report kompas

9
PENGENALAN Kompas atau kompas pelaut ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi. Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara,Selatan, Timur dan Barat. Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut. Selain kompas pelaut, kompas lain ialah kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan utara benar. kompas kiblat pula diubahsuai untuk menunjuk ke arah Makkah. Kompas adalah alat penunjuk arah yang bekerja berdasarkan gaya medan magnet. Pada kompas selalu terdapat sebuah magnet sebagai komponen utamanya. Magnet tersebut biasanya berbentuk sebuah jarum penunjuk. Saat magnet penunjuk tersebut berada dalam keadaan bebas, maka akan mengarah ke utara- selatan magnet bumi. Inilah yang dijadikan dasar dalam pembuatan kompas. Umumnya kompas terdiri dari 3 komponen kompas, iaitu badan kompas, jarum magnet, dan skala arah mata angin. Badan kompas berfungsi sebagai pembungkus dan pelindung komponen utama kompas. Jarum magnet dipasang sedemikian rupa agar ia berputar bebas secara horizontal. Skala penunjuk umumnya berupa lingkaran 360° dan arah mata angin.

Upload: hasif-suhaimi

Post on 24-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Kompasataukompas pelautialah alat bantuanahli pelayaranuntuk mendapatkan arah sebenar di mukabumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta olehChina pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropahpada 1300 Masihi. Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripadajarum besibermagnetyang berdasarkanmedan magnetdi bumi. Empat arah utama kompas ialahUtara,Selatan,Timur danBarat. Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuahplanetmagnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut. Selain kompas pelaut, kompas lain ialahkompas gegasingdankompas falakuntuk menentukanutara benar.kompas kiblatpula diubahsuai untuk menunjuk ke arah Makkah. Kompas adalahalat penunjuk arahyang bekerja berdasarkangaya medan magnet. Pada kompas selalu terdapat sebuah magnet sebagai komponen utamanya. Magnet tersebut biasanya berbentuk sebuah jarum penunjuk. Saat magnet penunjuk tersebut berada dalam keadaan bebas, maka akan mengarah ke utara-selatanmagnet bumi. Inilah yang dijadikan dasar dalam pembuatan kompas. Umumnya kompas terdiri dari3 komponen kompas, iaitu badan kompas, jarum magnet, dan skala arah mata angin. Badan kompas berfungsi sebagai pembungkus dan pelindung komponen utama kompas. Jarum magnet dipasang sedemikian rupa agar ia berputar bebas secara horizontal. Skala penunjuk umumnya berupa lingkaran360dan arah mata angin.SEJARAHSebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam. Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah.Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.Sastera kuno China telah mencatatkan tentang magnetisme pada abad ke-4 Masihi dalam buku Book of the Devil Valley Master yang menyebut tentang sebatang besi magnet yang menolak dan menarik besi-besi lain.Sebatang jarum bermagnet mula disebut oleh China sebagai Louen-heng pada 20 atau 100 ad. Antara catatannya ialah 'seketul magnet telah menarik dan menolak sebatang jarum'. Sarjana Wang Tchen-touo pula mencatatkan kompas mula dibina menggunakan sudu sahaja.Kompas dicatat sebagai alat untuk mencari arah telah dirakam semasa zaman Dinasti Song pada 1040-44 Masihi. 'Sebatang besi yang selatannya menunjukkan arah kawasan menangkap ikan'. Besi ini diletakkan di permukaan air dalam sebuah mangkuk. Besi itu hendaklah boleh terapung dengan meletakkan kain sutera. Tentera yang tenggelam punca pada waktu malam atau cuaca mendung, mereka telah menggunakan besi 'selatan ke arah kenderaan' atau 'selatan ke arah ikan'.Catatan sastera kuno China Dinasti Song bertajuk 'Kumpulan Karangan Mimpi' pada 1086 Masihi oleh Shen Kuo menyatakan sebatang jarum boleh menunjukkan arah selatan dan arah utara.Kompas sebagai alat pelayaran telah diceritakan oleh Zhu Yu dalam buku 'Meja Perbincangan Pingzhou' pada 1111 hingga 1117 Masihi. Antara lain dicatatkan ahli pelayaran mengetahui keadaan geografi, meneliti tentang bintang-bintang pada waktu malam, tetapi jika waktu malam pekat tanpa bintang, mereka menggunakan jarum kompas.

JENIS-JENIS KOMPASAlat kompas dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kompas prismatik, kompas jurukur dan kompas cecair.

Kompas Prismatik

Kompas prismatik menggunakan prinsip sifat magnet. Dalam keadaan mendatar, kompas prismatik boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan meridian magnet atau utara magnet. Sudut yang dibaca adalah bering. Kompas prismatik ini berbentuk kotak pelindung bulat bergarisan pusat 50mm hingga 80mm. Dalam kotak kompas ini terkandung dial kompas yang dilekatkan padajarum magnet di atas pangsi yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di sisi belakang kotak ini dipasangkan prisma untuk membaca bering dan di sisi hadapan dipasangkan bilah tenang untuk menenang atau menjajar sasaran yang hendak dibaca beringnya.

Kompas Prismatik

Kompas Jurukur

Kompas Jurukur adalah sama dengan kompas prismatik. Perbezaan yang nyata dengan kompas prismatik adalah tidak berprisma dan bacaan dibuat dengan mata kasar, tempat prisma diganti dengan bilah mata dan dial kompas dilekat pada kotak kompas bukan pada jarum magnet, jarum magnet terletak di atas pangsi dan bergerak bebas, hujung jarum menunjukkan nilai bering di atas senggatan dial kompas, dial kompas disengat dalam 4 sukuan (setiap sukuan disengat antara 00 hingga 900 dan angka-angka nilai bering tidak terbalik) dan akhir sekali tiada cermin dipasang pada bilah tenang.

Kompas Jurukur

Kompas Cecair

Jarum dan permukaan kompas yang tergantung bebas di dalam cecair memberikannya satu tindakan yang tetap, membenarkan kelembapan pergerakkan dibuat dengan segera dan meringankan berat yang bertumpu ke atas titik pangsi. Dengan itu, kompas cecair tidak mempunyai pin brek atau tuil penyungkit, tetapi memerlukan satu penutup kaca yang kedap udara. Bagaimanapun, gelembung mungkin akan terbentuk di bawah perubahan cuaca di dalam kotak yang tertutup. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, kotak kompas cecair mempunyai bawah yang disalutkan dengan perak-nikel, yang mengembang dan mengecut bersama cecair. Cecair di dalam kebanyakan kompas moden adalah merupakan alkohol tulen. Kompas cecair pada kebiasaannya adalah jenis prisma.

Kompas Cecair

PENGENALAN DAN PRINSIP UKUR KOMPAS

Dalam ukur kompas, cerapan dan pengukuran ke atas garisan ukur melibatkan bering dan jarak. Bering dalam ukur kompas bermaksud sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan satu rujukan meridian tertentu. Bering dibaca dengan kompas dan jarak diukur dengan rantai ukur ataupita ukur. Garisan ukur tidak membentuk rangka-rangka segitiga sebagaimana ukur rantai. Siri garisan ukur yang berterusan akan membentuk satu litar yang disebut sebagai terabas. Arah garisan ukur tersebut berpandukan kepada satu rujukan meridian magnet atau utara magnet. Titik-titik di mana kompas dipasangkan untuk mencerap bering disebut sebagai hentian ukur. Untuk membina terabas kompas, bering dan jarak bagi garisan ukur dicerap bagi membolehkan arah dan panjang garisan ukur tersebut dipelot. Garisan asas dan semakan tidak diperlukan di dalam pembentukan terabas sepertimana ukur rantai.

Prinsip Ukur Kompas

Titik B adalah titik tetap yang hendak ditentukan. Setelah bering AB (q) dicerap dan jarak AB diukur maka kedudukan stesen B dapat ditentukan.

ISTILAH-ISTILAH DALAM UKUR KOMPAS

BeringBering adalah sudut yang dibentuk oleh garisan ukur dengan suatu meridian yang ditetapkan samada meredian magnet atau meridian benar. Berdasarkan rajah di bawah OP adalah meridian benar danbering A adalah sudut POA.

Bering

Meridian Benar

Meridian benar adalah lingkaran besar yang melalui kutub-kutub bumi.

Meridian Bumi

Meridian Magnet

Meridian magnet terbentuk daripada lingkaran besar yang melalui kutub-kutub magnet bumi. Meridian ini dapat ditunjukkan oleh jarum magnet yang berada dalam keadaan bebas terapung.Meridian ini digunakan sebagai rujukan dalam ukur kompas.

Meridian Magnet

Sudut Serong Magnet

Meridian magnet sentiasa berubah dan tidak selaras dengan meridian benar. Sudut serong magnet merupakan selisih di antara meridian benar dan meridian magnet. Sudut serong terbentuksamada sudut serong magnetik timur atau sudut serong magnetik barat bergantung kepada kedudukan di permukaan bumi. Sudut serong ini tidak seragam di atas permukaan bumi seluruh dunia dan ianya adalah minimum di garisan khatulistiwa.

Sudut Serong MagnetTarikan TempatanJarum kompas boleh dipengaruhi oleh objek-objek seperti logam atau medan magnet yang disebabkan oleh arus elektrik. Ia boleh memberi kesan selisih pada bering kompas. Pengaruh tarikan yang berlaku pada jarum kompas dikenali sebagai tarikan tempatan. Pada kebiasaannya, kesan tarikan tempatan adalah lebih besar di dalam kawasan bandar daripada kawasan desa. Jika tarikan tempatan berlaku, bering hadapan dan bering belakang tidak akan mendapat beza 180 seperti yang sepatutnya.

Kesan Tarikan Tempatan

Bering AB = 500 0000Bering BA = 500 0000 + 1800 0000 = 2300 0000 (Jika tiada tarikan tempatan)Bering BA = 400 0000 + 1800 0000 = 2200 0000 (Jika tarikan tampatan)

CARA MEMBACA KOMPASBahagianbahagian kompas yang penting antara lain:1. Dial, iaitu permukaan di mana tertera nombor dan huruf seperti padapermukaan jam.2. Visir, iaitu pembidik sasaran3. Kaca Pembesar, untuk pembacaan pada angka4. Jarum penunjuk5. Tutup dial dengan dua garis bersudut 45.6. Alat penggantung, dapat juga digunakan sebagai penyangkut ibu jari untuk menopang kompas pada saat membidik.

Angka-angka yang ada di kompas dan istilahnya

North = Utara = 0North East = Timur Laut = 45East = Timur = 90South East = Tenggara = 135South = Selatan = 180South West = Barat Daya = 225West = Barat = 270North West = Barat Laut = 325

Cara Menggunakan Kompas1. Letakkan kompas anda di atas permukaan yang rata. setelah jarum kompas tidak bergerak lagi, maka jarum tersebut menunjuk ke arah utara magnet.2. Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca pembesar. Miringkan sedikit letak kaca pembesar, kira-kira 50 di mana berfungsi untuk membidik ke arah Visir dan mengintai angka pada dial.3. Apabila Visir diragukan karena kurang jelas dilihat dari kaca pembesar, luruskan saja garis yang terdapat pada tutup dial ke arah Visir, mengikut dengan sasaran tilik agar mudah dilihat melalui kaca pembesar.

RUJUKAN1. https://www.google.com/search?q=sejarah+kompas&oq=sejarah+kompas2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompas