riwayat hidup ibnu sina dan sumbangannya dalam tamadun islam

10
RIWAYAT HIDUP IBNU SINA DAN SUMBANGANNYA DALAM TAMADUN ISLAM DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAHIRA BINTI ISMAIL 2009211392 ABSTRAK Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina. PENDAHULUAN: Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun

Upload: nur-liyana-kamarul-anuar

Post on 25-Oct-2015

351 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA DAN SUMBANGANNYA DALAM TAMADUN ISLAMDISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH:NUR SYAHIRA BINTI ISMAIL2009211392

ABSTRAKIbnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina. 

PENDAHULUAN:Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan. Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana.

Page 2: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya. Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il, iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan. Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb. Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham, sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi. Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya. Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik,

Page 3: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina). Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam terutama dari segi ilmu perubatan. 

KESIMPULANSecara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Page 4: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

bnu Sina (370 H - 428 H / 980 M - 1037 M) 

Kelahiran dan kehidupan beliau: 

- Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali. 

- Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Bukhara di mana kini ia yang terletak di Republik Uzbekistan. 

- Ibnu Sina dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak teguh. Ayah beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di salah sebuah perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmithan, walau bagaimanapun akhirnya beliau tinggal menetap di Afsyanah kerana tempat tersebut hampir dengan tempat kerjanya. Dengan demikian bapa Ibnu Sina mampu memberikan pendidikan yang unggul dan pengetahuan yang agak tinggi kepada Ibnu Sina dan adik-beradik beliau jika dibandingkan dengan suasana yang ada pada masa tersebut. Bapa beliau telah menyediakan seorang guru Al-Quran dan seorang guru kesusasteraan menyebabkan Ibnu Sina dapat menghafal seluruh Al-Quran dalam usia sepuluh tahun. 

Pengajian ilmu beliau: 

- Ibnu Sina banyak mempelajari buku-buku kesusasteraan. Selepas mampu menguasai ilmu ini beliau dihantar oleh bapa beliau kepada seseorang yang boleh mengajar ilmu matematik kepada beliau. Kemudian Ibnu Sina mempelajari ilmu fekah, cara-cara membuat penyelidikan dan perbahasan. Beliau juga mendalami ilmu tasawuf, mantik, falsafah malah beliau tergolong di kalangan cendekiawan di bidang kedoktoran serta terkemuka di dalam bidang tersebut sehingga ramai di kalangan pakar-pakar di bidang kedoktoran yang datang mempelajari ilmu daripada beliau. 

- Ibnu Sina merupakan seorang yang cekal di dalam menimba ilmu pengetahuan di mana beliau tidak akan tidur pada waktu malam kecuali setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut, begitu juga beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah beliau berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari tersebut. Beliau tidak pernah ketinggalan dari menghadiri pengajian ilmu fekah dan falsafah sehingga beliau memiliki cara tersendiri di dalam menyelesaikan pelbagai masalah. 

- Ibnu Sina berjaya menguasai kesemua bidang ilmu dalam usia yang masih terlalu muda di mana ada yang mengatakan usia beliau pada masa tersebut menjangkau usia enam belas tahun atau lapan belas tahun. 

Page 5: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Kemasyhuran dan ketinggian ilmu beliau: 

- Tatkala Al-Amir Nuh bin Mansur mengalami kesakitan, ramai doktor yang datang mengubatinya, sehinggalah apabila beliau mendengar nama dan kemasyhuran Ibnu Sina, beliau memerintahkan agar memanggil Ibnu Sina supaya dapat bersama-sama dengan para doktor yang lain untuk mengubati penyakit Al-Amir. Lantas Ibnu Sina berusaha mengubati penyakit Al-Amir sehinggalah beliau sembuh. Sebagai ganjaran di atas usaha tersebut, Al-Amir mengizinkan beliau untuk menggunakan perpustakaan yang terdapat di Istana. Setelah itu Ibnu Sina membaca kesemua kitab-kitab yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut. 

- Ibnu Sina memulakan pengembaraan beliau selepas berlaku kekacauan di dalam pengurusan kerajaan As-Samaaniah. Lalu beliau keluar dari Bukhara menuju ke sebuah tempat yang bernama Karkang. Ketika itu Ibnu Sina sentiasa memakai pakaian fukaha menyebabkan beliau dihormati oleh Amir Khawarizmi. Kemudian beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Walau bagaimanapun setelah beberapa ketika Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan kemudian kembali semula ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan kedudukan Ibnu Sina dipandang tinggi, di mana beliau telah dilantik menjadi menteri kepada Syamsu Ad-Daulah di negeri Hamdan sebanyak dua kali, walaupun demikian beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar dan mengarang. Beliau mula mengajar murid-murid beliau pada awal waktu malam, memberikan catatan buku yang beliau hafal kepada mereka manakala pada waktu pagi pula beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. 

Karangan Ibnu Sina: 

- Buku yang dikarang oleh Ibnu Sina adalah menjangkau sebanyak 250 buah termasuk kitab, esei dan artikel di dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, kedoktoran dan falsafah. 

- Pencapaian Ibnu Sina yang dianggap paling menonjol ialah pencapaian beliau di dalam bidang kedoktoran di mana beliau telah mengarang kitab beliau yang bernama Al-Qanun yang menggariskan beberapa catatan terperinci seperti hubungannya dengan penyakit batuk kering, penyakit paru-paru yang lain serta menyatakan peranan air dan debu di dalam memindahkan jangkitan penyakit di samping mengaitkan penyakit dengan unsur-unsur psikologi, tekanan perasaan dan beberapa penyebab penyakit yang sangat luar biasa. 

- Kitab Al-Qanun telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah dan terus dijadikan sebagai bahan penyelidikan di beberapa buah universiti di Eropah selama empat kurun berturut-turut. - Ibu Sina juga telah memberi sumbangan di dalam ilmu fizik sebagaimana yang ditulis di dalam kitabnya Asy-Syifa', An-Najah dan Al-Isyarah. 

Page 6: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Kewafatan Ibnu Sina: 

- Walaupun Ibnu Sina salah seorang yang mengutamakan ilmu kedoktoran tetapi beliau tidak mengambil berat kepada kesihatan diri beliau menyebabkan beliau menghadapi pelbagai penyakit sehinggalah kekuatannya menjadi semakin lemah dan akhirnya beliau mati pada tahun 428 Hijrah / 1037 Masihi di negeri Hamdan.

Ibnu Sina Bapa Perubatan Dunia

Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.

Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.

Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.

Beliau berasal daripada keturunan Turki.

Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.

Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke

Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.

Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di

Asfahan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58

tahun.

KEPERIBADIAN IBNU SINA

Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik

karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi

kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah

SWT.

Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas

tahun.

Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu

terutama dalam bidang perubatan.

Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu

-Ibnu Sina-

PENDIDIKAN IBNU SINA

Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.

Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.

Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada

Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada

Al-Biruni.

Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

Page 7: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.

Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir

Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.

Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-

Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.

Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.

Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan

-Penemuan penyakit baru serta puncanya.

-Pengaruh kuman dalam penyakit.

-Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.

-Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya

-Penemuan dalam bidang farmasi

-Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.

-Ubat bius

-Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

-Mencipta picagari dan lain-lain

KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN

Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.

Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan

berkembang maju hingga ke hari ini.

Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis

penyakit. Serta kaedah merawatnya.

Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.

Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru

menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya

menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan

lebih cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik,

biologi, dan sains politik.

Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.

Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagaiMuallafat

Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)

Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil semperna nama beliau

iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)

«ТАЛАНТЛИВЫЙ человек талантлив во всем»

Page 8: Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Begitulah Ibnu Sina dikenali di Russia

Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang

perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi

rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama

memperkenalkan method pemerhatian dan anlisis dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang

ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.