ringkasan eksekutif yakult

3
Ringkasan Eksekutif Lawatan Ke Kilang Yakult(Malaysia) Berhad Nama Program Lawatan Ke Kilang Yakult(Malaysia) Berhad Pengenalan Pada tahun 1930, Dr. Minoru Shirota(Universiti Kyoto, Jepun) yang menjalani penyelidikan mikrobiologi, berjaya menghasilkan sejenis bakteria berkhasiat. Bakteria ini dinamai Lactobacillus casei Shirota strain” atas nama penemunya, Dr. Shirota. Penghasilan makanan probiotik ini menjadi popular apabila bakteria ini sah dibuktikan berkhasiat untuk manusia. Pemprosesan makanan mikrobiologi berkaitan rapat dengan proses biokimia yang menjadi salah satu subjek teras mahasiswa Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, UPM. Oleh itu, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (Kelab Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (ChESS)) amatlah berharap dapat diberi peluang untuk mendedahkan sektor industri ini kepada para mahasiswa dan seterusnya membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar tentang aplikasi ilmu bidang kejuruteraan kimia dan alam sekitar. Kami berharap lawatan ini akan dapat memberi manfaat kepada setiap mahasiswa seterusnya membantu meningkatkan minat mereka dalam bidang kejuruteraan kimia dan alam sekitar dengan lebih mendalam.

Upload: putri-saidatina

Post on 07-Nov-2015

255 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Ringkasan Eksekutif

TRANSCRIPT

Ringkasan EksekutifLawatan Ke Kilang Yakult(Malaysia) BerhadNama ProgramLawatan Ke Kilang Yakult(Malaysia) Berhad

PengenalanPada tahun 1930, Dr. Minoru Shirota(Universiti Kyoto, Jepun) yang menjalani penyelidikan mikrobiologi, berjaya menghasilkan sejenis bakteria berkhasiat. Bakteria ini dinamai Lactobacillus casei Shirota strain atas nama penemunya, Dr. Shirota. Penghasilan makanan probiotik ini menjadi popular apabila bakteria ini sah dibuktikan berkhasiat untuk manusia. Pemprosesan makanan mikrobiologi berkaitan rapat dengan proses biokimia yang menjadi salah satu subjek teras mahasiswa Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, UPM. Oleh itu, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (Kelab Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (ChESS)) amatlah berharap dapat diberi peluang untuk mendedahkan sektor industri ini kepada para mahasiswa dan seterusnya membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar tentang aplikasi ilmu bidang kejuruteraan kimia dan alam sekitar. Kami berharap lawatan ini akan dapat memberi manfaat kepada setiap mahasiswa seterusnya membantu meningkatkan minat mereka dalam bidang kejuruteraan kimia dan alam sekitar dengan lebih mendalam.

Tarikh18 April 2015

TempatYakult Factory, Oakland Industrial Park, Seremban

AnjuranPersatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (Kelab Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, ChESS) dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar,Universiti Putra Malaysia.

Hasil Pembelajarani. Pelajar berkebolehan untuk menganjurkan program, mengorganisasi dan menyelia penyertaan pelajar. (A4,LS2)ii. Membezakan cara-cara penilaian yang sedia ada dan mengaplikasi dan kerjaya pada masa depan. (A2,P1)iii. Pelajar didedahkan dengan pemahaman yang lebih luas dalam bidang kejuruteraan kimia dan alam sekitar dalam mengenalpasti aplikasi berkaitan dengan penghasilan bahan makanan probiotik (C1,P1)iv. Pelajar berkebolehan untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menerima dan menyampaikan maklumat. (S1,CS1)

Impak programi. Peserta dapat mengenali ilmu pengetahuan yang dipelajari secara praktikal. Lawatan ini dapat memberi gambaran yang nyata dan jelas untuk peserta memahami konsep kejuruteraan kimia diaplikasi dalam kehidupan harian. ii. Peserta juga dapat mengenali tempat kerja yang bakal dialami tidak lama lagi.

Kumpulan SasaranPelajar Tahun Pertama Kejuruteraan Kimia

Jumlah Peserta46 Orang peserta (termasuk ahli jawatankuasa)

Pengisian Program1. Presentasi video mengenai kilang2. Melawat kilang pemprosesan Yakult3. Sesi soal jawab dan hidangan ringan

Anggaran PerbelanjaanRM238.00

KesimpulanLawatan Ke Kilang Yakult(Malaysia) Berhad diharapkan dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar seterusnya membantu meningkatkan minat mereka dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar dengan lebih mendalam.

Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) adalah dimohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan program Lawatan Ke Kilang Yakult (Malaysia) Berhad yang akan diadakan pada 18 April 2015, bertempat di No. 276, Jalan Haruan 1, Oakland Industrial Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.