remaja rentung dalam kebakaran kedai runcit

4
Remaja rentung dalam kebakaran kedai runcit Astro Awani |Kemas kini:Februari 03, 2015 (Diterbitkan pada: Februari 03, 2015 08:47 MYT) Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa sebuah kedai runcit yang terbakar kira-kira jam 7 petang di Kampung Namdam, Pendang di sini, hari ini. Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui rentung dalam kebakaran tersebut. -- fotoBERNAM PENDANG: Seorang remaja perempuan rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Nam Dam, Jalan Sungai Tiang, Pendang, Kedah kira-kira 7.00 malam Isnin. Mangsa Wan Putri Nurul Aisyah Abdullah, 13 tahun ditemui rentung dalam keadaan terbaring di ruang belakang kedai runcit dipercayai akibat terperangkap. Menurut saksi, mangsa pergi ke kedai runcit berkenaan bersama seorang rakan untuk membeli makanan ringan. Bagaimanapun mangsa tiba-tiba panik sejurus selepas terdengar percikan api dipercayai akibat litar pintas daripada wayar elektrik. Seorang lagi saksi, Wan Mohd Firdaus Wan Abdul Wahad berkata api yang marak membuatkan bantuan ke atas mangsa sukar dilakukan. “Saya duduk di kedai sebelah sedang membeli makanan, ketika saya keluar saya lihat ada kebakaran dan ada seorang budak (di dalam

Upload: lydia-alexander-ate

Post on 22-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

artikel kebakaran

TRANSCRIPT

Page 1: Remaja Rentung Dalam Kebakaran Kedai Runcit

Remaja rentung dalam kebakaran kedai runcit

Astro Awani |Kemas kini:Februari 03, 2015(Diterbitkan pada: Februari 03, 2015 08:47 MYT)

Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa sebuah kedai runcit yang terbakar kira-kira jam 7 petang di Kampung Namdam, Pendang di sini, hari ini. Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui rentung dalam kebakaran tersebut. -- fotoBERNAM

PENDANG: Seorang remaja perempuan rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Nam Dam, Jalan Sungai Tiang, Pendang, Kedah kira-kira 7.00 malam Isnin.

Mangsa Wan Putri Nurul Aisyah Abdullah, 13 tahun ditemui rentung dalam keadaan terbaring di ruang belakang kedai runcit dipercayai akibat terperangkap.

Menurut saksi, mangsa pergi ke kedai runcit berkenaan bersama seorang rakan untuk membeli makanan ringan.

Bagaimanapun mangsa tiba-tiba panik sejurus selepas terdengar percikan api dipercayai akibat litar pintas daripada wayar elektrik.

Seorang lagi saksi, Wan Mohd Firdaus Wan Abdul Wahad berkata api yang marak membuatkan bantuan ke atas mangsa sukar dilakukan.

“Saya duduk di kedai sebelah sedang membeli makanan, ketika saya keluar saya lihat ada kebakaran dan ada seorang budak (di dalam kedai tersebut). Panas… tidak boleh buat apa… api marak,” katanya.

Sebanyak dua jentera bomba dari balai bomba dan penyelamat Jalan Raja 1, Kota Setar Dan Kuala Nerang dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati kedai runcit berkeluasan 600 kaki persegi hangus 100 peratus.

Page 2: Remaja Rentung Dalam Kebakaran Kedai Runcit

Bagaimanapun, api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian, namun mangsa telah ditemui dalam keadaan rentung di dalam ruang kedai.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-rentung-dalam-kebakaran-kedai-runcit-53298?cp

Page 3: Remaja Rentung Dalam Kebakaran Kedai Runcit

CERAMAH DAN DEMONSTRASI PERALATAN 'FIRE EXTINGUISHER' DAN 'FIRE DRILL' DI KOMPLEKS

VETERINAR KEPAYANDiterbitkan pada 02/02/2012

Pada 1 Februari 2012 (rabu), jam 9.00 pagi, satu ceramah kebakaran telah diadakan di

Kompleks Veterinar JPHPT, Kepayan. Seramai 42 kakitangan daripada Makmal Diagnosa

Veterinar Kota Kinabalu (MDVKK), Klinik Veterinar, dan Makmal Kesihatan Awam Veterinar

(KAV) telah menghadiri ceramah ini. Ceramah kebakaran ini telah disampaikan oleh En.

Ariffin Harris, seorang pegawai bomba yang berpengalaman manakala demostrasi dan

latihan penggunaan alat pemadam api fire extinguisherdan fire drill telah disampaikan oleh

Pn. Herlina, juga seorang pegawai bomba dan penyelamat Malaysia. Tujuan utama

ceramah seperti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada

semua warga kompleks veterinar dimana jika berlaku sebarang kebakaran, penghuni dapat

keluar dengan cara yang tenang, cepat, dan teratur. Selain daripada itu, penerangan

mengenai punca-punca kebakaran, dan langkah-langkah mengelak kebakaran juga

dijelaskan agar kakitangan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku. Ceramah

kebakaran dan latihan alat pemadam api ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. ceramah

kebakaran ini telah memberi manfaat kepada semua warga kompleks veterinar yang ikut

serta. Api amat berbahaya kerana ia tidak mengenal usia, jantina, dan bangsa. Bak kata

pepatah ‘kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’. Oleh itu, langkah berjaga-jaga harus

dititikberatkan.

Sumber disediakan oleh:

En. Rusli Bin Ahmad dan Cik Siti Saidah Binti Ag. Ahmad

Page 4: Remaja Rentung Dalam Kebakaran Kedai Runcit