rph pj

21
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Tahun : 2 Kelas : 2 Bestari Tarikh : 27 Ogos 2013 Masa : 7.45pagi – 8.15pagi (30 minit) Bilangan Murid : 14 orang ( 7 Lelaki & 7 Perempuan) Tajuk : Unit 43 – Otot Ku Hebat Standard Kandungan: Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot dengan betul. Standard Pembelajaran : 3.4.1 Melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkit kaki setempat, posisi separa cangkung (half squat), lentik belakang dari posisi merangkak dan hamstring curl. 4.4.2 Menyatakan otot-otot utama pada bahagian badan yang terlibat semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot.

Upload: jesse-owens

Post on 26-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN JASMANI

Tahun:2Kelas:2 BestariTarikh:27 Ogos 2013Masa:7.45pagi 8.15pagi (30 minit)Bilangan Murid:14 orang ( 7 Lelaki & 7 Perempuan)Tajuk:Unit 43 Otot Ku HebatStandard Kandungan:Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot dengan betul.Standard Pembelajaran:3.4.1Melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkit kaki setempat, posisi separa cangkung (half squat), lentik belakang dari posisi merangkak dan hamstring curl.4.4.2Menyatakan otot-otot utama pada bahagian badan yang terlibat semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot.5.2.1Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

PERMULAAN(5 minit)

Memanaskan badan ReganganMemanaskan Badan - Lari Keliling Bulatan

1. Murid-murid membuat satu bulatan dengan memegang tangan antara satu sama lain dan kemudiannya mereka akan duduk dalam bentuk bulatan.

2. Setiap murid diberi nombor di antara 1 hingga 4 secara berturutan.

3. Kad nombor akan dilekatkan baju murid untuk memudahkan guru bagi mengenal pasti nombor murid.KonPetunjukMuridGuru

ALATAN Kon 4 Komputer Riba dengan Speaker 1 Wisel 1 Kad nombor 14

STRATEGI Teori Kecerdasan Pelbagai Kinestatik Muzik

EMK TMK

NILAI MURNI Patuh arahan guru

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

4. Apabila guru menyebut nombor, contohnya nombor 1, semua murid yang bernombor 1 perlu bangun dan lari mengelilingi bulatan mengikut arah jam dengan lagu dan kembali semula apabila lagu dihentikan.

5. Aktiviti dijalankan selama 3 minit.

Regangan Kepala Tangan Badan dan pinggang Kaki

KonPetunjukMuridGuruArah berlari

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

PERKEMBANGAN(12 minit)

Aktiviti 1 (4 minit)Aktiviti 1: Ringkuk Tubi Separa Melakukan ringkuk tubi separa selama 15 saat Melakukan ringkuk tubi separa selama 30 saat Melakukan ringkuk tubi separa selama 1 minit

Dilakukan secara berpasangan Apabila Murid A sedang melakukan perlakuan, Murid B berperanan untuk mengira ulangan perlakuan dan merapatkan lutut Murid A. Tukar peranan apabila Murid A selesai melakukan perlakuan.KonPetunjukMuridGuru

10cm

** Pita pelekat dilekatkan secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita ialah 10cm.ALATAN Kon 4 Pita lekat 1 Jam randik 1 Wisel 1

STRATEGI Belajar Cara Belajar

EMK Kreativiti dan Inovatif

NILAI MURNI Patuh arahan guru

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

Sedia

Ringkuk

** Kira satu ulangan perlakuanKembali Kedudukan Asal

TIP UNTUK GURU Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki dibuka seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap perlakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan dapat menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian belakang badan hendaklah rata dan jari tengah kembali pada kedudukan asal sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.** Otot yang terlibat semasa melakukan ringkuk tubi separa ialah abdomen.

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

Aktiviti 2 (4 minit)Aktiviti 2 : Tekan Tubi Ubahsuai Melakukan tekan ubah suai selama 15 saat Melakukan ringkuk tubi separa selama 30 saat Melakukan ringkuk tubi separa selama 1 minit

Dilakukan secara berpasangan Apabila Murid A sedang melakukan perlakuan, Murid B berperanan untuk mengira ulangan perlakuan dan akan tukar peranan apabila Murid A selesai melakukan perlakuan.

KonPetunjukMuridGuru

ALATAN Kon 4 Span 7 Jam randik 1 Wisel 1

STRATEGI Belajar Cara Belajar

EMK Kreativiti dan Inovatif

NILAI MURNI Patuh arahan guru

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

Bersedia

Lakuan Bengkok Siku

Lakuan Lurus Tangan

** Kiraan satu ulangan perlakuanTIP UNTUK GURU Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang dan badan diluruskan. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

** Otot yang terlibat semasa melakukan tekan tubi ubahsuai ialah deltoid.

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

Aktiviti 3 (4 minit)Aktiviti 3 : Posisi Separa Cangkung Posisi separa cangkung dengan membuka kaki seluas bahu selama 20 saat secara individu Posisi separa cangkung dengan kaki dirapatkan selama 20 saat secara individu Posisi separa cangkung secara berpasangan sebanyak 20 kali

KonPetunjukMuridGuru

ALATAN Kon 4 Jam randik 1 Wisel 1

STRATEGI Belajar Cara Belajar

EMK Kreativiti dan Inovatif

NILAI MURNI Patuh arahan guru

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

TIP UNTUK GURUPosisi separa cangkung dengan gaya membuka kaki seluas bahu Berdiri dengan kaki seluas bahu, tangan di atas pinggang dan tumit tidak dinaikkan. Fleksikan lutut. Badan dalam keadaan tegak dengan mata memandang ke hadapan.

Posisi separa cangkung dengan gaya kaki dirapatkan Berdiri dengan kaki dirapatkan, tangan di atas pinggang dan tumit tidak dinaikkan. Fleksikan lutut. Badan dalam keadaan tegak dengan mata memandang ke hadapan.

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

Posisi separa cangkung secara berpasangan Menghadap rakan sambil memegang tangan secara lurus. Apabila wisel dibunyikan, kedua-dua murid bersama-sama fleksikan lutut sehingga paha selari dengan tanah. Apabila wisel dibunyikan lagi, kedua-dua murid berdiri semula. Badan dalam keadaan tegak dengan mata memandang ke hadapan. Pastikan murid sentiasa memegang tangan antara satu sama lain semasa melakukan perlakuan.

** Otot yang terlibat semasa melakukan posisi separa cangkung ialah quadriceps.

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

KEMUNCAK / PERMAINAN KECIL(8 minit)

Lumba Kanggaru Murid dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu kumpulan A1, A2, B1 dan B2. Kumpulan A1 dan A2 merupakan satu pasukan, manakala kumpulan B1 dan B2 merupakan satu pasukan. Kumpulan A1 dan A2 akan beratur secara bertentangan, begitu juga dengan kumpulan B1 dan B2. Murid dari kumpulan A1 (B1) akan berlumba dengan melakukan aksi lompat kanggaru sampai ke tempat kumpulan A2 (B2).KonPetunjukMuridGuruTaliArah berlumba

A1B1A2B25m

ALATAN Kon 4 Tali 2

STRATEGI Belajar Cara Belajar Teori Kecerdasan Pelbagai Kinestatik

EMK Kreativiti dan Inovatif

NILAI MURNI Patuh arahan guru

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

Apabila sampai, Murid A1(B1) perlu menepuk tangan dengan Murid A2 (B2) untuk meneruskan pertandingan. Kumpulan yang selesaikan giliran dahulu dikira sebagai pemenang.TIP UNTUK GURUCara Kanggaru Melompat Fleksi lutut semasa melompat. Lutut difleksi semasa mendarat untuk menyerap daya. Pandang depan semasa melompat dan mendarat. Tangan dihayunkan seperti kanggaru.

BAHAGIANAKTIVITI(penyampaian standard pembelajaran)ORGANISASI / GAMBAR RAJAHCATATAN(Alatan/Strategi/Nilai/EMK)

PENUTUP/MENYEJUKKAN BADAN/PENTAKSIRAN(5 minit)Aktiviti Pulihan Regangan Kepala Tangan Badan dan pinggang Kaki Pernafasan

Pentaksiran** Rujuk Lampiran 1

KonPetunjukMuridGuru

ALATAN Kon 4 Lembaran Kerja 14

UJI MINDALampiran 1Tarikh :Nama Murid :Kelas :

Otot Ku HebatBulatkan bahagian otot besar yang terlibat semasa anda melakukan senaman berikut :1. Ringkuk Tubi Separa

2. Tekan Tubi Ubahsuai

3. Separa Cangkung