report kebun 1 muaz nye

Upload: muaz-ismail

Post on 04-Jun-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    1/15

    Pengenalan

    Sektor pertanian merupakan sektor yang menyumbangkan peningkatan pada ekonomi negara

    kita. Para petani di Malaysia merupakan sebilangan besar masyarakat tempatan yang

    mengusahakan hasil pertanian. Kebiasaannya masyarakat tempatan mempunyai kawasan

    yang luas untuk menjalankan aktiviti penanaman. Pemilihan tapak tanaman dan penyediaan

    batas sangat penting dalam proses penanaman. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah

    memilih tapak atau kawasan penanaman yang rata.Tanah yang digunakan pula seharusnya

    peroi dan subur. Antara tanah yang baik digunakan bagi penanaman adalah tanah loam. Hal

    ini kerana tanah loam merupakan sejenis tanah yang mengandungi bahan organik. Tapak

    tanaman haruslah berdekatan dengan kawasan yang boleh membekalkan air seperti di tepi

    sungai dan pastikan kawasan tersebut tidak terlindung daripada cahaya matahari. Jenis-jenistanaman haruslah sesuai dengan tapak tanaman. Antara jenis yang kami tanam ialah

    kangkung, sawi putih, kacang panjang dan lain-lain.

    Laporan Amali Mingguan Perkebunan Dan Hortikultur

    Minggu 2 (20/9/2013)

    Masa : 3.00-5.00 petang

    Hari : Jumaat

    Tempat : Kolej Aminuddin Baki

    Tajuk : Penyediaan Batas

    Pada minggu ini, kami diajar bagaimana membuat batas dengan teknik yang betul oleh prof

    Zainal Abidin bin Abdul Aziz. Penyediaan batas adalah sangat penting kepada setiap

    tanaman yang hendak ditanam.

    Pembinaan batas ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya air bertakung

    dan membaiki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput,

    menyiram dan mengawal perosak dan penyakit tanaman. Semasa proses membuat batas,

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    2/15

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    3/15

    - memastikan setiap pancang yang

    dipacak itu lurus supaya memudahkan

    pergerakan dan pekerjaan yang akan

    dijalankan. Malah, kelihatan cantik

    jika tersusun rapi.

    - proses menggembur tanah ataupun

    membuat batas.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    4/15

    Laporan Amali Mingguan Perkebunan Dan Hortikultur

    Minggu 3 (27/9/2013)

    Masa : 3.00-5.00 petang

    Hari : Jumaat

    Tempat : Kolej Aminuddin Baki

    Tajuk : pembajaan organik dan penanaman benih.

    Amali pada minggu ini, kami meletakkan baja organik pada batas kami dengan cara

    menggaul-gaul baja tersebut dengan batas yang telah digemburkan. Tujuannya adalah untuk

    menyebatikan baja organik tersebut dengan tanah. Bahan organik digunakan bagi membaiki

    kesuburan dan struktur tanah. Dengan adanya bahan organik, tanah berpasir akan lebih subur,

    boleh memegang air dan struktur tanah akan menjadi lebih baik. Bahan organik

    membekalkan nitrogen, mineral dan unsur-unsur lain untuk pertumbuhan sayur-sayuran

    apabila mengalami proses pereputan. Antara bahan organik yang digunakan adalah rumput

    yang reput, tahi lembu atau tahi ayam, daun-daun reput dan tanah gambut.

    Selepas menggaul baja organik, kami mula menanam biji benih mengikut yang

    ditetapkan oleh pensyarah kami. Setiap batas merupakan tanaman yang berbeza dan teknik

    penanaman yang berbeza seperti sawi. Penanaman biji sawi memerlukan segenggam pasir

    halus supaya memudahkan proses penanaman. Selesai penanaman, kami menyiram tanaman

    tersebut. Kami juga membetulkan sistem parit supaya air yang bertangkung mengalir keluar.

    Pada minggu ini juga, kami membersihkan kawasan fertigasi untuk menanam rock

    melon. Fertigasi dibersihkan untuk mengelak serangga menyerang, parasit-parasit dan lain-

    lain.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    5/15

    Minggu 3

    Gambar Penerangan

    - Meletakkan baja organik

    - Menggaulkan baja organik dengan

    tanah

    - Penanaman biji benih dengan cara yang

    betul

    - Penyiraman biji benih

    - Tanaman hendaklah disiram

    sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu

    di sebelah pagi dan petang kecuali

    pada waktu hujan.

    - Pembersihan rumah fertigasi

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    6/15

    Laporan Amali Mingguan Perkebunan Dan Hortikultur

    Minggu 4 (4/10/2013)

    Masa : 3.00-5.00 petang

    Hari : Jumaat

    Tempat : Kolej Aminuddin Baki

    Tajuk : Penjagaan pengawalan batas,dan penyemaian rock melon.

    Minggu ini, kami ditugaskan hanya menjaga batas tanaman yang telah ditanam dengan

    mencabut rumput-rumput yang tumbuh, menghalau serangga dan melakukan penyiraman ke

    atas tanaman.

    Pada minggu ini, kami dapati hasil biji benih yang ditanam mulai tumbuh. Pada hariitu

    juga,kami mendalamkan lagi parit supaya air hujan yang menangkung dalam parit dapat

    mengalir dengan lancar. Sistem parit yang tersumbat kami pulihkan dengan menggali balik

    tanah yang telah tertimbus itu.

    Kami juga menyediakan tempat takungan air yang berdekatan dengan tanaman kami

    supaya memudahkan proses untuk mengangkut air dan tidak memerlukan masa yang lama

    untuk mengangkut air dari tempat yang jauh. Selepas itu, kami diberi sedikit taklimat atau

    tunjuk ajar cara penyemaian biji benih rock melonatau nama saintitik Cucumis melo L yang

    diajar oleh En. Zainuddin . Sejurus itu, kami turut menyemai anak pokok rock melonyang

    matang seminggu ke dalampolibag, di dalam rumah fertigasi. Biji benih rock melontersebut

    disemai terlebih dahulu di dalam bekas semaian dengan mengisi tanah gambut. Penyemaian

    biji itu disiram dengan sedikit air. Anak pokok rock melon yang mengeluarkan daun

    kontilidan bolehlah ditanam di dalam polibag. Berikut merupakan gambar aktiviti pada

    minggu ke empat.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    7/15

    Minggu ke 4

    Gambar Penerangan

    - Mencabut rumput yang tumbuh

    kerana ianya merupakan pesaing

    kepada tanaman yang di tanam untuk

    mendapatkan bekalan makanan.

    - Menyiram hasil tanaman sekurangnya

    2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi

    dan petang.

    - Taklimat teknik penyemaian biji benih

    rock melon.

    - Gemburkan sabut kelapa yang

    digunakan sebagai media penanaman.

    - Tanam anak pokok di tempat tersebut.

    - Siram anak pokok yang telah ditanam.

    - Pemindahan anak pokok rock melon

    yang seminggu disemai ke dalam

    polibag di rumah fertigasi.

    - Kerja pemindahan anak pokok sudah

    selesai.

    - Anak pokok dibekalkan air yang telah

    dibancuhkan dengan nutrium.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    8/15

    Laporan Amali Mingguan Perkebunan Dan Hortikultur

    Minggu 5 (11/10/2013)

    Masa : 3.00-5.00 petang

    Hari : Jumaat

    Tempat : Kolej Aminuddin Baki

    Tajuk : kawalan rumpai, buat pancang, pindah anak pokok dan putuskan tunas rock melon

    Pada minggu ke-5 ini, tugas kami adalah membersihkan rumput-rumput yang tumbuh dan

    memindahkan anak pokok yang terlalu padat kepada yang jarang. Anak pokok tersebut

    disusun mengikut garisan tanaman yang asal supaya ianya kelihatan sebaris tersusun rapi.

    Seterusnya, penyiraman anak pokok juga dilakukan pada petang tersebut supaya

    pokok lebih segar dan mendapat nutrium yang mencukupi. Aktiviti seterusnya ialah membuat

    pancang bagi pokok yang tumbuh menjalar seperti pokok kekacang. Kayu atau buluh yang

    kami gunakan adalah berukuran 8 kaki. Buluh tersebut kami memotong atau membelah

    menjadi seperti potongan kecil untuk kami pancangkannya. Tujuan membuat pancang adalah

    supaya tumbuhan yang menjalar seperti kekacang ini tidak menjalar diatas tanah. Sekiranya

    menjalar diatas tanah, kemungkinan buahnya akan rosak dan kemungkinan yang hidup juga

    tidak bertahan lama kerana diganggu oleh serangga ataupun agen perosak yang lain.

    Di dalam rumah fertigasi pula, kami diarahkan untuk melihat perbezaan anak-anak

    pokok rock melon yang mulai tumbuh. Anak-anak pokok yang mengeluarkan tunas di

    bahagian ketiaknya akan retuskan. Perkara ini dilakukan sedemikian kerana untuk mengelak

    berlaku pertumbuhan buah pada bahagian yang bawah. Sekiranya berlaku juga, maka buah

    tersebut mungkin terdedah kepada kerosakan.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    9/15

    Minggu 5

    Gambar Penerangan

    - Pemindahan anak pokok

    - Penyiraman tanaman

    - Membuat pancang pada pokok yang

    menjalar seperti pokok kekacang.

    - Membuang tunas yang berada

    dibahagian ketiak anak pokok.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    10/15

    Laporan Amali Mingguan Perkebunan Dan Hortikultur

    Minggu 6 (18/10/2013)

    Masa : 3.00-5.00 petang

    Hari : Jumaat

    Tempat : Kolej Aminuddin Baki

    Tajuk : penjagaan dan pengawalan rumpai dan mengikat anakpokok rock melon

    Pada minggu ini, kami melakukan tugas seperti biasa iaitu menyiram air pada tanaman kami

    di batas dan mencabut rumput atau parasit yang mengganggu tanaman. Pada minggu ini,

    pensyarah kami tidak hadir dan kami dibantu oleh pembantu pensyarah dalam melakukan

    kerja.

    Selepas selesai tugasan di batas, kami diberi sedikit taklimat mengenai tanaman yang

    kami tanam oleh pembantu pensyarah kami iaitu En. Zainuddin. Beliau memberi ilmu dari

    permulaan membuat batas, proses pendebungaan dan cara untuk mengikat anak pokok rock

    melon. Kami disediakan dengan tali rafia untuk menyimpul anak pokok rock melon ke

    bahagian atas. Tujuan aktiviti tersebut dilakukan adalah untuk memudahkan pokok itu

    memanjat ke atas. Pokok lebih tersusun dan tidak menjalar di tanah dan akan mengakibatkan

    kesukaran dalam pengurusan ladang tersebut. Pokok itu akan memanjat ke atas untuk

    mendapatkan keperluan nutrien seperti cahaya matahari untuk membolehkan pokok itu

    membesar dengan lebih cepat lagi. Kami dilarang untuk mengikat sampai mati kerana ia akan

    menyukarkan pokok itu membesar di kemudian hari.

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    11/15

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    12/15

    Laporan Amali Mingguan Perkebunan Dan Hortikultur

    Minggu 7 (25/10/2013)

    Masa : 3.00-5.00 petang

    Hari : Jumaat

    Tempat : Kolej Aminuddin Baki

    Tajuk : penjagaan batas, penyiraman baja urea, mengikat pokok kekacang pada pancang dan

    pemerhatian terhadap pokokrock melon.

    Pada minggu ini, kami melakukan tugas seperti kebiasaannya dengan membersihkan kawasan

    batas daripada rumput, mengeluarkan tangkungan air yang bertangkung pada parit,

    memindahkan tanaman kepada batas lain. Pembersihan rumput perlu dijalankan kerana

    rumput yang tumbuh bersaing untuk mendapatkan makanan dengan tanaman yang kita

    tanam. Air yang bertangkung juga kami bersihkan untuk mengelak berlakunya pertumbuhan

    jentik-jentik. Kami melakukan pemindahan tanaman kepada batas yang lain kerana batas

    tersebut tidak menunjukkan pertumbuhan benih, manakala batas yang lain penuh dengan

    tanaman. Oleh itu, pensyarah mengarahkan kami memindahkan yang banyak tanaman kepada

    batas yang kosong.

    Seterusnya, kami mengikat pokok kekacang yang besar pada pancang yang kami

    sediakan. Kemudian, pensyarah mengarahkan kami menyiram tanaman dengan menggunakan

    baja urea pada daun tanaman kerana baja ini akan membesarkan tanaman.

    Minggu 7

    Gambar Penerangan

    - Membuang rumput-rumput atau

    perkara yang boleh mebantutkan

    pembesaran tanaman

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    13/15

    - Membuang air tangkungan

    - Mengikat pokok kekacang atau

    tanaman yang menjalar pada

    pancang

    - Pindahkan anak pokok bayam padabatas yang baru

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    14/15

    - Penggunaan baja urea dalam

    penyiraman tanaman

    - Mendengar taklimat daripada

    pensyarah dalam rumah fertigasi.

    - Penggunaan ubat siput

  • 8/13/2019 Report Kebun 1 Muaz Nye

    15/15