rempah kari

1
Rempah-Rempah yang biasa digunakan dalam rempah kari ialah: 1. Serbuk Cili (kering) 2. Serbuk Kunyit 3. Serbuk Jintan Manis 4. Serbuk Jintan Putih 5. Serbuk biji rempah (corriander) 6. Serbuk lada putih 7. serbuk biji halba (fenugreek seeds) 8. Serbuk cengkih 9. serbuk halia 10. serbuk buah pelaga. 11. serbuk kulit kayu manis. (kalau tak kenal rempah baca dulu posting mamak diblog ini berkenaan Rahsia Repmah). Halia , bawang putih dengan bawang merah seperti biasa perlu digunakan juga dalam resipi kari anda nanti. Rempah-rempah anda boleh beli dari dikedai-kedai rempah. kalau tidak dapat beli anda boleh kisar sendiri dengan biji-biji rempah (raw) ini dengan masukkan dalam ketuhar dalam suhu 350 darjah F selama 7 minit atau pun salai di panas terik di luar rumah. Anda juga boleh giling dengan sedikit air bersama dengan bawang putih, bawang merah kecil dan halia sekali. Cili kering perlu pemula dalam proses giling. Jadilah rempah giling basah. Yang Mamak jual rempah giling yang berlonggok itu bukan giling rempah asli cuma serbuk rempah dibasahkan dengan air. Jangan teruja dengan rempah giling asli hmmm tanggal lengan anda kalau giling sebegitu banyak rempah seharian kecuali mengunakan mesin giling import yang bodoh. Masalah rempah serbuk pula yang kita beli telah ditambah tepung beras dan kualiti rempah yang digunakan tidak memuaskan. Maka hasilnya tidak akan sama dengan rempah giling yang menggunakan rempah berkualiti dan tanpa campuran dengan bahan lain. Masa Mamak kanak- kanak dulu selalu ikut Ibu (mami) hantar rempah yang telah disalai ke Kilang (kecil) kisar rempah. Mami suka gunakan rempah yang telah dikisar untuk masak, masakan lauk nasi kandar. Mamak kurang tahu pulak masih ada lagi kah kilang (kecil) pengisar rempah yang boleh ambil upah untuk mengisar rempah yang kita sediakan?. Kalau ada sila gunakan perkhidmatan mereka. Boleh jadi taukeh rempah. Resepi Rempah untuk resepi 1/2 kg. Ikan masak kari: Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili. 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit. 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder) 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder). 1 sudu kecil serbuk jintan manis. 1 sudu kecil serbuk jintan putih. Nota: Perhatikan sekiranya penyediaan rempah untuk ikan, garam masala tidak digunakan. Garam masala?. apa benda itu? .cari sendiri. Sekiranya masak daging atau ayam perlu gunakan serbuk garam masala. Anda boleh bermula dengan adun rempah dari jumlah kecil hingga ke jumlah yang besar sekiranya sudah dapat formula yang terbaik. Ciptalah resepi anda sendiri lebih hebat dari resepi rempah Mamak di atas untuk selera anda dan keluarga anda. Rempah serbuk kari Daging dan kari Ayam belajar adunan rempah sendiri yea .hahaha!.

Upload: arvin4d

Post on 22-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Resepi

TRANSCRIPT

Page 1: Rempah Kari

Rempah-Rempah yang biasa digunakan dalam rempah kari ialah:1. Serbuk Cili (kering) 2. Serbuk Kunyit 3. Serbuk Jintan Manis 4. Serbuk Jintan Putih 5. Serbuk biji rempah (corriander) 6. Serbuk lada putih 7. serbuk biji halba (fenugreek seeds) 8. Serbuk cengkih 9. serbuk halia 10. serbuk buah pelaga. 11. serbuk kulit kayu manis. (kalau tak kenal rempah baca dulu posting mamak diblog ini berkenaan Rahsia Repmah). Halia , bawang putih dengan bawang merah seperti biasa perlu digunakan juga dalam resipi kari anda nanti. Rempah-rempah anda boleh beli dari dikedai-kedai rempah. kalau tidak dapat beli anda boleh kisar sendiri dengan biji-biji rempah (raw) ini dengan masukkan dalam ketuhar dalam suhu 350 darjah F selama 7 minit  atau pun salai di panas terik di luar rumah. Anda juga boleh giling dengan sedikit air bersama dengan bawang putih, bawang merah kecil dan halia sekali. Cili kering perlu pemula dalam proses giling. Jadilah rempah giling basah. Yang Mamak jual rempah giling yang berlonggok itu bukan giling rempah asli cuma serbuk rempah dibasahkan dengan air. Jangan teruja dengan rempah giling asli…hmmm tanggal lengan anda kalau giling sebegitu banyak rempah seharian kecuali mengunakan mesin giling import yang bodoh.  Masalah rempah serbuk pula yang kita beli telah ditambah tepung beras dan kualiti rempah yang digunakan tidak memuaskan. Maka hasilnya tidak akan sama dengan rempah giling yang menggunakan rempah berkualiti dan tanpa campuran dengan bahan lain. Masa Mamak kanak-kanak dulu selalu ikut Ibu (mami) hantar rempah yang telah disalai ke Kilang (kecil) kisar rempah. Mami suka gunakan rempah yang telah dikisar untuk masak, masakan lauk nasi kandar. Mamak kurang tahu pulak masih ada lagi kah kilang (kecil) pengisar rempah yang boleh ambil upah untuk mengisar rempah yang kita sediakan?. Kalau ada sila gunakan perkhidmatan mereka. Boleh jadi taukeh rempah.Resepi Rempah untuk resepi 1/2 kg. Ikan masak kari:

Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili. 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit. 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder) 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder). 1 sudu kecil serbuk jintan manis. 1 sudu kecil serbuk jintan putih. Nota: Perhatikan sekiranya penyediaan rempah untuk ikan, garam

masala tidak digunakan. Garam masala?. apa benda itu?….cari sendiri. Sekiranya masak daging atau ayam perlu gunakan serbuk garam masala.Anda boleh bermula dengan adun rempah dari jumlah kecil hingga ke jumlah yang besar sekiranya sudah dapat formula yang terbaik. Ciptalah resepi anda sendiri lebih hebat dari resepi rempah Mamak di atas untuk selera anda dan keluarga anda. Rempah serbuk kari Daging dan kari Ayam belajar adunan rempah sendiri yea….hahaha!.