report-3

2
ZZZT 2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TAJUK: LAPORAN 3 TARIKH: 29 APRIL 2015 TEMPAT: PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG, UKM MASA: 10.00 PAGI 2.00 PETANG Perjumpaan telah dibuat pada hari Rabu dan melibatkan semua ahli dalam kumpulan. Ini merupakan perjumpaan kali ke-3 ahli kumpulan setelah pembahagian tugas telah diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Setelah seminggu diberikan masa untuk menyiapkan bahagian tugas masing-masing, perjumpaan kali ini adalah untuk menghasilkan power point untuk perbentangan pada minggu hadapan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan slide perbentangan tersebut menepati isi yang ingin disampaikan oleh setiap ahli kumpulan. Selain itu, perbincangan ini menggalakkan ahli kumpulan bagi menambah info terbaru dalam slide dan menjadikannya lebih menarik untuk bacaan rakan-rakan yang lain. Seterusnya, perjumpaan kali ini juga adalah bertujuan untuk mengumpul semua tugasan esei yang telah dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil. Pengumpulan esei adalah untuk memastikan setiap ahli menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan serta melakukan penambahbaikan dalam esei sekiranya terdapat isi-isi penting yang tertinggal. Pengumpulan esei adalah dalam bentuk softcopy dan digabungkan dengan tugasan ahli kumpulan yang lain agar proses penambahbaikan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat sebelum esei penuh dicetak untuk dihantar kepada pensyarah. Akhirnya, setelah pengumpulan esei penuh dan penghasilan power point siap, semua ahli kumpulan harus membaca dan memahami slide perbentangan serta melakukan perbentangan awal bagi tajuk masing-masing sebagai persedian awal untuk perbentangan. Latihan atau persediaan ini adalah untuk memastikan ahli kumpulan faham akan tajuk yang akan dibentangkan dan ahli kumpulan yang lain akan memberi pendapat atau teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa perbentangan. Cara ini juga adalah bertujuan

Upload: miesz-ain

Post on 15-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: report-3

ZZZT 2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK: LAPORAN 3

TARIKH: 29 APRIL 2015

TEMPAT: PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG, UKM

MASA: 10.00 PAGI – 2.00 PETANG

Perjumpaan telah dibuat pada hari Rabu dan melibatkan semua ahli dalam kumpulan.

Ini merupakan perjumpaan kali ke-3 ahli kumpulan setelah pembahagian tugas telah

diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Setelah seminggu diberikan masa untuk

menyiapkan bahagian tugas masing-masing, perjumpaan kali ini adalah untuk

menghasilkan power point untuk perbentangan pada minggu hadapan. Ini adalah

bertujuan untuk memastikan slide perbentangan tersebut menepati isi yang ingin

disampaikan oleh setiap ahli kumpulan. Selain itu, perbincangan ini menggalakkan

ahli kumpulan bagi menambah info terbaru dalam slide dan menjadikannya lebih

menarik untuk bacaan rakan-rakan yang lain.

Seterusnya, perjumpaan kali ini juga adalah bertujuan untuk mengumpul semua

tugasan esei yang telah dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil. Pengumpulan esei

adalah untuk memastikan setiap ahli menyiapkan tugasan dalam tempoh yang

ditetapkan serta melakukan penambahbaikan dalam esei sekiranya terdapat isi-isi

penting yang tertinggal. Pengumpulan esei adalah dalam bentuk softcopy dan

digabungkan dengan tugasan ahli kumpulan yang lain agar proses penambahbaikan

dapat dilakukan dengan mudah dan cepat sebelum esei penuh dicetak untuk dihantar

kepada pensyarah.

Akhirnya, setelah pengumpulan esei penuh dan penghasilan power point siap, semua

ahli kumpulan harus membaca dan memahami slide perbentangan serta melakukan

perbentangan awal bagi tajuk masing-masing sebagai persedian awal untuk

perbentangan. Latihan atau persediaan ini adalah untuk memastikan ahli kumpulan

faham akan tajuk yang akan dibentangkan dan ahli kumpulan yang lain akan memberi

pendapat atau teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa perbentangan.

Page 2: report-3

Cara ini juga adalah bertujuan untuk memastikan ahli kumpulan bersedia sebelum sesi

perbentangan sebenar berlangsung.