rph bm 3februari

6
Rancangan Pengajaran Harian [RPH] Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh/Hari : 4 Februari 2015/Rabu Tahun : 3 Bijak Bil Murid : 34 orang Masa : 10.20 – 11.20 pagi (60 minit) Tema : Keselamatan Tajuk : Jaga Keselamatan Diri STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan dengan betul. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyampaikan pesanan dengan betul. ii. Mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 contoh kata kerja aktif tak transitif yang terdapat di dalam teks dank ad dialog. Sistem Bahasa Kata Kerja Aktif Tak Transitif Pengisian Kurikulum Ilmu : Keselamatan Jalan Raya Nilai murni : Patuh, Berhati-hati, Kerjasama Kepelbagaian Kaedah dan Teknik KB : Kontekstual KP : Verbal-linguistik, interpersonal Bahan Bantu Mengajar Jenis Bilangan 1 Projektor 1 2 Buku teks 1

Upload: muhammad-ifran

Post on 16-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahasa maelayu tahun 3

TRANSCRIPT

Page 1: RPH BM 3februari

Rancangan Pengajaran Harian [RPH]

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tarikh/Hari : 4 Februari 2015/Rabu

Tahun : 3 Bijak

Bil Murid : 34 orang

Masa : 10.20 – 11.20 pagi (60 minit)

Tema : Keselamatan

Tajuk : Jaga Keselamatan Diri

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan dengan betul.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menyampaikan pesanan dengan betul.ii. Mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 contoh kata kerja aktif tak transitif yang

terdapat di dalam teks dank ad dialog.

Sistem Bahasa

Kata Kerja Aktif Tak Transitif

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Keselamatan Jalan Raya Nilai murni : Patuh, Berhati-hati, Kerjasama

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik

KB : Kontekstual KP : Verbal-linguistik, interpersonal

Bahan Bantu Mengajar

Jenis Bilangan1 Projektor 12 Buku teks 13 Komputer riba 14 Kad Dialog Pelbagai Situasi 5

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar pesanan daripada guru dan ibu bapa.

Page 2: RPH BM 3februari

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Induksi Set(5 minit)

Paparan video mengenai keselamatan.

Video ‘Apa Kata Yaya Mengenai Keselamatan’.

Teknik: Soal jawab/ penerangan

Guru bertanya kepada murid apa yang dapat mereka saksikan dalam video tersebut.

Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

BBM:Kad perkataan

Ilmu: Keselamatan Jalan Raya

Nilai: Berhati-hati

Langkah 1(20 minit)

Melafazkan dialog berdasarkan buku teks mengenai keselamatan diri.

Situasi 1 – Cikgu Zarina berpesan kepada Kamal supaya menjaga keselamatan diri apabila pulang sekolah dan meminta Kamal untuk menyampaikannya pada kawan-kawan yang lain.

Situasi 2 – Kamal menyampaikan pesanan Cikgu Zarina kepada kawan-kawannya.

Teknik Main Peranan/Berkumpulan

Murid diarahkan untuk merujuk buku teks Bahasa Malaysia Tahun 3, muka surat 18.

Guru menerangkan mengenai aktiviti.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka diarahkan untuk menyenaraikan pesanan Cikgu Zarina.

Guru memberi penerangan mengenai kata kerja tak transitif dan contoh yang terdapat dalam dialog tersebut.

BBM: Buku Teks

Sistem bahasa:Kata Kerja Aktif Tak Transitif

Nilai: Patuh, Berhati-hati

Page 3: RPH BM 3februari

Langkah 2(20 minit)

Kad Dialog Pelbagai Situasi (arahan, soalan dan pesanan)

Pentaksiran:

Murid memberi respons terhadap dialog yang dilafazkan.

Teknik Bacaan

Murid dipilih secara rawak.

Murid dikehendaki memilih salah satu sampul yang mengandungi kad berdialog.

Murid melafazkan dialog di hadapan kelas.

Murid lain dikehendaki menenaraikan pesanan yang terdapat dalam dialog yang dilafazkan oleh murid di hadapan.

BBM: Buku Teks

Sistem bahasa:Tatabahasa

Nilai: Kerjasama

Langkah 3(10 minit)

Perbincangan mengenai kata kerja aktif tak transitif yang terdapat di dalam teks.

Teknik Perbincangan

Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kata kerja aktif tak transitif yang terdapat di dalam teks dan menyenaraikannya di papan putih.

Sistem bahasa:Kata kerja aktif tak transitif

Nilai: Kerjasama

Penutup(5 minit)

Rumusan

Kognitif

Murid menyatakan contoh-contoh kata kerja aktif tak transitif yang telah dipelajari pada hari ini.

Nilai: Keyakinan

Page 4: RPH BM 3februari

REFLEKSI SELEPAS SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

- Pada hari ini saya telah selesai mengajar Bahasa Malaysia tahun 3 tema Keselamatan tajuk Jaga Keselamatan Diri. Pada hari ini saya telah berjaya menarik minat murid saya melalui paparan video mengenai keselamatan jalan raya. Murid-murid kelihatan amat menarik dan mereka dapat menyatakan kembali tips keselamatan yang terdapat dalam video tersebut. Saya tidak berjaya menyempurnakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini kerana kelas bermula agak lewat disebabkan oleh program sekolah. Oleh itu, saya akan menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran pada kelas yang seterusnya.