modul 1malaysia

Upload: wewec

Post on 20-Jul-2015

1.297 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 1PUSAT KREATIF 1MALAYSIA PRASEKOLAH

1.0

PENGENALAN Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah adalah satu pendekatan yang informal,

menyeronokkan, bebas dan selamat. Murid-murid berinteraksi, menghasilkan idea dan kemahiran melalui penerokaan, penemuan dan penyelesaian masalah. Pewujudan Pusat Kreatif 1Malaysia dapat merealisasikan amalan dan gaya hidup 1Malaysia. Pusat ini juga mengandungi Grafity Area yang mana guru membimbing murid-murid membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di atas kain putih atau kertas mahjong bertemakan 1Malaysia (contoh : kolaj, jahitan, capan, lukisan, catan dan sebagainya kreativiti masing-masing). bergantung kepada

2.0

MATLAMAT Memastikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang

dilaksanakan dapat membentuk

kemenjadian murid prasekolah secara menyeluruh.

Modul ini berfokus kepada matlamat perpaduan bangsa di bawah gagasan 1Malaysia.

3.0

OBJEKTIF 3.13.2

Dapat mempamerkan hasil-hasil kerja murid mengenai 1Malaysia. Menggalakkan murid-murid prasekolah mengamalkan amalan yang sihat berdasarkan amalan 1Malaysia.

3.3

Melahirkan murid-murid prasekolah yang memahami konsep 1Malaysia berdasarkan potensi mereka.

3.4

Memberi peluang kepada murid menerokai kepelbagaian budaya di Malaysia.

3.5

Memberi ruang kepada murid prasekolah menzahirkan rasa cintakan negara melalui aktiviti yang dirancang.1

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.0

CADANGAN AKTIVITI 4.14.2 4.3 4.4

Membuat makanan tradisional. Membuat bendera menggunakan pasir halus/ beras yang diwarnakan. Membuat kolaj bunga raya. Mendengar cerita / bercerita tentang cerita rakyat pelbagai kaum masyarakat Malaysia.

4.5 4.6 4.7 4.8 4.9

Main peranan - cara makan pelbagai kaum. Permainan kecil menggunakan alatan permainan tradisional. Memakaikan patung kertas mengikut kaum dengan pakaian tradisional. Membuat patung wayang kulit / wau. Menggantung bendera, tanglung, angpau, ketupat, bunga malai, kad ucapan dan lain-lain. Mempamerkan hasil kerja murid bendera, kad ucapan, kolum, tanglung, kolaj bunga raya, anyaman ketupat, bunga malai dan lain-lain.

4.10

5.0

PENUTUP Pembinaan Sudut 1Malaysia dan Grafity Area di prasekolah dapat memberikan

impak positif kepada semua warga prasekolah khasnya dan warga sekolah khususnya. Guru akan lebih kreatif dan semua hasil murid dapat dipamerkan. Peranan ibubapa dan agensi lain perlu digalakkan bagi menjayakan projek ini.

2

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 2SAMBUTAN HARI MALAYSIA

1.0

PENGENALAN Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati

penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963. Pelbagai sambutan diatur bagi memperingati detik bersejarah itu. Sambutan juga berfokus kepada acara yang bersifat pengukuhan perpaduan dan persefahaman antara kaum serta pengiktirafan kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

2.0

MATLAMAT Melahirkan murid-murid yang mampu menghayati pengorbanan pemimpin negara

terdahulu yang banyak berjasa dalam penubuhan negara Malaysia. Seterusnya melahirkan rakyat Malaysia yang cintakan negara serta mampu mempertahankan maruah dan kedaulatan negara dari anasir-anasir dalam dan luar yang boleh menghancurkan negara pada bila-bila masa.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 Murid mengamalkan nilai perpaduan dan persefahaman antara kaum. Murid faham keperluan saling menghormati sosio budaya sesuatu kaum di Malaysia. 3.3 Murid mendapat pendedahan berkenaan tokoh negara dan sejarah Malaysia.

3

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.0

CADANGAN AKTIVITI 4.1 4.2 4.3 Persembahan murid-murid prasekolah Sukaneka (permainan tradisional) Sumpit belon (penyedut minuman, lidi sate) - dimasukkan ke dalam sukaneka 4.4 4.5 4.6 4.7 Permainan kabadi - dimasukkan ke dalam sukaneka Permainan biji saga - dimasukkan ke dalam sukaneka Gusti lengan - dimasukkan ke dalam sukaneka Nyanyian lagu (Jong-Jong Inai, Suranggani, Puteri Santubung CD tahun satu KSSR) 4.8 4.9 Tayangan slaid Sejarah Penubuhan Malaysia Persembahan : Pertunjukan / pertandingan fesyen (pelbagai kaum)

4.10 Pertandingan mewarna 4.11 Pertandingan membina Peta Malaysia menggunakan plastersin atau kolaj daripada bahan-bahan terbuang seperti kulit kerang, biji asam jawa, biji saga dan lain-lain 4.12 Puzzle bendera negeri yang terdapat di Malaysia (14 buah negeri) 4.13 Kuiz mudah

5.0

PENUTUP Program ini dilaksanakan bagi memastikan haluan negara benar-benar dapat

mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat wawasan 2020. Ini selaras dengan hasrat Perdana

Menteri Malaysia iaitu menjadikan Gagasan 1Malaysia sebagai teras pentadbiran bagi memupuk perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dapat dibentuk dari peringkat prasekolah lagi. Kefahaman yang tepat mengenai asal usul kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap tanah air.

4

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 3PERAYAAN 1MALAYSIA

1.0

PENGENALAN Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap

diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Melalui sambutan perayaan 1Malaysia semua murid prasekolah dapat didedahkan kepada kepelbagaian sambutan perayaan kaum tertentu di Malaysia.

2.0

MATLAMAT Matlamat perayaan 1Malaysia ini adalah bagi memupuk dan mengukuhkan

perpaduan nasional antara murid prasekolah melalui aktiviti yang disusun dengan mengambilkira kepelbagaian kaum di Malaysia. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi fokus utama untuk diterapkan kepada murid-murid sejak di prasekolah. Tanpa usaha tersebut Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

3.0

OBJEKTIF Objektif sambutan perayaan 1Malaysia ini diadakan ialah untuk meraikan

perayaan kaum-kaum tertentu oleh semua murid prasekolah. Murid prasekolah tidak hanya didedahkan kepada perayaan 1Malaysia malah mereka juga dapat mengenal kepelbagaian kaum melalui jenis pakaian, makanan dan kraftangan tradisi kaum di Malaysia.

5

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.0

CADANGAN AKTIVITI 4.1 4.2 4.3 4.4 Sesi Suaikenal Persembahan Pakaian Tradisional Membuat Kraftangan Persembahan Tarian Tradisional

5.0

PENUTUP Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat

resam, perayaan 1Malaysia menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan murid-murid prasekolah, pendidik, pentadbir dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni sejagat yang terdapat dalam perayaan 1Malaysia seperti berbudi bahasa, hormat menghormati dan penghargaan terhadap rakan sebaya serta orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat yang berbudi bahasa. Oleh itu, warga pendidik seharusnya lebih peka terhadap pentingnya menyemai semangat perpaduan antara kaum sejak di peringkat awal lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah seperti perayaan 1Malaysia.

6

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 4LAWATAN PRASEKOLAH 1MALAYSIA

1.0

PENGENALANProgram lawatan prasekolah 1Malaysia bertujuan memberi pendedahan pembelajaran di

luar bilik darjah kepada murid-murid prasekolah. Selain memupuk nilai kerjasama semasa lawatan, murid juga boleh belajar berinteraksi, berdisiplin dan memikul tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan ketika melaksanakan aktiviti. Program lawatan ini juga dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan prasekolah justeru memberi impak positif kepada perkembangan murid prasekolah untuk terus memacu kecemerlangan kelas prasekolah itu sendiri.

2.0

MATLAMAT Program lawatan ini diadakan bagi menyuburkan potensi murid-murid prasekolah

dalam semua aspek perkembangan serta memupuk sikap positif agar mereka menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

3.0

OBJEKTIF3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Menimbulkan keseronokan melalui penerokaan. Mengembangkan daya pemikiran murid-murid Prasekolah. Menambah ilmu pengetahuan, maklumat dan dapatan melalui pengalaman sendiri. Bertukar-tukar maklumat, idea dan dapatan di kalangan ahli lawatan. Perkongsian pintar dapat direalisasikan semasa program lawatan dijalankan. Murid dapat bercerita dan berkongsi pengalaman tentang program lawatan yang disertainya.

4.0

SASARANSemua murid prasekolah dan ibubapa

7

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

5.0

TEMPOH / TARIKH LAWATAN Program lawatan sehari

6.0

TEMPAT LAWATANCadangan sekolah ( pemilihan tempat lawatan bersesuaian dengan tema 1Malaysia.

Contoh : Muzium Orang Asli, tempat-tempat beribadat pelbagai kaum, lawatan ke Kompleks Kebudayaan dan Kraftangan )

7.0

STRATEGI PELAKSANAAN 7.1 Pelaksaaan program ini akan melibatkan kerjasama di semua peringkat, di mana guru-guru yang berpengalaman akan bertindak sebagai guru pengiring manakala guru-guru lain akan bertindak sebagai AJK kecil seperti AJK Pendaftaran. 7.2 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan bidang tugas Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang dicadangkan akan terlibat di dalam program ini seperti yang tertera pada Jadual 1. 7.3 Senarai anggaran bagi perbelanjaan bagi program ini telah dirancang bagi melancarkan perjalanan aliran kewangan dan juga sebagai panduan perbelanjaan seperti yang tertera pada Jadual 2. 7.4 Jadual / atur cara perlaksanaan program telah disusun bagi melancarkan perjalanan aktiviti dan juga sebagai panduan melaksanakan program seperti yang tertera pada Jadual 3. Contoh surat kebenaran dari ibu / bapa / penjaga untuk menyertai program ini tertera pada Contoh 1.

8.0

PELAN TINDAKAN 8.1 8.2 8.3 Mengadakan mesyuarat berhubung dengan lawatan Menyediakan kertas kerja lawatan Mengemukakan kertas kerja kepada Guru Besar

8

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

8.4

Menulis surat ke tempat yang akan dilawati untuk memohon kebenaran lawatan

8.5

Sebarkan maklumat kepada peserta tentang cadangan aktiviti seperti tempat, tambang dan sebagainya

8.6

Dapatkan senarai nama peserta dan lengkapkan semua maklumat dalam borang PPS 57 (Seperti dilampirkan)

8.7 8.8

Dapatkan kebenaran ibubapa / penjaga peserta yang ingin menyertai lawatan Hantar borang permohonan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengikut tarikh yang ditetapkan

8.9

Bincang dengan pihak pengangkutan dan buat tempahan kenderaan

8.10 Beri taklimat kepada peserta secara terperinci tentang aktiviti, tugasan, peraturan, pakaian dan sebagainya. 8.11 Beri taklimat terakhir kepada para peserta sebelum bertolak.

9.0

AHLI JAWATANKUASA Penasihat Pengerusi : Guru Besar : GPK 1

Naib Pengerusi: GPK HEM Setiausaha Bendahari AJK : Guru Prasekolah : Guru Prasekolah / Pembantu Pengurusan Murid : Ibubapa Pembantu Pengurusan Murid

10.0

TENTATIF PROGRAMRujuk lampiran

9

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN 11.1 Pengangkutan (contoh: bas - boleh menggunakan peruntukan PCG atau peruntukan Kokurikulum Prasekolah) 11.2 Makan minum (boleh berbelanja dengan peruntukan makanan harian prasekolah) 11.3 Tiket masuk ( jika berkaitan)

12.0

HARAPAN Diharapkan apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, murid-murid

mendapat ilmu pengetahuan dengan pengalaman yang sebenar. Diharapkan juga lawatan sambil belajar ini meninggalkan kesan yang mendalam dan positif dalam diri muridmurid serta kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Lawatan ini juga diharapkan dapat memberi nilai tambah iaitu memupuk sikap kerjasama, nilai persahabatan dan pemuafakatan antara murid prasekolah selaras dengan konsep 1 Malaysia. Bak kata pepatah Melayu jauh perjalanan luas pandangan.

13.0

PENUTUP Pelaksanaan program lawatan ini merupakan aktiviti yang menyumbang kepada

impak positif konsep 1Malaysia dalam kalangan murid-murid prasekolah. Melalui nilai kerjasama, toleransi dan bertanggungjawab dapat meningkatkan jati diri murid sebagai warganegara Malaysia.

10

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

LAMPIRAN JADUAL 1 Senarai Ahli Jawatankuasa PelaksanaAHLI JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGAS

BIL 01. 02. 03. 06. 07. 08. 09.

JAWATAN Penasihat Naib Pengerusi Penyelaras / Guru Pengiring Setiausaha / Guru Pengiring Bendahari / PPM AJK Pendaftaran / PPM AJK Keselamatan & Disiplin

BIDANG TUGAS Mempengerusikan mesyuarat Mempengerusikan mesyuarat Menyelaras semua perkara. Merupakan ketua yang mengelolakan hari lawatan. Mencatat semua perkara dalam bentuk yang formal seperti minit mesyuarat. Menguruskan semua tugas dalam bentuk kewangan. Mendaftar peserta bagi memastikan mereka menyertai lawatan yang telah dirancang. Menguruskan peserta yang memerlukan rawatan,menjaga keselamatan peserta dan memastikan segalanya berada dalam keadaan terkawal. Merakamkan peristiwa pada hari lawatan dan menyiapkan dokumentasi. Memastikan peralatan seperti kamera dibawa semasa hari lawatan. Membuat tempahan pengangkutan, memastikan pengangkutan mencukupi pada hari lawatan dan memastikan pengangkutan berada dalam keadaaan yang selamat. Menyediakan makanan untuk murid-murid. Mengawal murid-murid semasa makan.

10.

AJK Dokumentasi

11.

AJK Pengangkutan

12.

AJK Makanan

11

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

JADUAL 2PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4 salinan ditambah 2 salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati dan disampaikan ke Pejabat Pelajaran Daerah 5 minggu sebelum tarikh pelancongan. Nama Sekolah Nama Guru Besar : :

Nama Guru Yang Mengelolakan Pelancongan: Tujuan Perlancongan Nama-Nama Guru Yang Membantu Jenis Kenderaan : : : (Nyatakan bas sekolah / bas biasa)

Tempat-Tempat Yang Dilawati : Nama Tempat Tarikh Nama dan Alamat

( Tandatangan Guru Besar ) Punca pendapatan wang :

Nama dan keterangan mereka yang diberi kuasa untuk mengutip dan membelanjakan wang : Bil. 1. 2. Nama Jawatan No K/P Umur Alamat

Senarai nama guru, murid dan peserta lawatan.

12

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

JADUAL 3Contoh : ATUR CARA PROGRAM HARI MASA 8.00 8.30 pg 8.30 10.30 pg 10.30 11.00 pg 11.00 4.00 ptg 4.00 4.30 ptg 4.30 6.30 ptg AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

13

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

CONTOH 1CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA (Sila tulis semua maklumat yang dikehendaki dengan lengkap)

Nama penuh murid No. Surat Beranak Jantina Umur Tahun / Darjah Kelab / Persatuan Alamat Rumah

: . : . : . : . : . : . .. : . . .

No. telefon

: .

(yang mudah dihubungi) Maklumat penyakit : ...

Saya ..membenarkan anak/ jagaan saya mengikuti Program Lawatan ke .................................................................................................... anjuran Prasekolah. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anak/ jagaan saya. Saya percaya segala langkah keselamatan akan diambil oleh pihak sekolah dalam menangani masalah ini.

Yang benar, .. ( )14

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 5SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

1.0

PENGENALAN Aktiviti ini memberi fokus kepada konsep perpaduan negara dengan menerapkan

konsep integrasi nasional melalui proses penyatuan antara kaum yang berbeza latar belakang agar menjadi satu masyarakat yang terikat dengan norma dan nilai yang dikongsi bersama. Prasekolah merupakan landasan terbaik untuk menyemai nilai perpaduan. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan pada setiap bulan Ogos mengikut tema yang ditetapkan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid. Di samping itu, aktiviti tersebut hendaklah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum.

2.0

MATLAMAT 2.1 Melahirkan warga yang setia kepada negara, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. 2.2 Boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmonis, bersatu padu, demokratik dan progresif. 2.3 Menggalakkan pihak sekolah supaya menganjurkan aktiviti untuk muridmurid prasekolah yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

15

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

3.0

OBJEKTIF 3.1 Menggalakkan murid prasekolah menghayati nilai-nilai kecintaan dan patriotisme terhadap Negara. 3.2 Murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan Negara.

4.0

CADANGAN AKTIVITI BIL 1. PERTANDINGAN Buku Skrap PELAKSANAAN Pengisian dalam buku skrap 2. Pakaian Beragam 1Malaysia Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Pakaian tradisonal / etnik Bendera negeri-negeri Sukan dan Permainan Muzik dan Tarian Peserta dikehendaki menggayakan pakaian pelbagai etnik Secara individu Secara individu CATATAN Pertandingan secara individu atau berkumpulan

Dilaksanakan pada sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah

3. 4.

Deklamasi Puisi Mewarna

Persembahan dalam bentuk pantun, syair dan sajak. Poster 1Malaysia

5.0

PENUTUP Program ini diharapkan dapat menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan

murid prasekolah sebagaimana yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Selain itu, diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan baik serta memenuhi objektif program ini.16

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 6PENGUCAPAN BERTATASUSILA

1.0

PENGENALAN Pendedahan pengucapan bertatasusila perlu disemai di peringkat prasekolah bagi

membentuk murid-murid prasekolah yang memiliki sahsiah yang baik.

Pengucapan

bertatasusila bukan sahaja boleh ditiru menerusi perlakuan orang dewasa di sekeliling mereka, amalan ini juga boleh diterapkan menerusi pendidikan dan aktiviti yang bersesuaian.

2.0

MATLAMAT Melahirkan murid-murid yang mempunyai nilai dan budi pekerti yang tinggi dan

sentiasa mengamalkan pengucapan bertatasusila di dalam kehidupan seharian.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Memberi pendedahan kepada murid supaya boleh melafazkan ucapan bertatasusila dalam pelbagai bahasa. Murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan seharian.

3.1

4.0

CADANGAN AKTIVITI 4.1 Minggu Sopan Santun Murid akan didedahkan dengan pengucapan bertatasusila dan amalanamalan yang baik.Contoh Pengucapan Bertatasusila:

Apa khabar, Selamat pagi, Selamat petang, good morning, hello, terima kasih, maaafkan saya, vanakam, nandri, ni hao ma, sei sei, tolong, sila, izinkan dan sebagainya. Penerapan Pengucapan Bertatasusila boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

17

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.2

Kempen 3T (Tegur,Terima Kasih,Tolong) Tatacara pengucapan bertatasusila antara guru dengan murid, murid dengan rakan sebaya, murid dengan warga sekolah dan murid dengan masyarakat.

4.3 4.4 4.5

Pemilihan murid contoh Sketsa Pertandingan Mewarna / Koolam (Contoh: Tulisan terima kasih dan sebagainya) Pertandingan Teka Silangkata (Contoh: Tulisan terima kasih dan sebagainya) Tayangan video Memaparkan nilai-nilai murni pelbagai kaum di Malaysia terutama dalam bentuk animasi. Kuiz

4.6

4.7

4.8

5.0

PENUTUP

Secara keseluruhan program ini dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar bukan sahaja dari satu aspek tetapi merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

18

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 7SAMBUTAN HARI APRESIASI TUNAS NEGARA (HARI KECEMERLANGAN PRASEKOLAH)

1.0

PENGENALAN Sambutan Hari Apresiasi Tunas Negara adalah acara tahunan sekolah bagi

mengiktiraf perkembangan murid secara holistik di sepanjang sesi prasekolah. Penghargaan diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai tunjang pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

2.0

MATLAMAT Memupuk semangat keyakinan diri dalam kalangan murid-murid untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran dan membina sahsiah serta menerapkan nilai-nilai murni murid prasekolah.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Menghargai daya usaha dan ketrampilan murid. Mengembangkan bakat dan potensi dalam diri murid. Memupuk semangat daya saing. Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mengharumkan nama sekolah. 3.5 Mengeratkan hubungan antara ibubapa / penjaga dengan pihak sekolah.

19

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.0

CONTOH ANUGERAH 4.1 Anugerah murid cemerlang mengikut Tunjang 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 Tunjang Komunikasi Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Kemanusiaan Tunjang Kerohanian dan Moral Tunjang Ketrampilan Diri

4.2 Anugerah Kehadiran 4.3 Tokoh Murid

5.0

PENUTUP Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus sebagai

pengiktirafan terhadap hasil perubahan positif murid sepanjang berada di kelas prasekolah.

20

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 8KEM BESTARI 1MALAYSIA

1.0

PENGENALAN

Kem Bestari 1Malaysia adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda yang berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya pelaksanaan Kem Bestari 1Malaysia ini diharapkan dapat memberi pendekatan secara menyeluruh kepada kanakkanak prasekolah yang terdiri daripada pelbagai keturunan, latar belakang dan gaya hidup. Melalui kem ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan maklumat asas tentang budaya, adat resam, pantang larang dan sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia. Sasaran bagi Kem Bestari 1Malaysia ialah kanak-kanak prasekolah dari SK, SJKT dan SJKC. (Cadangan : gabungan dengan prasekolah lain )

2.0

MATLAMAT Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan

keperibadian yang unggul, muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu di samping dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 Merapatkan hubungan sesama murid di antara pelbagai kaum. Mengukuhkan nilai-nilai kerjasama dan memahami adat dan budaya kaumkaum di Malaysia. 3.3 Mengamalkan semangat toleransi dan semangat persaingan yang sihat dalam setiap pertandingan. 3.4 3.5 3.6 3.7 Menanamkan sifat kecintaan terhadap alam sekitar. Mencungkil bakat dan potensi diri dalam kalangan murid prasekolah. Penglibatan ibubapa, komuniti dan masyarakat setempat. Berkongsi pengalaman bersama rakan.21

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.0

CADANGAN AKTIVITI BERKUMPULAN 4.1 4.2 4.3 Senamrobik / Senamseni. Kibar Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Patriotik. Mencari Harta Karun (item/barang berkaitan 1Malaysia contoh bendera, pakaian tradisional kaum, kad gambar makanan mengikut kaum dan lainlain). 4.3 Mengumpul bahan kitar semula (Mengasingkan bahan plastik, kertas dan kaca, membuat kolaj atau binaan).

5.0

PENUTUP

Pelaksanaan kem ini dapat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

22

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

AKTIVITI 9KENEGARAAN

1.0

PENGENALAN Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta

pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan memartabatkan dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Murid-murid prasekolah perlu didedahkan dengan modul kenegaraan supaya dapat menjadi pemangkin kepada pengamalan nilai-nilai cintakan negara. Tunjang utama kepada pelaksanaan modul ini adalah prinsip Rukun Negara iaitu : Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

2.0

MATLAMAT Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek

dan sosial seiring dengan penerapan konsep kenegaraan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Menanamkan nilai kepercayaan kepada Tuhan serta menghargai semua anugerah ciptaanNya. Memupuk semangat taat dan cinta kepada Raja serta Negara. Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara. Mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.

23

MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH

4.0

CADANGAN AKTIVITI 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Menyanyi lagu Negaraku dan menaikkan bendera Malaysia setiap hari Isnin. Melafazkan ikrar Rukun Negara. Pertandingan mendeklamasi sajak. Pameran yang berkonsepkan kenegaraan. Tayangan mengenai Rukun Negara, berunsur patriotik. Penubuhan Kelab Tunas Rukun Negara.

5.0

PENUTUP

Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah Negara Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

24