rph pemulihan kemahiran 7

Upload: plueligouri

Post on 07-Apr-2018

293 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 RPH Pemulihan Kemahiran 7

    1/2

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    PEMULIHAN BAHASA MELAYU

    Sekolah : SK Ranggu, Tawau

    Kelas : Tahun 2 Iltizam

    Mata pelajaran : Bahasa Melayu

    Bil Murid : 3 orang

    Tarikh : 29 Mac 2011 (Selasa)

    Masa : 07.10 08.40 pagi

    Tajuk Kemahiran 7

    Perkataan KV + KV + KV

    Hasil

    Pembelajaran

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

    1. Menyebut dan mengeja 4 dari 5 perkataan melalui gambar yang

    dipaparkan.

    2. Menulis dengan betul sekurang-kurangnya 4 daripada 5 perkataan

    KV+KV+KV.

    Pengetahuan

    Sedia Ada

    Murid sudah boleh menyebut dan menulis perkataan KV+KV.

    Bahan Bantu

    Mengajar

    Kotak ajaib, sampul berwarna, kad suku kata, kad gambar, slaid powerpoint,

    lembaran kerja.

    Penerapan

    Nilai

    Hormat menghormati, kerjasama, tekun dalam melaksanakan tugas, kejujuran.

    Kemahiran

    Berfikir

    Menghubungkait.

    Set Induksi

    (5 minit)

    1. Guru memberikan arahan kepada murid untuk memeriksa bawah meja

    mereka.

    2. Setiap murid mendapat satu sampul yang berlainan warna.

    3. Murid diminta untuk membuka sampul berkenaan yang mengandungi kad

    suku kata KV.

    4. Setiap murid menerima kad suku kata yang berlainan dan salah seorang

    murid menerima bersama-sama dengan kad gambar.

    5. Guru mengajukan soalan.

    - Apa yang ada dalam sampul berkenaan?

    - Gambar apa itu? Sila tinjukkan kepada rakan-rakan yang lain.

    - Sila baca dan bunyikan suku kata berkenaan?

    6. Murid perlu mencantumkan kad-kad suku kata yang dimiliki oleh setiapdaripada mereka untuk membentuk perkataan berdasarkan kad gambar.

  • 8/4/2019 RPH Pemulihan Kemahiran 7

    2/2

    7. Setelah perkataan terbentuk, murid mengeja dan membaca perkataan

    secara beramai-ramai.

    Langkah 1

    (18 minit)

    Pengajaran dan pembelajaran

    1. Guru menunjukkan gambar-gambar benda melalui slaid powerpoint.- Kerusi

    - Kereta

    - Berudu

    - Kepala

    - Menara

    2. Murid dikehendaki menamakan gambar benda yang ditunjukkan melalui

    slaid powerpoint.

    3. Murid dikehendaki mengeja perkataan yang terdapat di slaid powerpoint.

    Langkah 2

    (18 minit)

    Permainan

    1. Guru melekatkan lima keping gambar iaitu kerusi, kereta, berudu, kepala

    dan menara.

    2. Setiap murid dikehendaki mengambil satu suku kata di dalam kotak ajaib

    dan melekatkan pada gambar yang betul.

    3. Permainan ini dilakukan secara bergilir-gilir sehingga murid Berjaya

    membentuk perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KV pada

    gambar yang betul.

    4. Murid diminta menyebut kesemua benda yang telah dilengkapkan di papan

    tulis secara individu.

    Langkah 3

    (18 minit)

    Latihan pengukuhan

    1. Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan dengan perkataan

    KV+KV+KV.

    2. Murid menyelesaikan lembaran kerja tersebut secara individu.

    Penutup

    5 minit

    Penutup Kognitif

    1. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang telah mereka pelajari pada

    hari ini.

    2. Setiap murid menyatakan perkataan yang telah mereka pelajari.

    Penutup Sosial

    1. Guru memberi penghargaan dan pujian atas kerjasama murid.

    2. Semua murid dikehendaki bertepuk tangan kerana kerjasama yang

    diberikan.