rph literasi

7
3.0 Rancangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : 3 Seroja / Tahap 1 Tarikh : 13 Mac 2013 ( Rabu) Masa : 8.00 - 9.00 pagi (1 jam) Bilangan Murid : 12 orang ( 2 lelaki , 10 perempuan) Tema : Kesihatan dan kebersihan Tajuk : Kebersihan makanan Standard Kandungan : 1.2 Mendengar , mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran : 1.2.6 Mendengar, mengecam dan menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat. Kemahiran Literasi : 2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup. Objektif Pembelajaran : Murid berkeupayaan untuk Menguasai : i. Mendengar dan mengecam frasa dan ayat dengan binaan ayat yang betul dan tepat. ii. Menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dengan 23

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 06-Sep-2015

254 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

literasi

TRANSCRIPT

3.0 Rancangan Pelaksanaan Pengajaran dan PembelajaranMata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Kelas: 3 Seroja / Tahap 1

Tarikh: 13 Mac 2013 ( Rabu)

Masa: 8.00 - 9.00 pagi (1 jam)

Bilangan Murid: 12 orang ( 2 lelaki , 10 perempuan)

Tema : Kesihatan dan kebersihan

Tajuk: Kebersihan makanan

Standard Kandungan: 1.2 Mendengar , mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran: 1.2.6 Mendengar, mengecam dan menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.

Kemahiran Literasi : 2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup.

Objektif Pembelajaran: Murid berkeupayaan untuk Menguasai :i. Mendengar dan mengecam frasa dan ayat dengan binaan ayat yang betul dan tepat. ii. Menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dengan tepat. Tidak Menguasai : i. Menyebut dan memahami perkataan suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.

Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti

Nilai Murni: Menjaga Kebersihan

Bahan Bantu: Audio, Kad Bergambar, Kad Perkataan dan Kad Frasa

LangkahAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set InduksiCadangan Masa : 5 Minit1. Permainan Kotak Beracun.2. Mengedarkan kotak beracun dengan iringan muzik sehingga berhenti.3. Murid yang akhir sekali memegang kotak, diminta mengeluarkan kad gambar yang terdapat dalam kotak tersebut.4. Murid-murid lain diminta untuk menyebut nama objek dalam gambar tersebut.5. Bersoal jawab tentang kegunaan dan fungsi objek-objek tersebut.( wujud interaksi antara guru dengan murid)

Teknik : Soal JawabKecerdasan Pelbagai : VerbalBahan Bantu : Kotak , Kad Gambar Petikan Lagu, Bahan Maujud , Kad Perkataan

Langkah 1Cadangan Masa : 15 MinitAktiviti Stesen 1. Murid beredar ke stesen mengikut kumpulan mereka. 2. Murid diperdengarkan cerita bertajuk Membantu Ibu. 3. Murid menjalankan aktiviti di stesen masing- masing berdasarkan tugasan mereka.Aktiviti 11. Murid meletakkan tanda (I) pada senarai barang berdasarkan petikan yang didengar. ( Rujuk Lampiran 1)Aktiviti 2 1. Murid menyusun senarai barang mengikut urutan yang betul berdasarkan petikan yang didengar. ( Rujuk Lampiran 1)Aktiviti 3 1. Murid melengkapkan petikan cerita. ( Rujuk Lampiran 2)Teknik : Auditori, Kinestetik Bahan Bantu : Kad Aktiviti

Langkah 2Cadangan Masa : 15 Minit 1. Murid mempersembahkan hasil kumpulan masing-masing dengan bimbingan guru. 2. Guru bersoal jawab tentang aktiviti yang dijalankan.Teknik : VerbalKecerdasan Pelbagai : InterpersonalNilai : Kerjasama

Langkah 3Cadangan Masa : 15 Minit Aktiviti Bisik - bisik 1. Murid mendengar arahan dan penerangan sebelum aktiviti dijalankan. 2. Murid berpecah kepada tiga kumpulan mengikut pencapaian. 3. Ketua kumpulan akan membaca kad pesanan yang disediakan oleh guru. ( Rujuk Lampiran 3) 4. Ketua kumpulan akan membisikkan pesanan ini kepada ahli kedua, ahli kedua pula akan membisikkan kepada ahli ketiga dan seterusnya. 5. Ahli terakhir akan menulis pesanan yang telah diterimanya. 6. Murid menilai pesanan yang disampaikan.Teknik : AuditoriKecerdasan Pelbagai : InterpersonalBahan Bantu : Kad Aktiviti

Penutup Cadangan Masa : 10 Minit 1. Guru memberikan peneguhan kepada murid - murid sebagai motivasi. 2. Murid dan guru menyanyikan lagu Eja Saya. (Rujuk Lampiran 3 )Teknik : Visual, Auditori, KinestetikKecerdasan Pelbagai : InterpersonalBahan Bantu : Seni Kata Lagu

Penilaian : Murid dapat mendengar dan memahami arahan serta memberikan respons secara lisan dengan bertatasusila.

Nota : Cadangan untuk kemahiran mendengar bertutur : Menggunakan kaedah rakaman audio. Mendengar suara guru. Interaksi antara murid dengan murid atau murid dengan guru. Bercerita atau menyampaikan idea secara lisan. Menggunakan pendekatan didik hibur seperti berlakon, bercerita, berpuisi dan menyanyi.

Refleksi:

27