rph bahasa melayu sekolah rendah

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN CONTOH (1) Butiran am RPH sudah dimasukkan dalam blog Sambung- menyambung. (2) Format asal RPH ini terdiri daripada empat lajur seperti yang di bawah ini. Untuk meningkatkan kebolehbacaan di blog, dua lajur yang di sebelah kanan diletakkan di bahagian atas. Langka h dan Masa Huraian Hasil Pembelajaran (HHP) dan Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Langkah dan Masa Induksi Set, 3 minit HHP dan Kandungan (1) Kepentingan membuang sampah secara teratur. (2) Penggunaan tong sampah. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan 1. Murid memerhatikan tong sampah yang bertulis “Gunakan Saya” yang dibawa oleh guru. 2. Murid menonton video pemandangan sampah di luar tong sampah. 3. Murid menjawab soalan guru. Di manakah kamu perlu membuang sampah? o BBB: Tong sampah, LCD, video o Nilai: Peka terhadap kebersihan persekitaran o Jika ada sampah di dalam kelas,

Upload: mohd-isa-abd-razak

Post on 12-Jun-2015

28.710 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dokumen ini hanya sebahagian daripada rancangan pengajaran harian (RPH) contoh bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penerangan lain terdapat pada pautan ini: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/07/rancangan-pengajaran-harian-rph-contoh.html.

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN CONTOH

(1) Butiran am RPH sudah dimasukkan dalam blog Sambung-menyambung. (2) Format asal RPH ini terdiri daripada empat lajur seperti yang di bawah ini. Untuk meningkatkan kebolehbacaan di blog, dua lajur yang di sebelah kanan diletakkan di bahagian atas.

Langkah dan Masa

Huraian Hasil Pembelajaran (HHP) dan Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah dan MasaInduksi Set, 3 minit

HHP dan Kandungan(1) Kepentingan membuang sampah secara teratur.(2) Penggunaan tong sampah.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Murid memerhatikan tong sampah yang bertulis “Gunakan Saya” yang dibawa oleh guru.

2. Murid menonton video pemandangan sampah di luar tong sampah.

3. Murid menjawab soalan guru.

Di manakah kamu perlu membuang sampah?

Apakah keburukan jika sampah tidak dimasukkan dengan baik ke dalam tong sampah?

Jika kelas kamu kotor dan berbau, apakah perasaan kamu?

4. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan tajuk pelajaran.

o BBB: Tong sampah, LCD, video

o Nilai: Peka terhadap kebersihan persekitaran

o Jika ada sampah di dalam kelas, murid diminta mengutip dan membuangnya ke dalam tong sampah

Page 2: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Langkah dan MasaLangkah 1, 15 minit

HHP dan Kandungan1.1, Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Keadaan bersih dan kotor: rumah sendiri. Latihan menyatakan pengalaman sebagai asas berbual.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Guru bersoal jawab dengan murid berpandukan gambar digital.

2. Dua orang murid menceritakan pengalaman mereka membersihkan kawasan dalam rumah seperti bilik sendiri.

3. Dua orang murid lagi menceritakan pengalaman mereka membersihkan kawasan luar rumah seperti halaman rumah dan longkang.

4. Secara berpasangan atau bertiga, pelajar berbual tentang kebersihan rumah masing-masing.

o BBB: LCD, gambar digital bilik/kawasan rumah bersih dan kotor.

o Nilai: Kebersihan tempat tinggal dan persekitaran, bertanggungjawab dan rajin

o Kontekstual: Menyatakan pengalaman sebagai asas untuk berbual.

Langkah dan MasaLangkah 2, 13 minit

HHP dan Kandungan1.1, Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.7.2, Aras 1: Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

Keadaan bersih dan kotor: kawasan sekolah. Kata Adjektif: gembira, cantik, subur, indah, dan ceria.

Page 3: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Membaca dialog Wahida dengan Shanti.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kata adjektif yang terdapat dalam teks.

3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keadaan sekolah, terutamanya dari segi kebersihan.

4. Beberapa orang murid menceritakan keadaan sekolah, di hadapan kelas, terutamanya dari segi kebersihan,

5. Secara berpasangan atau bertiga, murid berbual tentang kebersihan sekolah.

o BBB: Teks “Sekolahku Indah”

o Sistem Bahasa: Kata Adjektif

o Nilai: Kesedaran tentang pentingnya kebersihan sekolah

o Pengelolaan: berpasangan

o Pencapaian objektif 1

Langkah dan MasaLangkah 3, 15 minit

HHP dan Kandungan1.1, Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.1.4, Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.

Bergotong-royong menjaga kebersihan sekolah. Kosa kata: (umum) kuman, jangkitan; (istilah) taun, virus.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Mendengar rakaman dialog antara Cikgu Normah dengan Wahida tanpa merujuk teks.

2. Guru dan murid berbincang tentang lembaran kerja.

3. Aktiviti kumpulan: kumpulan 4 – 5 orang

o BBB: Rakaman dialog

o Sistem Bahasa: Kosa kata

o Teknik: Main

Page 4: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

murid berbincang tentang cara meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong.

4. Main peranan: pasangan setiap kumpulan melakonkan cara meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong.

peranan

o Nilai: Kesantunan semasa bercakap dengan ibu bapa

o Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik

o Pencapaian objektif 2

Langkah dan MasaLangkah 4, 10 minit

HHP dan Kandungan8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1, i. Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Setiap murid menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik tentang keadaan bersih dan kotor tiga tempat di kawasan sekolah.

2. Aktiviti pengayaan untuk kumpulan yang siap awal dan aktiviti pemulihan untuk pelajar yang telah dikenal pasti lebih awal.

o BBB: Lembaran 1 dan gambar digital

o Nilai: Kebersihan tempat tinggal, kerjasama

o KB: Membanding beza keadaan bersih dengan kotor

o Pencapaian objektif 3

Page 5: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Langkah dan MasaPenutup, 3 minit

HHP dan KandunganKebersihan Persekitaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Berpandukan situasi yang dinyatakan oleh guru, murid membuat ramalan akibat bersih dan kotor.

2. Guru merumuskan kandungan pelajaran hari ini.

o BBB: Gambar digital situasi bersih dan kotor

o KMD: Meramalkan akibat sesuatu situasi

Pengayaan: Lembaran Kerja 2.

Pemulihan: Lembaran Kerja 3.

Catatan/Refleksi:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Page 6: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Lembaran Kerja 1

Nama: ________________________ Tarikh: _________

Arahan

Tulis satu ayat tunggal dalam setiap ruangan yang

disediakan.

Panduan: Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu

subjek (seperti “tong sampah” dan “sisa makanan”) dan

satu predikat (seperti “ada tutup” dan “di luar tong

sampah”).

Contoh

Perkara Keadaan Bersih Keadaan Kotor

Tong sampah

Tong sampah ada tutup.

Sisa makanan itu di luar tong sampah.

Perkara Keadaan Bersih Keadaan Kotor

1. Bilik darjah

2. Kantin

3. Tandas

(12 markah)

Lembaran Kerja 2 (Pengayaan)

Page 7: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Nama: ________________________ Tarikh: _________

Arahan

Tulis ayat tunggal atau ayat majmuk tentang keadaan bersih atau

kotor di tempat kamu tinggal. Kemudian catatkan akibat keadaan yang bersih atau kotor itu.

Perkara Keadaan Bersih-Kotor

Akibat Bersih-Kotor

1. Sampah

2. Tong sampah

3.Tanam-tanaman hiasan

4. Kedai makan

5. Tandas

Lembaran Kerja 3 (Pemulihan)

Nama: _______________________ Tarikh: _________

Page 8: RPH Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Arahan

Padankan ayat dengan gambar.

Gambar sekolahyang bersih dan ceria.

Gambar Alisedang menyapu

sampah.

Gambartong sampah.

Gambar tandas.

Gambar kantinsekolah.

Tandas di sekolah saya bersih.

Sekolah itu cantik.

Buang sampah ke dalam tong sampah.

Sila jaga kebersihan kantin kita.

Ali menyapu sampah di bilik darjah.55

44

33

22

11