rph peribahasa sr

Upload: rosmawati-yahaya

Post on 18-Jul-2015

398 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARANSEKOLAH KEBANGSAAN BATU 38 45200 SABAK BERNAM SELANGOR

P5

PERIBAHASA 1KHAIRE BIN MD ZEN

PELAJARAN TAJUK TARIKH HARI MASA TAHUN BIL MURID MATLAMAT

BAHASA MELAYU PERIBAHASA 2 April 2010 Selasa 1 JAM (7.30pagi 8.30pagi) 5 31 Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat Memahami maksud lapan peribahasa baru. Mengukuhkan pemahaman tentang peribahasa yang pernah dipelajari dan yang akan dipelajari. Memahami dan menggunakan peribahasa yang dipelajari berdasarkan situasi. kad imbasan bermagnetik persembahan lakonan video (CD-ROM) rakaman lakonan (audio) persembahan program PowerPoint papan putih kecil marker lembaran kerja

PERALATAN MENGAJAR

PENGETAHUAN Murid-murid sudah mempelajari beberapa peribahasa seperti: a) Buruk siku e) Buta tuli SEDIA ADA

b) c) d)

Besar hati Lepas tangan Berat tangan

f) Campur tangan g) Gaji buta

MND / RANCANGAN PENGAJARAN

1

LANGKAH AWAL

Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan nama-nama bunga: 1) Teratai 4) Mawar 2) Anggerik 5) Tulip 3) Matahari 6) Dahlia

LANGKAH PENGAJARANINDUKSI 10 minit Murid akan mendengar rakaman lakonan melalui audio menggunakan simpulan bahasa berat tangan, tajam akal dan berat mulut. Murid-murid cuba meneka maksud peribahasa tersebut. 2 markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang betul. Guru akan mengedarkan lembaran kerja yang pertama yang dinamakan Tokok Tolak. Dalam kumpulan masing-masing, murid-murid perlu menolak atau menambah perkataan-perkataan berdasarkan gambar-gambar yang diberikan agar menjadi peribahasa-peribahasa di bawah ini. 2 markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang tepat. a) Bodoh Sombong b) Kaki Ayam d) Mulut Tempayan e) Tangkap Angin

Kemudian, guru akan menunjukkan makna bagi peribahasa tersebut melalui persembahan PowerPoint pertama dan murid-murid perlu meneka peribahasanya dan tulis jawapan di papan putih kecil yang disediakan. 1 markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang betul.

MND / RANCANGAN PENGAJARAN

2

LANGKAH 1 10 minit

Guru akan melekatkan 16 keping gambar berukuran A5 di papan putih. Murid-murid perlu padankan gambar-gambar tersebut supaya menjadi peribahasa yang diinginkan. 2 markah akan diberikan untuk setiap tekaan. 1) Bagai aur dengan tebing 2) Seperti katak di bawah tempurung 3) Seperti kerbau dicucuk hidung 4) Seperti anjing dengan kucing 5) Seperti kacang lupakan kulit 6) Seperti rusa masuk kampung 7) Seperti bumi dengan langit 8) Bagai mencurah air di daun keladi Setelah pemadanan gambar untuk peribahasanya, muridmurid cuba meneka makna peribahasa-peribahasa tersebut. Kemudian, dengan menggunakan ayat yang lengkap, murid-murid memadankan maksudnya dengan peribahasa tersebut menggunakan kad bermagnetik. 2 markah akan diberikan untuk setiap tekaan yang betul. 1) Hidup saling bekerjasama 2) Orang yang terhad pengetahuannya, hanya mengetahui hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja. 3) Orang yang bodoh dan mengikut sahaja apa yang diarahkan. 4) Dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu. 5) Tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya. 6) Orang yang tercengang-cengang apabila tiba di suatu tempat yang baru. 7) Sangat jauh berbeza. 8) Sia-sia sahaja mengajar atau menasihati orang yang tidak mahu mendengarnya Guru menayangkan rakaman video lakonan murid-murid, berdasarkan peribahasa di atas. Murid-murid meneka peribahasanya. 2 markah akan diberikan bagi tekaan yang tepat.

LANGKAH 2 10 minit

LANGKAH 3 8 minit

MND / RANCANGAN PENGAJARAN

3