riwayat hidup rasulullah saw

4
Riwayat Hidup Rasulullah SAW 1. Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. 2. Nabi Muhammad berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, iaitu golongan yang terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat Arab. 3. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. 4. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian ayah semasa masih dalam kandungan ibunya. 5. Beberapa hari setelah dilahirkan, baginda disusui oleh Suwaibah Al-Aslamiah sebelum diserah kepada Halimatus Sa’adiah daripada kabilah Bani Sa’ad. 6. Ketika berusia empat tahun, nabi membantu keluarga angkatnya menggembala kambing. Pekerjaan itu telah melatih nabi bersabar dan tabah menghadapi ujian hidup. 7. Ketika berusia enam tahun, baginda bersama ibunya pergi menziarahi kubur ayahnya di Madinah.

Upload: nurul-farhan-ibrahim

Post on 30-Jul-2015

534 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Riwayat Hidup Rasulullah SAW

1.  Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah

bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi.

2.  Nabi Muhammad berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, iaitu golongan yang terkenal

dan berpengaruh di kalangan masyarakat Arab.

3.  Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah binti  Wahab.

4. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian ayah semasa masih dalam

kandungan ibunya.

5. Beberapa hari setelah dilahirkan, baginda disusui oleh Suwaibah Al-Aslamiah sebelum diserah

kepada Halimatus Sa’adiah daripada kabilah Bani Sa’ad.

6.  Ketika berusia empat tahun, nabi membantu keluarga angkatnya menggembala kambing.

Pekerjaan itu telah melatih nabi bersabar dan tabah menghadapi ujian hidup.

7.  Ketika berusia enam tahun, baginda bersama ibunya pergi menziarahi kubur  ayahnya di

Madinah.

8. Dalam perjalanan ibu baginda telah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Jenazah ibunya

dimakamkan di Abwak.

9. Baginda dibawa pulang ke Mekah oleh hambanya Ummu Aiman dan telah dipelihara oleh

datuknya Abdul Mutalib.

10.  Abdul Mutalib merupakan seorang pembesar Mekah yang terkenal dan dihormati.

11. Baginda hanya sempat tinggal bersama datuknya selama dua tahun sebelum datuknya

meninggal dunia.

12. Datuknya meninggal dunia ketika baginda berusia lapan tahun.

13. Selepas kematian datuknya, nabi dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.

14. Baginda telah bekerja mengembala kambing untuk membantu meringankan beban yang

ditanggung oleh bapa saudaranya.

15. Ketika berusia 12 tahun, baginda mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya ke

Syam. Ketika berada di sana, bapa saudaranya telah bertemu dengan seorang pendita Nasrani

bernama Buhaira dan beliau mendapati ada  tanda-tanda kerasulan pada baginda seperti yang

terdapat dalam kitab Taurat dan Zabur.

16. Semasa remaja, baginda telah berkongsi berniaga dengan Saib bin Abi Saib, pemuda

Quraisy.

17. Ketika berusaha 25 tahun baginda telah menjalankan perniagaan kepunyaan Khadijah binti

Khuwailid ke Syam dengan ditemani oleh seorang pembantu lelaki yang bernama Maisarah.

18.Kemuliaan peribadi dan kebijaksanaan baginda telah memaut hati Khadijah.Beliau telah

meminta hambanya Maisarah untuk melamar Rasulullah SAW.

19. Rasulullah SAW telah bersetuju untuk berkahwin dengan Khadijah. Baginda ketika itu

berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

20. Hasil perkahwinan itu, baginda telah dikurniakan enam orang anak iaitu dua lelaki dan empat

perempuan.

21. Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun yang menjadi penyelamat dan rahmat

ke seluruh alam.

22. Wahyu pertama diterima ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hirak.

23.Selepas peristiwa itu baginda terus pulang menemui Khadijah dalam keadaan ketakutan dan

menceritakan peristiwa yang telah dialaminya.

24. Khadijah membawa baginda menemui sepupunya iaitu Waraqah bin Naufal, seorang pendita

yang mengetahui tentang Taurat dan Injil.

25.Waraqah memberitahu tentang kerasulan nabi Muhammad SAW dan berjanji akan

membantunya jika umurnya panjang. Tidak lama selepas itu Waraqah pun  meninggal dunia.