang terlibat.

Carta aliran prosedur kajian

Page 32: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

32

Fasa 1: Pemerhatian sebelum kajian dijalankan.

Pemerhatian dalam kelas.

Mengenal pasti sampel kajian.

Fasa 2: Menjalankan aktiviti.

Mengumpulkan data.

Fasa 3: Menganalis Data.

3.7 Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang jenis metodologi

yang digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk menjawab beberapa

persoalan kajian yang telah diutarakan dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan

telah digusun bagi mengikut prosedur dan keutamaan dalam kajian. Aspek-aspek yang

dibincangkan dalam bab metodologi ini adalah terdiri daripada reka bentuk kajian,

lokasi kajian, populasi kajian, sampel kajian, pengumpulan data, dan analisis data.

Penyelidik juga telah membuat penjelasan secara terperinci dalam aspek tersebut

untuk memberi kefahaman tentang langkah-langkah pengutipan data daripada

peringkat akhir hingga akhir. Pemilihan kaedah pengutipan data ini adalah

berdasarkan persoalan kajian dan pertisipan yang terlibat dalam kajian. Secara amnya,

kajian ini berfokuskan kepada kanak-kanak taska. Bagi mengukuhkan dapatan yang

digunakan penyelidik juga telah mengulas dan memberi maksud bagi setiap kaedah

yang digunakan tersebut.

Page 33: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

33

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa

ujian kemahiran menggunting dengan melihat sejauh mana kemampuan kanak-kanak

dalam menjalankan aktiviti menggunting melibatkan 7 jenis bentuk serta garisan

yang perlu digunting. Pengkaji juga akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada

soal selidik kepada guru dan juga kanak-kanak atau responden yang terlibat. Selain

itu pengkaji turut membuat pemerhatian ke atas responden dalam menyelesaikan

ujian-ujian yang diberikan, pemerhatian yang dijalankan adalah untuk melihat

sejauhmana kemampuan kanak-kanak untuk memegang gunting dengan betul, posisi

badan mereka semasa menggunting dan juga faktor-faktor lain yang memunkinkan

kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas. Kajian yang dijalankan ini

melibatkan 4 orang kanak-kanak, iaitu Responden A dan Responden B, 5 tahun

manakala Responden C dan Responden D, 6 tahun. Carta palang berganda akan

digunakan untuk menjelaskan dapatan daripada ujian-ujian menggunting yang

Page 34: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

34

dijalankan disamping untuk menunjukkan perbandingan keputusan ujian untuk

setiap responden yang berbeza-beza.

4.2 Konsep dan Asas Memegang Gunting yang Betul dalam Kalangan Kanak-

kanak

Pertama Kedua Ketiga0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

Responden AResponden BResponden CResponden D

Pemerhatian

Taha

p Ke

mah

iran

Men

ggun

ting

Rajah 4.1: Carta pemerhatian kanak-kanak memegang gunting

Menerusi carta bar yang dilakarkan, dapat dilihat bahawa Responden A masih

berada di tahap lemah dalam aspek memegang gunting berbanding dengan

responden yang lain termasuk responden yang seusia dengannya. Manakala

responden yang berumur 6 tahun menunjukkan bahawa mereka berada ditahap yang

amat baik dalam memegang gunting.

Rajah 4.2: Cara Responden berumur 6 tahun memegang gunting dengan betul

Page 35: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

35

Pada pemerhatian kedua, setelah dibimbing responden yang pada awalnya

berada di tahap yang lemah mampu untuk mencapai tahap yang lebih baik melalui

pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Ini menjelaskan bahawa di dalam

tempoh sebulan yang dilalui penyellidik bersama responden ini iaitu Responden B,

berlaku peningkatan pada tahap penguasaan responden dalam kemahiran

menggunting.

Rajah 4.3: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting dalam pemerhatian

pertama

Rajah 4.4: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting setelah dibimbing

Namun begitu terdapat juga responden yang masing tidak dapat memegang

gunting dengan betul, walaupun sudah sebulan bersama pengkaji dalam usaha

memperbaiki kemahiran mereka mengendalikan gunting.

Page 36: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

36

Rajah 4.5: Cara Responden A (5 tahun) memegang gunting

4.3 Kemahiran Kanak-Kanak dalam Menggunting

Ujian dijalankan sebanyak 3 kali dan ianya dijalankan semasa atau sebagai sebhagian

daripada proses pengajran dan pembelajran dalam kelas. Ujian ini telah dijalankan

setiap hari jumaat dengan mengambil waktu pelajaran seni dan kraf dan ianya

melibatkan hanya 4 orang kanak-kanak iaitu 2 orang 5 tahun dan 2 orang lagi 6 tahun.

Bagi ujian yang pertama, pengkaji mengulang ujian ini sebanyak tiga kali bagi

mendapatkan data yang lebih tepat dalam mementukan tahap atau keupayaan kanak-

kanak dalam kemahiran menggunting. Semsa ujian menggunting garisan ini

dijalankan pengkaji mengambil peluang untuk merekod cara kanak-kanak memegang

gunting,sama ada betul atau tidak, serta merekod cara kanak-kanak dalam mengawal

pergerakan tangan serta tubuh badan mereka semasa menggunting. Semasa inilah

dapat diketahui faktor-faktor yang membataskan perkembangan kemahiran

menggunting kanak-kanak tersebut.

Page 37: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

37

Lurus Zig-zag Bengkang Bengkok0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

Responden AResponden BResponden DResponden C

Ujian Menggunting Garisan

Taha

p Ke

mah

iran

Men

ggun

ting

Rajah 4.6: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat

dirumuskan seperti dalam rajah 4.6. Berdasarkan rajah tersebut, responden A

merupakan sample kajian yang paling tidak mempunyai kemahiran menggunting yang

memberangsangkan. Responden A mampu untuk menggunting garisan lurus namun

dalam tahap yang tidak begitu memuaskan dan bagi garisan zig-zag dan bengkang-

bengkok, responden tersebut tidak mampu langsung untuk menggunting mengikut

garisan yang diberikan.

Bagi responden B pula, ia berada di tahap sederhana dimana sekiranya

diberikan latihan yang kerap responden tersebut mampu untuk menguasai kemahiran

mengunting agar lebih baik. Ini kerana hasil guntingan yang digunting oleh responden

B dari satu ujian ke satu ujian semakin memuaskan dan meningkat kebolehannya

untuk memegang dan mengawal gunting bagi menggunting garisan yang diberi.

Manakala bagi responden C dan D yang sememangnya dilihat tidak

mengalami masalah dalam memegang gunting, mereka tidak mengalami sebarang

masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan namun, hasilnya masih

boleh diperbaiki agar lebih baik dan hasil guntingan tidak senget dan bergerigi.

Page 38: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

38

Bagi ujian kedua dan ketiga dijalankan pada hari dan masa permerhatian yang

berbeza di dalam suasana pembelajran dan pengajaran seni dan kraf. Ujian kedua

adalah di mana pengkaji menguji kemampuan responden untuk mengunting bentuk-

bentuk mudah, iaitu bentuk-bentuk geometri seperti bulat, segi tiga, dan segi empat.

Manakala ujian yang terakhir pula lebih berbentuk bagi mengguji kemampuan

responden dalam menggunting bentuk bebas dan yang lebih kompleks iaitu lukisan

tapak tangan masing-masing.

Bulat Segi Tiga Segi Empat Bentuk Lebih Kompleks

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

Responden AResponden BResponden CResponden D

Ujian Menggunting Bentuk

Taha

p Ke

mah

iran

Men

ggun

ting

Rajah 4.7: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting bentuk

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat

dirumuskan seperti dalam rajah 4.7. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan,

kemahiran menggunting responden A adalah yang baling lemah kerana dia tidak dapat

menggunting untuk membentuk sebarang bentuk geometri mahupun bentuk tangan.

Responden B pula, dia tidak mengalami sebarang masalah kecuali ketika

memotong bentuk bulatan dan juga bentuk tangan. Ini bermakna responden ini mampu

untuk menggunting garisan yang lurus dengan kemas namun untuk garisan yang

bengkok seperti bentuk bulatan responden ini tidak dapat mengawal pergerakan

tangan dan tubuh badanya semasa menggunting dengan baik untuk mendapatkan hasil

guntingan yang baik dan kemas.

Page 39: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

39

Namun bagi responden C dan D, mereka sekali lagi tidak mengalami sebarang

masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan bagi membentuk

bentuk yang diminta oleh guru.

4.4 Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menggunting dalam Kalangan

Kanak-Kanak

Selepas menjalankan pemerhatian semasa ujian dijalankan dan mengadakan sesi soal

selidik ke atas responden, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa faktor yang

menyebabkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas iaitu cara murid

memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, kordinasi mata dan

tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan, pendedahan guru dan ibu bapa

dengan aktiviti menggunting serta persepsi guru terhadap aktiviti menggunting.

Pengkaji mendapati faktor utama kepada keterbatasan kemahiran menggunting

murid adalah cara mereka untuk mengawal pergerakan tangan mereka semasa

menggunting. Pengkaji memerhatikan bahawa kebanyakan kanak-kanak

menggunakan cara yang salah dalam menegndalikan gunting sehingga menyebabkan

kesakitan pada sendi mereka. Disebabkan kesakitan yang mereka rasakan mereka

merasa cepat putus asa dan mengalah dalam melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.8: Kesukaran responden dalam mengawal pergerakan tangan semasa

menggunting

Page 40: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

40

Perkara ini bukanlah andaian pengkaji semata-mata, bahkan bagi menguatkan

dan memdapakan kepastian, penyelidik turut menggunakan data daripada soal selidik

yang dijalankan kepada kanak-kanak semasa aktiviti menggunting dijalankan.

Kesemua responden yang mengalami kesukaran dalam memegang dan mengawal

pergerakan tangan mereka dalam aktiviti menggunting menyatakan mereka berasakan

kesakitan pada tanagn mereka semasa melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.9: Responden tidak dapat mengggunting dengan baik akibat postur tubuh

badan yang salah.

Selain itu berdasarkan pemerhatian guru, postur tubuh badan murid juga

menjadi salah satu punca mengapa kanak-kanak mengalami kesukaran dalam berada

di tahap yang baik ketika menggunting. Cara menggunting yang betul adalah untuk

kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang

memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal

pergerakan gunting mereka. Berdasarkan pemerhatian responden tidak dapat untuk

menggunting dengan baik mengikut garisan atau membentuk bentuk-bentuk yang

telah ditetapkan akibat masalah ini.

Page 41: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

41

Rajah 4.10: Tangan dominan dan tangan bukan dominan digunakan dengan betul.

Sambil memotong, kanak-kanak akan turut belajar bagaimana untuk

menggunakan tangan bukan dominan untuk memegang kertas. Pada mulanya tangan

bukan dominan hanya akan perlu untuk memegang kertas sementara tangan dominan

menggerakkan gunting ke hadapan dalam garis lurus. Namun lama kelamaan, tangan

bukan dominan akan perlu untuk bergerak dan mengerakkan kertas sementara tangan

dominan membuka dan menutup bilah menggunting.

Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang dianggap tidak penting

turut dapat dijadikan sebagai salah satu faktor keterbatasan kemampuan kanak-kanak

untuk menggunting dengan baik iaitu kesesuaian saiz gunting dan juga koordinasi

mata dan tangan kanak-kanak. Ini kerana semasa mengunting, disebabkan kesakitan

yang mereka rasakan semasa menggunting responden meminta untuk menggunakan

gunting yang lain, sama ada lebih besar atau pun lebih besar. Bagi responden A dan

responden B mereka lebih suka untuk menggunakan gunting yang kecil

memandangkan saiz tangan mereka yang kecil.

Terdapat juga responden yang langsung tidak dapat mengunting dan

menyelesaikan semua ujian yang berikan. Ini adalah berikutan kelemahan koordinasi

mata dan tangan kanak-kanak untuk menggunting pada garisan yang telah diberikan.

Responden tersebut hanya menggunting bahagian tepi-tepi kertas dan bukannya pada

garisan yang ada pada kertas. Hal ini berulang dalam setiap ujian yang diberi walupun

telah dibimbing oleh pengkaji.

Bil Faktor-Faktor RESPONDEN

Page 42: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

42

A B C D

1 Kesesuaian saiz gunting √ √ X X

2 Cara murid memegang gunting √ √ X X

3 Postur tubuh badan semasa menggunting √ √ X X

4 Koordinasi mata dan tangan √ X X X

Jadual 4.1: Faktor-faktor yang membataskan kemahiran menggunting murid

Bagi mencari faktor yang lebih memberikan kesan, penyelidik turut

mengumpulkan dan menggunakan data yang dikumpul daripada soal selidik yang

dijalankan kepada guru tadika serta murid tadika yang terlibat dalam kajian ini sendiri.

Bagi menyelidik pengaruh pendedahan penggunaan gunting di tadika, pengkaji

telah menjalankan soal selidik terhadap kanak-kanak. Jadual 4.2 menunjukkan

kekerapan pendedahan yang diperolehi responden di tadika dalam kemahiran

menggunting yang betul.

Kekerapan

Ya Tidak

Adakah guru pernah mengajar anda cara memegang gunting di tadika? 1 3

Adakah guru membenarkan anda untuk menjalankan aktivti

menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika?0 4

Jumlah 1 7

Peratus (%) 12.5 87.5

Jadual 4.2: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian A

Data menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang diajukan persolan

sama ada mereka pernah diajar menggunakan gunting dengan betul atau tidak di

tadika, menjawab tidak. Hanya seorang daripada empat kanak-kanak yang menjawab

pernah. Apabila diselidik kanak-kanak tersebut merupakan murid baru dan menurut

kanak-kanak tersebut di tadika nya yang sebelumnya, guru-guru di sana mengajarnya

untuk menggunakan gunting serta membenarkan kanak-kanak untuk menjalankan

Page 43: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

43

aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan guru yang minima di tadika. Ini bermakna

hanya 12.5 % kekerapan pendedahan penggunaan gunting dengan betul yang kanak-

kanak perolehi di tadika.

Selain mengambil faktor rangsangan dan galakan di sekolah, pengkaji turut

mengajukan soalan berkaitan galakan ibu bapa atau keluarga di rumah tentang aktiviti

menggunakan gunting. Bagi responden yang mempunyai kemahiran menggunting

yang baik dapat dilihat bahawa di rumah mereka turut dijalankkan untuk

menggunakan gunting namun dengan pantauan dan juga bantuan yang minimum

daripada orang yang lebih dewasa. Manakala bagi responden yang lemah kemahiran

menggunting, hasil daripada dapatan soal selidik, ibu bapa atau keluarga mereka tidak

membenarkan mereka sama sekali untuk menggunakan gunting dengan sendiri. Ini

berlaku kerana bimbang akan berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Kekerapan

Ya Tidak

Adakah ibu bapa anda pernah mengajar anda cara

memegang gunting di rumah?

2 2

Adakah ibu bapa anda membenarkan anda untuk

menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di

rumah?

2 2

Jumlah 4 4

Peratus (%) 50 50

Jadual 4.3: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian B

50-50 itulah hasil dapatan daripasa soalan soal selidik mengenai pendedahan

yang responden terima di rumah dalam kemahiran menggunakan gunting dengan

betul. 50% responden yang menjawab ya adalah responden yang berumur 6 tahun

manakala yang menjawab tidak adalah responden berumur 5 tahun.

Soal selidik yang dijalankan bukan sahaja melibatkan responden sahaja, ianya

juga turut melibatkan sesi soal selidik dengan guru dengan menanyakan soalan yang

sama seperti yang ditanya kepada responden. Ini bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya percanggahan data.

Page 44: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

44

Kekerapan

Ya Tidak

Adakah anda pernah mengajar murid-murid cara memegang

gunting di tadika?

0 3

Adakah anda membenarkan murid-murid untuk

menjalankan aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan di

tadika?

3 0

Adakah anda bersetuju bahawa dengan menggunakan

gunting kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor

halus mereka?

3 0

Jumlah 6 3

Peratus (%) 67 34

Jadual 4.4: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Guru

Data menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru yang diajukan persoalan

sama ada mereka pernah mengajar murid-murid mereka menggunakan gunting dengan

betul atau tidak, menjawab tidak. Namun para guru membenarkan murid-murid untuk

menjalankan aktiviti menggunting sendiri dengan bantuan yang minima di tadika.

Peratusan soal selidik yang dilakukan lebih ke arah jawapan yang negative iaitu 34%

menjawab tidak.

Namun apabila diajukan soalan berkenaan persepsi guru terhadap kemahiran

menggunting yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak,

kesemua guru bersetuju seratus peratus. Apabiila dipertikaikan jawapan yang

diberikan kesemua guru memberi alasan bimbang akan keselamatan kanak-kanak dan

juga bilangan gunting atau kemudahan untuk menggunting yang terhad dan tidak

mencukupi untuk digunakan untuk semua kanak-kanak dalam satu-satu masa.

Page 45: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

45

4.5 Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang dapatan atau hasil

hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji dengan menggunakan instrument kajian

yang dijalankan iaitu menerusi pemerhatian, soal selidik terhadap responden dan

guru serta ujian bagi menguji tahap kebolehan mengunting kanak-kanak. Selain itu

aspek factor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting kanak-kanak juga

turut disentuh dalam bahagian ini, faktor-faktor yang diutarakan adalah seratus

peratus berdasarkan pemerhatian pengkaji dan juga jawapan-jawapan yang

diperolehi daripada sesi soal selidik bersama responden serta guru. Hasil yang

diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dan factor yang

mempengaruhinya ini akan digunakan oleh pengakaji dalam merumuskan dan

seterusnya mencadangkan beberapa aktiviti yang setrusnya dapat memperbaiki tahap

kemahiran menggunting kanak-kanak di peringkat tadika.

Page 46: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

46

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat

rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument

kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan

kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji

sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik

darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi

kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah

baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga

dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.

Page 47: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

47

5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian

tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul

telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas

memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanak-

kanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik,

ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang

lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika

mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam

dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan

dan juga bentuk.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor

halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling

mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur

mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka

menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting

sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan

serta tubuh badan mereka ketika menggunting.

Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya

dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan

tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk

memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang

melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal

dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran

motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah

pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan

sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut

Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri

seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini

kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting

Page 48: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

48

dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan

yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran

menggunting dengan lebih cepat.

Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami

perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan.

Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A

yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia

umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan,

Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan

mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas.

Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja.

Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang

menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti

disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanak-

kanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental,

minat dan juga bakat.

Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam

mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia

tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan

masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis

pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling

berkaitan.

Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang

mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan

keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak,

menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di

rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada

ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

Page 49: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

49

5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada

dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam

tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun.

Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anak-

anak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak

betul.

Cadangan yang disenaraikan adalah untuk penambahbaikan bagi

memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis

mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada

tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangan-

cadangannya adalah seperti berikut :

a) Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik

minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.

Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990).

b) Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks.Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak –kanak. Aktiviti pengulangan akan meransangdaya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat.

c) Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi

mengurangkan kesalahan kanak-kanak sewaktu aktiviti.

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak

bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang

Page 50: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

50

kurang prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang

berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan

melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat

aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif

dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan

mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka.

d) Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak –kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti

dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama

dengan ibu bapa bagi memastikan kanak –kanak mendapat intervensi

awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah

yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti

susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil

daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua

pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin

Ahmad : 2003 ).

Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia

dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat

dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji

cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul.

Antaranya adalah:

a) Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang

dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk

memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk

menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanak-

kanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak

mana yang dia mahu.

b) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari

telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan

Page 51: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

51

kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting.

Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau

akan.

c) Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa

mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan

dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu

sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau

dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti

"Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas

dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu."

Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka

selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh

kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk

menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah

gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini

pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya

guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat.

Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul,

mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda

mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan

tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah

lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia

untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada

anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah

logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan

beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di

dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan

jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda

memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda

menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan

bukan dominan untuk menstabilkan kertas.

Page 52: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

52

Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti

menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar

kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh

sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat

daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang

gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej

atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat

kacang, gula-gula dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting

dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni

untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah

dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja

untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi

boleh digunakan dalam membuat kolaj. Setelah kanak-kanak mampu

mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas

yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua

kali untuk memotong jalur kertas kersebut.

Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting

dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong

pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum

dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan

sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan

yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan

memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka.

Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam

mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang

kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan

kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanak-

kanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa

kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan.

Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi

empat.

Page 53: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

53

Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu

untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan

mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan

bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian

yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang

kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh

dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran

menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang

lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian

yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat

perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar.

Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya

memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting

kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh

dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan

penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini

bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya

dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis.

5.4 KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran

menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu

usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap

penguasaan kemahiran menggunting ini.

Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan

kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam

kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang

Page 54: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

54

boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran

kanak-kanak.

Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk

mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting

dengan betul, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran

menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan

beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.

Page 55: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

55

RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala

Lumpur: University of Malaya Publication.

Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006-2010).

Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas

Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Bayrei Asrin,Rohaya Kamis,Roseidayu Elias & Jered Yutui. (2008). Menilai

Perkembangan Psikomotor Halus Kanak-kanak Prasekolah.Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Bosma, Anne; Domka, Amy; Peterson, Jill.(2000). Improving Motor Skills in

Kindergartners.Saint Xavier University and Skylight Professional Development.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan Kaedah Penyelidikan Buku

1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M).

Ernie Sulianan Md. Shariff (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Kasar

Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrument Movement

Assesement Battery For Children (MABC). Universiti Teknologi Malaysia.

Gallahue, David L. (2002). Understanding Motor Development Infants, Children,

Adolescents, Adult. Boston : Mcgraw-Hill.

Mas Atiqah Mashod & Anisah Harun, (2010). Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat

(TDB) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid

Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Seni Visual. Seminar

Penyelidikan Tindakan PISMP 2010.

Page 56: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

56

Mohd Amin H. A. Shariff (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Renee. (2011) Teaching Children the Proper Scissors Grip. Diperoleh Januari 3,

2013 daripada http://www.schoolsparks.com/blog/teaching-children-the-proper-

scissors-grip

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio.

Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum

Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Scissor Cutting...How To Help Your Child! Diperoleh November 2,2012 daripada

http://www.ot-mom-learning-activities.com/scissor-cutting.html

Shafiyah Othman.(2009). Mempertingkat kemahiran motor halus bagi seorang murid

bermasalah Sindrom Down.Sekolah Kebangsaan Rengit.

Page 57: Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

57

LAMPIRAN