riwayat hidup nabi muhammad saw · orang kafir mekah bertindak menghalang dakwah nabi muhammad saw...

17
1

Upload: others

Post on 15-Dec-2020

37 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

1

Page 2: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

2

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

Nama sebenar Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim

Nama lain Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Aqib

Gelaran Al-Amin

Tarikh dan tempat lahir

12 Rabiul Awal, tahun gajah di Mekah

Kuniyah Abu al-Qasim

Nama Ibu Aminah binti Wahbin

Ibu Susuan Thuwaibatul Aslamiyah, Halimatus Sa’diah

Pengasuh Asy-Saima’, Ummu Aiman

Isteri 1) Khadijah binti Khuwailid

2) Sa’udah binti Zam’ah

3) ‘Aisyah binti Abu Bakar

4) Hafsah binti Umar

5) Zainab binti Khuzaimah

6) Juwairiyyah binti al-Harith

7) Zainab binti Jahsyi

8) Ummu Salamah binti Abu Umayyah

9) Safiyyah binti Huyai

10) Ummu Habibah binti Abu Sufian

11) Maimunah binti al-Harith

12) Mariatul Qibtiyyah

Anak Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah

Tarikh dan tempat wafat

12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah di Madinah

SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD SAW

Rasulullah memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan tegap. Rambut

baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa kelihatan ceria dan segak. Mata hitam

baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik. Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda

pasti berkata, “Aku tidak pernah melihat orang lain yang setanding dengan ketampanan Nabi

Muhammad SAW.

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

PELAJARAN 24

(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Page 3: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

3

PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

SEBELUM KERASULAN

UMUR TEMPOH PERISTIWA

Selepas kelahiran

2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah . di

perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif.

2-4 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril . .

4-6 tahun 2 tahun

Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama ibu baginda.

Ketika berumur 6 tahun baginda dibawa melawat kubur bapa

baginda di Madinah.

Ibu baginda meninggal di Abwa’ . dalam perjalanan ke

Mekah.

6-8 tahun 2 tahun

Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda, Abdul…….

Mutalib , hingga datuk baginda meninggal dunia.

Selepas itu Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa

saudara baginda, Abu Talib .

Galeri Kata

Kuniyah ialah panggilan

kepada seseorang

disamping nama atau

gelaran, dengan

meletakkan ‘Abu’ bagi

lelaki dan ‘Ummu’ bagi

perempuan di awal

sesuatu nama.

Wahab

Abdu Manaf

Zuhrah

Abdu Manaf

Qusai

Hashim

Abdul Mutalib

Aminah Abdullah

Nabi Muhammad SAW

Kilab

Page 4: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

4

UMUR TEMPOH PERISTIWA

12 tahun

Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam .

Di pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada

Bukhaira Ar-Rahib ketika di Bandar Busra , sempadan

Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke

Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

20 tahun

• Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda

menyaksikan Hilfu Al-Fudhuli iaitu perjanjian untuk

membela orang yang teraniya dalam perniagaan.

• Baginda mengembala kambing . bersama-sama

saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad …………………….

kemudian di Mekah.

UMUR PERISTIWA

25 tahun

Berdagang ke Syam.

• Nabi Muhamad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota Makkah al-Mukarramah .

• Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA, seorang wanita quraish yang sangat berharta dan berhati mulia . Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah.

• Semasa di Syam, Nabi Muhamad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah .

• Akhirnya Nabi Muhamad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBARNabi Muhamad SAW didik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul yang agung.

IKTIBAR

Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhamad SAW :

Menunaikan amanah, mendapat kepercayaan masyarakat, mempunyai kerjaya dan menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana.

Page 5: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

5

UMUR PERISTIWA

25 tahun

Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA .

• Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah RA mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.

• Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.

• Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah Binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RA melalui bapa saudaranya ‘Amru Bin Asad.

• Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad SAW dikurniai enam orang anak .

UMUR PERISTIWA

35 tahun

Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Kaabah. Nabi Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah. Akhirnya Abu Umayyah Al-Mahzumi seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata ‘Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi amanah)’. Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah. Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

IKTIBAR

Antara akhlak mulia Nabi Muhamad SAW yang menarik perhatian Saidatina Khadijah RA termasuklah :

Jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan batas pergaulan.

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhamad SAW :

* Bersifat tawaduk

*Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan

* Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab

* Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana

* Mendamaikan kehidupan masyarakat

Page 6: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

6

SELEPAS KERASULAN

MENERIMA WAHYU PERTAMA (40 TAHUN)

• Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun.

• Ketika itu baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadat dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.

• Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat Jibril AS. Jibril AS memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda membaca.

• Setiap kali Jibril AS menyuruh baginda membaca, baginda menjawab “saya tidak tahu membaca”.

• Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu Surah al- . A’laq, ayat 1 hingga 5.

• Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.

Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda ialah :

1. Isteri baginda, Saidatina Khadijah RA.

2. Sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar RA

3. Sepupu baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib RA

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhamad SAW :

* Tidak suka dengan kesesatan masyarakat.

* Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT untuk

memohon petunjuk.

* Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah.

* Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah.

Page 7: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

7

SELEPAS KERASULAN

ISRAK DAN MIKRAJ (51 TAHUN)

• Saidatina Khadijah RA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad

SAW.

• Bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun

beliau tidak memeluk Islam.

• Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad SAW berdukacita .

• Kedukaan baginda terubat apabila dibawa mengembara menyaksikan tanda-

tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj .

KRONOLOGI RINGKAS PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Nabi Muhammad SAW dibawa pada waktu

malam dari

Masjidil Haram di Mekah ke

Masjidil Aqsa di Palestin.

Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan

dengan pelbagai gambaran yang akan berlaku kepada umat

baginda

Baginda menjadi imam solat

kepada para Nabi di Masjidil Aqsa.

Baginda dibawa Mikraj merentas tujuh

lapisan langit sehingga ke Sidratul

Muntaha.

Baginda menghadap Allah SWT dan

menerima kefarduan solat lima waktu

Baginda turun ke Mekah sebelum subuh

dan menceritakan pengalaman baginda

kepada penduduk Mekah.

IKTIBAR

Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhamad SAW :

* Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad.

* Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti

ajaran para rasul sebelum baginda.

* Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah

SWT sebagai ibadat yang paling utama dalam Islam

* Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan

kebenaran.

Page 8: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

8

SELEPAS KERASULAN

HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM (53 TAHUN)

✓ Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan

pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa dan dibunuh .

✓ Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah

bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah (Yathrib) . Peristiwa ini

berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda.

✓ Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut mengharungi pelbagai halangan

untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra .

✓ Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke Madinah dengan

selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan membina masjid yang

pertama di sana.

✓ Di Madinah Nabi Muhammad SAW membina pertahanan yang berteraskan wahyu.

Baginda membina masjid Nabawi , mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,

dan menggubal Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.

✓ Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW menghadapi

tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah.

✓ Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar .

mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat juang yang

hebat.

✓ Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammmad SAW termasuklah

peperangan Badar, Uhud, Khaibar, Pembukaan Mekah dan Hunain .

Peperangan pada zaman Nabi Muhamad SAW : o Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad SAW (28

peperangan). o Sariyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW dan baginda

melantik seorang ketua (Amir) untuk memimpin peperangan (54 peperangan). o Jumlah semua peperangan ialah 82.

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi Muhamad SAW :

* Nabi Muhamad SAW sanggup berkorban demi

menegakan agama Allah SWT.

* Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan

penuh amanah.

* Baginda membentuk pemerintahan yang adil

berteraskan wahyu.

* Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam

terbaik.

Page 9: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

9

JASA NABI MUHAMMAD SAW TIADA TOLOK BANDING

✓ Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara.

✓ Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan

disamping tempat ibadat.

✓ Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam.

✓ Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang

gemilang sehingga dikenali sebagai “al-Madinatul Munawwarah” yang bererti

kota bercahaya.

Setiap Muslim wajib mencintai Nabi Muhamad SAW. Antara tanda cinta kepada baginda SAW termasuklah : ✓ Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi larangan baginda. ✓ Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW. ✓ Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad SAW dengan

berselawat keatas baginda. ✓ Mencintai Ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para sahabat

(orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW).

KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN)

➢ Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha hari Isnin 12

Rabiulawal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Aisyah ra ,

Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui Penciptanya.

➢ Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini mengemparkan

penduduk Madinah.

➢ Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah ra.

IKTIBAR

Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar.

Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian agama Islam.

Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini.

Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok banding.

Page 10: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

10

MAKSUD JAHILIAH

o Jahiliah berasal daripada perkataan Arab “Jahala ” yang bermaksud tidak tahu ,

bodoh atau jahil .

o Kejahilan masyarakat arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu.

o Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah.

o Namun begitu, mereka jahil akidah dan akhlak.

JAHIL AKIDAH JAHIL AKHLAK

Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim .

dan Nabi Ismail AS tetapi

mencampuradukkannya dengan

penyembahan berhala, amalan sihir dan

khurafat.

Mereka banyak melakukan perilaku buruk

seperti suka menindas perempuan dan

hamba , berjudi serta

minum arak.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

AGAMA YAHUDI AGAMA NASRANI

• Agama yahudi ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya.

• Mereka banyak memfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.

• Mereka datang dari Palestin ke negara Arab.

• Agama nasrani ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa AS mengikut keinginan penganutnya.

• Mereka mempercayai Nabi Isa as sebagai anak tuhan.

• Mereka datang dari Habsyah dan Rom.

• Abrahah, raja Nasrani membina tempat ibadah baharu di Yaman untuk menyaingi populariti kaabah di Mekah, namun gagal dengan pertolongan Allah SWT.

• Kisah ini telah dipaparkan dalam Surah al-Fil.

KEPERCAYAAN MAJUSI KEPERCAYAAN ANIMISME

• Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.

• Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh penganut majusi di Parsi telah padam.

• Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum kelahiran Rasulullah SAW.

• Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat.

• Oleh itu, penganut kepercayaan ini menyembah alam seperti matahari, binatang dan pokok.

ERA MASYARAKAT JAHILIAH

PELAJARAN 25

(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Page 11: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

11

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

AGAMA HANIF AGAMA PENYEMBAH BERHALA

• Pada mulanya, majoriti masyarakat Arab beragama dengan agama hanif.

• Agama hanif ialah agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS.

• Agama ini agama Samawi, sama seperti agama Islam.

• Buktinya dapat dilihat pada ciri-ciri kepercayaan agama Hanif yang sama dengan Islam, seperti: ✓ Percaya kepada Allah SWT, tuhan

yang satu. ✓ Percaya kepada hari kebangkitan

dan hidup sesudah mati. ✓ Percaya kepada dosa dan pahala.

• Ajaran agama Hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam seperti ibadah korban, ibadah haji dan umrah.

• Agama ini mula diperkenalkan oleh A’mru bin A’mir bin Luhai, pemimpin Khuza’ah.

• Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam lalu membawa berhala bernama “Hubal” ke Mekah dan meletakkannya di dalam Kaabah. Kemudian, dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah supaya menyembah berhala tersebut.

• Agama ini dicampuradukkan dengan agama hanif sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan Allah.

• Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang Arab ketika musim haji.

• Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad SAW, ada sebanyak 360 berhala di sekitar kaabah. Kesemuanya dimusnahkan oleh baginda dan para sahabat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKHLAK

AKHLAK BURUK AKHLAK BAIK

1. Berjudi dan minum arak 1. Menepati janji

2. Perzinaan dan pelacuran berleluasa 2. Berani, kuat dan pantang menyerah kalah

3. Mengamalkan bigamy 3. Menjaga kebersihan mulut dan kuku

4. Pewarisan harta hanya pada lelaki 4. Tidak mengahwini mereka yang ada

pertalian darah

5. Membunuh anak perempuan 5. Menghormati tetamu

6. Mengamalkan tenung nasib 6. Taat kepada pemimpin

7. Berperang kerana perkara yang kecil 7. Menghormati bulan haram

Page 12: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

12

PENGUTUSAN RASULULLAH SAW KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH

• Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat Jahiliah kerana beberapa sebab, iaitu :

✓ Masyarakat Jahiliah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina, .

minum arak serta merendahkan martabat wanita .

✓ Selain itu, mereka juga suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan.

Rasulullah SAW datang membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan yang

benar.

✓ Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak . Masyarakat Arab

Jahiliah lebih mudah dilentur kerana mereka buta huruf. Hal ini secara tidak

langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak

pernah membaca atau mempelajari kitab agama samawi dan ajaran agama

purba .

✓ Semenanjung Arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada waktu itu,

iaitu Rom, Parsi, Greek dan India . Kedudukan yang strategik

ini menjadikan Islam mudah tersebar keseluruh tamadun dunia dan pelbagai

bangsa ketika itu.

Page 13: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

13

RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Khulafa’ ar-Rasyidin ialah

Gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Rasulullah

SAW yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam

selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW.

SENARAIKAN 4 KHULAFA’ AR-RASYIDIN.

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA (11 - 13 h/ 632 - 634M)

2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA (13 - 23H/ 634 - 644M)

3. Khalifah Usman bin Affan RA (23 - 35H/644 - 656M)

4. Khalifah Ali bin Abu Talib RA (35 - 40H/ 656 - 661M)

✓ Khulafa’ ar-Rasyidin merupakan golongan yang terpilih untuk menyambung gagasan dan kepimpinan Rasulullah SAW.

✓ Antara keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW sewaktu hidup baginda selain mempunyai hubungan kerabat dengan baginda.

✓ Corak pemerintahan mereka berlandaskan al- Quran dan al-Sunnah serta menitikberatkan konsep syura yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.

✓ Pemerintahan mereka yang berpusat di Madinah mengambil masa selama lebih kurang 29 tahun.

KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’

AR-RASYIDIN

PELAJARAN 26

(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Page 14: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

14

BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

BIODATA KHALIFAH PERTAMA KHALIFAH KEDUA

ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA UMAR BIN AL-KHATTAB RA

Nama penuh

Abdullah bin Usman bin A’mir bin A’mru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab

Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul U’zza

Tempat Lahir

Di Mekah Di Mekah

Tahun Lahir Tahun 572 M, dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

Tahun 584 M, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

Keturunan Bani Tamim, Quraisy Bani A’di, Quraisy

Nama Ibu Ummul Khaira Salma binti Sakhr Hantamah binti Hasyim

Gelaran “A’tiq ” (bebas daripada api neraka) dan “al-Siddiq” (orang yang paling benar dalam kata-kata)

“al-Faruq” (pemisah antara hak dengan batil)

Meninggal dunia

Pada tahun 13 Hijrah ketika berusia 63 tahun. Beliau dimakamkan disisi Rasulullah SAW.

Pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun akibat ditikam oleh Abu Lu’luah Fairuz al-Farisi (hamba kepada al-Mughirah bin Syu’bah). Beliau dimakamkan disisi Saidina Abu Bakar RA.

SIFAT-SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN

ABU BAKAR AS-SIDDIQ UMAR BIN AL-KHATTAB

Seorang sahabat yang sangat pemurah . Seorang yang berpengetahuan tinggi . serta cukup agamanya.

Seorang yang berani i. Beliau selalu membela Rasullullah SAW yang cuba dibunuh oleh kaum baginda semasa di Mekah.

Seorang sahabat yang sangat berani i. Contohnya beliau berhijrah pada waktu siang dan secara terang-terangan.

Seorang hartawan yang dermawan n dan banyak membelanjakan hartanya ke jalan Allah.

Memiliki kecerdasan yang luar biasa, sehingga banyak pendapat beliau yang bertepatan dengan firman Allah SWT.

Seorang yang cinta akan kebenaran . serta mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

Seorang yang berwatakan keras, suka beradu kekuatan dan sangat cekap menunggang kuda.

Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis terutama ketika membaca al-Quran.

Page 15: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

15

BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

BIODATA KHALIFAH KETIGA KHALIFAH KEEMPAT

UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA

Nama Penuh

Uthman bin Affan bin Abu al-A’s bin Umaiyyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusa bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf

Tempat Lahir

Di Mekah Di Mekah

Tahun Lahir Tahun 576 M Tahun 599 M

Keturunan Bani Umaiyyah, Quraisy Bani Hasyim, Quraisy

Nama Ibu Arwa binti Kuraiz Fatimah binti As’ad

Gelaran “Zunnurain” (yang memiliki dua cahaya kerana beliau berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah SAW, iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum)

“Abu Turab” (bapa si tanah)

Meninggal dunia

Pada tahun 35 Hijrah pada usia 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak dan dimakamkan diperkuburan al-Baqi’.

Syahid kerana ditikam oleh Abdul Rahman bin Muljam pada malam 17 Ramadan tahun 40 hijrah

SIFAT-SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN

UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA

Terkenal sebagai seorang yang sangat pemalu dan lemah lembut.

Merupakan panglima perang yang berani dan gagah perkasa .

Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah. Beliau banyak menderma untuk perang Tabuk,membeli perigi Raumah, menderma seribu ekor unta dengan muatan kepada umat Islam yang susah.

Pandai berpidato,handal bermain pedang, memanah dan menunggang kuda.

Suka membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan.

Pandai menulis dan membaca sehingga dilantik menjadi salah seorang penulis . wahyu .

Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, al-Quran,hukum-hukum syarak, bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan sehingga mampu menghafaz seluruh al-Quran.

Page 16: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

16

SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN P

OLI

TIK

ABU BAKAR AL-SIDDIQ RA UMAR BIN AL-KHATTAB

Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW menghantar pasukan Usamah bin Zaid ke sempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine)

Menubuhkan majlis Syura

Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah dan ditadbir oleh gabenor

Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara

AG

AM

A

Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan yang murtad dan nabi palsu.

Setelah tamat perang Yamamah, banyak tentera Islam mati syahid termasuklah para penghafaz al-Quran. Atas nasihat Saidina Umar binal-Khattab ra, khalifah abu Bakar ra telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengetuai usaha menghimpunkan al-Quran yang tertulis pada batu, kulit haiwan, daun dan hafazan para hafiz.

SOSI

AL

Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan keutamaan dan perjuangan mereka.

Mengasaskan takwim Islam.

Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah.

EKO

NO

MI

Menubuhkan Baitulmal.

Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti Jizyah dan Kharaj.

Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian.

TEN

TER

A

Mengemaskini angkatan tentera.

Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang.

Page 17: RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW · Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan ... KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN) Setelah sempurna menjalankan tugas

17

SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN P

OLI

TIK

UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA

Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran.

Mengukuhkan peranan Baitulmal untuk membiayai pembangunan Negara.

AG

AM

A

Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali sebagai ”Mushaf Uthmani”.

Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan mengambil zakat berdasarkan nilai matawang .

Membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi.

SOSI

AL Berusaha meningkatkan pendapatan

rakyat dengan memberi peluang pekerjaan.

Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

EKO

NO

MI

Meneruskan kutipan jizyah.

TEN

TER

A Mengukuhkan pertahanan negara dengan

membina angkatan tentera laut bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan.

Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syiria.

PENGAJARAN

✓ Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat mulia para sahabat agar diredai Allah SWT .

✓ Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan menghapuskan . kebatilan yang menyesatkan .

✓ Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa untuk kepentingan . agama .

✓ Kita perlulah mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam yang banyak . berjasa. .