report ted tesl

17
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI PENDIDIKAN KAMPUS ALOR GAJAH TAJUK: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SERTA KEMPEN MENDERMA BUKU UNTUK SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1 DITUJU KEPADA: HAL EHWAL AKADEMIK DISEDIAKAN OLEH: NURUL NADHIRAH BINTI ABDUL HALIM (2013869436) ROSMIZAL BINTI MAKHTAR (2013890892)

Upload: unknown

Post on 19-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Report Ted Tesl

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI PENDIDIKAN

KAMPUS ALOR GAJAH

TAJUK:

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SERTA

KEMPEN MENDERMA BUKU UNTUK

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1

DITUJU KEPADA:

HAL EHWAL AKADEMIK

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL NADHIRAH BINTI ABDUL HALIM (2013869436)

ROSMIZAL BINTI MAKHTAR (2013890892)

TARIKH CADANGAN: 8 FEBRUARI 2014

Page 2: Report Ted Tesl

PENGENALAN

Program Khidmat Masyarakat adalah program yang diadakan bagi memupuk minat para pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris. Selain itu, program ini diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Seterusnya, program ini juga diadakan bertujuan untuk menyedarkan pelajar sekolah tentang pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa global yang merentasi ceruk-ceruk benua.

Program Khidmat Masyarakat ini dikendalikan oleh pelajar Asasi TESL, kelas MPI0202B di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 bagi pelajar tahun 5 dan 6. Tujuan program ini dijalankan untuk menguji dan menilai keupayaan dan kreadibiliti seseorang pelajar Asasi TESL untuk mengajar, mengurus dan mengendalikan pelajar sekolah rendah secara efektif tanpa mengalami sebarang kesukaran. Menerusi program sebegini, ia mampu melahirkan para pendidik yang berwibawa dan berdedikasi dalam menyemai minat terhadap Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Sekolah Alor Gajah 1. Program yang dijalankan ini melibatkan pelajar yang berjumlah 100 orang merangkumi pelajar tahun 5 dan 6.

RASIONAL

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting di Malaysia juga bahasa antarabangsa yang digunakan di seluruh pelusuk dunia. Setiap pelajar sekolah di Malaysia diwajibkan belajar Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa tersebut dalam pelajaran dan kerjaya yang diceburi kelak. Bertepatan dengan pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia kita baru-baru ini yang mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka mendapat sijil SPM bermula tahun 2016. Oleh itu, Program Khidmat Masyarakat yang diadakan ini diharap dapat memupuk minat pelajar sekolah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan. Selain itu, para pelajar dapat memiliki kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dalam pelajaran supaya mereka boleh menganalisis maklumat yang diberikan oleh guru. Program ini dijalankan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan cara yang menarik dan berkesan. Seterusnya, program ini diharapkan mampu melahirkan pelajar yang dapat berkomunikasi dengan sebaik-baiknya dalam Bahasa Inggeris.

ANALISIS KEPERLUAN

Analisis keperluan adalah proses untuk menetukan keperluan seseorang individu mengikut keutamaan. Analisis keperluan ini dijalankan dengan mengadakan perbincangan bersama-sama ahli jawatankuasa projek serta para pendidik Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1. Program ini dijalankan di sekolah tersebut kerana ia terletak di kawasan pedalaman yang serba kekurangan dan lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Sudah sedia maklum, kebanyakan pelajar di sekolah pedalaman kurang kesedaran tentang peri pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Oleh itu, melalui program ini, kita dapat memperkasa dan meningkatkan motivasi dalam diri mereka untuk belajar Bahasa Inggeris tanpa rasa bosan dan susah

Page 3: Report Ted Tesl

KURIKULUM

FALSAFAH

Kita harus percaya bahawa setiap individu berkebolehan untuk belajar Bahasa Inggeris. Semua orang berpotensi untuk mahir berbahasa Inggeris dan mampu melahirkan generasi yang dapat menguasai Bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan matlamat dan cita-cita yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Pengukuhan Bahasa Inggeris itu wajar disokong sebagai satu cara untuk mendatangkan kita pada pencapaian satu matalamt lain, seperti berupaya untuk menikmati kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.

VISI DAN MISI

Visi tugasan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Misi program ini pula ialah pelajar seronok belajar Bahasa Inggeris dan mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan ayat yang mudah serta dapat difahami. Hasrat ini diharap akan tercapai melalui aktiviti yang diadakan penuh dengan keseronokan serta ilmu pengetahuan.

MATLAMAT

Program Khidmat Masyarakat adalah program yang diadakan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka kurang diberikan pendedahan peri pentingnya Bahasa Inggeris. Program ini juga merupakan wadah utama untuk mengubah persepsi negatif para pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris. Seterusnya, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkonunikasi dalam Bahasa Inggeris serta belajar Bahasa Inggeris secara gembira melalui program tersebut.

Page 4: Report Ted Tesl

OBJEKTIF

Objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:

1. Untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

2. Untuk memupuk rasa minat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan mengadakan aktiviti serta program yang melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris.

3. Untuk memupuk kesepaduan serta mengasah bakat kempimpinan para pelajar.

BUTIRAN PROGRAM

Tempat: Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1

Tarikh: 8 Februari 2014

Masa: 8.00 pagi- 4.00 petang

Page 5: Report Ted Tesl

AHLI JAWATANKUASAA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SERTA KEMPEN MENDERMA BUKU UNTUK SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1 (TED 072) (MPI0202B)

Pengurus: Karmila Rafiqah Binti Mohd Rafiq Anbarasan

Penolong Pengurus 1: Muhammad Faris Bin Abdullah Sani

Penolong Pengurus 2: Aliya Natasha Binti Mohammad Azman

Setiausaha: Nurul Nadhirah Binti Abdul Halim

Penolong Setiausaha: Rosmizal Binti Mahktar

Bendahari Suaily Sherrylyn Binti Mohd Isa

Penolong Bendahari: Siti Nadeera Binti Mohd Reme

Biro Kempen Menderma Buku

Ketua: Raja Nur Syaza Adila Binti Abdullah

Penolong: Fatin Kamilia Binti Mohd Arif

Biro Hadiah dan Saguhati

Ketua: Fatimah Az-Zahra Binti Norazaman

Penolong: Najihah Binti Abdullah Lutfi

Farah Atiqah Binti Ahmad Fozee

Diyana Afiqah Binti Amir Hamzah

Amira Binti Abdol Hamid

Biro Protokol

Ketua: Muhammad Nasiruddin Bin Aziz

Penolong: Syaza Nazura Binti Khahar

Nor Izzati Binti Jamil

Khaireena Fazeera Binti Mohd Noor

Nor Hanisah Binti Abdullah

Page 6: Report Ted Tesl

Biro Makanan

Ketua: Farah Adnin Binti Kamarul Azaman

Penolong: Mohd Izwan Bin Abd Rahman

Aisha Hani Binti Roslan

Eizzah Nur Hanisah Binti Zul Hizam

Nawariah Binti Abd Majid

Nur Syahiera Binti Rosli

Biro Aktiviti

Ketua: Shanaa Fatihah Binti Mohd Abu Bakar

Penolong: Suhailah Binti Saadon

Azmira Eriza Binti Abdul Rahman

Nur Suraya Binti Abdullah Sidek

Syahirah Binti Hazidi

Nur Fitrahana Binti Mohammad Fauzi

Pengacara Majlis

Izni Izzati Binti Mohd Shuhud

Rosmizal Binti Makhtar

Page 7: Report Ted Tesl

SENARAI AKTIVITI

PAPER PLANES

Aktiviti ‘Paper Planes’adalah direka untuk membantu peserta untuk memikirkan sasaran peribadi dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Murid-murid diarah untuk menetapkan sebuah gol yang berjangka masa pendek dan boleh dicapai seperti “Dapatkan A untuk ujian seterusnya”. Mereka disuruh membuat kapal terbang menggunakan kertas, tulis sasaran mereka serta langkah-langkah utuk mencapai gol tersebut. Semua butiran-butiran ini ditulis di bahagian dalam kapal terbang kertas supaya ia dibiarkan menjadi rahsia. Tulis kenyataan yang menggalakkan mereka untuk mencapai sasaran ini di bahagian luar kapal terbang seperti “Saya percaya awak boleh lakukan”. Murid-murid juga boleh menulis komen-komen yang saling menyokong di kapal tarbang kertas milik rakan-rakan mereka. Setelah kapal terbang kertas siap dihias, murid-murid disuruh untuk menerbangkan kapal terbang mereka. Aktiviti ini membenarkan murid-murid memvisualisasikan sasaran mereka serta memberi dan menerima galakan di kalangan rakan-rakan.

STRAWBUILDING

Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan penyedut minuman (150 atau lebih), sebiji telur, plastik dan beberapa pita pelekat kepada setiap kumpulan. Mereka diberi masa 10 minit untuk membina struktur penyedut minuman yang paling tinggi dan kukuh untuk manampung sebiji telur. Setelah itu, mereka dikehendaki untuk menjatuhkan struktur penyedut minuman serta telur tersebut menggunakan plastik sebagai payung terjun. Mereka diberi satu minit untuk merancang strategi sebelum memulakan pembinaan struktur tersebut. Semasa proses pembinaan, mereka tidak dibenarkan bercakap. Ini adalah untuk memupuk kemahiran kepimpinan dan motivasi dalam pelajar.

HEADBANDS

Buatkan beberapa set ikat kepala. Di atas ikat kepala tersebut, tulis beberapa kenyataan seperti (a) Ketawakan setiap kata-kata saya. (b) Pedulikan saya. (c) Arahkan saya (d) Potong saya. (e) Jadikan saya ketua, dan sebagainya. Tanpa melihat apa yang tertulis pada ikat kepala tersebut, salah seorang pelajar dipakaikan ikat kepala tersebut supaya ahli kumpulan lain dapat melihatnya. Pastikan setiap kumpulan menjalankan aktiviti dengan melayan pemakai ikat kepala seperti mana yang tertera pada ikat kepala tersebut. Setelah selesai, bincangkan dengan ahli kumpulan apakah perasaan dilayan sebegitu.

BIN TOSS

Permainan ini membantu memotivasikan murid-murid dengan membantu mereka mempelajari cara untuk memberi sokongan kepada ahli kumpulan dalam situasi yang dipenuhi tekanan. Murid-murid disuruh duduk di meja yang bertentangan arah di dalam bilik. Letakkan sebuah bakul sampah di antara meja tersebut. Para pelajar diberikan kertas berlainan warna supaya markah mudah diberikan. Pelajar diminta membuat bebola

Page 8: Report Ted Tesl

menggunakan kertas tersebut. Dalam masa yang ditetapkan, mereka perlu membaling bebola kertas ke dalam bakul sampah dengan bilangan sebanyak mungkin. Mereka boleh menggunakan pelbagai strategi seperti menggunakan bilangan kertas yang banyak supaya bebola kertas tersebut berat. Sepanjang permainan dilakukan, ahli kumpulan boleh memberi sokongan dengan membuat sorakan.

HUMAN PRETZEL

Permainan ‘Human Pretzel’, juga dikenali sebagai ‘Human Knot’, melatih pelajar sifat kerjasama, kepimpinan dan kesabaran. Ia juga membantu setiap pelajar dalam kumpulan membina keyakinan diri. Permainan ini sesuai untuk kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang ramai. Semasa melakukan permainan ini, kumpulan tersebut perlu berdiri dalam bulatan. Setiap ahli kumpulan perlu memegang tangan ahli kumpulan yang berada di bertentatangan arah. Pastikan kedua-dua tangan yang dipegang itu dimiliki oleh dua ahli berbeza. Oleh itu, setiap ahli akan memegang tangan dua orang ahli yang berbeza. Jaringan tangan yang berselirat ini dipanggil “Human Pretzel”. Setiap kumpulan perlu meleraikan ikatan tersebut melalui komunikasi di antara ahli kumpulan dan menggunakan strategi kreatif. Permainan ini menerapkan nilai kerjasama antara kumpulan kerana ia membuatkan setiap ahli kumpulan saling memerlukan untuk meleraikan ikatan tersebut.

DESERT ISLAND MENU

Permainan ini tidak memerlukan bahan dan sangat sesuai untuk memotivasikan pelajar yang kurang mengenali satu sama lain. Ini adalah untuk sesi pengenalan antara mereka dan membenarkan mereka menerangkan personaliti mereka. Para pelajar dipisahkan dan diagihkan dalam kumpulan yang berjumlah 10 orang. Mereka diberi suatu situasi iaitu terperangkap di sebuah pulau terpencil yang tidak mempunyai apa-apa kecuali air. Dalam masa seminit, mereka perlu pilih tiga makanan yang diinginkan untuk terus hidup di pulau itu. Setiap ahli kumpulan perlu memberitahu pilihan mereka dan sebab. Permainan ini adalah sebuah cara yang mudah untuk membuatkan para pelajar mengenali satu sama lain dan berkomunikasi di samping menerapkan sifat motivasi dalam diri.

BOMB

Setiap kumpulan akan bersaing dengan 4 kumpulan yang lain. Fasilitator akan memberikan satu perkataan kepada kumpulan pertama dan mereka akan memulakan permainan dengan mengajukan soalan yang bermula dengan perkataan tersebut kepada kempulan lain. Kumpulan kedua mestilah menjawab soalan tersebut dengan pantas. Seterusnya, kumpulan-kumpulan lain akan bergilir-gilir mengajukan soalan sehingga hanya satu kumpulan menjadi pemenang.

Page 9: Report Ted Tesl

BAJET KEWANGAN

1. Hadiah

NO. SENARAI HADIAH JUMLAH (RM)1. Hadiah aktiviti kumpulan (hamper)

Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga

200.00150.00100.00

2. Hadiah aktiviti INDIVIDU (hamper/barang lain) Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga

100.0075.0050.00

JUMLAH RM 675.00

2. Bajet makanan

NO. HARGA × BIL JUMLAH (RM)1. Makanan pelajar MPI0202B Sarapan pagi

(1 orang = RM 3) RM 3 × 32 96.00

Makan tengahari(1 orang = RM 5) RM 5 × 32 160.00

Makan petang(1 orang = RM 3) RM 3 × 32 96.00

2. Makanan pelajar sekolah Sarapan pagi(1 orang = RM 3) RM 3 × 100 300.00

Makan tengahari(1 orang = RM 5) RM 5 × 100 500.00

Makan petang(1 orang = RM 3) RM 3 × 100 300.00

3. Makanan pensyarah Sarapan pagi(1 orang = RM 3) RM 3 × 2 6.00

Makan tengahari(1 orang = RM 5) RM 5 × 2 10.00

Makan petang(1 orang = RM 3) RM 3 × 2 6.00

4. Makanan VIP Makan tengahari(1 orang = RM 12) RM 12 × 6 72.00

JUMLAH RM 1546.00

3. Senarai barang keperluan aktiviti:

Page 10: Report Ted Tesl

Kertas A4 (5 rim) RM 20.00 × 5 = RM 100

Pen bewarna “magic colour” (10 paket) RM 11.00 × 10 = RM 110

Penyedut minuman (20 paket) RM 4.00 × 20 = RM 80

Pita pelekat (10 paket) RM 3.00 × 10 = RM 30

Gunting (20 bilah) RM 3.50 × 20 = RM 70

Pen marker (50 batang) RM5.00 × 50 = RM 250

Bakul sampah (12 buah) RM 5.00 × 12 = RM 60

Kertas warna (30 paket) RM 5.00 × 30 = RM 150

Kad manila (5 helai) RM 1.00 × 5 = RM 5

Stapler (10 buah) RM 5.00 × 10 = RM 50

Dawai kokot (15 kotak) RM 3.00 × 15 = RM 45

Plastik Sampah ( 5 paket) RM 10.00 × 5 = RM 50

Penyapu (3 batang) RM 10.00 × 3 = RM 30

Pensil 2B (100 batang) RM1.00 × 100 = RM 100

Pemadam (100 biji) RM1.00 × 100 = RM 100

Plastik ( 1 paket) RM 3.00 × 1 = RM 3

Penyodok ( 3 buah) RM 6.00 × 3 = RM 18

Telur ( 2 karton) RM 8.00 × 2 = RM 16

Kain putih ( 1 meter) RM 6.00 × 1 = RM 6

Kertas warna keras ( 20 keping) RM 0.20 × 20 = RM 4

Tanda nama pin ( 110 keping) RM 5.00 × 110 = RM 550

Tanda nama berlaminat ( 34 keping) RM 10.00 × 34 = RM 340

Tali tanda nama ( 34 utas) RM 3.00 × 34 = RM 102

JUMLAH = RM 2269

Jumlah keseluruhan makanan, hadiah dan bahan aktiviti = RM 4490

TENTATIF PROGRAM

MASA TEMPOH TEMPAT AKTIVITI

Page 11: Report Ted Tesl

(MINIT)

8.00 a.m-8.30 a.m

30 Dewan

Murid berkumpul di dewan untuk sesi taklimat awal

Murid akan diagihkan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seramai 10 ahli yang merangkumi tahun 5 dan 6.

8.30 a.m-9.15 a.m

45 Kantin

Murid diminta berkumpul di kantin untuk diagihkan sarapan pagi.

Sarapan pagi

9.15 a.m-10.00 a.m 45 Dewan

Murid diminta berkumpul semula di dewan untuk memulakan aktiviti “ Ice-breaking: Desert Island Menu”

10.00 a.m-10.45 a.m

45 Aktiviti kedua: “Paper Planes”

10.45 a.m-11.30 a.m

45 Aktiviti ketiga: “Strawbuilding”

11.30 a.m-12.15 p.m 45

Aktiviti keempat: “Headbands”

12.15 p.m-1.00 p.m

45 Aktiviti kelima: “Bin Toss”

1.00 p.m- 1.30 p.m

30 Surau

Murid serta para fasilitator bersiap-sedia untuk solat Zohor

Solat Zohor

1.30 p.m-2.00 p.m

30 Kantin Murid diagihkan makanan tengahari Makan tengahari

2.00 p.m-2.30 p.m

30 Dewan Murid diminta berkumpul di dewan untuk

meneruskan aktiviti keenam: “Bomb”

2.30 p.m-3.00 p.m

30 Aktiviti terakhir: “Human Pretzel”

3.00 p.m-3.30 p.m

30 Murid diagihkan makanan untuk makan

petang.

3.30 p.m-4.00 p.m

30

Majlis penutup oleh Timbalan Rektor UiTM Alor Gajah serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1

Majlis penyampaian hadiah Bersurai

Page 12: Report Ted Tesl

PENUTUP

Kami ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, pihak Universiti Teknologi Mara, pihak Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 serta semua pihak yang turut membantu dalam menjayakan program ini. Kami amat berharap program ini dapat diadakan dengan jayanya demi kebaikan para pelajar Sekolah Alor Gajah 1 serta pelajar Asasi TESL, UiTM Kampus Alor Gajah.

Page 13: Report Ted Tesl
Page 14: Report Ted Tesl

Disediakan oleh:

………………………….

(NURUL NADHIRAH ABDUL HALIM)Setiausaha,Program Khidmat Masyarakat

Disahkan oleh:

………………………….

Tarikh:

(CIK JURITAH MISMAN)Penasihat 1,Program Khidmat Masyarakat

………………………….

Tarikh:

(PUAN NAGAMANY A/P GOVINDAN)Penasihat 2,Program Khidmat Masyarakat