rentak asli

8

Upload: psafian

Post on 30-Jun-2015

204 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: rentak asli
Page 2: rentak asli

SEJARAH RENTAK ASLI

Merupakan sejenis tarian dan lagu Melayu yang halus

Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua kumpulan-kumpulan Ronggeng Asli mempersembahkan tarian dalam majlis-majlis perkahwinan

Penari-penari ronggeng juga menari dipentas joget dan taman-taman hiburan

Selain irama Asli, lagu-lagu berentak zapin, inang, masri, joget turut dipersembahkan oleh kumpulan Ronggeng

Awal abad ke 20 juga dipentaskan oleh teater bangsawan

Melalui Ronggeng, rentak asli tersebar luas seluruh Malaysia

Page 3: rentak asli

Alat-alat muzik

Ensembel ronggeng asli atau ensembel asli terdiri daripada biola dan akordion yang memainkan melodi dan mengiringi penyanyi

Rebana menghasilkan rentak dan gong sebagai penanda masa

Alat-alat tambahan lain seperti tamborin, flut dan gitar

Dizaman kini, lagu asli dimainkan oleh pancaragam pop dan orkestra barat

Rebana Asli

Page 4: rentak asli

Muzik Asli

Adalah nama untuk tarian atau lagu lambat dan sedih

Menggunakan rentak lapan bit yang dimainkan oleh rebana

Alat-alat tambahan lain seperti tamborin, flut dan gitar

Dizaman kini, lagu asli dimainkan oleh pancaragam pop dan orkestra barat

Rentak asas asli

•Petunjuk:

d = silibal/nimonik rebana ‘dung’

t = silibal/nimonik rebana ‘tak’

g = gong

Page 5: rentak asli

Hukum rentak asli

•Bit pertama (bar pertama) dan bit pertama, kedua dan ketiga (bar kedua) ditetapkan.

•Bit lain boleh diimprovisasi

•Dua pemain rebana memukul rentak sendiri secara bertingkah berasaskan rentak asas ini

Page 6: rentak asli

Patahan lagu

•Dalam lagu asli, terdapat frasa melodi atau kaden yang unik dipanggil patahan lagu

•Merupakan satu identiti bagi lagu asli

•Pemain atau penyanyi akan mengimprovisasi patahan lagu dengan kaden atau bunga yang berbeza

•Contoh:

Page 7: rentak asli

Pengaruh lagu asli

•Beberapa lagu asli mengandungi patahan lagu yang di dapati dalam muzik rakyat Cina dan Timur Tengah

•Lagu Mas Merah mengandungi frasa melodi yang serupa dengan frasa melodi muzik rakyat cina

•Dalam lagu Sri Mersing pula, frasa melodi dari muzik Timur Tengah dimainkan

•Sepertimana pelbagai rentak melayu lain, lagu asli dipanggil muzik sinkretik kerana mengabungkan ciri-ciri muzik Melayu, Cina, Timur Tengah dan Barat

Page 8: rentak asli

nzm r@gt gema09