renang kuak lentang pjm 3104 auto saved)

Upload: iman-hakimi

Post on 05-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Renang Kuak Lentang Pjm 3104 Auto Saved)

    1/5

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS RAJA MELEWAR

    RENANG

    PJM 3104

    KUAK LENTANG MENYELAMAT

    Disediakan oleh:

    CHE SHAZUANDY BIN CHE MOHD YASIN

    811112-03-5013UNIT PJMA

    PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURUPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    AMBILAN JUN 2011

    Untuk Perhatian:

    EN TAN KAIT KEONG

    JABATAN PENDIDIKAN JASMANIINSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS RAJA MELEWAR

  • 7/31/2019 Renang Kuak Lentang Pjm 3104 Auto Saved)

    2/5

    BIODATA PELAJAR

    NAMA : CHE SHAZUANDY BIN CHE MOHD YASIN

    NO I/C : 811112-03-5013

    NO TEL. : 019-3627634

    ALAMAT : NO 9, JALAN PENDITA 1,

    RUMAH TAMAN PENDITA,

    72000, KUALA PILAH,

    NEGERI SEMBILAN.

    ALAMAT SEK: SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS FELDA,

    FELDA KEPIS,

    72000 KUALA PILAH,

    NEGERI SEMBILAN.

    INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

    SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

    PROGRAM : PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG)

    OPSYEN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH

    RENDAH

    AMBILAN : JUN 2011

    SEMESTER : SEMESTER 2

  • 7/31/2019 Renang Kuak Lentang Pjm 3104 Auto Saved)

    3/5

    RENANG KUAK LENTANG

    PENGENALAN

    Kuak Lentang menyelamat adalah renangan yang digunakan oleh penyelamat untuk

    menunda mangsa ke tempat selamat. Kuak Lentang menyelamat merupakan renang

    yang mudah kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air.

    Penyelamat hendaklah sentiasa mengekalkan keadaan stream line dengan melunsur

    dan membentuk badan yang paling kurang heretan air.

    KUAK LENTANG MENYELAMAT

    Kuak lentang menyelamat adalah cara yang efektif dalam proses menyelamat mangsa yang

    lemas apabila kedua-dua tangan diperlukan untuk kegunaan lain ( memegang boya @ pelampung)

    selain daripada rintangan yang ada ketika menyelamatkan mangsa. Kelebihan kuak ini adalah seperti

    berikut :

    Pernafasan tidak terganggu

    Berguna untuk melakukan jarak yang jauh tetapi tidak memerlukan tenaga yang banyak

    berbanding dengan kuak-kuak yang lain.

    Semasa kuak ini kepala akan terdongak ke atas dan ini membantu melancarkan pernafasan

    Berguna untuk menunda mangsa terutamanya apabila kedua-dua tangan diperlukan untuk

    memegang mangsa berguna untuk menunda objek dalam air yang dalam.

    Boleh menggunakan pelbagai aksi kaki (breasrstroke, egg-beater)

  • 7/31/2019 Renang Kuak Lentang Pjm 3104 Auto Saved)

    4/5

    KEMAHIRAN ASAS KUAK LENTANG MENYELAMAT

    1. TEKNIK PERNAFASAN

    Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui

    hidung. Nafas ditarik sebaik kaki dibengkokkan dan nafas dihembus sewaktu

    membuat tendangan.

    2. TEKNIK KAYUHAN TANGAN

    Seperti yang kita ketahui, dalam kuak ini pergerakan tangan tidak berapa diperlukan kerana

    biasanya dalam misi menyelamatkan mangsa lemas, tangan kita berfungsi untuk memegang

    mangsa atau objek (boya @ pelampung). Tetapi jika tangan kita tidak berfungsi seperti

    diatas, disini ada sedikit cara-cara pergerakan tangan dalam kuak lentang menyelamat

    ini.Dari bahu, tangan mestilah berada dibawah paras air. Siku mestilah berada pada paras

    30% manakala tapak tangan menjulur ke luar air. Kedua-dua tangan mestilah menguak

    dengan kuat dan memerlukan sedikit tenaga dengan menolak dengan keadaan

    berkoordinasi yang betul dengan pangkal paha. Siku mestilah sedikit melengkung dengan

    berperingkat-peringkat semasa dalam kedaaan kuakan. Semasa keadaan siku melurus,

    tangan mestilah tertuju ke bawah paras air. Pergerakan tangan adalah sama dengan

    pergerakan tangan kuak lentang asas tetapi pergerakan tangan untuk kuak lentang

    menyelamat lebih teratur.

  • 7/31/2019 Renang Kuak Lentang Pjm 3104 Auto Saved)

    5/5

    3. TEKNIK TENDANGAN KAKI

    Teknik untuk kuak lentang menyelamat ini adalah lebih kurang sama dengan kuak dada.

    Semasa lungsuran kaki mestilah banyak memainkan peranan berbanding dengan kaki dan

    kedudukan kaki dibawah paras air.Pergerakan kaki mestilah disokong dengan lentikkan lutut

    supaya pergerakan bergerak lancar. Tiada lentikan untuk paha atau pinggul kerana ini untuk

    mengelakkan paha atau pinggul terbenam kebawah dan ini meningkatkan lagi rintangan.

    Apabila lentikkan lutut mencapai 90%, pergerakan kaki mestilah menguak seperti pergerakan

    kuak dada. Posisi ini bertujuan untuk memastikan pergerakan kaki lancar dan

    teratur.Pergerakan kaki mestilah bermula dengan mengasak bahagian kaki dan belakang.

    Bahagian-bahagian ini memainkan peranan penting dalam pergerakan kauk ini. Pergerakan

    pergelangan kaki mestilah bersama-sama dengan pergerakan kaki. Tekanan akan dirasai

    pada buku lali dan salah satu kaki semasa pergerakan kaki. Kelajuan tendangan kaki adalah

    sangat penting semasa pergerakan kaki. Pergerakan pergelanggan kaki menambahkan lagi

    kelajuan pergerakan.