risalah perumahan penjawat awam 1malaysia ppa1m

Upload: mohd-adha-mohd-zain

Post on 14-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Risalah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M

    1/4

    PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

    (PPA M)

    PPA MPERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA

  • 7/30/2019 Risalah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M

    2/4

    Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yangtelah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampudimiliki dan berkualiti.

    Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan penjawat awam adalah kritikal dan perlu diberiperhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif ataupendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendahdan sederhana memiliki rumah.

    Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2013 lalutelah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1Mdi Putrajaya. Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hinggaRM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga

    1,500 kaki persegi.

    Selaras dengan pengumuman tersebut, Program PPA1M di Putrajaya dimulakan dengancadangan pembangunan 1,000 unit di Plot 17RK5, Presint 17 dan 256 unit di Plot 12D, Presint11 yang dibuka kepada semua lapisan Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-BadanBerkanun Persekutuan. Pelaksanaan pembangunan Program PPA1M ini akan terusdibangunkan berperingkat-peringkat.

    Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan olehPutrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh PerbadananPutrajaya.

    Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan Program PPA1Mtermasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara.

    Latar Belakang

    Tujuan

    Kaedah Pelaksanaan

    Ciri-Ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M);

  • 7/30/2019 Risalah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M

    3/4

    Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M

    1. Plot 17RK5, Presint 17

    Pemajuan ini melibatkan penyediaan kediaman dengan nisbah 88 unit berkeluasanlantai 1,000 kp dan 168 unit berkeluasan lantai 1,200 kp di atas tanah seluas 3.0 ekar.Kediaman ini akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 rumah : 1 tempatletak kereta), surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain.

    256 unit

    Sejumlah 1,062 unit kediaman dengan nisbah 704 unit berkeluasan lantai 1,000 kaki persegi(kp), 246 unit berkeluasan lantai 1,200 kp serta 112 unit 1,500 kp. Kediaman ini akandilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 rumah : 1 tempat letak kereta), surau,dewan serbaguna dan kemudahan sokongan lain. Pemajuan ini akan dilaksanakan padakadar segera mengikut permintaan.

    3. Plot 5R5, Presint 5

    Fasa Berikutnya

    2. Plot 12D, Presint 11

    Pemajuan ini melibatkan penyediaan 1,000 unitmerangkumi 424 unit berkeluasan lantai 1,000 kakipersegi (kp), 288 unit berkeluasan lantai 1,200 kp serta

    288 unit berkeluasan 1,500 kp. Kediaman ini akandilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1rumah : 1 tempat letak kereta), surau, dewan serbaguna,tadika, taska dan kemudahan sokongan lain.

    Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

  • 7/30/2019 Risalah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M

    4/4