repot komposit utm

11
TAJUK : KOMPOSIT OBJEKTIF Mempelajari dengan mendalam hal - hal berkaitan komposit. Mengetahui teknik teknik yang betul mengenai komposit dan menggetahui cara menggunakan peralatan dengan betul. Menambah penggalaman serta penggetahuan tentang melakukan sesuatu projek yang berkaitan dengan komposit. Mempraktikan teori teori yang dibelajar. TEORI & PENGENALAN Komposit adalah suatu bahan yang terdiri dari dua atau lebih fasa atau juzuk yang berbeza dari segi bentuk dan komposisi kimia serta tidak larut antara satu sama lain. Sebagai contoh, batu bata dimana ia diperbuat daripada lumput yang diperkuat dengan jerami sebagai suatu bahan komposit. Sesuatu bahan itu hanya boleh digelar komposit jika :- 1. Pecahan kandungan kedua-dua juzuk mestilah memadai, lebih besar dari 5%. 2. Fasa-fasa juzuk mempunyai sifat yang berbeza dan oleh itu sifat komposit nyata berbeza dari sifat juzuk-juzuk yang digunakan. 3. Komposit buatan manusia biasanya dihasilkan dengan mencampur dan menggabungkan juzuk-juzuk dengan pelbagai kaedah. Kelebihan bahan komposit ialah sifat kekuatan tentu (/) dan modulus tentu (E/) bahan adalah lebih tinggi berbanding logam- logam (ringan) yang lazim digunakan. Selain itu pembinaan produk 1

Upload: adibah-ismail

Post on 08-Aug-2015

39 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

OBJEKTIF • Mempelajari dengan mendalam hal - hal berkaitan komposit. • Mengetahui teknik – teknik yang betul mengenai komposit dan menggetahui cara menggunakan peralatan dengan betul.• Menambah penggalaman serta penggetahuan tentang melakukan sesuatu projek yang berkaitan dengan komposit. • Mempraktikan teori – teori yang dibelajar.

TRANSCRIPT

Page 1: Repot Komposit UTM

TAJUK : KOMPOSIT

OBJEKTIF

Mempelajari dengan mendalam hal - hal berkaitan komposit.

Mengetahui teknik – teknik yang betul mengenai komposit dan menggetahui cara

menggunakan peralatan dengan betul.

Menambah penggalaman serta penggetahuan tentang melakukan sesuatu projek yang

berkaitan dengan komposit.

Mempraktikan teori – teori yang dibelajar.

TEORI & PENGENALAN

Komposit adalah suatu bahan yang terdiri dari dua atau lebih fasa atau juzuk yang berbeza

dari segi bentuk dan komposisi kimia serta tidak larut antara satu sama lain. Sebagai contoh, batu

bata dimana ia diperbuat daripada lumput yang diperkuat dengan jerami sebagai suatu bahan

komposit. Sesuatu bahan itu hanya boleh digelar komposit jika :-

1. Pecahan kandungan kedua-dua juzuk mestilah memadai, lebih besar dari 5%.

2. Fasa-fasa juzuk mempunyai sifat yang berbeza dan oleh itu sifat komposit nyata berbeza

dari sifat juzuk-juzuk yang digunakan.

3. Komposit buatan manusia biasanya dihasilkan dengan mencampur dan menggabungkan

juzuk-juzuk dengan pelbagai kaedah.

Kelebihan bahan komposit ialah sifat kekuatan tentu (/) dan modulus tentu (E/) bahan

adalah lebih tinggi berbanding logam-logam (ringan) yang lazim digunakan. Selain itu

pembinaan produk daripada komposit menghampiri bentuk terakhir dimana proses selanjutnya

seperti penyambungan adalah kurang diperlukan. Walau bagaimanapun, kos fabrikasi dan bahan

mentah komposit adalah tinggi. Tambahan pula, matriks mungkin lemah atau kurang kuat

dimana ianya mudah diserang oleh persekitaran. Bahan komposit juga sukar dikitar semula

disamping sukar dianalisis.

1

Page 2: Repot Komposit UTM

Gentian yang digunakan dalam bengkel ini ialah gentian kaca (fibre glass). Gentian kaca ini

diperbuat daripada campuran kering pasir silika, asid borik dan batu kapur serta bahan-bahan

minima yang lain. Kemudian ia dicairkan dalam relau pada suhu 1260 oC. Leburan kaca itu

kemudiannya dipaksa keluar melalui lubang kecil yang diperbuat daripada platinum yang

kemudian ditarik oleh speed winder. Semburan air dilakukan pada gentian kaca untuk

menghasilkan lapisan perlindungan yang dikenali sebagai sizing. Gentian kaca itu kemudian

dikeringkan sebelum dijadikan bebenang yang berukuran 12 – 15 mikron. Lapisan perlindungan

tersebut berfungsi sebagai perlekatan diantara gentian, mengurangkan geseran dan memperbaiki

perlekatan pada permukaan matriks.

Antara kebaikan gentian kaca ialah murah, kekuatan tegangan yang tinggi, rintangan haba

dan lembapan serta insulator pada elektonik. Kelemahan gentian kaca pula ialah modulus

kekenyalan yang rendah dan mudah diserang oleh Asid. Antara jenis gentian kaca yang dikenali

ialah :-

1. Coppes Stand Mat

2. Wowen Rowing Mat

3. Tisu Mat

4. Kevlar

5. Carbon Fibre

PERALATAN

BIL GAMBAR FUNGSI

1 Fibre (gentian kaca) Sebagai bahan utama

2

Page 3: Repot Komposit UTM

2 Resin mengikat gentian kaca pada kedudukannya menghantar tegasan kapada lain-lain bahagian mengelak perambatan retak

3 Catalyst/Hardener Bahan kimia untuk proses pengerasan resin

4 Aseton/thinner Untuk kerja pembersihan peralatan atau

mencair resin atau pigmen

5 Gayung Untuk membancuh campuran

3

Page 4: Repot Komposit UTM

6 Berus Untuk melapis (laminate) fiber dengan resin.

8 Gunting Untuk kerja pemotongan

9 Pengkikis Untuk kerja mengcungkil hasil produk.

10 Acuan (mold) Sebagai acuan.

4

Page 5: Repot Komposit UTM

13 Sesiku L Untuk membuat penandaan

14 Sarung tangan & penutup hidung Sebagai alatan keselamatan

15 Bekas kecil Untuk mengisi campuran resin dan catalyst

16 Rotary cutter Untuk kemasan kerja

5

Page 6: Repot Komposit UTM

17 Wax Sebagai pengilap untuk menghasilkan

permukaan licin

18 Pigmen Bahan pewarna

Kain Untuk bersihkan acuan setelah wax disapukan

ke atas acuan

Peniup Untuk memudahkan bahan kerja dikeluarkan

dari acuan

6

Page 7: Repot Komposit UTM

KAEDAH & PROSEDUR

1. Wax disapukan pada permukaan yang dikehendaki, kemudian bersihkan dengan kain.

Langkah diulang sebanyak sembilan kali. Ini supaya benda kerja mudah di pisahkan dan

benda kerja tidak melekat pada acuan.

2. Resin di tuang ke dalam bekas. Hardener ditambah ke dalam resin dengan nisbah 10:1(10

resin dan 1 hardener)

3. Resin disapu pada permukaan acuan dengan menggunakan berus. Pastikan ia disapu rata.

4. Gentian kaca dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan di letakkan pada permukaan yang disapu dengan resin.pastikan ia tidak bertindih.

5. Resin tadi disapu di atas gentian kaca. Semasa menyapu resin, pastikan tiada gelembung

udara pada gentian kaca. Ini akan menyebabkan benda kerja menjadi rosak dan tidak

cantik. Langkah diulang mengikut ketebalan dengan menambah gentian kaca dan

resin.pastikan resin disapu pada setiap lapisan.

6. Benda kerja dijemur dalam jangka masa 2-5 jam.

7. Bahan kerja yang telah kering diketuk untuk dikeluarkan dari acuan.

8. Bentuk akhir yang diperolehi adalah seperti dibawah. Kemasan bahagian tepi dilakukan

dengan menggunakan rotary cutter.

7

Page 8: Repot Komposit UTM

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Untuk projek komposit, kita menghadapi pelbagai risiko bahaya kerana berdepan dengan

pelbagai bahan – bahan kimia. Berikut ialah beberapa langkah keselamatan yang perlu dipatuhi :

1. Memakai pakaian kerja dengan betul dengan memakai sarung tangan dan baju lengan

panjang kerana fibre adalah gatal.

2. Topeng keselematan perlu dipakai kerana wap yang dikeluarkan oleh resin merbahaya

dan berbau tengik serta menghalang gentian memasuki hidung.

3. Alatan tangan perlu berada didalam keadaan yang baik. Cuci peralatan selepas guna

supaya peralatan kita tidak keras.

4. Semasa memotong fiber glass, pastikan anda memakai sarung tanggan kerana ia

menyebabkan tangan gatal dan mungkin memotong luka kecil pada bahagian tangan.

5. Sedikit sahaja hardener 1/10 dari diperlukan untuk tujuan pengerasan. Sekiranya terlebih,

larutan pengikat akan keras dengan cepat dan tidak dapat digunakan.

6. Berhati-hati semasa mencampurkan hardener ke dalam campuran pengikat. Hardener yang

melebihi akan mengeluarkan gas yang tidak sedap disedut.

7. Semasa memotong bahagain acuan yang ingin dibuang, mask dan penutup mata perlu

dipakai untuk mengelakkan habuk masuk ke dalam mata dan hidung.

8. Melaporkan segala masalah kepada juruteknik jika terdapat kemalangan.

9. Alatan tangan perlu berada didalam keadaan yang baik.

10. Cuci peralatan selepas guna supaya peralatan kita tidak keras.

11. Dilarang merokok kerana kita berhadapan dengan bahan mudah terbakar.

8

Page 9: Repot Komposit UTM

PERBINCANGAN

Berdasarkan projek yang telah dilakukan, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti.

Antara masalah-masalahnya ialah;

i. Benda kerja sukar untuk dikeluarkan dari acuan.

ii. Terdapat gelembung udara pada permukaan benda kerja.

iii. Benda kerja lambat mengering

iv. Terdapat kecacatan seperti kedutan, retak halus, koyak/melepuh, lekuk mata

ikan

Namun begitu, masalah-masalah ini dapat di atasi dengan mematuhi beberapa langkah seperti

dibwah:

i. Sapukan wax dengan betul

ii. Pastikan nisbah campuran dilakukan dengan betul dan tepat.

iii. Semasa menyapu resin, pastikan tiada gelembung udara.jika ada tekan permukaan

tersebut sehingga udara keluar.

iv. Jangan menyapu resin terlalu banyak.Lakukan denagan cermat dan berhati-hati.

KESIMPULAN

Oleh itu,melalui ujikaji yang dijalankan,saya dan rakan-rakan dapat mengetahui serba –

serbi tentang kegunaan komposit,cara memproses dan lain-lain lagi berkaitan dengan komposit.

Malah kami dapat mempraktikan apa yang dibelajar (teori) ke dalam projek komposit kami

dengan jayanya. Kegunaan komposit, selain digunakan dalam pembuatan bot dan kapal,ia juga

banyak dalam proses pembuatan yang lain.

9