rph menggambar tahun 6

5
Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas/ Tahap : 6 Berwibawa / Tahap 2 Tarikh : 25 Mac 2011 (Selasa) Masa : 8.45 9.45 pagi (1 jam) Bil. Murid : 34 orang Bidang Kegiatan: Menggambar Tajuk : Makhluk Asing Hasil Pembelajaran : i. Menyatakan konsep menggambar serta teknik-teknik membuatnya. ii. Berimaginasi dan melakar rupa makhluk asing daripada pelbagai media. iii. Mewarna lakaran makhluk asing dengan teknik catan. Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat: 1. Memahami konsep catan. 2. Menggambarkan rupa makhluk asing secara lisan. 3. Membuat lakaran secara spontan berdasarkan pemerhatian. 4. Menghasilkan catan makhluk asing secara kreatif. 5. Melukis dan mewarna gambar tersebut dengan kemas dan teliti.

Upload: nor-shahirah

Post on 18-Jul-2015

4.957 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Menggambar tahun 6

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas/ Tahap : 6 Berwibawa / Tahap 2

Tarikh : 25 Mac 2011 (Selasa)

Masa : 8.45 – 9.45 pagi (1 jam)

Bil. Murid : 34 orang

Bidang Kegiatan: Menggambar

Tajuk : Makhluk Asing

Hasil Pembelajaran :

i. Menyatakan konsep menggambar serta teknik-teknik membuatnya.

ii. Berimaginasi dan melakar rupa makhluk asing daripada pelbagai media.

iii. Mewarna lakaran makhluk asing dengan teknik catan.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Memahami konsep catan.

2. Menggambarkan rupa makhluk asing secara lisan.

3. Membuat lakaran secara spontan berdasarkan pemerhatian.

4. Menghasilkan catan makhluk asing secara kreatif.

5. Melukis dan mewarna gambar tersebut dengan kemas dan teliti.

Page 2: Rph Menggambar tahun 6

Pengetahuan sedia ada murid:

1. Murid pernah melihat gambaran makhluk asing di buku atau di televisyen.

2. Murid pernah melukis dan mewarna.

3. Murid telah sedia maklum tentang kegunaan setiap alatan yang dibawa.

4. Murid sedia maklum untuk menggunakan pensil sebagai lakaran awal.

Nilai Murni : Bekerjasama, ketekunan, ketelitian dan kekemasan

Alat dan Bahan : Kertas lukisan, pensel, warna air, warna poster, krayon, berus lukisan, palet

Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar, pemudahcara dan menjana idea

Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Kontekstual, Kecerdasan Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh lukisan hasil kerja guru dan persembahan multimedia gambar-gambar makhluk

asing dari pelbagai sumber media serta alatan yang digunakan.

Page 3: Rph Menggambar tahun 6

Langkah

Pengajaran / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Set Induksi (5minit)

Penayangan contoh-contoh gambar makhluk asing menggunakan LCD.

Guru menayangkan klip gambar-gambar makhluk asing menggunakan LCD Murid melihat tayangan gambar dengan penuh perhatian. Murid dapat mengenalpasti objek yang ditayangkan.

Nilai : Keseronokan BBM : persembahan multimedia dari LCD.

Langkah 1 (7 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran hari ini iaitu

makhluk asing.

Guru memberi penerangan sambil menunjukkan contoh lukisan makhluk asing hasil kerja guru sendiri. Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu menghasilkan lukisan makhluk asing dengan menggunakan teknik catan. Bersoal jawab dengan murid mengenai kefahaman mereka tentang penjanaan idea berkaitan makhluk asing.

BBM : lukisan hasil kerja guru.

Page 4: Rph Menggambar tahun 6

Langkah 2 (7 minit)

Penerangan tentang alatan yang diperlukan

untuk membuat lukisan makhluk asing

menggunakan teknik catan.

Guru menunjukkan setiap

alatan yang diperlukan untuk

membuat lukisan.

Murid turut menunjukkan

alatan yang dibawa

berdasarkan senarai yang

diberikan.

Nilai : keseronokan BBM : Persembahan multimedia tentang alatan yang diperlukan.

Langkah 3 (35 minit)

1) Melakar gambaran awal rupa makhluk

asing di atas kertas lukisan.

2) Melakar menggunakan pensel secara

spontan dari pemerhatian yang telah dibuat.

3)Mewarnakan lakaran yang telah siap.

Guru menunjukkan contoh lakaran yang telah guru sediakan. Guru mengarahkan murid melakar di atas kertas lukisan. Murid mula melakar

berdasarkan pemerhatian

yang dibuat.

Guru mengarahkan murid mula mewarnakan lakaran yang telah siap dibuat menggunakan teknik catan.

Murid menggunakan pelbagai media yang dibawa untuk mewarna.

Nilai : Kreatif dan Kesungguhan KBKK : Membuat ramalan,kecerdasan visual, menjana idea BBM : Contoh lakaran yang guru sediakan.

Page 5: Rph Menggambar tahun 6

Penutup (5 minit)

Pengukuhan Murid menghantar hasil karya mereka. Murid mempamerkan hasil

karya seni catan dan

menceritakan hasil karya seni

sendiri.

Guru membuat rumusan dan menanya dua soalan untuk menguji minda iaitu : 1) Apakah maksud catan? 2)Apakah kaedah-kaedah menggunakan teknik catan?

Nilai : Kreatif