rph bahasa melayu

3
Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 2 Masa : 8.50 pagi 9.50 pagi (60 minit) Tarikh / Hari : 3 April 2014 / Rabu Bilangan Murid : / 28 orang Tema / Tajuk : Semangat Perpaduan / Hidup Berjiran Fokus Utama: Standard Kandungan : 3.3. Membina dan menulis perkataan dan frasa dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran : 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1) Mengenal pasti, menyebut dan menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 10 benda yang tersembunyi di dalam gambar dengan tepat. 2) Membina sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat berdasarkan yang diberikan dengan tepat. Sistem Bahasa : 1. Sintaksis Ayat tunggal dan ayat majmuk 2. Sebutan dan intonasi Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual Nilai murni : Tekun, Teliti, Patuh arahan, berdisiplin KBT : KB- mengenal pasti, menjana idea KP - verbal-linguistik - Intrarpersonal

Upload: amalyna-xuly

Post on 16-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tahun2 KKSR

TRANSCRIPT

Page 1: RPH bahasa melayu

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia

Kelas : Tahun 2

Masa : 8.50 pagi – 9.50 pagi (60 minit)

Tarikh / Hari : 3 April 2014 / Rabu

Bilangan Murid : / 28 orang

Tema / Tajuk : Semangat Perpaduan / Hidup Berjiran

Fokus Utama:

Standard Kandungan :

3.3. Membina dan menulis perkataan dan frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran :

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

Objektif :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1) Mengenal pasti, menyebut dan menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 10 benda yang tersembunyi di dalam gambar dengan tepat.

2) Membina sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat berdasarkan yang diberikan dengan tepat.

Sistem Bahasa : 1. Sintaksis – Ayat tunggal dan ayat majmuk

2. Sebutan dan intonasi

Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual

Nilai murni : Tekun, Teliti, Patuh arahan, berdisiplin

KBT : KB- mengenal pasti, menjana idea

KP - verbal-linguistik

- Intrarpersonal

Page 2: RPH bahasa melayu

Media : Lembaran kerja cari saya, Lembaran kerja bina

ayat, paparan gambar aktiviti “cari saya”, kad

nama murid.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah mempelajari tentang jiran.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Catatan

Boneka musang dan bangau

Set induksi (5 minit)

1. Guru bercerita tentang bangau dan musang yang hidup berjiran.

2. Murid mendengar cerita dengan tekun.

3. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan semula tentang bangau dan musang.

4. Aktiviti soal jawab.

5. Guru mengaitkan aktiviti pembelajaran dengan tajuk pengajaran pada hari itu iaitu “Hidup Berjiran”

BBM :- Boneka

musang dan bangau

KP : Verbal linguistik

KBT : Mentafsir

Nilai :Tekun

Lembaran aktiviti “Cari saya”

- Mengesan barang tersembunyi.

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada murid.

2. Guru menerangkan tentang aktiviti.

3. Murid mencari barang yang tersembunyi pada lembaran aktiviti yang diberi

4. Guru mengehadkan tempoh masa untuk aktiviti ini.

BBM : Lembaran aktiviti “cari saya”

KP : Intrapersonal

KB : Mengenal pasti

Nilai :Teliti

Paparan Lembaran Langkah 3 (15 minit) BBM:

Page 3: RPH bahasa melayu

Aktiviti “Cari Saya”. 1.Guru menampal lembaran

aktiviti “cari saya” pada papa putih.

2. Guru memilih beberapa orang murid berdasarkan kad nama yang disediakan secara rawak.

3. Murid yang dipilih perlu membulatkan barang tersembunyi yang dikenal pasti dalam gambar, kemudian menyebut dan menulis nama benda tersebut pada papan putih.

4. Murid lain dipilih untuk membina ayat berdasarka nama benda yang telah ditulis.

5. Pembetulan serta merta dilakukan

Paparan Lembaran Aktiviti “Cari Saya”

KP :- Verbal

linguistik - Intrapersonal

KB :- Menjana idea- Mengenal

Pasti

Nilai :Teliti Patuh arahan

Aktiviti Penilaian

- Membina ayat

Langkah 4 (15 minit)

1. Murid-murid diminta untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan guru.

2. Murid diminta untuk membina ayat berdasarkan gambar yang diberi.

3. Guru membimbing murid yang lemah.

BBM :- Lembaran

kerja

KB:- Menjana idea

Nilai :Berdisiplin

Rumusan Penutup (5 minit)

1. Beberapa orang murid dipilih untuk menjawab soalan guru.

2. Guru merumuskan pelajaran pada dan menerapkan nilai murni kepada murid

KB :Mengimbas kembali

KP : Verbal linguistik

Nilai Patuh arahan

Page 4: RPH bahasa melayu