ringkasan eksekutif - water

36
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 1 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 Tajuk Projek Tajuk projek adalah “Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman, Kemaman, Terengganu” dan akan dirujuk sebagai 'Projek'. 2.0 Maklumat Pemaju Projek Pemaju bagi projek adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Butiran pegawai yang bertanggungjawab untuk projek ini adalah seperti berikut: - Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur, Tel. No. : 03-2616 1515 Contact Person : Dato Ir. Sabri Bin Abdul Mulok Email Address : [email protected]

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, C1: Introduction Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 Tajuk Projek Tajuk projek adalah “Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu

Sungai Kemaman, Kemaman, Terengganu” dan akan dirujuk sebagai 'Projek'.

2.0 Maklumat Pemaju Projek Pemaju bagi projek adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Butiran

pegawai yang bertanggungjawab untuk projek ini adalah seperti berikut: -

Pengarah

Bahagian Pengurusan Banjir

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli

Jalan Sultan Salahuddin,

50626 Kuala Lumpur,

Tel. No. : 03-2616 1515

Contact Person : Dato Ir. Sabri Bin Abdul Mulok

Email Address : [email protected]

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 2

3.0 Maklumat Pasukan Projek EIA Perunding Alam Sekitar untuk projek ini adalah Ecotone Worldwide Sdn. Bhd.

Butiran pegawai yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. (291163-M)

Suite 912, Block A, Kelana Centre Point

3 Jalan SS 7/19, Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-7806 4640; Fax: 03-7806 4650

Email : [email protected]

Team Leader : Dr. Nather Khan Bin Hj. Ibrahim

Designation : Executive Director

4.0 Penyata Keperluan Selama beberapa tahun, pihak kerajaan telah cuba menangani masalah banjir

yang berterusan dan merosakkan dengan membina beberapa saliran baru,

meluruskan sungai dan membina infrastruktur lain bagi menyelesaikan masalah

banjir yang berulang di bandar Chukai. Namun, ianya tidak memberikan hasil yang

diharapkan oleh kerana kapasiti yang tidak mencukupi untuk menampung

pembangunan yang pesat. Oleh itu, penyelesaian jangka panjang diperlukan bagi

melindungi bandar Chukai dan penduduknya, kompleks perindustrian, perniagaan

komersial, institusi kerajaan dan infrastruktur. Terdapat keperluan segera bagi

melaksanakan cadangan projek tebatan banjir untuk melindungi bandar Chukai

daripada banjir yang dahsyat untuk mengurangkan penderitaan rakyat dan

kerugian ekonomi kepada sektor industri dan komersial.

5.0 Alternatif yang Dipertimbangkan Di dalam kajian Drainage Master Plan pada tahun 1996, floodway telah

dicadangkan dari Sg. Kemaman ke Sg. Chukai merentasi paya Binjai, iaitu dari Kg.

Paya Paman ke Kg. Takar. Walaubagaimanapun, oleh kerana saluran paip gas

Petronas yang baru dibina dan trek keretapi melalui kawasan yang sama dan akan

menyeberangi cadangan floodway, floodway yang baru telah dicadangkan

menyusuri laluan trek keretapi dan saluran paip gas dan juga untuk mengelakkan

Paya Gambut Paya Paman. Untuk mengelakkan kerosakan yang teruk kepada Sg.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 3

Chukai dan koloni kelip-kelip, floodway telah direka semula bagi mengelakkan

pelepasan terus ke Sg. Chukai dengan melalui Tasik Bungkus.

Pembinaan ban di sepanjang Sg. Kemaman merupakan salah satu komponen

utama projek ini. Ban Sg. Kemaman akan dibina di kedua-dua belah tebing Sg.

Kemaman dari Jambatan Geliga sepanjang 11.4 km di sebelah selatan dan 10.5

km di utara. Walaubagaimanapun, beberapa lokasi jajaran ban telah ditetapkan

untuk disesuaikan dengan kekangan lokal bagi mengelakkan gangguan kepada

pembangunan sedia ada atau pada kawasan yang lain tiada pembangunan tebing

yang lebar pada selekoh sungai untuk mengehadkan potensi hakisan.

Ban sepanjang 12 km melalui paya Binjai juga telah dicadangkan iaitu bermula dari

Kg. Paya Paman sehingga sempadan utara bandar Chukai di bahagian timur

jajaran banjir. Pada peringkat permulaan pembinaan ban dicadangkan di kedua-

dua belah Sg. Chukai, namun satu ban sahaja akan dibina bagi membekalkan air

mencukupi untuk mengekalkan ekologi dan biodiversiti di paya Binjai. Pada

peringkat permulaan, terdapat lima kawasan berpotensi telah dikenal pasti untuk

dijadikan kolam tadahan banjir bagi penyimpanan air banjir pada masa kritikal

dalam Bandar Chukai. Bagi projek semasa hanya dua kolam tadahan banjir sahaja

akan dibina bersama-sama dengan rumah pam dan kemudahan infrastruktur lain.

6.0 Lokasi Projek Projek tebatan banjir yang dicadangkan terletak di barat daya lembangan Sg.

Kemaman merangkumi keseluruhan bandar Chukai. Kawasan projek terletak

diantara koordinat longitud 103o 19’ 10” Utara hingga 103o 29’ 10’’ Utara dan pada

latitud 4o 10’ 58” Timur hingga 4o 18’ 20” Timur. Ia meliputi kawasan sekitar 125

km2 dari Pondok China di selatan ke Bukit Penghulu di utara, Kg. Sg. Pinang di

selatan ke Tanjung Gemok di timur laut. Bahagian timur kawasan kajian

bersempadan dengan Laut China Selatan. Kawasan kajian tertumpu pada 5 km

radius di koridor floodway yang merupakan komponen utama projek dan bagi Ban

Sg. Kemaman dan Ban Binjai, kajian dijalankan di zon yang akan terjejas. Secara

keseluruhannya, sempadan kajian melebihi 5 km radius merangkumi keseluruhan

bahagian hilir dataran banjir Sg. Kemaman.

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 4

7.0 Huraian Projek Dalam reka bentuk terkini, floodway sepanjang 8.7 km merentasi paya Binjai untuk

melencongkan air banjir dari Sg. Kemaman ke paya Binjai dan Tasik Bungkus dan

lebihan air dari Tasik Bungkus akan dilepaskan ke Sg. Bungkus secara terkawal

bagi mengurangkan impak kepada Sg. Chukai. Pembinaan Ban Sg. Kemaman dan

Ban Binjai juga merupakan komponen penting di dalam projek ini. Ban Sg.

Kemaman akan dibina di kedua-dua belah tebing Sg. Kemaman dari Jambatan

Geliga sepanjang 11.4 km di sebelah kiri dan 10.5 km di sebelah kanan. Secara

dasarnya, jajaran ban ini dibina adalah untuk menampung sekurang-kurangnya

100m air banjir di dalam ban tersebut. Cadangan pembinaan Ban Binjai pula akan

dibina kira-kira 12 km melalui paya Binjai bermula dari Kg. Paya Paman ke arah

utara Bandar Chukai. Ban ini akan melindungi Bandar Chukai daripada limpahan

banjir daripada Sg. Kemaman dan lencongan banjir. Projek ini juga melibatkan dua

kolam penahanan banjir termasuk rumah pam dan kemudahan infrastuktur lain.

8.0 Reseptor Sensitif Alam Sekitar Sempadan kawasan cadangan projek meliputi kawasan yang lebih luas

merangkumi pelbagai aktiviti guna tanah dan melibatkan aktiviti pembersihan tanah

dan kerja tanah besar-besaran khususnya di kawasan hutan dan tanah lembap

yang memberi kesan yang ketara kepada persekitaran fizikal, biologi dan manusia.

Terdapat banyak reseptor sensitif berada di dalam kawasan cadangan projek

seperti berikut;

1. Hutan Simpanan Kekal Kuala Kemaman dan Bukit Sai

2. Muka sauk Sg. Kemaman di hulu laluan masuk lencongan banjir

3. Kompleks tanah lembap Tasik Bungkus dan Sg. Chukai

4. Kelip-kelip dan eko-pelancongan berkaitan di Sg. Yak Yah dan Sg. Chukai

5. Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman berhampiran Kg. Ibok

6. River Terrapin (Tuntung) yang terancam di Sg. Kemaman

7. Isu sosio-ekonomi dan kesihatan awam di zon impak

8. Aktiviti perikanan dan ternakan ikan di sungai termasuk ternakan sangkar di

Bukit Kuang

9. Bakau pantai termasuk Hutan Rekreasi Bakau Tinggi

10. TNB Transmission Line dan Pylon melalui koridor floodway

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 5

Rajah RE-1: Sempadan projek dan bandar Chukai (Sumber: JPS, 2003).

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE- 6

Rajah RE-2: Pelan konsep projek (Sumber: JPS, 2018).

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE- 7

Rajah RE-3: Peta induk projek. (Sumber: JPS, 2018)

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE- 8

 

Bakau Tinggi Recreational Forest

Kg. Yak Yah (Fireflies)

River Terrapin (Tuntungs) 

Water Intake Point

Tasik Bungkus

Binjai Swamp

Mini Zoo Kemaman

Chukai Town

Pylon

Kg. Padang Ah Hong

Rajah RE - 4: Lokasi Projek dan Reseptor Sensitif

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 9

9.0 Keadaan Alam Sekitar Sedia Ada 9.1 Topografi dan Geomorfologi Kawasan projek terletak di hulu lembangan Sg. Kemaman yang rata dan terdedah

kepada banjir semasa musim hujan. Topografi kawasan tersebut di antara 0 m (di

bahagian timur pada aras laut) hingga 1360 m (ke utara-barat). Topografi

lembangan bermula pada ketinggian 1360 m dari Gunung Lipat Sanggol dan

berakhir di laut selepas melalui kawasan tanah rendah di Bandar Chukai. Kawasan

di Bandar Chukai kebanyakannya rata dengan ketinggian di bawah 20 m. Panjang

Sg. Kemaman hingga muara sungai adalah lebih kurang 90 km.

9.2 Geologi, Tanah dan Hidrogeologi Kawasan Projek dilapisi sepenuhnya oleh sedimen aluvium (sungai) daripada

Kuarter umur (muda), yang didepositkan oleh Sg. Kemaman dan anak sungai,

yang mengalir semasa banjir. Aluvium Kuarter, terdiri daripada bahan bergambut,

tanah liat, kelodak, pasir halus hingga kasar dan batu, granitoids bertindih yang

masuk ke dalam metasediments phyllites dan slates lama. Kedua-dua granit dan

metasediments tidak terdedah di kawasan Projek namun batuan granit telah

dikenal pasti dalam Borelogs 15 dan 16.

9.3 Sumber Air, Hidrologi dan Saliran Lembangan Sg. Kemaman terdiri daripada sungai-sungai dan anak-anak sungai di

mana Sg. Kemaman (sensu stricto), Sg. Chukai, Sg. Cherul and Sg. Jabur

merupakan sungai utama. Keseluruhan kawasan tadahan air bagi Sg. Chukai dan

Sg. Kemaman adalah penting bagi projek walaupun kawasan projek terletak di

bahagian hulu. Sg. Kemaman merupakan sungai terbesar yang mengalir sekitar

82% daripada jumlah kawasan tadahan (kira-kira 1696 km persegi.). Ia bermula

pada kira-kira 730 m di atas paras laut di Hutan Simpan Cherul berhampiran

sempadan Pahang dan Terengganu dan menuju ke arah timur sepanjang 100 km

sebelum sampai ke laut. Anak sungai utama Sg. Kemaman adalah Sg. Cherul, Sg.

Tebak dan Sg. Jabor. Sg. Chukai, yang membentuk kawasan utara muara Chukai

mempunyai kawasan tadahan berkeluasan 381 km persegi dan panjang 33 km

dengan hanya beberapa anak sungai di hilir iaitu Sg. Bungkus, Sg. Yak Yah dan

Sg. Ibok antara anak sungai yang terkenal.

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 10

9.4 Kualiti Air Sampel baseline kualiti air telah diambil pada 22 Julai2018 di sebelas (11) stesen

oleh ChemVi Laboratory Sdn. Bhd., sebuah makmal yang diiktiraf oleh Syarikat

Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) untuk menilai kualiti air sungai sedia ada

yang terjejas secara langsung atau tidak langsung akibat pembangunan di tapak

projek. Parameter yang diuji termasuklah; suhu, pH, salinity, Dissolved Oxygen

(DO), Chemical Oxygen Demand (COD), Biochemical Oxygen Demand (BOD), Oil

and Grease dan Ammonical Nitrogen (AN) yang kebanyakannya masih di bawah

had Standard Kualiti Kebangsaan (NWQS) kecuali Turbidity, Total Suspended

Solids (TSS) dan E-Coli yang terlalu tinggi bagi air sungai. Berdasarkan klasifikasi

Indeks Kualiti Air (WQI), kualiti air dikelaskan sebagai sedikit tercemar dan sangat

tercemar.

9.5 Iklim dan Meteorologi Data meteorologi yang berkaitan dengan projek ini diperoleh dari Jabatan

Meteorologi Malaysia. Data meteorologi yang dibincangkan termasuk suhu, hujan,

kelembapan dan penyejatan untuk tempoh lima tahun, dari Januari, 2013 hingga

Disember, 2017. Data iklim menunjukkan cuaca Malaysia yang tipikal tanpa

keadaan cuaca yang buruk.

9.6 Kualiti Udara Pemantauan kualiti udara dijalankan antara 21 hingga 25 Julai 2018 oleh ChemVi

Laboratory Sdn. Bhd. Di empat lokasi (4) lokasi pemantauan yang ditetapkan

sebagai Stesen A1 hingga A4. Particulate Matter PM10 bervariasi dari 40µg/m³

hingga 48 µg/m³ manakala Particulate Matter PM2.5 bervariasi dari 24µg/m3 hingga

32µg/m3. Parameter lain seperti Sulphur Dioxide (SO2), Nitrogen Dioxide (NO2)

Carbon Monoxide (CO), Ozone (O3) and Lead (Pb) tidak dikesan. Sebagai

ringkasan, semua parameter didapati berada di bawah had yang diluluskan oleh

New Malaysian Ambient Air Quality Standard (NMAAQS).

9.7 Bunyi Pemantauan baseline bunyi dijalankan antara 21 hingga 25 Julai 2018 oleh

ChemVi Laboratory Sdn. Bhd. di enam (6) lokasi pemantauan yang ditetapkan

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 11

sebagai N1 hingga N6. Tahap bunyi yang berterusan (LAeq) yang setara yang

dipantau untuk waktu siang menunjukkan bunyi bising yang ada adalah dari 53.1

hingga 58.6 dB (A). Bunyi tertinggi diukur pada N6 manakala terendah berada di

N2. Semasa waktu malam, LAeq diperolehi antara 43.8 hingga 48.2 dB (A). Bunyi

tertinggi diukur pada N3 manakala terendah berada di N1. Merujuk kepada

Panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS): Limiting Sound Level (LAeq) for Urban

Residential (High Density) Areas, bunyi yang sedia ada yang direkodkan di semua

stesen adalah di bawah had 60.0 dB (A) bagi waktu siang dan 50.0 dB (A) untuk

had yang disyorkan bagi waktu malam.

9.8 Getaran Pengukuran tahap getaran dilakukan di empat (4) stesen (V1-V4) pada 21 hingga

24 Julai 2018. Hasil getaran didapati berada dalam had yang disyorkan seperti

Schedule 2: The Planning Guidelines for Vibration Limits and Control in the

Environment. Tahap getaran di stesen V1 bervariasi dari 0.148 ke 0.240 mm / s

p.pv., manakala stesen V2 berubah dari 0.138 ke 0.265 mm / s p.pv. Tahap

getaran di stesen V3 bervariasi dari 0.120 hingga 0.336 mm / s p.pv. dan stesen V4

bervariasi dari 0.227 ke 0.433 mm / s p.p.v.. Sebagai ringkasan, peak vector sum of

peak particle velocity dalam mm / s untuk stesen V1, V2, V3 dan V4 didapati

berada dalam had data yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

9.9 Ekologi dan Habitat Sensitif Kawasan projek terdiri daripada beberapa habitat ekologi termasuk dry forest,

hutan paya, paya, sungai, tasik, perladangan dan pertanian skala kecil. Habitat

ekologi juga boleh diklasifikasikan kepada jenis terestrial, tanah lembap dan

akuatik. Ekosistem tanah lembap dan akuatik boleh diklasifikasikan lagi kepada

komponen air tawar dan air payau di kawasan ini. Kesemua habitat ini berkait di

antara satu sama lain dari segi nilai dan fungsi. Walaupun koridor projek kelihatan

berpaya, hutan dengan tumbuhan sekunder/terganggu namun, ianya mempunyai

banyak nilai dan fungsi dari segi ekologi dan sosio-ekonomi termasuk

kepelbagaian biologi yang unik. Kesemua habitat ekologi dan kepentingannya sari

segi sumber, kegunaan dan fungsi telah dibincangkan secara terperinci.

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 12

9.10 Flora Daratan and Tanah Lembap Hasil daripada penilaian yang dijalankan, komposisi flora di lembangan Sg.

Kemaman mengandungi 678 spesies daripada 376 genus dan 131 famili. Terdapat

492 spesies pokok telah direkodkan terutamanya spesies Euphorbiaceae,

Dipterocarpaceae, Annonaceae, Lauraceae dan Moraceae. Pohon-pohon renek

yang ditemui di dalam kawasan kajian terdiri daripada 67 spesies yang

kebanyakannya daripada spesis Rubiaceae. Tumbuhan herba pula terdiri

daripada 55 spesies terutamanya daripada famili Zingiberaceae. Tumbuhan

menjalar dan memanjat terdiri daripada 16 spesies. Palma spesies pula

direkodkan sebanyak 27 spesies terutamanya daripada genus Pinanga. Spesies

paku-pakis pula direkodkan terdiri daripada 21 spesies daripada 14 famili seperti

Adiantaceae, Aspleniaceae dan Polypodiaceae.

9.11 Fauna Daratan and Tanah Lembap Sebanyak 12 spesies mamalia telah direkodkan. Daripada 12 spesies mamalia

yang direkodkan, empat spesies adalah dilindungi sepenuhnya, lima dilindungi dan

baki tiga lagi tidak disenaraikan di bawah WCA 2010. Sementara itu, di bawah

IUCN Red List, satu spesies terancam, dua terdedah, dua hampir terancam dan

baki tujuh adalah kurang membimbangkan. Lima spesies primata yang direkodkan

agak tinggi, dengan White-handed Gibbon adalah paling kritikal kerana bukan

hanya tidak dilindungi bahkan terancam. Sekurang-kurangnya 29 spesies mamalia

yang sebahagian besarnya terdiri daripada kelawar dan tikus dijangka wujud.

Kumpulan fauna vertebrata daratan yang paling pelbagai direkodkan adalah

burung dengan 84 spesies. Lebih daripada 400 spesies reptilia dan amfibia

direkodkan di semenanjung Malaysia dengan kebanyakan daripadanya sukar

ditangkap dan aktif pada waktu malam. Untuk reptilia dan amfibia, 30 spesies

direkodkan.

9.12 Aquatik Flora dan Fauna Semasa kajian dijalankan, sebanyak 22 spesies phytoplankton telah dikenalpasti

secara positif. Sg. Jabor mencatatkan jumlah phytoplankton yang tinggi dengan 16

spesies diikuti oleh sawah padi (15 spesies), Sg. Yak Yah (12 spesies setiap satu),

Sg. Ibok (11 spesies) dan akhir sekali paya hitam (10 spesies). Chloropytha

merupakan kumpulan phytoplankton yang dominan dengan 10 spesies diikuti

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 13

Bacillariophyta (8 spesies) dan Cynophyta (4 spesies). Sejumlah 22 spesies

zooplankton telah dikenalpasti semasa kajian dijalankan. Sg. Jabor sekali lagi

mencatatkan jumlah zooplankton yang tinggi dengan 14 spesies diikuti Sg. Ibok (13

spesies), sawah padi (11 spesies), paya air hitam (10 spesies) dan Sg. Yak Yah (9

spesis). Rotifers menjadi kumpulan dominan dengan 14 spesies diikuti cladocerans

(6 spesies) dan copepods (1 spesis).

Jumlah spesies ikan direkodkan semasa kajian ini ialah 19 spesies tidak termasuk

satu spesies ketam seperti Scylla serrata (ketam bakau) dan satu spesies udang

air tawar gergasi Macrobrachium rosenbergii (udang galah). Melalui pemerhatian,

kawasan paya air hitam merekodkan spesies ikan terendah dengan hanya 1

spesies. Tiada spesies ikan yang dilindungi di bawah Akta Perikanan Terengganu

seperti kelisa (Scleopages formosus) dan temoleh (Probarbus jullieni) ditangkap

dalam tempoh kajian. Sebaliknya, Sg. Yak Yah mencatatkan jumlah spesies ikan

yang paling tinggi dengan 11 spesies diikuti oleh sawah padi dan Sg. Ibok (5

spesies setiap satu) dan Sg. Jabor (4 spesies).

Sg. Chukai terkenal dengan eko-pelancongan kelip-kelip, walaupun tidak sepopular

Sg. Selangor. Ia merupakan salah satu daripada 14 kawasan perlindungan kelip-

kelip di Malaysia. Kelip-kelip di Sg. Chukai secara khusus tertumpu di Sg. Yak Yah

dan Sg. Bungkus. Menurut laporan, Sg. Yak Yah, anak sungai kecil Sg. Bungkus

mempunyai kelompok kelip-kelip tertinggi di Malaysia. 28 kelompok kelip-kelip

direkodkan di Sg. Yak Yah manakala di tempat-tempat lain adalah sehingga 14

kelompok sahaja. Ini disebabkan oleh beberapa spesies kelip-kelip dengan

beberapa jenis tumbuhan tuan rumah, yang mana ianya tidak tertumpu kepada

pokok Berembang sahaja.

9.13 Guna Tanah Kemaman merupakan kawasan maju yang terancang dengan perancangan

pembangunan boleh dirujuk di Rancangan Tempatan Kemaman 2003 - 2015.

Pembangunan semasa Kemaman tertumpu di kawasan pesisiran pantai di

sepanjang jalan utama dari bandar Chukai di selatan ke arah Kertih di utara

Kemaman. Dalam konteks negara, daerah Kemaman bertindak sebagai pengeluar

utama minyak dan gas negara. Sementara itu, bagi konteks serantau, Rancangan

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 14

Tempatan Kemaman dan Paka memainkan peranan sebagai pusat sokongan

utama bagi Wilayah Pantai Timur Negara, di mana Kuantan adalah pusat utama di

rantau ini. Dari perspektif makro perancangan pembangunan, Kemaman

memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada pertumbuhan pertanian,

ternakan dan perikanan. Dengan merujuk kepada Rancangan Tempatan

Kemaman di bawah konsep pembangunan, pihak berkuasa tempatan telah

mencadangkan pembinaan benteng di sepanjang sungai Kemaman untuk

mengatasi banjir dan limpahan sungai.

9.14 Sosio ekonomi dan Persepsi Awam Untuk menilai potensi risiko sosial dan impak, zone yang berkemungkinan terjejas

oleh projek dikenal pasti, termasuk semua aspek sampingan, seperti koridor

pengaliran kuasa, saluran paip, kelompok kediaman, penempatan kampung, jalan

sedia ada, tempat pelupusan dan tapak pembinaan dan juga pembangunan yang

tidak terancang disebabkan oleh projek (cth. aktiviti pertanian kecil di sepanjang

jalan masuk, kawasan rekreasi memancing dan gerai-gerai makanan). Kawasan

yang terlibat dalam kajian ini termasuk radius 5km dari kawasan kajian. Majoriti

responden tidak menentang projek yang dicadangkan, dengan 96.0% daripada

responden tidak mempunyai bantahan. Antara mereka yang tidak bersetuju (2.0%)

menyatakan bahawa sebab-sebab penolakan adalah disebabkan oleh persepsi

mereka pada pengalaman yang lepas atau mereka telah menyaksikan kesan

negatif daripada projek-projek lain di sekitar kawasan tersebut.

9.15 Kesihatan Awam Kajian kesihatan awam telah dijalankan bersama-sama dengan kajian sosio-

ekonomi pada akhir bulan Ogos 2018. Kajian kesihatan bertujuan menentukan

status kesihatan semasa masyarakat setempat yang berpotensi menghadapi risiko

pendedahan kepada bahaya daripada Projek. Tinjauan ini menunjukkan bahawa

masyarakat tempatan memerlukan kemudahan asas yang mencukupi termasuk

bekalan air bersih, sistem kumbahan yang sesuai dan sistem pengurusan sisa

pepejal. Tiada masalah yang jelas pada pembiakan vektor. Kadar tempoh

kelaziman penyakit kronik dalam masyarakat setempat ini adalah lebih rendah

daripada yang dilaporkan dalam National Health and Morbidity Survey Information

System (NHMS) V, 2015 dan NHMS III, 2006).

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 15

9.16 Infrastruktur dan Utiliti Kawasan kediaman, komersial dan institusi di sekitar tapak projek dibekalkan

dengan bekalan elektrik dengan baik. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

menyediakan bekalan elektrik yang diperlukan untuk kebanyakan kawasan

termasuk di sekitar kawasan Chukai-Kemaman. Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

(SATU) memainkan peranan yang penting bagi perkhidmatan bekalan air bagi

Terengganu termasuk perkhidmatan berkaitan pengurusan air dan

bertanggungjawab untuk mengabstrak, merawat dan mengagih air bagi Daerah

Kemaman. Rangkaian komunikasi di kawasan projek ini adalah baik termasuk

sistem telefon mudah alih. Kawasan daerah Kemaman mempunyai jalan raya yang

baik dan rangkaian jalan ke tapak projek.

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 16

Rajah RE-5: Topografi Kawasan Projek (Sumber: JPS, 2003).

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 17

Rajah RE-6: Peta kumpulan tanah hidrologi di dalam lembangan Sg. Kemaman (Sumber: NAHRIM, 2014)

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 18

Rajah RE-7: Lokasi pemantauan kualiti air di Tasik Bungkus dan Sg. Chukai

W7

W1 W3

W2 W4

W5W6

W8

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 19

Rajah RE-8: Lokasi pemantauan kualiti air di Sg. Kemaman

W9 W10

W11

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 20

Rajah RE-9: Lokasi pemantauan kualiti udara, bunyi dan getaran dalam sempadan projek

A1, N1, V1

A3,N3, V3

A4, N4, V4

A2, N2, V2

N5,

N6

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 21

Rajah RE-1 0: Habitat ekologi dalam sempadan projek

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 22

Rajah RE-11: Pemandangan dan habitat di tasik Bungkus

Page 23: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 23

Rajah RE-12: Sg. Chukai dan zon riparian dari hulu hingga muara

Page 24: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 24

Kongkang Sunda Lutung

Tupai Lutung kaki putih

Musang White handed Gibbon

Rajah RE-13.: Mamalia yang dirakam di kawasan tapak projek.

Page 25: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 25

Tempua (betina dalam sarang) Cenuk kecil

Yellow-bellied Prinia (dewasa) Raja Udang (muda)

Kelicap Mayang Kelapa (jantan) Belatuk (jantan)

Kelicap (baka jantan) Merpati Tanah (muda)

Rajah RE-14: Burung-burung yand dirakam di kawasan tapak projek.

Page 26: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 26

10.0 Penilaian Kesan Kesan alam sekitar paling ketara semasa fasa pembinaan adalah pembersihan

tanah dan tumbuhan, penggalian floodway, kerja tanah untuk membina floodway

dan ban, pengangkutan jumlah besar biomas dan bahan-bahan yang tidak sesuai

ke tapak pelupusan dan lencongan air banjir dari Sg. Kemaman ke paya Binjai,

Tasik Bungkus dan Sg. Bungkus. Kesan paling ketara yang timbul akibat aktiviti-

aktiviti di atas adalah pemecahan hutan simpan, kehilangan hutan simpan di

koridor floodway bersama-sama flora dan fauna, impak trafik disebabkan

pengangkutan biomas dan bahan-bahan yang tidak sesuai ke tapak pelupusan,

hakisan, mendapan dan larian nutrien ke laluan air dalam sempadan projek dan

isu-isu sosio-ekonomi termasuk kesihatan dan keselamatan awam/pekerja.

Beberapa kesan sederhana ketara adalah kualiti udara, bunyi, getaran,

pengurusan sisa, kesihatan awam dan sosio-ekonomi.

Aktiviti berkaitan projek amat minimum semasa fasa operasi iaitu mengekalkan

floodway dan ban dalam keadaan yang baik, pemantauan Tasik Bungkus, paya

Binjai dan Sg Chukai dari pengelodakan, pemendapan dan pencemaran lain.

Semasa fasa operasi, lencongan air banjir akan menyebabkan impak yang ketara

kepada hidrologi, kualiti air dan ekologi di paya Binjai, Tasik Bungkus dan Sg.

Bungkus disebabkan oleh lebihan air, pengelodakan dan pemendapan. Impak

berikut juga akan menjejaskan perikanan, koloni kelip-kelip, biodiversiti termasuk

tumbuh-tumbuhan riparian. Impak paling ketara semasa fasa pembinaan dan

operasi dinilai secara kuantitatif di mana perlu dan boleh dilaksanakan.

11.0 Langkah-langkah Mitigasi (P2M2)

Seperti yang dinyatakan, impak paling ketara boleh dikawal menggunakan kaedah

yang sesuai, strategi pengurusan dan amalan pembinaan. Walaubagaimanapun,

impak tertentu yang kekal dan tidak boleh dikawal termasuk pemecahan hutan

simpan, kehilangan hutan simpan di koridor floodway bersama-sama flora dan

fauna berkaitan. Baki hutan akan berada di dalam ancaman dan mungkin akan

kehilangan nilai-nilai fungsi disebabkan pemecahan dan gangguan manusia dari

semasa ke semasa.

Page 27: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 27

Sementara itu, lonjakan air banjir secara tiba-tiba akan membawa bersama-sama

pepejal terampai, sedimen dan nutrien kepada sistem penerima, dan akan

menjejaskan hidrologi, kualiti air, ekologi dan biodiversity sistem tersebut. Terdapat

kemungkinan disebabkan oleh pemendapan yang perlahan, Tasik Bungkus

mungkin boleh berubah menjadi tanah kering, yang mana akan mengubah

keseimbangan ekologi dan komposisi spesis. Situasi sama juga mungkin boleh

berlaku di paya Binjai dan Sg. Bungkus. Walaupun air daripada Tasik Bungkus

mungkin akan mengurangkan kadar kemasinan di Sg. Chukai yang bertambah

disebabkan penyaluran dan lencongan sungai yang menjejaskan perikanan dan

kelip-kelip, masalah mungkin berkekalan disebabkan peningkatan pepejal

terampai, pengelodakan dan pemendapan dalam jangka masa panjang.

Impak paling ketara yang tidak boleh dikawal memerlukan pertimbangan serius

dan mekanisma pengawalan termasuk untuk melindungi paya Binjai, Tasik

Bungkus, Sg. Bungkus dan Sg. Chukai. Walaupun sistem telah menghadapi banjir

dalam kuantiti yang banyak secara bermusim tetapi cadangan floodway dan ban

Binjai akan melencongkan lebihan air ke kawasan utara bandar Chukai. Terdapat

kemungkinan banjir yang lebih luas dan intensif di kawasan utara cadangan ban

Binjai semasa musim banjir walaupun walaupun ianya direka untuk 50 ARI.

Ringkasan daripada hasil penilaian kesan, cadangan langkah-langkah pencegahan

pencemaran dan mitigasi (P2M2) bagi fasa pembinaan dan operasi projek

ditunjukkan di sini. Berdasarkan potensi kesan dan P2M2 yang dicadangkan,

kesan residual diramalkan apabila pelaksanaan penuh langkah-langkah

pencegahan semasa fasa pembinaan dan operasi projek. Di samping itu,

pelaksanaan EMP dan LDP2M2 yang komprehensif semasa fasa pembinaan akan

membantu mengukuhkan lagi langkah-langkah mitigasi dan memantau pematuhan

pelaksanaan di tahap yang boleh diterima semasa pelaksanaan projek.

Page 28: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 28

Jadual RE-1: Ringkasan Kesan dan Langkah-langkah Tebatan (P2M2) Semasa Fasa Pembinaan

Impak Ketara (IS): *Tidak Ketara, **Sederhana, ***Ketara; T-Sementara, L-Jangka Panjang, B-Bermanfaat

AKTIVITI UTAMA PROJEK

POTENSI IMPAK YANG KETARA

MAGNITUD POTENSI IMPAK YANG KETARA

LANGKAH-LANGKAH TEBATAN (P2M2) MUKA SURAT

Jalan masuk dan trek

Jalan masuk dan trek sedia ada tidak lengkap dan sempit. Jalan masuk dan trek yang baru perlu disediakan sebelum jalan tetap diwujudkan.

**T

Pembukaan tanah yang minimum adalah disyorkan sekiranya perlu. Langkah-langkah pencegahan yang disediakan dalam P2M2 termasuk kawalan hakisan dan sedimen haruslah dilaksanakan.

8-8

Tenaga Buruh, Tapak Bangunan Sementara dan Kem Pekerja

Pengurusan sisa pepejal dan sanitari yang tidak betul akan mengakibatkan sampah sarap, bau dan masalah vektor yang akan menjejaskan kesihatan pekerja. Air larut resap ini akan mencemarkan sungai dan menjejaskan kualiti air dan ekologi akuatik.

***T

Kemudahan sanitari sementara mesti disediakan dan dikekalkan dalam keadaan bersih semasa fasa pembinaan.

Pelepasan daripada tangki septik sementara mestilah mematuhi Standard A atau B dalam Environmental Quality (Sewage) Regulation 2009.

Sisa pepejal perlu dilupuskan dengan mematuhi standard dan keperluan.

8-23

Kemungkinan masalah kesihatan awam termasuk penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air dalam kalangan pekerja.

**T

Pit atau mana-mana tapak pelupusan sementara tidak dibenarkan berada berhampiran kem.

Memantau penyakit berjangkit dan Menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan.

8-40

Page 29: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 29

Pembersihan Tanah dan Tumbuhan

Aktiviti pembersihan tanah akan menyebabkan tanah menjadi terbuka dan terdedah kepada hujan, air larian dan hakisan tanah yang akan mengakibatkan pengaliran nutrien dan mendapan ke sungai.

***T

Pembersihan perlu dilakukan secara berperingkat supaya tanah yang terdedah berada pada tahap minimum dan untuk jangka masa yang lebih pendek.

Penyelenggaraan dan penanaman semula rumput perlu dilakukan secepat mungkin selepas pembersihan tapak manakala pokok-pokok dan pokok renek ditanam selepas pembinaan.

8-4

Ciri-ciri hidrologi akan terganggu atau berubah kerana air larian, hakisan tanah dan pemendapan.

***T Memasang perangkap/pagar sedimen,

perangkap kelodak atau skrin untuk mengawal air larian dan pemendapan seperti yang terdapat dalam P2M2 / ESCP.

8-8

Aktiviti pembersihan akan menghasilkan jumlah biomas / sisa pepejal yang banyak.

***T

Biomass yang dikeluarkan haruslah dilupuskan menggunakan kaedah yang sesuai di tapak yang telah diluluskan.

8-6

Kerja Tanah / Cutting & Filling

Aktiviti kerja tanah akan menyebabkan tanah terbuka dan terdedah kepada hakisan, terutamanya semasa musim hujan terutamanya di kawasan cerun.

***T

Mengurangkan kerja-kerja tanah semasa musim hujan. Kerja tanah boleh dilakukan semasa musim kering.

Menanam rumput di kawasan terdedah dengan segera.

Plastik dan net boleh digunakan untuk menutup cerun yang curam bagi memberi kestabilan sementara sehingga tumbuhan pelindung tumbuh

8-4

Page 30: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 30

Bahan yang terhakis akan mengalir melalui air larian dan akan meningkatkan sedimen didalam sungai yang boleh menyebabkan berlakunya banjir ***T

Melaksanakan LDP2M2 dan BMP untuk mengawal hakisan dan mendapan pada laluan air. Perangkap sedimen atau kelodak perlu disediakan melalui pengekalan lembangan dengan bendungan “straw bales” dan kain penapis untuk memerangkap sedimen dalam air larian daripada tanah yang terdedah. Perangkap kelodak perlu mempunyai pengekalan kapasiti hydraulik yang mencukupi dan “energy dissipaters” bagi mengurangkan lonjakan aliran.

8-13

Kerja-kerja tanah oleh pemuat dan jengkaut akan menghasilkan debu dan mencemarkan kawasan sekitar yang boleh menyebabkan kualiti udara dan penglihatan merosot.

***T

Permukaan tanah yang terdedah perlu kerap dibasahkan untuk mengurangkan pelepasan habuk.

8-41

Pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan jentera pembinaan akan mencemarkan udara.

***T

Semua kenderaan berat dan jentera yang digunakan di dalam tapak pembinaan perlu diselenggarakan dengan betul dan baik bagi mengelakkan pelepasan pencemaran udara terutamanya asap hitam yang berlebihan.

8-41

Page 31: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 31

Aktiviti Pengangkutan

Lori mengangkut tanah dan biomass boleh memburukkan lagi masalah habuk.

***T

Tanah dan bahan-bahan binaan yang diangkut masuk dan keluar daripada kawasan projek pada jarak yang jauh perlu ditutup dengan plastik.

Lori yang membawa bahan mentah semulajadi seperti tanah dan batuan tidak boleh melebihi had bebanan, tidak boleh melebihi sisi dan belakang lori.

Lori yang membawa bahan mentah semulajadi juga tidak boleh bergerak perlahan.

8-41

Kenderaan yang meninggalkan tapak binaan akan membawa habuk, serpihan dan kotoran pada tayar mereka yang mana akan terkeluar apabila mereka keluar daripada tapak pembinaan.

***T

Tayar kenderaan di kawasan pembinaan perlu disembur dengan air untuk mengurangkan pembawaan lumpur dan tanah.

8-41

Pergerakan kenderaan berat melalui jalan sedia ada, terutamanya jalan-jalan kecil akan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan.

***T

Kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan penduduk kampung. Kenderaan pengangkutan tidak boleh membawa beban yang berlebihan dan penyelenggaraan jalan yang berterusan perlu dilakukan.

8-38

Bunyi bising dijangkakan adalah daripada pergerakan kenderaan berat.

***T

Semua kenderaan berat perlu dikekalkan dalam keadaan baik.

Pergerakan kenderaan perlu dihadkan daripada jam 0700 hingga 1900 sahaja, terutamanya di kawasan berpenduduk atau perumahan.

8-38

Page 32: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 32

Pergerakan kenderaan yang banyak setiap hari dan kerap akan meningkatkan risiko kemalangan kerana terdapat pengguna yang menggunakan jalan trek tanah di dalam dan sekitar tapak projek.

***T

Kelajuan kenderaan berat perlu dikawal.

Papan tanda perlu dipasang di pintu masuk dan keluar tapak pembinaan untuk tujuan keselamatan.

Jalan haul utama perlulah cukup luas untuk kenderaan lalu lalang.

8-38

Pembinaan Sistem Saliran

Aktiviti kerja tanah dan penggalian untuk membina saliran dan paip akan mendedahkan tanah menyebabkan hakisan dan mendapan. ***T

Mengurangkan kerja-kerja tanah semasa musim hujan. Kerja tanah boleh dilakukan semasa musim kering.

Menanam rumput di kawasan terdedah dengan segera.

Plastik dan net boleh digunakan untuk menutup cerun yang curam untuk memberi kestabilan semetara sehingga tumbuhan pelindung tumbuh

8-10

Infrastruktur dan Utiliti Lain

Kesan daripada penggunaan generator termasuk kemerosotan kualiti udara daripasa asap ekzos.

**T

Set generator perlu dikekalkan secara betul dan kerap bagi menghalang pelepasan bahan pencemar udara secara berlebihan.

8-41

Page 33: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 33

Jadual RE-2: Ringkasan Kesan dan Langkah-langkah Tebatan (P2M2) Semasa Fasa Operasi

Impak Ketara (IS): *Tidak Ketara, **Sederhana, ***Ketara; T-Sementara, L-Jangka Panjang, B- Bermanfaat

AKTIVITI UTAMA PROJEK

POTESI IMPAK YANG KETARA

MAGNITUD POTENSI IMPAK YANG KETARA

LANGKAH-LANGKAH TEBATAN (P2M2) MUKA SURAT

Penyelenggaraan Floodway

Keberkesanan floodway akan terjejas akibat daripada pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, serpihan daripada tumbuhan dan bahan kayu.

Pemendapan akibat daripada air banjir dan hakisan tanah daripada kawasan sekeliling.

**L

Pembersihan tumbuh-tumbuhan dan serpihan diperlukan. Pengorekan juga perlu dilakukan sekali-sekala.

8-50

Penyelenggaraan ban

Keberkesanan ban akan terganggu kesan daripada tumbuhan yang banyak, hakisan dan diganggu manusia.

**L 

Pemantauan rutin ban diperlukan dan pembaikan perlu dilakukan di lokasi yang memerlukan. Tumbuh-tumbuhan perlu dibuang.

8-46

Pengurusan sisa

pelupusan sisa yang tidak bersih terutamanya sisa pepejal akan menjejaskan aliran sungai dan floodway dan juga boleh menimbulkan masalah kesihatan dan serangan tikus, serta mencacatkan pemandangan.

**L 

Semau bahan buangan domestic hendaklah disimpan, ditangani dan dipindahkan dengan cara yang betul bagi mengurangkan sisa dan mencegah pencemaran. Tong sampah yang disediakan untuk sisa buangan domestic perlulah tahan lasak dan tidak terdedah kepada tumpahan atau kebocoran.

8-43

Page 34: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 34

12.0 Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan LDP2M2 Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang komprehensif telah disediakan untuk

projek ini bagi menangani semua kesan ketara yang dikenalpasti di dalam laporan ini

dan untuk memantau aktiviti projek dan pelaksanaan langkah-langkah pengawalan di

tapak semasa fasa pembinaan dan operasi. Dokumen EMP akan menyediakan garis

panduan khusus pada langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemaju projek bagi

memastikan langkah-langkah pengawalan yang dicadangkan, syarat-syarat kelulusan

EIA dan keperluan-keperluan lain yang dikenakan oleh JAS dilaksanakan. Walaupun

langkah-langkah kawalan yang dicadangkan di dalam laporan ini dijangka dapat

mengurangkan kesan pada tahap yang boelh diterima, namun pemantauan terhadap

kesan perlu dilakukan pada masa dan tempat-tempat yang kritikal bagi memastikan

langkah-langkah pengawalan ini berkesan.

12.1 Pemantauan dan Laporan Alam Sekitar Sebahagian besar daripada Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) adalah rumusan

daripada pelbagai program pengawasan untuk menentukan keberkesanan langkah-

langkah pengurangan yang diterima pakai dan untuk memantau perubahan (buruk

atau sebaliknya) kepada persekitaran fizikal, kimia, biologi dan persekitaran manusia.

Program pemantauan yang digariskan dalam EMP harus meliputi semua peringkat

projek; dari penyiasatan tapak, pembersihan tapak dan kerja tanah, pembinaan, dan

operasi projek. Pemantauan adalah perlu dan penting untuk memastikan pematuhan

peraturan dan juga untuk menyediakan maklumat kepada pengurusan untuk

mengawal aktiviti dan proses projek dan juga untuk memastikan sasaran pengurusan

alam sekitar / objektif kualiti di dalam dan di luar kawasan projek dicapai. Pengurusan

projek harus menggunakan data pemantauan untuk memeriksa pematuhan dan juga

sebagai penunjuk keberkesanan langkah pencegahan pencemaran. Langkah-langkah

pemulihan harus diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Terdapat tiga jenis

pemantauan alam sekitar terkandung di dalam garis panduan JAS.

12.1.1 Pemantauan Kesan (IM) Pemantauan Kesan adalah aktiviti pemantauan yang akan dijalankan selepas projek

yang dicadangkan diluluskan untuk pelaksanaan. Aktiviti pemantauan ini akan

dijalankan untuk mengesahkan bahawa penemuan kajian EIA tentang potensi kesan

yang dikenal pasti semasa proses penyelamatan EIA adalah betul, langkah mitigasi

Page 35: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 35

dan pencegahan yang sesuai dilaksanakan dengan efektif dan berkesan dalam

mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

12.1.2 Pematuhan Pemantauan (CM) Pemantauan pemantauan adalah aktiviti pemantauan yang akan dijalankan untuk

memastikan Syarat Kelulusan EIA (COA) dipatuhi. Audit alam sekitar juga boleh

dijalankan untuk menilai pematuhan keseluruhan projek dan peluang untuk

mengoptimumkan dan meningkatkan lagi projek pengurusan alam sekitar.

12.1.3 Pemantauan Prestasi (PM) Pemantauan prestasi melibatkan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran

dan langkah-langkah pencegahan yang lain.

13.0 Kesimpulan Walaupun projek ini memberi manfaat kepada penduduk, sektor komersial dan sektor

industri bandar Chukai, namun projek ini juga akan menyebabkan beberapa kesan

yang besar. Kesan yang paling ketara disebabkan oleh aktiviti projek semasa fasa

pembinaan adalah kehilangan sebahagian besar rizab hutan, flora dan fauna

termasuklah nilai ekologi dan fungsinya. Semasa fasa operasi, sejumlah besar air

banjir akan dilencongkan dari satu sistem hidrologi ke satu sistem hidrologi yang lain

melibatkan paya Binjai, Tasik Bungkus dan Sg. Bungkus, walaupun aliran air banjir

seperti itu telah berlaku tanpa jajaran banjir namun dalam skala yang berbeza.

Lencongan banjir akan meningkatkan aliran air yang ketara menjejaskan hidrologi,

kualiti air dan sistem penerimaan ekologi akuatik walaupun ianya direka 50 ARI.

Impak ketara yang tidak boleh dikawal memerlukan pertimbangan serius dan

mekanisma pengawalan bagi meminimumkan atau menghentikan impak dari semasa

ke semasa. Impak tersebut melibatkan kehilangan hutan simpan, kehilangan

biodiversity, kemungkinan pemendapan kepada Binjai, Tasik Bungkus dan Sg.

Bungkus, impak kepada Sg. Yak Yah, zon riparian Sg. Chukai dan koloni kelip-kelip,

impak kepada tuntung dan juga isu sosial ekonomi disebabkan pembangunan projek.

Salah satu langkah pengawalan penting melibatkan perlindungan kekal dan

mewartakan kawasan tadahan Sg. Bungkus dan hutan paya gambut atau tanah

lembap Sg Chukai sebahagian daripada Hutan Simpan Kuala Kemaman.

Page 36: RINGKASAN EKSEKUTIF - Water

EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu

Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 36

Perlindungan seperti ini akan dapat melindungi keseluruhan Tasik Bungkus dan

kawasan tadahan Sg. Bungkus termasuk kelip-kelip, sumber makanan dan tumbuhan

perumah, perikanan termasuk udang galah, manfaat sosio ekonomi kepada penduduk

setempat daripada eko-pelancongan dan aktiviti perikanan secara kekal. Walaupun

projek semasa dilaksanakan dengan langkah pengawalan yang mencukupi, tidak ada

jaminan hutan simpan, Tasik Bungkus dan paya Binjai akan kekal memandangkan

terdapat gangguan berterusan dan degradasi kepada kawasan tersebut, melainkan

keseluruhan Sg. Bungkus dan kawasan tadahan Sg. Chukai diwartakan sebagai

sebahagian daripada Hutan Simpan Kuala Kemaman walaupun kelangsungan Tasik

Bungkus dan hutan simpan Kuala Kemaman menjadi persoalan.

Adalah penting untuk kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan

perumahan dan industri di kawasan yang lebih tinggi dan jauh daripada kawasan yang

terdedah kepada banjir. Masalah banjir semasa adalah disebabkan penempatan awal

di kawasan yang terdedah kepada banjir yang berkembang secara drastik menjadi

bandar perindustrian dan komersial berdekatan dengan muara tanpa perancangan

yang betul dan pertimbangan kepada banjir bermusim. Masalah banjir diburukkan lagi

disebabkan campur tangan dan gangguan manusia di kawasan tadahan air. Jika

penempatan dibangunkan di kawasan yang lebih tinggi masalah dari segi kerugian

ekonomi dapat dielakkan. Selain itu, kesimpulan penting daripada kajian mendapati

walaupun bandar Chukai akan dilindungi daripada banjir, masalah banjir akan beralih

dari bandar Chukai ke paya Binjai dan kawasan utara bandar Chukai. Oleh itu,

langkah pengawalan banjir yang menyeluruh diperlukan pada masa yang sama untuk

menyelesaikan masalah banjir dengan efektif di hilir lembangan Sg. Kemaman.