tugasan literasi bahasa

27
PRABACAAN Pengenalan Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Kesediaan membaca adalah himpunan panduan, kebolehan dan kemahiran- kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan iaitu belajar membaca. Ia juga adalah satu proses yang berterusan. Proses ini perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. Proses ini sangat penting untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi alam belajar mereka yang seterusnya. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengembangkan proses ini di rumah dan dibantu oleh guru apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Apabila kanak-kanak bersedia untuk membaca, maka mereka bersedia untuk belajar membaca. Prinsip-prinsip asas berhubung kesediaan membaca perlu diambil kira. Di antara prinsip-prinsip tersebut adalah 1. Umur yang berbeza. Kesediaan membaca kanak-kanak berbeza mengikut umur. Kanak-kanak biasanya bersedia pada umur 5 tahun hingga 7 tahun. Namun ada juga kanak-kanak yang tidak bersedia sehingga umur 9 tahun. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak tersebut dimasukkan ke dalam program pemulihan. 2. Kematangan semulajadi Kesediaan membaca kanak-kanak bergantung kepada kematangan yang semulajadi. Mereka berminat membuat sesuatu jika pelajaran yang diberikan sesuai dengan kematangan mereka. Jika mereka dipaksa membaca sebelum kematangan mencukupi, minat mereka akan menjadi semakin kurang. 1

Upload: roslizam-bin-ghazali

Post on 14-Feb-2015

77 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Literasi Bahasa

PRABACAAN

Pengenalan

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.Ia perlu bagi membentuk

kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Kesediaan membaca adalah himpunan panduan, kebolehan dan kemahiran-kemahiran

yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca. Ini adalah satu

proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan iaitu belajar

membaca. Ia juga adalah satu proses yang berterusan. Proses ini perlu diperkembangkan dan

bukan ditunggu-tunggu. Proses ini sangat penting untuk menyediakan kanak-kanak bagi

menghadapi alam belajar mereka yang seterusnya. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa

untuk mengembangkan proses ini di rumah dan dibantu oleh guru apabila kanak-kanak

memasuki alam persekolahan.

Apabila kanak-kanak bersedia untuk membaca, maka mereka bersedia untuk belajar

membaca. Prinsip-prinsip asas berhubung kesediaan membaca perlu diambil kira. Di antara

prinsip-prinsip tersebut adalah

1. Umur yang berbeza.

Kesediaan membaca kanak-kanak berbeza mengikut umur. Kanak-kanak biasanya

bersedia pada umur 5 tahun hingga 7 tahun. Namun ada juga kanak-kanak yang tidak

bersedia sehingga umur 9 tahun. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak tersebut

dimasukkan ke dalam program pemulihan.

2. Kematangan semulajadi

Kesediaan membaca kanak-kanak bergantung kepada kematangan yang semulajadi.

Mereka berminat membuat sesuatu jika pelajaran yang diberikan sesuai dengan

1

Page 2: Tugasan Literasi Bahasa

kematangan mereka. Jika mereka dipaksa membaca sebelum kematangan mencukupi,

minat mereka akan menjadi semakin kurang.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca iaitu

1. Keadaan Jasmani

Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang. Ada kanak-kanak yang

mempunyai penglihatan yang kurang sempurna seperti rabun. Kanak-kanak tersebut

tidak dapat melihat dengan baik. Keadaan ini akan menyulitkan proses membaca.

Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. Dalam prabacaan,

pendengaran adalah penting untuk mendengar arahan dan mendengar bacaan yang

perlu dituturkan. Jika pendengaran kanak-kanak kurang baik, ini akan menyulitkan

proses membaca.

Keadaan alat-alat pertuturan yang tidak terganggu. Kanak-kanak yang menghadapi

masalah pertuturan seperti pelat dan gagap akan menghadapi kesukaran untuk

menyebut atau membaca dengan betul.

Peringkat umur yang berbeza. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 8 tahun biasanya

boleh membaca jika diberi bimbingan oleh ibu bapa.

Jantina. Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca

kerana biasanya kanak-kanak perempuan lebih cepat matang berbanding kanak-kanak

lelaki.

Kemampuan urat saraf. Otot-otot tangan dan mata khususnya dapat berfungsi dengan

baik.

Perkembangan fizikal. Perkembangan fizikal yang normal dan kesihatan yang baik

membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.

2

Page 3: Tugasan Literasi Bahasa

2. Pengalaman dan Persekitaran

Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman. Contohnya kanak-kanak

yang didedahkan dengan bahan bacaan di rumah akan cepat menguasai kemahiran

membaca apabila masuk ke sekolah.

3. Emosi, motivasi dan sahsiah.

Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan

emosi. Keluarga yang harmoni mempengaruhi sikap suka membaca. Keluarga yang

bermasalah akan mengganggu emosi kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan kanak-

kanak menjadi nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain.

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif.

Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza. Kebolehan

mental kanak-kanak untuk mengingati dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu

adalah berbeza.

5. Daya diskriminasi.

Keupayaan kanak-kanak membezakan perkataan, gambar, bantuk, saiz bentuk, jarak

dan bunyi.

6. Penguasaan Bahasa.

Keupayaan kanak-kanak menguasai bahasa ibunda dan membezakan sebutan dialek

dan sebutan baku.

3

Page 4: Tugasan Literasi Bahasa

Prabacaan

Membaca adalah proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan cetak dan bahan

elektronik. Membaca memerlukan satu kemahiran berfikir yang tinggi. Ia juga

merupakan satu komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca

melibatkan penglihatan dan pendengaran Kanak-kanak yang dapat membaca akan

mula berminat untuk membaca buku-buku. Biasanya kanak-kanak berminat membaca

buku cerita yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. Oleh itu prabacaan juga

perlu dijalankan dengan menggunakan gambar dan juga bunyi.

Prabacaan adalah tahap penyediaan kanak-kanak untuk membaca. Kanak-

kanak didedahkan dengan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai boleh mendorong kanak-kanak untuk mempertingkatkan

ketajaman penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak tertarik kepada gambar dan

suka mendengar bunyi-bunyi seperti bunyi haiwan, bunyi kereta, bunyi alat-alat muzik

bunyi nyanyian lagu dan lain-lain. Ketajaman penglihatan dapat diasah dengan

kemahiran melihat dan mengenalpasti bentuk-bentuk yang berbeza dan sama.

Terdapat tiga bentuk prabacaan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan

pendengaran dan pergerakan tangan dan mata.

Pengamatan Penglihatan

Pengamatan penglihatan adalah proses bertindakbalas apabila menerima

rangsangan melalui deria penglihatan. Tindakbalas ini melibatkan proses kognitif iaitu

berfikir. Apabila kanak-kanak menerima rangsangan, otak mereka akan merakam

maklumat dan memproses maklumat. Hasilnya tindakbalas yang berlaku adalah

berdasarkan maklumat yang diproses, bukannya tindakbalas berdasarkan reflek

semata-mata. Proses pengamatan juga adalah proses memberi makna kepada perkara

yang dilihat.

4

Page 5: Tugasan Literasi Bahasa

Terdapat empat belas jenis aktiviti yang dapat digunakan untuk melatih

pengamatan penglihatan, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi

kedudukan, turutan menyudahkan atau melengkapkan, rajah atau latar bertindih,

koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk atau kedudukan

dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar dan benda

tersembunyi.

Diskriminasi Penglihatan

Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara

visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk,

gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-

kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara ‘ m ‘ dan ‘ n ‘ atau pun “lari”

dan “lori”.

Cadangan Aktiviti :

a. Mencari gambar yang sama

b. Mencari simbol yang sama.

c. Mencari huruf yang sama.

F E R E K

d. Mencari gambar yang berbeza

5

Page 6: Tugasan Literasi Bahasa

e. Mencari simbol yang berbeza.

f. Mencari huruf yang berbeza.

E E F E E EAktiviti-aktiviti lain adalah memadankan huruf-huruf dengan perkataan, menekap

corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

Ingat Kembali

Ingat kembali memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk

membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf

dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

Cadangan Aktivitinya

a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan

benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang

dilihatnya.

b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan

suruh murid melukisnya.

6

Page 7: Tugasan Literasi Bahasa

Orientasi Kedudukan

Orientasi kedudukan adalah membezakan kedudukan sesuatu gambar atau bentuk.

Contoh aktiviti

a. Meletakkan empat bentuk yang sama di atas meja. Satu daripada bentuk tersebut

diletakkan berlainan kedudukan.

b. Tunjukkan sebaris gambar yang sama. Salah satu daripada gambar tersebut mestilah

berlainan kedudukan.

Turutan Menyudah

Turutan menyudah adalah melengkapkan gambar dengan cara mencantumkan

bahagian-bahagian gambar menjadi gambar yang lengkap.

Contoh aktiviti adalah memadankan bahagian badan haiwan.

7

Page 8: Tugasan Literasi Bahasa

Rajah Bertindih

Rajah bertindih adalah mencari pelbagai objek dalam gambarajah yang bertindih.

Contoh gambarajah adalah seperti berikut:

Koordinasi Mata dan Tangan

Koordinasi mata dan tangan adalah membuat gerakan tangan yang diselaraskan

dengan pergerakan mata. Contohnya menggerakan tangan atau jari mengikut laluan

dalam rajah yang diberikan.

8

Page 9: Tugasan Literasi Bahasa

9

Page 10: Tugasan Literasi Bahasa

Pertalian Jarak

Pertalian Jarak adalah menganggar saiz atau jarak sesuatu objek. Jarak dari kiri

ke kanan secara hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Contohnya adlah

seperti berikut:

Ketetapan Bentuk atau Kedudukan Dalam Rajah

Kebolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf atau nombor yang mempunyai bentuk

yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

Gambar Bersiri

Gambar bersiri adalah aktiviti mengikuti cerita dari satu babak ke babak yang

lain. Contoh aktivitinya adalah menyusun gambar mengikut cerita yang disampaikan.

10

Page 11: Tugasan Literasi Bahasa

Pembalikan

Membezakan bentuk asal sesuatu huruf, nombor, perkataan dan gambar dengan

bentuk yang terbalik.

Mencari Jalan Keluar

Kebolehan menyelesaikan masalah dengan cara mengikut laluan yang sesuai

daripada banyak laluan. Contohnya semut mencari jalan keluar untuk mendapat

makanan.

Benda Tersembunyi

Mencari huruf, nombor, perkataan dan benda yang tersembunyi dalam gambar.

Aktiviti ini adalah untuk melatih kanak-kanak melihat sesuatu yang abstrak.

11

Page 12: Tugasan Literasi Bahasa

Pengamatan Pendengaran

Pengamatan pendengaran adalah proses bertindakbalas apabila menerima rangsangan

melalui deria pendengaran. Sepertimana proses pengamatan pendengaran, proses

pengamatan pendengaran juga adalah proses memberi makna kepada perkara yang

didengar.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan pendengaran

1. Fizikal

Manusia dikurniakan deria yang semula jadi sejak lahir dan berbeza antara

setiap individu. Ada manusia yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada

yang sebaliknya.

2. Jantina

Pengamatan pendengaran berbeza antara jantina. Misalnya kanak-kanak lelaki

7-9 tahun lebih lemah berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang

sebaya.

3. Status ekonomi

Pengamatan pendengaran berbeza mengikut latar belakang keluarga, interaksi

keluarga dan kemudahan di rumah.

4. Gangguan bunyi

Pengamatan pendengaran dipengaruhi oleh gangguan bunyi iaitu pelbagai

gangguan yang diterima semasa proses mendengar berlaku. Jika banyak

gangguan seperti bising, maka proses pengamatan akan menjadi lemah.

5. Mental

Tahap pendengar kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar dan

proses tindak balas pendengar berlaku.

12

Page 13: Tugasan Literasi Bahasa

Jenis-jenis pengamatan pendengaran

Terdapat 6 jenis pengamatan pendengaran iaitu diskriminasi pendengaran,

penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran,

melengkapkan pendengaran dan percantuman pendengaran.

Diskriminasi pendengaran

Keupayaan mengenali dan mengamati persamaan dan perbedaan bunyi yang didengar.

Memudahkan kanak-kanak belajar, misalnya dalam keadah oral.

Contohnya ;

Kenali suara, bunyi tinggi dan rendah, pilih gambar yang sama dan beza bunyi,

ulangi bunyi huruf, perkataan, ayat dan sebagainya serta permainan mengetuk, gambar

dalam bentuk bunyi.

Penerimaan Pendengaran

Keupayaan memperoleh atau mendapat makna daripada apa-apa yang didengar

atau dicakapkan. Ada kaitan dengan kemahiran kognitif dan kebolehan berbahasa.

Kebolehan menginterpretasi bunyi, perkataan atau ayat didengar.

Contohnya:

Memilih gambar yang berkaitan dengan bunyi yang didengar.

Perkaitan Pendengaran

Keupayaan mengaitkan konsep-konsep bunyi yang disampaikan. Keupayaan

menyatukan idea.

Contohnya :

Meneka bunyi

Ingatan Pendengaran

Keupayaan mengingati apa yang didengar dan mengulangi apa yang didengar.

Kemampuan menggunakannya apabila berbahasa.

13

Page 14: Tugasan Literasi Bahasa

Contohnya :

Permainan mengetuk dan mengulang bunyi ketukan, menerangkan apa yang terdapat

di dalam gambar dalam bentuk bunyi.

Melengkapkan Pendengaran

Keupayaan untuk mengenali bunyi yang didengar. Keupayaan mencantumkan

unit-unit didengar menjadi makna dan maksud yang dikehendaki. Kebolehan

menggunakan unit-unit dalam pengalaman pendengaran secara lisan.

Contohnya :

Permainan bahasa- Mendengar beberapa bunyi dan menerangkan maksud bunyi

tersebut.

Percantuman Pendengaran

Kebolehan mencantum bunyi-bunyi yang terasing menjadi sukukata, perkataan

dan ayat yang bermakna.

Contohnya :

Bunyi huruf- suku kata – perkataan

B + o + l + a + = bola

Contoh aktiviti pengamatan pendengaran yang pertama adalah mengetuk benda. Guru

mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan kanak-kanak

mengecam perbezaan bunyinya. Contohnya mengetuk paku, tin, batang kayu, batu,

tempurung dan sebagainya. Kanak-kanak meneka bunyi tersebut.

Contoh aktiviti pengamatan pendengaran yang kedua adalah mendengar rakaman

bunyi alam seperti bunyi angin, air mengalir, ombak, hujan lebat dan petir. Beberapa

gambar yang berkaitan dengan bunyi tersebut ditunjukkan. Kanak-kanak memilih

gambar setelah bunyi diperdengarkan.

14

Page 15: Tugasan Literasi Bahasa

Contoh aktiviti pengamatan pendengaran yang ketiga adalah mendengar rakaman

bunyi haiwan seperti bunyi suara kambing, burung, harimau, kucing dan lain-lain.

Beberapa gambar haiwan diberikan atau kanak-kanak meniru aksi haiwan yang

mengeluarkan bunyi tersebut.

Pergerakan Tangan dan Mata

Perkembangan pergerakan tangan kanak-kanak bermula sejak mereka lahir lagi.

Ianya berkembang seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-

kanak. Kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-

kanak untuk membesar dengan sihat dan cergas. Kanak-kanak sangat suka dengan

mainan. Mainan merupakan objek yang paling baik bagi meningkatkan kemahiran

pergerakan tangan mata. Koordinasi mata adalah penting bagi menentukan apa yang

tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan meransang

perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan

jari. Pergerakan tangan dan mata adalah proses melatih tangan dan mata untuk

membentuk sesuatu benda daripada bahan yang disediakan.

Contoh aktiviti pergerakan tangan dan mata yang pertama adalah membentuk

benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Guru memberikan

bahan dan kanak-kanak menggunakan bahan tersebut untuk membuat benda

Contoh aktiviti pergerakan tangan dan mata yang kedua adalah melakar bentuk

yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk

membolehkan membentuk huruf. Aktiviti yang sesuai adalah membuat garisan di atas

tanah dengan menggunakan kayu, menggolek bola di atas pasir dan membuat model

pokok di atas pasir.

Contoh aktiviti lain adalah mewarna dari kiri ke kanan, membentuk bulatan di

udara dan menyambung titik.

15

Page 16: Tugasan Literasi Bahasa

5.0 REFLEKSI

Pada 7 Januari 2012, saya telah menerima satu tugasan bagi subjek Literasi

Bahasa . Semester dua pada kali ini subjek Literasi Bahasai bagi kelas saya iaitu Unit

Matematik dua telah diberi tunjuk ajar oleh pensyarah Puan Hajah Puteh Bt Ahmad..

Pada mulanya saya tidak begitu faham apa yang perlu dibuat dalam menyiapkan

tugasan ini. Namun, setelah diberi penerangan oleh Puan Hajah Puteh Bt Ahmad,

barulah saya dapat memahami bahawa saya perlu memberikan penerangan tentang

prabacaan. Saya perlu memberikan ulasan tentang prabacaan dan aktiviti- aktivitinya.

Sememangnya penerangan beliau banyak membantu saya. Jasa beliau amat saya

hargai dan berterima kasih. Beliau juga telah memberikan penerangan tentang aktiviti

prabacaan.

Selain itu, saya juga turut mengadakan sesi perbincangan dengan kawan- kawan

dalam melaksanakan tugasan ini. Saya dan rakan- rakan dalam Unit Matematik dua

bersama- sama berbincang tentang bahan – bahan dan maklumat tentang prabacaan.

Kami bertukar- tukar maklumat yang kami perolehi. Ini memberikan banyak idea- idea

untuk tentang prabacaan yang perlu saya ulaskan dalam tugasan kali ini. Saya amat

berterima kasih kepada mereka. Hasil perbincangan kami ini sedikit sebanyak

memudahkan dan mempercepatkan proses saya menyiapkan tugasan ini.

Sebelum saya mempelajari subjek Literasi Bahasa dalam semester dua ini,

saya tidak begitu mengambil berat tentang kepentingan prabacaan. Namun begitu,

setelah diperkenalkan tajuk ini kepada saya oleh Puan Hajah Puteh Bt Ahmad, saya

sedar kini bahawa prabacaan penting kepada setiap individu . Prabacaan penting

dalam kehidupan kita. Ia terdapat gabungjalin dengan semua matapelajaran di

sekolah.. Tanpa prabacan, individu sukar untuk ke peringkat seterusnya iaitu kemahiran

membaca yang penting dalam kehidupan.

16

Page 17: Tugasan Literasi Bahasa

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya juga telah mendapat banyak idea

menjalankan proses prabacaan. Selain idea saya sendiri, saya juga dapat cadangan

baru dari kawan- kawan seunit denga saya mahupun unit yang lain dalam

melaksanakan aktiviti prabacaan. Saya juga faham bahawa aktiviti prabacaan

melibatkan tiga aspek iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan

pergerakan mata dan tangan. Sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu aspek

prabacaan ini. Kini saya sedar kepentingan prabacaan dan tugasan ini dapat

membantu saya di sekolah dalam menghadapi murid yang masih tidak tahu membaca.

Saya juga dapat membantu murid yang masih belum pandai membaca dan murid

pemulihan hasil daripada ilmu dan pengalaman dalam melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mempunyai beberapa cadangan untuk meningkatkan aktiviti literasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya berpendapat agar setiap sekolah

perlu mengadakan satu bilik khas yang lengkap dengan alat bantu mengajar untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan literasi bahasa.

Ini dapat membantu guru melancarkan proses literasi bahasa.Contohnya , selain bahan

bantu mengajar yang boleh diperolehi dan dibeli di pasaran, guru juga boleh

menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar. Cuma sekolah perlu menyediakan bahan

seperti kad- kad manila dan sebagainya untuk kemudahan guru menjalankan proses

literasi.

Saya juga mencadangkan agar kursus – kursus intensif khas disediakan untuk

guru-guru bagi menjalankan proses literasi di sekolah. Kursus- kursus intensif ini di

samping diutamakan kepada guru pemulihan, guru Linus mahupun guru tahun satu,

saya juga mencadangkan guru-guru lain juga dilibatkan. Ini kerana proses literasi

memainkan peranan penting dalam semua subjek.

Seterusnya , murid- murid yang terlibat dalam proses literasi juga pelru diberikan

kelas intensif untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka.

Akhir sekali setelah menyiapkan tugasan ini, saya berasa bertuah kerana

banyak ilmu yang dapat saya perolehi. Saya juga dapat satu pengalaman yang menarik

dalam menyiapkan tugasan subjek Literasi Bahasa ini. Saya amat berterima kasih

17

Page 18: Tugasan Literasi Bahasa

kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan tugasan ini. Seterusnya, harapan

saya agar saya dapat menggunakan ilmu yang saya dapat ini dalam melaksanakan

proses literasi bahasa di sekolah saya. Program literasi bahasa dapat membantu

seseorang untuk mencapai cita- cita mereka. Ini dapat menjamin masa depan diri san

seterusnya masa depan negara yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi selaras

dengan pendidikan dunia.

18

Page 19: Tugasan Literasi Bahasa

KOLABORASI

NAMA PELAJAR : ROSLIZAM BIN GHAZALI

( 7412122-03-5781 )

KUMPULAN : MATEMATIK KUMPULAN 2

SEMESTER / PERINGKAT : PPG MATEMATIK SEMESTER 2

MATAPELAJARAN : WAJ 3104 LITERASI BAHASA

PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN HAJAH PUTEH BINTI AHMAD

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN TANDATANGAN

PENSYARAH

7 Jan

2012

- Menerima tugasan daripada

pensyarah

( Pn. Hjh. Puteh Binti Ahmad )

- Sesi perbncangan tentang

tugasan bersama pensyarah

8 Jan

2012

- Mula mencari bahan dari

Perpustakaan Tun Abdul Razak

dengan rakan Matematik 3 ( En

Azizul bin Ahmad )

19

Page 20: Tugasan Literasi Bahasa

15 Jan

2012

- Bertukar- tukar maklumat

dengan En. Tajuddin Bin Puteh

- Mengumpulkan maklumat

bersama rakan unit Matematik 2

iaitu :

1) Pn. Farah shazreien bt Ab

Malek

24 Jan

2012

- Bertukar-tukar maklumat

dengan penuntut lain unit

Matematik 2

( Puan Prema )

18 Feb

2012

- Sesi tutorial kedua

- Perbincangan mengenai

tugasan

( Pn. Hjh. Puteh Bt Ahmad )

26 Feb

2012

- Perbincangan dengan guru

Pemulihan SK Rapat Setia

- (En. Roshidi Bin Abdullah)

20

Page 21: Tugasan Literasi Bahasa

28 Feb

2012

- Mendapatkan perkhidmatan

pegawai perpustakaan Negeri

Perak untuk mencari bahan /

maklumat berkaitan aktiviti

prabacaan.

- ( Pn. Farahanum Shuhailly Bt

Ab Malek Zaki

7 Mac

2012

- Bertukar-tukar maklumat

dengan Pn. Menaka

Unit Matematik kumpulan 2)

( Pn. Menaka )

8 Mac

2012

- Perbincangan dengan guru

LINUS SK Rapat Setia

( Pn Zulaiha Bt Abdul Rahim)

10 Mac

2012

- Perbincangan dengan ahli

Matematik 2

( Pn. Prema )

( En. Tajuddin B Puteh )

21

Page 22: Tugasan Literasi Bahasa

( En. Shamsul )

( Pn. Menaka )

12 Mac

2012

- Mengemaskini tugasan

bersama rakan seunit.

( Pn. Farah Shazrei Bt Ab Malek

)

17 Mac

2012

Persiapan terakhir

24 Mac

2012

- Menghantar tugasan

( Pn. Hjh. Puteh Bt Ahmad)

22

Page 23: Tugasan Literasi Bahasa

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

BIL AKTIVITI TARIKH

1. Menerima tugasan 18 Februari 2012

2. Mula mengumpulkan maklumat dari internet 19 Februari 2012

3. Berbincang dengan guru LINUS Sekolah

Kebangsaan Kuala Pari Ipoh berkaitan aktiviti

prabacaan

22 Februari 2012

4. Berbincang dengan guru LINUS Sekolah

Kebangsaan Rapat Setia Ipoh berkaitan aktiviti

prabacaan

23 Februari 2012

5. Mencari buku berkaitan aktiviti prabacaan dari

Kedai Buku

25 Februari 2012

6. Mencari maklumat berkaitan prabacaan di

Perpustakaan Negeri di Jalan Tambun.

26 Februari 2012

7. Mendapatkan bantuan daripada guru pemulihan 27 Februari 2012

23

Page 24: Tugasan Literasi Bahasa

Sekolah Kebangsaan Rapat Setia Ipoh

8. Mendapatkan maklumat dan bahan berkaitan

prabacaan dari Perpustakaan Negeri

29 Februari 2012

9. Mula melengkapkan tugasan

- Menaip Penghargaan dan Pengenalan

1 Mac 2012

10. Merangka aktiviti prabacaan 2 Mac 2012

11. Menyiapkan aktiviti prabacaan 3 Mac 2012

12. Berbincang dengan ahli Matematik 2 berkaitan

tugasan

4 Mac 2012

13. Merangka permainan bahsa berbentuk power point 6 Mac 2012

14. Menyiapkan power point 7 Mac 2012

15. Berbincang dengan ahli Unit Matematik 2 berkaitan

tugasan

10 Mac 2012

24

Page 25: Tugasan Literasi Bahasa

16. Merangka peta minda tentang prabacaan 11 Mac 2012

17. Menyiapkan esei tentang prabacaan 13 Mac 2012

18. Menyiapkan kolaborasi 14 Mac 2012

19. Menyiapkan refleksi 16 Mac 2012

20. Menyiapkan rujukan 20 Mac 2012

21. Semakan terakhir 23 Mac 2012

22. Menghantar tugasan 24 Mac 2012

25