rph minggu 1

5
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 1 Tarikh : 13 Mac 2014 Hari : Khamis Masa : 10.40 am  11.40am (1 Jam) Kelas : 6 Gemilang Bil. Murid : 18 Orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema :Tatabahasa Tajuk : Kata Ganda Subtopik : Kata Ganda Berima Fakta : Kata Ganda Berima : -Kata ganda berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) pada pangkal, pada hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Objektif  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata ganda berima dengan tepat. b) Membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menggunakan perkataan kata ganda dalam pertuturan seharian mereka. Bahan Bantu Mengajar : Kertas sebak, lembaran petikan, lembaran permainan bahasa, nota , pelekat, kad perkataan dan alat tulis. Pendekatan / Strategi : Berpusatkan guru dan murid Kaedah : Sumbang saran , perbincangan, pembentangan, main peranan Nilai : Bekerjasama, kejujuran, hormat-menghormati , keberanian dan berdikari KBKK : Menjana idea, kemahiran menghubung kait, menyenarai, menilai, mendefinisi Kemahiran : 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

Upload: jeicholine-jaikol

Post on 06-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph mingguan

TRANSCRIPT

  • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 1

    Tarikh : 13 Mac 2014

    Hari : Khamis

    Masa : 10.40 am 11.40am (1 Jam)

    Kelas : 6 Gemilang

    Bil. Murid : 18 Orang

    Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

    Tema :Tatabahasa

    Tajuk : Kata Ganda

    Subtopik : Kata Ganda Berima

    Fakta : Kata Ganda Berima :

    -Kata ganda berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima)

    pada pangkal, pada hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

    a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata ganda berima dengan tepat.

    b) Membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima dengan betul.

    Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menggunakan perkataan kata ganda dalam pertuturan

    seharian mereka.

    Bahan Bantu Mengajar : Kertas sebak, lembaran petikan, lembaran permainan bahasa,

    nota , pelekat, kad perkataan dan alat tulis.

    Pendekatan / Strategi : Berpusatkan guru dan murid

    Kaedah : Sumbang saran , perbincangan, pembentangan, main peranan

    Nilai : Bekerjasama, kejujuran, hormat-menghormati , keberanian dan berdikari

    KBKK : Menjana idea, kemahiran menghubung kait, menyenarai, menilai, mendefinisi

    Kemahiran :

    4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang

    disampaikan oleh pihak lain.

  • Aras 3 (i) Memberikan komen dan cadangan balas yang membina tentang sesuatu perkara

    berdasarkan pengalaman secara bersopan

    8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

    Aras 1 (i) Menulis pelbagai jenis ayat.

  • Langkah / Masa

    Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi / Kaedah / BBM / Nilai /KBKK

    Aktiviti Guru Aktiviti Murid

    Set Induksi (5 minit)

    1).Berita mengenai pembukaan pasar malam. *kata ganda berima -sampah sarap -Kuih muih -Sayur-mayur -Lauk-pauk

    1).Guru meminta seorang murid melakonkan watak seorang penyampai berita di hadapan kelas. 2).Guru meminta murid-murid mendengar dengan teliti. 3)..Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi berita yang disampaikan dan pengalaman murid mengunjungi pasar malam. Soalan: a).Berita tentang apa yang kamu dengar tadi? b).Kamu pernah ke pasar malam? c). Apakah jenis jualan yang ada di pasar malam? 4).Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini, iaitu kata ganda berima.

    1).Seorang murid tampil ke hadapan kelas untuk melakonkan watak sebagai pembaca berita dan menyampaikan berita berdasarkan teks yang disediakan. 2).Murid-murid mendengar isi berita yang disampaikan. 3).Murid bersoal jawab mengenai isi berita yang didengar dan menceritakan pengalaman mereka yang pernah mengunjungi pasar malam.

    Strategi: Berpusatkan guru dan murid Kaedah: Main Peranan Sumbang saran BBM: Petikan berita Kad perkataan KBKK: Menjana idea dan hubung kait Nilai: Kejujuran Sampah-sarap Kata ganda berima Kuih-muih Lauk-

    Langkah 1 (10minit)

    1).Menyenaraikan perkataan Kata Ganda Berima.

    1).Guru menyediakan peta bulatan berdasarkan program i-Think untuk meransang minda murid . 2).Guru meminta murid menulis jawapan pada peta bulatan yang ditampal pada papan putih. 3).Guru meminta murid menyenaraikan kata ganda berima yang ditulis pada peta bulatan. 4).Guru bersoal jawab tentang hasil kerja murid.

    1).Murid tampil ke hadapan kelas untuk menulis jawapan pada peta bulatan yang disediakan. 2).Murid bersoal jawab tentang perkataan kata ganda yang ditulis oleh rakan-rakan mereka pada peta bulatan.

    Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: Perbincangan BBM: Kertas sebak Alat tulis Pelekat KBKK: Menjana idea dan menghubung kait Nilai: Menghormati

    Langkah 2 (25 minit)

    1.Maksud dan contoh-contoh Kata Ganda Berima

    1).Guru mengedarkan nota tentang maksud serta contoh-contoh kata ganda berima kepada murid .

    1).Murid membaca nota secara senyap dan mendengar penerangan guru

    Strategi: Berpusatkan guru dan murid Kaedah: Perbincangan

  • 2.Perbincangan dalam kumpulan

    2).Guru menerangkan maksud kata ganda berima berdasarkan nota. 3).Guru meminta semua murid mendengar arahan guru sebelum membentuk empat kumpulan kecil. a). murid dikehendaki membentuk empat kumpulan kecil dan melantik seorang pencatat dan pembentang. b). setiap kumpulan diminta membina lima ayat menggunakan kata ganda berima. 3).Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk berbincang dalam kumpulan.

    dengan teliti. 2).Murid bergerak mencari kumpulan masing-masing. 3).Murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima.

    BBM: Kertas sebak Alat tulis Pelekat Nota KBKK: Menjana idea dan menghubungkait Nilai: Kerjasama

    Langkah 3 (15 minit)

    Pembentangan hasil kerja kumpulan

    1).Guru menilai hasil kerja setiap kumpulan melalui pembentangan dan berlaku sesi bersoal jawab.

    1).Murid membuat pembentangan dan bersoal jawab. 2).Guru membuat semakan kerja bersama-sama murid dan memperbaiki hasil kerja mereka. 3).Guru memberikan peneguhan positif kepada murid.

    Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: Pembentangan BBM: Kertas sebak Alat tulis pelekat KBKK: Menjana idea dan menghubungkait Nilai: Keberanian

    Penutup (5 minit)

    Permainan Carian Kata

    1). Guru mengedarkan lembaran permainan carian kata kepada murid. 2).Guru memberi ganjaran kepada murid pertama yang berjaya mencari jawapan dengan tepat. 3).Guru merumuskan isi

    1).Murid mencari jawapan berdasarkan lembaran permainan carian kata dengan membulatkan jawapan yang betul.

    Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: perrtandingan BBM: Lembaran permainan carian kata Sagu hati KBKK:

  • Pengajaran Inovasi

    Strategi pengajaran berpusatkan murid iaitu interaksi antara setiap ahli kumpulan

    menggunakan bahan bantu pengajaran dan juga alat bantu pengajaran dalam aktiviti pembentangan

    kumpulan.Murid diberikan peluang untuk membuat andaian dan generalisasi terhadap jangkaan

    mereka pada bahagian isi pelajaran.Ini bertujuan bagi merangsang kemahiran berfikir murid untuk

    dikaitkan dengan pengajaran berikutnya.

    pelajaran.

    2).Murid mencari kata ganda berima yang terdapat dalam lembaran yang disediakan.

    Mengingat kembali Nilai: Berdikari