hakcipta terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/nashya aref - madu di hujung... ·...

52
Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 1 MADU DI HUJUNG HEMPEDU Oleh Nashya Aref Hakcipta Terpelihara. Madu Di Hujung Hempedu Bab 1 Madu Di Hujung Hempedu Bab 2 Madu Di Hujung Hempedu Bab 3 Madu Di Hujung Hempedu Bab 4 Madu Di Hujung Hempedu Bab 5 Madu Di Hujung Hempedu Bab 6 Madu Di Hujung Hempedu Bab 7 Madu Di Hujung Hempedu Bab 8 Madu Di Hujung Hempedu Bab 9 Madu Di Hujung Hempedu Bab 10 Madu Di Hujung Hempedu Bab 11 Madu Di Hujung Hempedu Bab 12 Madu Di Hujung Hempedu Bab 13 Madu Di Hujung Hempedu Bab 14 Madu Di Hujung Hempedu Bab 15 Madu Di Hujung Hempedu Bab 16 Madu Di Hujung Hempedu Bab 17 Madu Di Hujung Hempedu Bab 18 Madu Di Hujung Hempedu Bab 19 Madu Di Hujung Hempedu Bab 20 Madu Di Hujung Hempedu Bab 21 (Akhir) Madu Di Hujung Hempedu Bab 1 "Abang, marilah makan. Nasi dah lama terhidang. Nanti sejuk pula," panggil Syazaina dari ruang makan. Tiada sahutan. Syazana menjenguk ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan rumah mereka. "Abang, marilah makan." Sekali lagi Syazana mempelawa suaminya. "Kau sajalah yang makan. Aku nak habiskan dulu baca surat khabar ni. Kau tak nampak ke? Lagipun, kan selama ni kau selalu makan seorang? Tak kisahlah kalau hari ni pun kau makan seorang, kan!" Kata Farhan tanpa memandang ke wajah Syazana. Syazana terdiam mendengar jawapan dari Farhan. Dia tahu, kalau itu jawapan Farhan, janganlah dipelawa lagi. Kalau berdegil juga diajak makan, akan melentinglah dia. Syazana kembali ke ruang makan. Dia menceduk nasi ke dalam pinggan. Nasi disuap

Upload: vuongnhan

Post on 22-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 1

MADU DI HUJUNG HEMPEDU Oleh Nashya Aref Hakcipta Terpelihara. Madu Di Hujung Hempedu Bab 1

Madu Di Hujung Hempedu Bab 2

Madu Di Hujung Hempedu Bab 3

Madu Di Hujung Hempedu Bab 4

Madu Di Hujung Hempedu Bab 5

Madu Di Hujung Hempedu Bab 6

Madu Di Hujung Hempedu Bab 7

Madu Di Hujung Hempedu Bab 8

Madu Di Hujung Hempedu Bab 9

Madu Di Hujung Hempedu Bab 10

Madu Di Hujung Hempedu Bab 11

Madu Di Hujung Hempedu Bab 12

Madu Di Hujung Hempedu Bab 13

Madu Di Hujung Hempedu Bab 14

Madu Di Hujung Hempedu Bab 15

Madu Di Hujung Hempedu Bab 16

Madu Di Hujung Hempedu Bab 17

Madu Di Hujung Hempedu Bab 18

Madu Di Hujung Hempedu Bab 19

Madu Di Hujung Hempedu Bab 20

Madu Di Hujung Hempedu Bab 21

(Akhir)

Madu Di Hujung Hempedu Bab 1 "Abang, marilah makan. Nasi dah lama terhidang. Nanti sejuk pula," panggil Syazaina dari ruang makan. Tiada sahutan. Syazana menjenguk ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan rumah mereka. "Abang, marilah makan." Sekali lagi Syazana mempelawa suaminya. "Kau sajalah yang makan. Aku nak habiskan dulu baca surat khabar ni. Kau tak nampak ke? Lagipun, kan selama ni kau selalu makan seorang? Tak kisahlah kalau hari ni pun kau makan seorang, kan!" Kata Farhan tanpa memandang ke wajah Syazana. Syazana terdiam mendengar jawapan dari Farhan. Dia tahu, kalau itu jawapan Farhan, janganlah dipelawa lagi. Kalau berdegil juga diajak makan, akan melentinglah dia. Syazana kembali ke ruang makan. Dia menceduk nasi ke dalam pinggan. Nasi disuap

Page 2: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 2

ke mulut. Payau. Namun digagahi juga menelan nasi itu. Rezeki jangan dibuang. Susah payah Farhan mencari rezeki, takkan nak dibuang sesuka hati?! Sambl menyuap nasi masuk ke dalam mulut, dikirannya jauh melayang mengingati saat-saat awal perkahwinannya dahulu. Kata teman-temannya, alam perkahwinan adalah alam yang amat bahagia, namun sehingga kini dia masih belum mengecapi nikmat bahagia sebuah perkahwinan. Selepas bersanding petang itu, Syazana terus masuk ke bilik. Hajat dihati nak mengemas barang-barang untuk dibawa ke rumah suaminya di Johor. Maklum saja, selepas bersanding di rumahnya, mereka akan bersanding sekali lagi di Johor pula. Ramai saudara-mara sebelah suaminya mahu melihat mereka di atas pelamin. Bimbang ada barang-barang yang tertinggal nanti membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengemas awal. Farhan masuk ke dalam bilik dengan wajah yang mencuka. Syazana hairan. Bungkam saja wajah suaminya hari ini. Tak gembirakah dia hari ini sedangkan hari ini adalah hari bersejarah mereka berdua? Agak lama dia memerhatikan Farhan yang duduk di birai katil tanpa memandang ke arahnya langsung. Tangan Syazana semakin rancak memasukkan baju-baju yang hendak dibawa bersama ke Johor tetapi matanya sekejap-sekejap mengerling ke arah Farhan. "Kenapa, bang? Abang ni Sya tengok macam ada masalah je. Kalau ada apa-apa yang mengganggu fikiran abang, kongsilah dengan Sya. Mungkin Sya boleh tolong abang!" "Tak payahlah nak ambil hati aku. Keluar. Aku nak duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Jangan masuk selagi aku tak benarkan kau masuk. Faham?!!!" Terpinga-pinga Syazana ditengking oleh Farhan. Tetapi dia mengangguk dan menyorongkan begnya ke bawah katil. Dia bangun dan keluar dari bilik, membiarkan Farhan duduk seorang menenangkan fikirannya. Di luar bilik, dia termangu sendirian. Kenapa Farhan menengkingnya? Apa yang dimaksudkannya dengan 'tak payah ambil hati' tu? Syazana cuba mengingati apa salahnya. Tiada rasanya. "Kenapa, Sya? Kenapa Sya berdiri di luar ni? Farhan mana?" Tersentak Syazana apabila Hani menegurnya. Dia cuba mengukir senyuman. "Tak ada apa-apa, kak Hani. Saja je Sya berdiri di sini. Abang Far ada di dalam. Dia pening kepala. Agaknya penat kot." Malam itu sedang Syazana duduk mendagu di hadapan televisyen, dia terasa bahunya ditepuk orang. Dia menoleh dan Mahfuza menggamitnya agar mengekorinya ke dapur. Syazana akur dan terus bingkas bangun dari duduk. Dia membontoti langkah-langkah Mahfuza sambil kepalanya sibuk mencongak-congak mencari sebab kenapa dia dipanggil ke dapur. Dari jauh, sewaktu dia menuruni anak-anak tangga kayu yang sudah usang itu, dia dapat melihat emak dan adik-beradiknya duduk berkumpul di tengah-tengah rumah menantikan kehadirannya dan Mahfuzah. Dadanya berombak perlahan. Dia cuba tidak menyangka apa-apa.

Page 3: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 3

"Hai, kenapa semuanya duduk berkumpul di sini? Patutlah Sya cari di atas semua tak ada. Ada mesyuarat tergempar ke, mak?" Sapa Syazana sambil cuba mengukir senyuman tetapi gagal apabila dilihatnya semua abang-abang dan kakak-kakaknya hanya mendiamkan diri. Gelodak hatinya terlalu pantas dirasakannya sehingga membuatkan badannya sedikit menggigil. Emaknya hanya tunduk memandang ke lantai tak mendongak memandangnya. Seolah-olah malu untuk bertentangan wajah dengannya. "Duduk dulu, Sya. Kami ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan Sya." Pelawaan berupa perintah dari Fansuri didengar. Masyira mengisut sedikit mendekati Fansuri yang memakai baju Melayu teluk belanga hitam malam itu memberi ruang bagi Syazana duduk di sebelahnya. "Begini, Sya..." Fansuri berdehem beberapa kali sebelum meneruskan bicaranya. Syazana sabar menanti kata-kata seterusnya dari mulut Fansuri. Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarganya, Fansuri bertindak sebagai ketua keluarga setelah pemergian ayah mereka. "Kami dah berbincang dan bersetuju nak minta Sya balik lambat sikit ke rumah emak mertua Sya di Johor tu. Kami semua dah nak mula bekerja dan balik ke rumah masing-masing lusa. Jadi, kami takut kalau-kalau ada benda lagi yang tak dapat nak disiapkan hari ni dan esok, tak ada orang yang nak menolong emak nanti. Nak harapkan emak dan Mak Uteh, manalah mereka ni larat. Jadi, kami nak tanya ni boleh tak Sya cakapkan dengan Farhan kalau korang balik lambat sikit ke sana? Abang tahu, lepas ni Sya akan bersanding di sana pula. Tapi, rasanya kalau balik lambat sikit tak apa, kan! Mesti dia orang dah siapkan apa-apa yang patut untuk majlis tu nanti. Kami ni, faham-faham sajalah.... susah nak dapat cuti lama-lama untuk tolong siapkan semua ni. Nanti kami ambil cuti lagi untuk ke Johor. Harap-harap Sya faham....." "Sya faham, Abang Fan. Abang dan kakak semua balik untuk meraikan majlis perkahwinan Sya ni pun dah syukur banyak-banyak. Terima kasih sebab bersusah-payah tolong bereskan majlis ni. Mengenai tu, janganlah bimbang. Sya akan bincang dengan Farhan dan rasanya dia takkan keberatan. Bila dah habis cuti nanti, baliklah bekerja macam biasa. Sya akan tolong emak sampai siap semuanya." "Kalau Sya nak balik ke Johor, baliklah... emak tak larang. Mak masih kuat lagi untuk kemas barang-barang ni. Tak usahlah Sya bimbangkan mak," ujar Mak Ngah Limah agak sayu. Sesungguhnya dia sedih untuk melepaskan anak bongsunya itu. Syazanalah satu-satunya anak yang tinggal selepas semua anak-anaknya berkahwin dan berhijrah ke bandar. Syazanalah yang banyak membantunya selama ini di waktu dia benar-benar memerlukan pertolongan anak-anaknya. Yang lain, hanya balik beberapa kali setahun terutamanya hari raya. Selebihnya, hanya singgah menjenguknya dan balik di hari yang sama.... Syazana tunduk memandang ke lantai. Dia sedih mendengar Mak Ngah Limah berkata begitu. Athira mengambil cawan-cawan kotor dan meletakkan ke dalam dulang untuk dibawa ke sinki. Abang dan kakak-kakaknya yang lain tidak bersuara sedikit pun sama ada menyokong atau membantah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mak Ngah Limah dan juga Fansuri.

Page 4: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 4

"Insya-Allah, mak. Sya akan cakap pada Farhan nanti yang Sya kena pergi Johor lambat sikit. Sya akan tolong kemaskan rumah ni sampai selesai semuanya. Sya akan telefon dan beritahu orang di Johor dan Sya rasa dia orang mesti faham dengan situasi di sini," kata-kata Syazana melegakan hati abang-abang dan kakak-kakaknya. Mereka bukannya mahu lepas tangan begitu sahaja tetapi mereka mahu Syazana meluangkan lebih masa dengan Mak Ngah Limah sebelum Syazana berpindah mengikut suaminya kelak. Mak Ngah Limah tersenyum cuma apabila mendengar penjelasan Syazana. Dalam diam dia bersyukur ke hadrat Ilahi yang mengurniakan anak-anak yang baik padanya. Abang Leman, kalaulah abang masih ada di sini, abang pasti bangga kerana memiliki anak-anak yang hormat pada kedua ibu bapa. Tapi sayang, abang tinggalkan kami terlalu awal...... bisik hati kecil Mak Ngah Limah. Jam berbunyi menandakan sudah pukul 11 malam. Syazana memohon diri untuk masuk ke bilik. Sampai sahaja di bilik, dia lihat Farhan sedang sibuk mengemas beg bajunya. Tanpa menoleh ke arahnya Farhan mengarahkannya supaya mengemas beg-beg bajunya segera. "Bang, emak minta kita balik lambat sikit ke Johor. Banyak lagi kerja yang nak dibereskan di sini. Kesian mak.... abang-abang dan kakak-kakak semua dah nak balik lusa. Jadi, nanti tak ada orang nak tolong emak kemaskan rumah ni. Kita balik lambat sikit, ya bang! Kita tolong emak kemas rumah ni dulu, lepas tu baru kita balik ke Johor. Esok Sya akan telefon emak abang di Johor untuk maklumkan pada mereka kita akan sampai lambat sikit." "Habis tu, kau nak aku jadi tunggul kat sini? Aku tak nak duduk sini lama-lama. Esok kita balik Johor!!" Bentak Farhan. Terkedu Syazana mendengar bentakan itu. "Siapa yang kata abang akan jadi tunggul di sini? Kenapa abang mesti cakap macam tu? Kan ini pun rumah abang juga!!! Bukan Sya nak suruh abang buat kerja yang berat-berat. Sya yang akan tolong emak. Kalau abang tak nak, abang boleh duduk dalam bilik ni.." "Ini bukan rumah aku. Tak kiralah aku dah kahwin dengan kau ke, tak kahwin dengan kau ke.. rumah ni tetap bukan rumah aku!! Faham!!! Aku tak boleh nak duduk lama-lama kat sini! Rimas kau tahu???" "Abang!!! Kan kita baru kahwin... Abang macam dipaksa je kahwin dengan Sya ni!!!" Syazana sudah mula menangis." "Memang!!!" Bulat mata Syazana merenung ke wajah Farhan. Farhan berpusing menghadap Syazana. "Memang aku dipaksa kahwin dengan kau. Aku terpaksa merelakan perkahwinan ni sebab aku hormat dan sayangkan ibu bapa aku. Aku tak pernah terlintas nak kahwin dengan kau tapi bila mengenangkan emak dan ayah aku dan adik-beradik aku dah sayangkan kau lebih dari segala-galanya, aku terpaksa mengikut kemahuan mereka. Jangan ingat aku akan layan kau sebagaimana yang kau harapkan daripada aku selama ni."

Page 5: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 5

"Cukup, bang!! Cukup!!! Perlahankan suara abang tu. Jangan sampai keluarga Sya dengar. Kalau emak dengar, hancur hatinya...." "Aku nak tidur di luar. Kau tidurlah di sini. Ingat!! Mulai dari malam ni, kita akan tidur asing-asing." Farhan mencapai bantal dan selimut tetapi segera ditarik balik oleh Syazana. Dia memeluk bantal itu. "Jangan, bang!! Abang tidurlah atas katil tu. Sya akan tidur di bawah ni tapi... tolong jangan tidur di luar. Sya pinta pada abang, kalau pun nak balas dendam biar hanya pada Sya.... jangan pada keluarga Sya." Syazana menarik bantal dan selimut ke ribaannya dan mencapai tilam toto yang dibeli 2 tahun lepas. Dia membentang tilam itu di lantai dan merebahkan diri di situ. Angan-angan mahu merasmikan katil dan tilam baru bersama suami tak kesampaian. Farhan sudah pun terlelap dan mungkin juga sudah bermimpi. Mata Syazana masih belum mahu lelap. Tanpa disedari, airmata itba-tiba mengalir ke pipi. Tangannya pantas mengesat airmata itu. Sedunya ditahan kerana bimbang didengar oleh Farhan. Syazana merenung baju pengantin yang dipakainya siang tadi. Hatinya semakin diundang kesayuan. Esakan yang tadinya tidak berbunyi kini semakin kuat. "Hei! Pekak ke? Kenapa aku panggil kau tak dengar?" Syazana tersentak dan menyapu airmatanya. Farhan berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang. "Maafkan Sya, bang. Sya tak dengar tadi. Abang nak makan?" "Tak payah! Aku nak keluar. Tengok masakan kau ni pun, aku dah nak muntah, Kalau makan agaknya lagilah teruk." Syazana hanya mampu melihat Farhan berlalu meninggalkan rumahnya tengahari itu. Dia mengesat sisa-sisa airmata yang masih setia menemaninya. Begitulah perangai Farhan sejak mula berkahwin sehingga kini. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 2 "Sampai bila kita ni nak begini, bang? Cuba abang cakap dengan Sya macam mana lagi Sya nak buat untuk puaskan hati abang. Semua yang Sya buat serba tak kena dalam rumah ni." Tanya Syazana suatu petang sewaktu dia baru balik dari kerja. Kebetulan, hari itu anginnya tak baik. "Aku balik rumah je, kau membebel. Apa lagi yang kau nak ni? Cuba jangan kacau aku tak boleh ke? Aku ni dah lah penat, kepala otak aku ni berserabut dengan macam-macam hal kat office tu.... balik rumah pulak kau memekak kat telinga aku!!" Jerit Farhan. Syazana buat tak peduli dengan kemarahan Farhan. Marah dia je yang dia tahu, marah kita dia tak tahu!! Gerutunya dalam hati.

Page 6: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 6

"Sya bukan nak apa-apa dari abang tapi Sya nak tahu kenapa mesti abang buat Sya macam ni? Kenapa mesti seksa Sya? Abang buat Sya ni macam tunggul kayu kat rumah ni.... seolah-olah Sya tak wujud depan abang!! Sudahlah tak tidur sebilik, makan pun sendiri-sendiri. Makanan yang Sya hidangkan tak pernah langsung abang nak usik. Yang abang ikut suka hati saja nak keluar ke, apa ke, sikit pun tak beritahu pada Sya. Rumah ni abang buat macam hotel tempat persinggahan abang. Bila nak balik, abang balik. Bila tak nak tu, abang biarkan Sya sorang-sorang kat rumah ni!! Apa gunanya Sya kahwin dengan abang kalau untuk semua ni?" "Aku tak minta kau kahwin dengan aku! Aku tak paksa kau.... Kau yang nak sendiri... Bukan aku tak pernah bagi amaran kat kau, tapi kau tetap nak terima juga. Jangan salahkan aku! Kalau kau rasa bosan, pergilah mana pun yang kau suka. Asalkan kau tak menyusahkan aku!" Farhan menanggalkan baju yang dipakai. Bahang semakin terasa. Bukan bahang panas mentari, tapi bahang amarahnya. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak terlalu berkasar dengan Syazana. Malas nak cari gaduh. "Sampai hati abang buat Sya macam ni. Sya sanggup berhenti kerja selepas kahwin, Sya sanggup lepaskan segala-galanya untuk abang tapi ini balasan abang pada Sya. Sya malu pada jiran-jiran kita, bang! Mereka seolah-olah tahu gelodak rumahtangga kita..." Syazana sudah mula menangis. "Kalau kau malu, pergilah balik kampung. Aku pun tak kisah sangat kalau kau tak ada kat sini. Sekurang-kurangnya, aku tak payah nak fikir banyak-banyak. Senang sikit hidup aku. Lagipun, kau ada kat sini pun bukannya ada apa-apa makna pada aku!!" Syazana memandang tepat ke arah Farhan. Sungguh, dia tak pernah menyangka sampai begitu sekali Farhan membencinya. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik dengan esakan yang masih berterusan. Tuk! Tuk! Tuk!! Khayalannya hilang dan Farhan menoleh ke kanan. Seorang gadis manis sedang tersenyum padanya dan memberi isyarat agar dia menurunkan cermin tingkapnya. Farhan terkasima melihat wajah gadis itu. Mimpikah dia? Gadis yang berada dalam kereta belakang sekarang berada di sisinya? Berkala-kali dia meraup wajah. Tak keruan. "Saudara....," sapa gadis itu lembut. "Eerrr... ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Bergetar sedikit suara Farhan. Sedaya upaya dia cuba menahan gelodak di hati. "Saudara tak nak jalan ke? Lampu merah tu dah lama tukar hijau! Atau saudara mahu saya tolong panggilkan kereta tunda untuk tunda kereta saudara ni!" Merah padam mukanya mendengar kata-kata gadis itu. Segera dia memandang ke arah lampu isyarat. Barulah dia sedar yang memang lampu merah sudah bertukar pada lampu hijau. Telahannya salah. Sangkanya, gadis itu mahu mengenalinya tetapi rupanya gadis itu meminta dia jalan.

Page 7: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 7

"Ma.. maafkan saya, saudari! Saya... saya jalan sekarang!" Farhan segera menghidupkan enjin keretanya dan meluncurkan keretanya laju-laju. Malu dia mahu melihat ke wajah gadis itu untuk kali yang keduanya. Cukuplah sekali dia malu...... Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 3 Junaida merenung sahaja air lemon yang dipesannya tadi. Tadi, bersungguh-sungguh benar tekaknya mahu minum air itu tapi bila sudah berada di depan mata, seleranya tiba-tiba terbantut. Hilang langsung bila dia mengenangkan kembali masalahnya. Matanya tak lepas dari memerhatikan orang yang keluar masuk ke restoran itu. Bimbang juga dia seandainya orang yang ditunggu sejak setengah jam yang lalu tak datang. Sudah beberapa kali dia menelefon ke rumah, tapi tiada jawapan. Semalam, dia menelefon temannya itu kerana mahu bertemu untuk membincangkan soal mereka berdua. Seminggu dia berkursus di London membuatkan dia berfikir panjang tentang perhubungan tanpa arah mereka. Dia tahu temannya itu serba salah mahu membuat pilihan antara dia dan isteri yang baru 8 bulan dikahwininya. Wanita itu pilihan keluarga dan dia sendiri pilihan hati. Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Mahu diturut kata hati, keluarga menyisih. Mahu diterima pilihan keluarga, hati sendiri merana. Akhirnya, keputusan dibuat tanpa rela. Kemahuan keluarga dituruti demi menjaga hati ibu bapanya. Dan, Junaida sendiri yang kecewa. Kalau diikutkan rasa hati, memang dia mahu berdepan dengan isteri temannya itu tapi, dia tak sampai hati mahu mengecewakan wanita yang selama ini telah dianggap musuh tetapi tidak pula menunjukkan rasa permusuhan dengannya. Dia tahu wanita itu terlalu mengharapkan kehabagiaan daripada temannya itu. Dia juga begitu! Manakan tidak, setelah 3 tahun memadu kasih, tiba-tiba kekasih mahu dikahwinkan dengan gadis lain. Siapa yang tak kecewa? "Hai, melamun sampai I datang pun you tak perasan!" Pantas Junaida menoleh apabila terasa bahunya ditepuk orang. Orang yang ditunggu sudah tiba dan kini dia berdiri di depan matanya. Senyuman dihadiahkan dan Junaidah membalas. Terasa bahagia dengan hadiah itu. "Kenapa you telefon suruh I datang? You rindu pada I, ya!!" Ketawa kecil meletus dari mulut Junaidah. Bukan kerana lawak itu lucu tetapi kerana lucu melihat perangai Farhan. Dia hairan kenapa sehingga kini Farhan masih boleh berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "You masih boleh lagi buat macam biasa, ya! I dah fed-up, Far.." Keluhan terdengar dari nada suara Junaida. Farhan yang baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi terdiam. Sangkanya, Junaida mahu berjumpa untuk melepaskan rindu yang berbuku di dada tetapi rupanya dia mahu menyelesaikan masalah mereka yang masih tergantung itu.

Page 8: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 8

"Kenapa you bangkitkan perkara ni sekarang, Jun? I sangkakan…" "You sangkakan I sanggup jadi perempuan simpanan you selama-lamanya? Begitu?" Potong Junaida sebelum sempat Farhan menghabiskan kata-katanya. "No! I didn't mean that! Jun.. you mesti faham keadaan I sekarang! Bukan I sengaja nak menyeksa you. I sendiri pun terseksa. Parents I sayangkan isteri I. So, untuk beritahu hal perceraian I adalah sangat payah. Lagipun, usia perkahwinan I baru menjangkau 8 bulan. Syazana tak ada buat salah apa-apa, jadi... kalau I nak bercerai sekarang ni, apa pula kata parents I nanti?" "Jadi, I nak kena tunggu sampai bila? Sampai I dah tua atau I mesti tunggu wife you mati dulu? Please, Farhan... you tu lelaki. Kalau you tak nak ceraikan wife you pun, you boleh kahwin lagi satu! Atau... you ni pengecut nak mengaku pada parents you yang you cintakan I?" Sindiran Junaida benar-benar terkena pada batang hidung Farhan. Farhan menggeleng beberapa kali. "Bukan begitu maksud I, Jun. I memang nak kenalkan you pada parents I tapi sekarang bukan masanya. Tolong beri I masa lagi untuk berbincang dengan family I. I akan cuba slow talk dengan dia orang dan I akan bawa you berjumpa dia orang nanti." Junaida tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Dia hanya diam memandang gelas di hadapannya. Dia terasa dirinya bodoh kerana seperti diperalatkan oleh Farhan selama ini. Tapi dia sedar, cinta Farhan padanya bukan cinta monyet. Cinta mereka berdua kukuh, sekukuh Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jahan untuk Mumtaz; permaisuri tercinta. Cinta mereka takkan boleh digugat walaupun ribut melanda. Bukan dia tak kenal siapa isteri Farhan. Dia kenal. Malah, dia hadir ke majlis perkahwinan Farhan dan Syazana. Memang dia akui, Syazana memang lebih cantik darinya. Sopan-santunnya juga cukup untuk membuktikan dia adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri Farhan. Memang patut ibu bapa Farhan terpikat pada Syazana. Tiada cacat cela pada gadis itu. Tapi, bukannya dia tak cantik. Dia juga cantik walaupun tak setanding Syazana. Malah, dia rasa dia lagi pandai dan berjaya dari Syazana yang sebelum ini hanyalah seorang kerani akaun di sebuah firma kecil Dia juga sopan. Dia juga tahu menghormati orang tua. Tapi, kenapa bukan dia yang menjadi pilihan keluarga Farhan? Mungkin sudah nasib nya barangkali..... "Sudahlah tu, jangan termenung panjang. Kita pesan makanan sekarang. I dah lapar ni. I tak makan apa-apa pun dari tadi sebab nak makan dengan you." Junaidah menyedut air. "You sajalah yang pesan makanan. I tak ada selera nak makan sekarang." "Jun, please.... I janji akan bincangkan dengan parents I tentang kita nanti. Temankan I makan, ya!!" Pujuk Farhan. Junaida akhirnya mengangguk. Bukan benar-benar mahu makan tetapi sebab dah tak kuasa mendengar pujukan Farhan. Kembali Ke Atas

Page 9: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 9

Madu Di Hujung Hempedu Bab 4 "Abang, tolong beritahu Sya siapa perempuan yang selalu telefon abang selama ni. Siapa dia, bang?? Setiap kali selepas dia telefon, abang akan keluar. Abang pergi jumpa dia, kan! Siapa dia tu? Kak Junaida ke?" Surat khabar yang dipegang terlepas dari tangan. Farhan tunduk untuk mengutip kembali helaian surat khabar tetapi tangan Syazana lebih cekap mengautnya. Syazana menghulurkan helaian itu pada Farhan sambil menunggu reaksi suaminya. Farhan terus membaca surat khabar tanpa memperdulikan soalan Syazana. "Abang... Sya kan tanya abang ni! Betul ke selama ni kak Junaida yang selalu telefon abang?" "Memang!! Kau nak tahu sangat kan! Memang dia yang selalu telefon aku selama ni Malah, dia adalah kekasih aku dari dulu hingga sekarang. Kalau tak sebab kau..." "Kalau tak sebab Sya, mungkin sekarang ni dia dah jadi isteri abang, kan!" "Tahu pun kau! Kaulah penyebab segala masalah ni. Kalau tak sebab aku berkenalan dengan kau, mesti semua ni takkan jadi." "Kalau abang betul-betul nak kahwin dengan kak Junaida, Sya rela undur diri. Kita selesaikan masalah ni cara baik. Kita panggil emak dan ayah abang dan emak Sya duduk berbincang sama-sama. Sya akan berundur kalau memang itu permintaan abang. Tapi, Sya nak kedua belah pihak tahu kenapa kita berpisah. Sya tak nak nanti mereka salah faham dengan kita." "Jangan babitkan emak dan ayah aku. Kalau aku tahu kau buka mulut pada mereka, siaplah kau aku kerjakan nanti!" "Berani ke abang nak kerjakan Sya? Sedangkan selama ni kita hidup serumah ni pun abang tak pernah nak sentuh Sya! Inikan pula nak kerjakan Sya? Abang tak jijik ke nak sentuh perempuan yang abang paling benci dalam dunia ni?" Farhan terdiam mendengar kata-kata Syazana. Marah benar dia kerena Syazana berani membalas kembali kata-katanya. Syazana tersenyum memandang ke arahnya. Dalam hati, dia menjerit kegembiraan kerana berjaya membuatkan Farhan terdiam. Biar dia tahu bahawa selama ni diam Syazana bukannya diam kosong. Farhan tidak merenung lagi ke wajah Syazana. Dia ingat, dia telah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan menyentuh tubuh Syazana sampai bila-bila. Semuanya kerana dendam. Ya, baginya janji mesti ditepati. Dia bangun dan meninggalkan Syazana yang masih tersenyum gembira dengan kemenangannya. Syazana bangun apabila mendengar deringan telefon. Segera gagang diangkat dan salam diberi.

Page 10: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 10

"Farhan ada?" Suara si pemanggil menggetarkan hati Syazana. Dia kenal suara itu. Malah dia cam siapa pemilik suara itu. "Kenapa kak Jun mesti telefon suami saya?" "Hei, panggil Farhan cepat! Aku ada hal mustahak nak cakap dengan dia ni!!" Semakin keras suara Junaida didengarnya. Dalam keras suara itu masih terselit getaran. Dia tahu, Junaida terperanjat bagaimana Syazana boleh mengenali suaranya. "Kenapa kak Jun kacau rumahtangga Sya? Carilah orang lain, kak Jun. Tinggalkan abang Far." "Panggil Farhan!! Kau tak faham bahasa ke?" "Sorry, dia tak ada. Call balik nanti!" Syazana menghempas gagang telefon. Puas hatinya kerana dapat menyakitkan hati Junaida. Dia tersenyum sendirian tetapi senyumnya tak sempat mekar lama. Farhan berdiri sambil mencekak pinggang memandangnya dengan pandangan marah. "Kenapa kau tak panggil aku?" Syazana terduduk mendengar jeritan Farhan. "Hei, sejak bila kau bisu ni?" "Tak ada apa yang nak dicakapkan antara dia dan abang." Terasa lancang mulutnya menjawab. "Kurang ajar betul kau ni!!" Serentak dengan itu, tangan Farhan naik ke muka Syazana. Syazana tersembam ke kusyen. Tanpa dipinta, airmatanya mengalir deras dan dia tersedu-sedu menahan tangis. "Lain kali, jangan nak menggatal cakap ikut suka hati kau. Sudahlah makan minum aku yang tanggung, nak buat suka hati je. Jangan tunjuk keras kepala kau kat rumah ni. Kalau mak bapa kau hantar duit tiap-tiap bulan tak apa juga!" "Jangan babitkan mak dan ayah Sya!! Sya sedar siapa diri Sya di rumah ni. Sya menumpang di rumah abang ni. Kalau abang tak suka Sya di sini, Sya boleh keluar tapi, jangan burukkan keluarga Sya!!" Syazana bangun dan meluru ke bilik. Seketika kemudian, dia keluar membawa beg pakaiannya. Dia terus menyarung kasut ke kaki dan tanpa sepatah perkataan pun dia keluar dari rumah. Farhan menghempas punggung ke kerusi. Dalam diam, dia mengeluh perlahan. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 5 Syazana hanya mendiamkan diri sewaktu emaknya bercerita tentang anak Athira yang sudah pandai berjalan walaupun secara bertatih. Fikirannya masih melayang jauh ke

Page 11: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 11

rumah mengingati kembali pertengkaran antara dia dan Farhan Sambil itu, tangannya terus rancak membuat pai untuk dimakan malam nanti. "Hah, Sya! Emak terlupa nak tanya Sya tadi. Kenapa Sya balik sorang je? Farhan tak balik sekali?" Terhenti lamunannya apabila Mak Ngah Limah bertanya. "Abang Far sibuk, mak." Ringkas jawapannya. "Kalau sibuk pun, takkanlah sampai tak dapat hantar isteri balik kampung sekejap. Kampung kita ni bukannya jauh sangat dari Kuala Lumpur tu. Sejam setengah je." "Bukan dia tak nak hantar Sya tadi tapi, dia ada meeting penting kat syarikat dia. Jadi, dia hantar Sya sampai bas stesyen je. Ala, mak.... Sya bukannya tak biasa balik kampung sendiri, kan! Sebelum Sya kahwin pun Sya balik sendiri naik bas." Syazana kurang senang dengan panahan soalan dari emaknya. Seboleh mungkin dia tak mahu emaknya tahu tentang kepincangan rumahtangganya. Dia terus bangun dan menuju ke oven untuk membakar pai epal. Mak Ngah Limah memandang tepat ke arah Syazana yang kelihatan resah. "Emak bukannya apa, Sya. Sekarang Sya dah jadi isteri orang. Nanti kalau Sya balik sendiri, apa jiran-jiran kita kata. Emak tak suka dengar yang bukan-bukan pasal anak mak." "Ala... dia orang memang sejak dulu lagi tak suka dengan keluarga kita, kan mak! Mak jangan risau, antara Sya dan abang Far tak ada apa-apa yang tak baik berlaku." Mak Ngah Limah diam tak menjawab. Sesekali Syazana menjeling memandang ke arah wanita tua lebih separuh abad itu. Wajah yang sudah berkedut seribu itu tampak gelisah. Syazana tahu banyak persoalan yang bermain di fikiran emaknya, tapi sikapnya yang hanya suka berdiam diri membuatkan Syazana hanya membiarkan dia melayani perasaanya. "Apa yang mak fikirkan ni??" Soal Syazana lalu merebahkan kepalanya ke riba Mak Ngah Limah. Mak Ngah Limah mengusap rambut Syazana lembut. Memang Syazana yang paling rapat dengannya. Sementelah pula, hanya dialah tempat Syazana bermanja sejak kecil. Abang-abang dan kakak-kakak yang lain sempat merasa kasih sayang dari ayah mereka tapi tidak Syazana. Jadi, pada Syazanalah dia mencurah perhatian yang lebih berbanding yang lain. "Tak ada apa-apa. Emak terasa sakit kepala pulak." Dalih Mak Ngah Limah. "Emak, janganlah berselindung dari Sya. Cakap sajalah apa yang berbuku di hati mak tu." "Betul ke Sya dan Farhan tak bergaduh? Emak tengok korang berdua ni lain macam je. Kalau balik ke kampung tu, tak pernah muka Farhan tu berseri. Mendung je. Korang berdua ni tak sesuai, ya!"

Page 12: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 12

Syazana ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat untuk melindung kebenaran. Dia tahu, Mak Ngah Limah sudah lama syak ketidaksuaian mereka berdua. "Eh, tak adalah mak. Macam manalah emak boleh fikir macam tu pula? Sya dan Farhan tak pernah bergaduh. Kami baik saja. Kalau ada pun, biasalah... suami isteri. Tapi, bukanlah bergaduh besar. Sikit-sikit je." "Eloklah kalau begitu. Emak sentiasa doakan Sya bahagia dengan Farhan. Sekurang-kurangnya emak tahu Farhan tak sia-siakan anak emak. Kalau ada apa-apa, jangan sorok dari mak." Hampir gugur airmata Syazana mendengar kata-kata emaknya. Terlalu mengharap rupanya orang tua itu. Namun, Syazana sedar... harapan itu mungkin takkan terjadi. Rumahtangganya dalam keadaan genting sekarang, mana mungkin impian emaknya tercapai! "Janganlah emak risaukan Sya. Emak tu kena jaga kesihatan mak baik-baik. Sya risau kalau emak sakit selalu. Dulu, Sya ada untuk tengokkan mak. Sekarang Sya dah duduk jauh. Sya ajak duduk sama dengan Sya, mak tak mahu." "Ala... orang tua macam mak ni memang penyakit suka datang hinggap. Sya jangan bimbang. Mak Uteh Senah selalu datang jenguk mak kat sini. Dia pun selalu tidur di sini. Kak Hani pun selalu balik ke sini hujung minggu dengan anak-anaknya. Emak masih kuat lagi untuk bagi ayam itik makan, jaga pokok koko belakang rumah ni...." "Alhamdulillah... kalau macam tu tak adalah Sya risau sangat. Sya bukan apa, Sya susah sikit nak balik ke sini selalu. Kalau Sya balik, siapa nak uruskan abang Far kat sana. Sya suruh dia ambil orang gaji, dia tak nak. Katanya sedap lagi kalau isteri yang masak." Terlalu payah untuk dia tuturkan satu persatu perkataan-perkataan itu. Terasa berdosa pula dia kerana menipu emaknya. Memang sudah dirangkakan kata-kata itu sejak awal lagi. Segala-galanya untuk menyedapkan hati emaknya. Biarlah... sesekali berbohong untuk menyenangkan hati emak, desis hati kecilnya. Mak Ngah Limah tersenyum lebar. Senang hatinya mendengar penjelasan Syazana. Ternyata anak bongsunya itu bahagia dengan pilihannya sendiri. "Alhamdulillah... mak gembira Sya bahagia. Memang Farhan pilihan yang tepat untuk Sya," ujar Mak Ngah Limah dengan senyuman yang semakin meleret. Syazana hanya mampu tersenyum tawar. Sedang hatinya bergelombang kencang, antara suka dan duka. Suka kerana emaknya tidak lagi menampakkan riak ketegangan di wajah dan duka kerana kecewa harapan emaknya tak kesampaian. Zahirnya dia tersenyum tetapi batinnya menangis pilu mengenangkan nasib dirinya. Kembali Ke Atas

Page 13: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 13

Madu Di Hujung Hempedu Bab 6 "Sya, dah hampir seminggu Sya kat kampung ni. Apa, Farhan tak risau ke Sya lama-lama di sini? Tak ada pun dia telefon tanya bila Sya nak balik. Sya nak duduk berapa lama lagi di sini?" Syazana yang sedang melipat kain baju tergamam dan memandang tepat ke wajah Mak Ngah Limah. Tak terduga olehnya Mak Ngah Limah akan bertanya begitu pada waktu yang tenang seperti hari itu. Dia hanya mendiamkan diri. "Emak bukannya nak menghalau Sya. Tapi, mak risau jugak tengok Sya lelama kat sini. Apa pula kata Farhan nanti. Sya tu dah jadi isteri orang." "Tak ada apa-apalah, mak... Mak janganlah risau. Minggu depan Sya akan balik ke KL. Lagipun, abang Far sibuk dengan kerja dia kat sana." Balas Syazana tanpa memandang ke wajah Mak Ngah Limah. Mak Ngah Limah kehairanan mendengar jawapan Syazana. "Jangan risau Sya kata? Eh, Sya ni isteri orang tau! Biar mak telefon Farhan suruh datang ambil Sya." Mak Ngah Limah terus menuju ke telefon tanpa menunggu jawapan dari Syazana. Syazana menepuk dahi. Alamak, matilah aku kali ni. Kalau Farhan tak nak datang ambil aku kat sini mesti emak syak ada yang tak kena. Nanti dia mesti banyak soal. Menyesal aku tipu emak hari tu, hati kecilnya berkata-kata sendirian. "Sya, Farhan kata esok pagi dia datang ambil Sya kat sini. Siapkan beg baju Sya malam ni. Nanti esok ada barang yang tertinggal, susah pula." Terperanjat Syazana mendengar kata-kata emaknya namun dia hanya mengangguk. Dia berlalu ke bilik tidurnya. Dalam bilik dia termenung sendirian. Kenapa pula Farhan sanggup mengambilnya nanti? Mungkin juga dia tak nak emaknya tahu masalah mereka... Syazana tak ambil pusing tentang itu. Dia menarik beg bajunya dan mula mengemas. Malamnya sewaktu makan, Mak Ngah Limah bertanya sama ada dia sudah berkemas atau belum. Dia hanya mengangguk. Mak Ngah Limah terus mengunyah nasi walaupun dia merasakan ada sesuatu yang tak kena di antara anak dan menantunya. Syazana tahu emaknya sedang berfikir sesuatu tetapi dia hanya membiarkan sahaja. "Sya dah kenyanglah, mak. Mak makanlah ya! Nanti mak letak pinggan dalam sinki. Sekejap karang Sya turun balik. Sya nak pergi periksa balik beg baju Sya." "Kek coklat yang Sya buat tu bila nak makan? Buat banyak sangat.." "Emak ajaklah Mak Uteh makan kat sini nanti. Hujung minggu ni kak Hani datang dengan keluarga dia, kan! Biarlah anak-anak dia yang habiskan. Sya tak ada selera pula. Sya naik dulu, ya mak!"

Page 14: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 14

"Ha... naiklah. Tak yah turun balik. Pinggan ni nanti emak basuh. Sya terus tidur, ya!" Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 7 "Assalammualaikum..." Suara itu menusuk ke telinga Syazana. Salam itu disambut dan dengan langkah yang longlai dia menuju ke ambang pintu. Malas nampaknya. Dia kenal suara itu. Sebab itu dia agak malas hendak membuka pintu. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia membiarkan orang itu berdiri lama di luar rumah tapi disebabkan tak nak emaknya tahu apa yang sedang berlaku, dia bangun juga. Farhan berdiri tegak di muka pintu sewaktu Syazana membukakan pintunya untuknya. Wajahnya jelas masam mencuka. Syazana berundur ke belakang dan Farhan masuk ke dalam rumah. Mak Ngah Limah yang baru saja naik dari dapur terperanjat melihat Farhan sudah berdiri di tengah rumah. Farhan yang terperasankan emak mertuanya itu segera mendekati wanita separuh abad itu dan bersalam dengannya. Wanita tua itu tersenyum bangga melihat sopan-santun menantunya itu. "Duduklah, Farhan. Jangan tercegat je dekat situ." Mak Ngah Limah mengalihkan pandangan ke arah Syazana yang sedang membaca majalah. "Eh, kenapa Sya tak buatkan Farhan air? Entah haus, entah lapar suami Sya ni, sikit pun Sya tak tanya. Pergi buatkan air untuk Farhan." Syazana bangun perlahan-lahan menuju ke dapur. Sambil itu, mulutnya mengomel-ngomel seorang diri. Farhan yang tahu Syazana marah dengan arahan emaknya itu hanya mendiamkan diri. Susah payah dia sanggup datang ke sini untuk ambil Syazana, alih-alih dia boleh buat tak reti je. Membara juga hati Farhan melihatkan perangai Syazana. "Emak apa khabar? Dah lama Far tak balik ke sini. Maaflah, ya... sejak naik pangkat ni, kerja Far makin melambak-lambak dekat office tu. Nak uruskan orang bawahan lagi. Kadang-kadang tu sampai makan pun lupa." "Emak sihat je. Far kalau kerja tu jangan kuat sangat. Makan tu jangan lupa. Syazana tu bukannya pandai masak sangat tapi, bolehlah.... suruh je dia masak apa yang Far nak makan. Jangan malu-malu. Kan ke korang ni suami isteri!!" "Sya masak sedap, mak! Tapi, Far yang jarang dapat makan di rumah. Kadang-kadang tu kesian juga tengok dia makan sorang. Tapi, nak buat macam mana.... Far selalu kena makan dengan client." Syazana yang baru saja meletakkan dulang berisi air dan kuih di hadapan Farhan mencebik apabila mendengar kata-kata Farhan itu. Dalam hati, rasa meluat-luat semakin kuat. Kalau tak mengenangkan emaknya yang ada di situ, dah lama dia nak muntah. Tapi, karang takut emak dia kata dia mengandung pula. "Eh, Sya. Takkanlah letak je dulang tu? Pelawalah suami Sya ni minum."

Page 15: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 15

"Minum, bang. Makanlah kuih tu, Sya buat pagi tadi. Tapi, tak sesedap yang macam kat kedailah...," sindir Syazana. Farhan yang baru saja meneguk air kopi hanya menyemburkannya kembali apabila mendengar sindiran itu. Merah padam mukanya. Syazana cuba menahan ketawanya dan berlalu ke bilik." "Er... mak tak minum sekali?" Farhan mempelawa Mak Ngah Limah untuk minum bersamanya. "Tak apalah, Far minum sorang. Mak nak pergi ke belakang rumah ambil pucuk ubi. Makan dengan sambal belacan cair sedap, kan!" Farhan hanya mengangguk. Mak Ngah Limah mengorak langkah menuju ke dapur. Betul apa yang aku fikirkan tentang dia orang tu selama ni. Mesti ada yang tak kena dengan dia orang. Kalau tak masakan Syazana macam nak tak nak je layan si Farhan tu? Mak Ngah Limah bermonolog sendirian. "Hei kau, mari sini?" Panggil Farhan apabila dia terlihat Syazana keluar dari bilik. Syazana berjalan lambat-lambat mendapatkan Farhan. Dari raut wajah Farhan yang seolah-olah mahu menelannya itu, dia tahu Farhan bengang dengan sindirannya. "Amboi.... sedapnya mulut kau sindir aku, ya! Tak tahu diuntung langsung!" "Eh, bukan Sya yang suruh abang datang sini. Emak yang telefon. Sya tak suruh pun.. Yang abang sanggup nak datang sini kenapa? Takkan makwe tak marah kot!!" "Jaga sikit mulut kau, ya! Karang emak dengar!" Syazana ketawa kecil. "La.. kenapa pulak kalau emak dengar? Takut? Malu? Ala.. emak tu sportinglah... kalau abang nak kahwin lagi pun dia tak kisah..." "Jangan cabar aku!! Karang kau juga yang merana..." "Sekarang pun Sya dah cukup merana, bang! Kalau abang kahwin lain pun, Sya tetap macam ni juga. Abang tetap takkan anggap Sya ni isteri abang, kan!" "Engkau ni...." "Sya... ajak Farhan ke dapur. Mak dah siap kemas meja ni..." Panggilan Mak Ngah Limah mematikan kata-kata Farhan. Farhan merengus. Syazana bangun dan melangkah ke dapur. Farhan menuruti langkah Syazana. Syazana menyuap nasi ke mulutnya tanpa suara. Sejak tadi, meja makan itu sepi dari sebarang perbualan. Baik Farhan mahupun Syazana dan Mak Ngah Limah, masing-masing seperti berat mulut untuk berkata sesuatu. Farhan seperti kehilangan selera makannya meskipun lauk kegemaran di depan mata. Sehingga habis makan pun, masing-masing begitu. Selesai makan, Farhan terus naik ke atas dan berbaring di sofa. Syazana pula, mengemas meja dan membasuh pinggan

Page 16: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 16

mangkuk kotor. Mak Ngah Limah juga yang melopong melihat gelagat anak dan menantunya. Syazana dapat rasakan Mak Ngah Limah hairan melihat keadaan mereka. Pun begitu, dia tak tergamak mahu membuka masalah itu pada emaknya. Seupaya boleh dia mahu menyimpan masalah itu sendiri. Kalaupun mahu menceritakannya, bukan pada emaknya. Mungkin pada sahabat karibnya. Sahabat karib? Dia dah tak punya sahabat karib. Sejak dia berkahwin, semua sahabatnya seolah-olah menjauhkan diri. Mungkin kecil hati dengan layanan Farhan. Barangkali..... "Emak... Sya dah nak balik ni." Jerit Syazana memanggil Mak Ngah Limah yang masih berada di dapur. Tadi, selepas membasuh pinggan, dia terus naik ke bilik untuk mengambil beg baju dan menukar pakaian. Dia tak nak duduk lama-lama lagi di rumah ni. Dia tak nak terus-terusan merunsingkan fikiran emaknya. Farhan bingkas bangkit dari pembaringan. Ish, aku nak baring sekejap pun tak senang! Bentaknya dalam hati. "Kenapa cepat sangat nak balik ni, Sya? Kan ke si Farhan tu baru saja nak rehat. Kesian dia.... penat memandu tadi. Ni dah nak kena balik ke sana balik. Biarkanlah dia berehat dulu...." Mak Ngah Limah memandang simpati ke wajah Farhan yang agak kepenatan itu. "Tak apalah, mak. Abang Far ni bukannya boleh lama-lama di sini. Dia ni banyak kerja. Entah-entah, lepas balik ni dia terus pergi kerja balik. Orang kuat syarikatlah katakan....," ujar Syazana dengan senyum simpul. Farhan menjeling geram. "Ha ah, mak. Far memang banyak kerja. Tak boleh lama. Ada orang yang tunggu di KL tu!" Balas Farhan agak tajam. Senyum Syazana terpadam. Kali ini, giliran dia pula menjeling pada Farhan. Mak Ngah Limah menggeleng. Bingung melihatkan telatah mereka berdua. "Sya balik dulu, mak. Insya-Allah.. kalau ada masa nanti Sya balik lagi. Mak jaga diri mak baik-baik, ya!" Syazana bersalam dan mengucup tangan emaknya. Syazana berjalan ke muka pintu. Farhan mendekati Mak Ngah Limah dan bersalam. Dia menyelitkan beberapa not ungu ke tangan wanita tua itu. "Eh, apa banyak sangat ni, Farhan!! Ambil balik!! Banyak sangat ni... tak terpakai mak duit banyak-banyak cam ni..."Mak Ngah Limah cuba memulangkan kembali duit ke tangan Farhan. "Emak... Far dengan Sya bukan selalu balik jenguk mak. Ini untuk perbelanjaan mak. Ada lebih tu, mak simpan untuk bulan depan." Farhan tersenyum memandang emak mertuanya. Farhan dan Syazana turun dari rumah. Selepas mengucapkan selamat tinggal pada Mak Ngah Limah, Farhan meluncurkan keretanya di dada jalan tanah merah itu. Kembali Ke Atas

Page 17: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 17

Madu Di Hujung Hempedu Bab 8 Syazana hanya mendiamkan diri sambil melayan perasaannya sendiri. Sesekali dia menyanyi mengikut rentak yang berkumandang dari radio kereta. Farhan memandang terus ke hadapan tanpa menghiraukan Syazana. Hatinya masih geram dengan Syazana. "Kau sengaja nak malukan aku depan emak, kan!?" Secara tiba-tiba Farhan bertanya mengejutkan Syazana. Mulutnya berhenti dari menyanyi dan memandang ke arah Farhan. Dia merenung wajah itu lama-lama. Seingatnya, kali terakhir dia merenung Farhan betul-betul ialah waktu mereka kahwin dulu dan selepas itu, dia menahan keinginan hatinya dari terus merenung ke wajah Farhan. "Kau pekak ya! Aku tanya kau, yang kau tengok je muka aku tu kenapa?" Soal Farhan geram. Ish, budak perempuan ni memang menyakitkan hati aku je. Kenapalah jodoh aku dengan dia ni? "Sya tak faham apa yang abang cakapkan ni..." "Tak faham ke buat-buat tak faham? Hei, aku memang dah lama geram dengan kau. Dahlah balik kampung tak reti nak balik ke rumah balik. Kau ingat ada orang gaji ke kat rumah tu nak buat semua kerja?" "Eh, bukan ke abang ni ada makwe? Kenapa tak suruh dia tolong abang kemas rumah, basuhkan baju.... masakkan untuk abang.... Sya ingatkan Sya tak ada kat rumah tu, abang suka. Rupanya abang rindukan Sya, ya!" "Jangan nak merepek! Lain kali kalau kau buat cam ni lagi, jangan harap aku nak datang ambil kau balik. Kau baliklah sendiri naik bas. Lagi satu, jangan pandai-pandai buat cerita pada mak kau!" "La.. tak betul ke apa yang Sya cakapkan tu... Kan abang selalu balik lambat sebab banyak kerja kat pejabat. Lagipun, sejak abang naik pangkat ni abang dah jarang duduk kat rumah. Sya cuma bagi tahu mak yang benar je. Sya tak ada buat-buat cerita pun pasal abang..... emmm... masakan Sya sedap ya bang? Bila abang makan masakan Sya ek?" Syazana bertanya sambil tersenyum. Farhan diam tak menjawab. Lagi banyak dia jawap lagi banyak pula soalan yang Syazana utarakan. Makin naik lemak..... "Eh, abang ni... sejak bila pulak abang jadik bisu ni?" "Apa dia??" Jerit Farhan. Semakin membara hatinya dengan sindiran Syazana. Syazana ketawa kecil. Dia tahu Farhan mula bengang. "Aik, janganlah marah bang! Ala... Sya tanya je. Betul ke masakan Sya sedap. Beria-ia abang beritahu pada mak tadi. Bila abang makan masakan Sya ek? Tak perasan pulak!"

Page 18: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 18

"Malas aku nak layan kau ni. Apa kata kau tidur je, jangan nak memekak lagi kat telinga aku." Farhan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Syazana merebahkan dirinya dan menutup mata. Senang hatinya kerana berjaya membuatkan Farhan sakit hati. Biar kau pula rasa apa yang aku rasa selama ni, Farhan. Aku nak kau makan hati pula. Farhan menyandarkan badannya. Hatinya panas, malah lebih panas dari cuaca di luar. Wajah Syazana yang sedang melelapkan mata itu ditenung. Dia tak sangka Syazana jenis pendendam. Kalau dilihat dari wajahnya, mesti orang tak percaya yang dia mempunyai sifat seperti itu. Dia akui semua yang Syazana katakan itu benar belaka, tapi dia masih tak dapat menerima segala sindiran itu. Farhan menghidupkan kembali enjin kereta dan memandu dengan perlahan. Syazana yang tadinya kelihatan bergerak-gerak kini sudah nyenyak tidur. Biarlah dia tidur... Itu lebih baik daripada mendengar sindiran-sindirannya... Keretanya terus meluncur laju membelah angin tengahari. Matahari tegak di atas kepala. Farhan tenang memandu. Sebaik sahaja dia membelok memasuki perkarangan halaman rumahnya, kedengaran azan Dzuhur berkumandang dari masjid yang berdekatan. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 9 Mak Ngah Limah menjulurkan kakinya perlahan-lahan. Rasa sengal merayap ke seluruh kakinya. Dia menyandarkan diri ke sofa berwarna merah hati itu. Suara cengkerik berpesta di hutan belakang rumahnya menjadi irama yang menghiburkan hati. Dia mengeluh perlahan. Sebentar kemudian dia memejamkan matanya. Entah untuk apa dia mengeluh, dia pun tak pasti. Yang pastinya, dia asyik teringatkan anak kesayangannya, Syazana. Dia hairan kenapa Syazana agak gelisah apabila dia membicarakan soal Farhan. Dia nampak perubahan yang ketara pada wajah Syazana tempohari, sewaktu dia mahu menelefon Farhan. Dia mendengar getaran pada suara Syazana. Dia tahu riak kurang senang Syazana sewaktu Farhan sampai. Dia nampak segala-galanya tapi dia tak mampu untuk meluahkan semua itu. Dia maklum Syazana malas mahu membincangkan hal ini dengannya. Dia tahu, Syazana anak yang tak suka menyusahkan orang lain. Bukan saja dia, malah abang-abang dan kakak-kakaknya juga jarang tahu dia ada masalah. Kalau ada pun, dia akan berkongsi cerita itu dengan kawan karibnya. Tapi, sejak dia berkahwin, kawannya jarang hubunginya. Dalam ramai-ramai antara anak-anaknya, Syazana yang paling susah sekali nak dijaga sewaktu kecil. Dia sering sakit dan demam. Kadang-kadang lebih dari seminggu.

Page 19: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 19

Nasib baik kakak-kakak dan abang-abangnya sudah besar, jadi Mak Ngah Limah tak terasa berat beban yang ditanggung. Syazana anak yang baik, bang Leman. Monolog pun bermula dalam diri Mak Ngah Limah. Tatkala berseorangan begini, dia sering teringatkan arwah suaminya. Dia sebenarnya rindu pada lelaki itu. Lelaki pertama dan terakhir dalam hidupnya. Masakan dia akan melupakan lelaki itu. Dengan lelaki itulah dia mencipta bahagia, dengan lelaki itu jugalah dia mengecap kemanisan dan kepahitan hidup. Sampai dia mati pun dia takkan melupakan suaminya itu..... Abang Leman, anak-anak kita semua dah besar. Syazana baru saja berkahwin. Sya yang paling banyak menolong Limah selepas abang-abang dan kakak-kakaknya berkahwin. Limah terlalu sayangkan dia, bang! Kalau boleh, Limah tak nak dia kahwin dulu.... biar dia lama-lama dengan Limah. Tapi Limah tahu, sampai bila dia nak tunggu Limah. Dia mesti mempunyai keluarga macam adik-beradiknya yang lain juga. Kalaulah abang masih hidup, mesti abang akan gembira melihatkan mereka semua. Seperti mana Limah gembira. Merekalah permata hati Limah, bang! Limah rindukan abang. Limah rindukan saat-saat semua ahli keluarga kita bersama dulu. Mendengar abang berceritakan kisah percintaan kita pada anak-anak, melihat mulut mereka masing-masing melopong mendengar kisah cinta terhalang kita dulu.... peristiwa kita dihalau dari kampung sehinggalah kita datang ke kampung ini.... Tapi, abang dah tak ada... Tak ada siapa lagi yang nak bercerita pada mereka! Limah tak sanggup mahu mengulang kembali cerita-cerita itu. Nanti Limah menangis! Anak-anak kita semuanya dah kahwin. Hanifa anaknya dah 2 orang. Dua-dua perempuan. Dia duduk dekat sini saja, di kampung sebelah. Dialah yang rajin menjenguk saya selepas Sya kahwin. Anak-anaknya dah bersekolah belaka. Cantik orangnya, seperti Hani juga. Fansuri sebiji macam abang. Tingginya, tegapnya, gelapnya... garang dan baran pun seperti abang juga! Tapi, dia penyayang. Adik-adiknya tak boleh dicuit orang lain. Siaplah orang itu... Dulu, Athira dikacau budak jahat sekolah, habis budak tu dikerjakannya. Sampai sekarang orang kampung ingat peristiwa tu... Mak Ngah Limah ketawa sendirian. Masih terbayang di ruangan matanya gelagat anak-anaknya waktu kecil. Keakraban mereka semua membuatkan rumah usang peninggalan arwah ayah mereka riuh-rendah dengan senda gurauan. Fansuri anaknya yang ramai. 6 orang semuanya. 4 perempuan dan 2 lelaki. Lawa-lawa mereka semua. Tapi, ramai lagi anak Izzuddin. 8 orang. Sepasang kembar lelaki dan yang lain tu semuanya perempuan. Memang baka kita ramai perempuan agaknya… Tapi, Fansuri dan Izzuddin jarang-jarang balik menjenguk Limah kat sini. Mereka duduk jauh..... Fansuri di Johor. Jadi Pengurus Besar di bank. Izzuddin pula sekarang ni dah jadi pensyarah di universiti di Kedah. Isterinya pun pensyarah sama tempat dengannya. Athira pula tak ubah macam abang dan Fansuri. Barannya sama. Tapi, belum pernah dia melawan cakap Limah dan abang-abangnya. Walaupun dia tahu dia anak angkat,

Page 20: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 20

dia masih tetap sayangkan Limah macam emak kandungnya. Bukan tak pernah emak kandungnya datang mahu menjemput dia balik ke rumah, tapi dia tak nak. Dia lebih sayangkan keluarga kita. Dia dah kahwin sekarang. Dapat orang Batang Berjuntai. Anaknya 3 orang. Yang paling kecil setahun setengah. Baru belajar bertatih. Yang sulungnya pula terlalu petah bercakap. Tapi cakapnya bukan cakap kita... cakap orang putih! Suami Athira, Kamal yang banyak mengajar dia cakap semua tu. Maklumlah, orang berada. Dalam ramai-ramai yang kahwin sebelum Syazana, cuma Syahira saja yang masih belum ada anak lagi. Belum ada rezeki agaknya. Mungkin lambat sikit. Syazana baru saja kahwin. Kalau Fansuri ikut abang, Syazana pula ikut Limah. Rajin budaknya, bang! Tak satupun yang dia tak tahu. Menganyam tikar dia tahu, menjahit, memasak, berkebun..... semuanya dia tahu buat. Yang paling dia suka, memasak. Menjadi saja semua resepi yang dicubanya! Abang Leman, kadang-kadang Limah rindukan waktu kita bersama dulu. Lebih-lebih lagi bila Limah duduk sorang-sorang macam ni. Mengapa terlalu cepat abang tinggalkan Limah dan anak-anak kita? Limah sunyi tak ada teman. Kalau abang ada sekarang, taklah Limah rasa sunyi macam ni. Anak-anak semua dah kahwin, Limah tinggal sorang dekat kampung ni. Bukan mereka tak ajak tinggal bersama, tapi Limah yang tak nak. Limah sayang nak tinggalkan rumah ni. Walaupun rumah ni buruk, tapi di rumah nilah Limah mendapat bahagia. Di rumah inilah Limah menumpang kasih abang. Limah rindu pada abang... Terlalu rindu!!! Kadang-kadang Limah salahkan takdir yang memisahkan kita dulu. Tapi, lepas tu Lima beristighfar balik. Limah tahu, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kan! Limah bersyukur abang ada tinggalkan zuriat pada Limah. Zuriat untuk Limah mencurahkan saki-baki cinta dan kasih abang. Zuriat yang baik-baik dan mendengar kata. Limah rasa, Limahlah ibu yang paling bertuah sekali di muka bumi ini. Limah bersyukur, bang! "Limah... oh Limah!! Buka pintu ni!!," Jeritan itu mematikan khayalannya. Mak Ngah Limah segera berlari ke pintu dan membuka daun pintu. Terperanjat dia apabila melihat suaminya berdiri di hadapan pintu sambil tangannya memegang perutnya yang berdarah pekat likat. "Ya Allah! Abang Leman, kenapa ni? Apa yang dah terjadi, bang?" "Limah, bawakan kain buruk dalam laci dekat para. Cepat sikit! Bawakan sekali minyak yang abang baru beli tu!" "Ba.. baik bang! Limah pergi ambil sekarang." Mak Ngah Limah berlari ke dalam bilik dan mengambil barang-barang yang diperlukan oleh suaminya. "Ini barangnya, bang! Kenapa dengan abang ni?" "Abang ditikam orang, Limah. Abang pun tak tahu siapa punya kerja. Tolong abang, Limah! Aduh... sakitnya perut abang ni!!!"

Page 21: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 21

Tangan Mak Ngah Limah ligat membalut badan suaminya tnapa banyak cerita sedang matanya tak lepas dari memandang ke perut Pak Leman yang berdarah itu. Walaupun ngeri dan takut melihat darah itu, namun dia terpaksa demi menyelamatkan suaminya. Pak Leman mengerang-ngerang menahan kesakitan. Mak Ngah Limah panik melihat keadaan suaminya. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat al-quran yang pernah diajar oleh arwah ayahnya dulu. "Emak, kenapa dengan ayah ni?" Teriakan Hanifa, anak sulungnya memeranjatkannya. Terlepas sekejap tali pengikat yang dipegang. Wajah anaknya itu direnung dalam-dalam. Hai anak, kau masih belum mengerti apa yang dinamakan kehidupan, bisik hati kecilnya. Hanifa yang masih terpisat-pisat kerana terkejut dari tidur mencangkung di sebelah Mak Ngah Limah. "Kenapa dengan ayah, mak?" Soalnya lagi. Mak Ngah Limah buntu. Tak tahu jawapan apa yang seharusnya diberi pada anak yang sibuk bertanya itu dan ini. Dia hanya menangis. Dia menoleh ke belakang apabila mendengar tangisan anaknya. Kelihatan semua anaknya sudah ada di tengah rumah melihat emak mereka membalut badan si ayah. Semuanya memandang khusyuk kecuali Syazana yang menangis kuat. Fansuri mendekati ayahnya yang terkapar kesakitan. Dia memegang badan ayahnya tanpa rasa jijik dan takut. Mak Ngah Limah hanya memandang sayu ke wajah anak lelaki kesayangan suaminya itu. "Ayah kena tikam, ya mak?" Soalan itu memeranjatkan Mak Ngah Limah. "Betul tak, mak?" "Betul, Fan. Ayah kena tikam. Tapi, ayah tak tahu siapa yang buat kerja ni." Akhirnya Pak Leman menjawab. "Fan tahu siapa, ayah! Ini mesti kerja Usu Manap. Dia memang dari dulu lagi tak suka dengan keluarga kita!" "Tak baik Fan tuduh Usu Manap. Entah-entah bukan dia yang buat." "Ala... Fan tahu... Fan pernah dengar dia cakap dengan Alang Seman pasal keluarga kita. Dia kata keluarga kita merosakkan urusan dia dengan Tauke Lim. Dia kata lagi, dia akan balas dendam walau apa cara sekali pun." Terang Fansuri panjang lebar. Pak Leman mengeluh perlahan. Kepala anak lelaki kesayangannya itu diusap berkali-kali. Fansuri tunduk merenung lantai. Setitis demi setitis air mata lelakinya jatuh. Sungguh, Pak Leman tahu ada orang yang tak sukakan keluarganya menumpang di kampung itu. Tapi, dia seboleh mungkin tak mahu menuduh sesiapa pun antara mereka. Biarlah Allah SWT sahaja yang membalas perbuatan orang itu. Itu bukan kerjanya.

Page 22: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 22

"Fan, janji dengan ayah yang Fan akan jaga adik-adik dan emak kalau ayah dah tak ada lagi, ya!" Fan mesti janji dengan ayah!" Mak Ngah Limah tergamam mendengar kata-kata itu. Muka suaminya ditatap dengan berbagai soalan. "Kenapa abang kata macam tu?" Soal Mak Ngah Limah. "Tak ada apa. Abang pesan pada Fan kalaulah sesuatu terjadi pada abang, biarlah dia yang bertanggungjawab pada keluarga ni. Abang dah didik dia penuh dengan sikap tanggungjawab, inilah masanya untuk dia buktikan yang dia akan jalankan tanggungjawabnya dengan betul. Biar dia pula merasa menjaga keluarga kita yang besar ni," ujar Pak Leman dengan suara yang tersekat-sekat. Sesekali dia mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Pak Leman menyandarkan badannya ke dinding rumah untuk membetulkan kedudukan duduknya. Mak Ngah Limah menginsut ke kanan mendekati Fansuri. Anak-anaknya yang lain duduk mengelilingi Pak Leman. Syazana yang tadinya menangis sudah terlelap di ribaan Hanifa. Melihatkan adiknya sudah tidur, Hanifa menggendong Syazana masuk ke dalam bilik. "Bang, apa kata kalau kita pergi klinik? Sekurang-kurangnya ada tuan doktor yang boleh ubatkan luka abang ni! Kalau abang nak, esok Limah beritahu pada Uteh Bahar. Kita minta tolong dia hantarkan abang ke klinik. di kampung sebelah, ya!" Mak Ngah Limah cuba memujuk Pak Leman untuk pergi berubat. "Jangan!! Aku paling menyampah bila dengar orang sebut pasal klinik dekat aku! Aku tak nak pergi klinik atau mana-mana pun untuk berubat. Aku tahu macam mana nak ubat luka aku ni Jangan paksa aku, Limah! Kalau ditakdirkan aku mati pun, aku nak mati di sini, di rumah kita ni!! Bukannya di klinik!" "Tapi, luka abang ni teruk sangat ni ! Kalau.…" "Sudah! Jangan sebut lagi! Tak kuasa aku nak mendengar pasal semua tu !!" Jerit Pak Leman di tengah kesunyian malam itu. Mak Ngah tertunduk dan menangis tersedu-sedu. "Ayah, biar Fan pergi kerjakan Usu Manap tu! Kurang ajar punya orang! Dahlah malas nak kerja, dengki pula bila orang lain lebih dari dia. Entah manusia jenis apa dia tu !! Biar Fan pergi, ya ayah! Biar dia tahu anak ayah ni bukan pengecut !! " Kata Fansuri bersungguh-sungguh. Pak Leman menggeleng. "Jangan, Fan. Jangan buat kerja yang berdosa tu. Ingat cakap ayah ni... jangan kita balas balik perbuatan orang yang buat benda-benda jahat ni pada kita. Biarlah dia orang. Kita tak berhak membalas balik perbuatan tu. Yang berhak balas balik pada mereka hanyalah Allah SWT. Kalau pun betul Usu Manap yang menikam ayah, ayah redha. Ayah ampunkan dosa dia. Selebihnya urusan dia dengan Tuhan. Mungkin, satu hari nanti dia akan sedar kesilapan dia....." Malam beransur pagi, namun bagi keluarga Pak Leman tiada apa yang harus dilakukan selain memastikan keadaan Pak Leman tidak membimbangkan. Puas Mak Ngah Limah menyuruh anak-anaknya masuk tidur tapi mereka membantah dengan

Page 23: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 23

alasan mahu menemani Mak Ngah Limah menjaga Pak Leman. Mak Ngah Limah tersenyum meleret. Bangga kerana anak-anaknya sudah mula memperlihatkan sikap ambil berat antara satu sama lain. Keluarga itu dikejutkan dengan suara azan Subuh yang berkumandang di masjid. Hanifa memimpin tangan Athira dan Mahfuza untuk mandi di perigi belakang rumah. Fansuri dan Izzuddin pula bingkas bangun dan pergi ke sungai. Mak Ngah Limah merenung wajah suaminya. Tanpa dipinta manik-manik jernih menitis laju membasahi pipinya. Segera diseka airmata itu agar Pak Leman tak tahu yang dia menangis. "Sudahlah tu, Limah... Janganlah kau tangisi nasib kita ni. Inikan takdir dari Allah SWT sebagai ujian untuk kita yang bergelar hambaNya . Mungkin ada hikmahnya kemudian hari, siapa tahu?" Keadaan Pak Leman sudah mula stabil. Dia sudah boleh duduk tegak sedikit berbanding malam tadi. Tapi, darah masih pekat membasahi kain yang membaluti perutnya. "Limah bukannya tangiskan hidup kita, bang! Limah kesian tengok abang terlantar sakit. Apalah dosa kita smpaikan ada orang yang sampai hati buat macam ni pada kita, bang! Apa salah kita pada mereka??" "Inilah nasib orang berdagang, Limah. Ini bukannya tanah tumpah darah kita. Mungkin orang tak suka kita menumpang di sini." "Limah tak sangka….." "Assalammualaikum... Ngah... ooo Ngah!!" Mak Ngah Limah bangun menjenguk ke muka pintu. "Waalaikummussalam...," jawabnya. "Oh, Uteh Bahar dan Uteh Senah datang, bang! Masuklah...." "Terima kasih, Ngah." "Duduk dulu, ya! Biar Ngah kita dapur dulu." Mak Ngah Limah bangun dan menuju ke dapur. Uteh Senah menurut dari belakang. Sampai di dapur, mereka terlihat Hanifa sedang memasak air. Dia tersenyum memandang Uteh Senah yang sudah dianggap seperti ibu saudaranya sendiri. "Rajin anak Ngah, ya! Dah sembahyang Subuh kamu, Hani?" Tanya Uteh Senah. Hanifa hanya tersenyum dan menundukkan kepala. "Dia uzur, Uteh." Mak Ngah Limah menjawab bagi pihak Hanifa. Uteh Senah menganggguk. "Ngah, aku tahu kamu tu belum sembahyang lagi. Kamu pergi sembahyang dulu, biar aku yang tolong siapkan sarapan. Karang habis pulak waktu!" Mak Ngah Limah mengangguk dan berlalu ke perigi. "Darjah berapa sekarang kamu. Hani?"

Page 24: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 24

"Darjah 6, Mak Uteh." "Jadi, hari ni kamu tak sekolah lah ya!" "Gitulah kira-kiranya. Hani nak tolong nak memasak untuk ayah dan adik-adik. Lagipun, Sya dan Athira tak ada orang nak jaga. Emak kena jaga ayah. Kesian pula emak kalau Hani ke sekolah." "Bagus kamu ni, Hani. Mak Uteh suka budak macam kami ni. Habis tu, si Fan, Din, Fuza dan Syira pergi sekolah ya!" Hanifa mengangguk. Perbualan mereka terhenti apabila Mak Ngah Limah masuk ke dapur. Mak Ngah Limah menatang dulang dan membawanya ke tengah rumah. Uteh Bahar tersenyum melihatkan hidangan sarapan yang diletak berhampiran dengannya. "Minumlah, Uteh..." Pelawa Pak Leman. Dia turut mencapai sekeping lemping. Digulungnya lemping itu dan dia mula mengunyah. "Terima kasih, Ngah. Oh iya! Kenapa tak diberitahu pada saya yang Ngah Leman ni ditikam orang, Ngah? Saya tahu pun sebab terserempak dengan Fan waktu nak mandi di sungai tadi. Kalau beritahu saya malam tadi, boleh saya bawakan ke klinik. Ngapa tak dibawa saja malam tadi?" "Tanyalah Ngah Leman kamu ni, Uteh ooiii!!!" "Dah saya tanyakan tadi, Ngah. Tapi haram tak dijawabnya dek Ngah Leman ni...." "Yang sebenarnya, Ngah Leman kamu ni tak suka ke klinik, takut agaknya dia tengok jarum tuan doktor tu!!" Seloroh Mak Ngah Limah. "Aku bukannya takut, Uteh ooii... yang sebenarnya aku ni tak suka dengan ubat-ubat moden ni. Ntah elok ntah tidak!! Mahal pulak tu!" Pak Leman membalas tak mahu mengalah. Uteh Bahar dan Uteh Senah tersenyum mendengar perdebatan suami isteri itu. Hanifa hanya mendiamkan diri sebelum beredar ke dapur. Seketika kemudian terdengar suara Syazana menangis dan Hanifa berlari ke bilik. Mak Ngah Limah memerhatikan Hanifa dan kemudian menoleh memandang suaminya. Bang, mengapa abang cepat meninggalkan Limah? Mengapa Allah memisahkan kita begitu cepat? Limah sunyi tanpa abang! Malam-malam Limah teringatkan abang dan saat-saat kita bersama dulu. Sayu rasa hati Limah, bang! Mak Ngah Limah menangis teresak-esak mengenangkan kembali saat suaminya menderita menanggung kesakitan. Betapa deritanya suaminya menanggung semua itu. Tiada jiran yang datang menjenguk kecuali Uteh Bahar suami isteri. "Bang! Marilah kita pergi klinik. Limah tengok dah 4 hari abang macam ni juga. Tak berubah pun. Makin teruk adalah... Kalau ke klinik hari tu, mesti dah sihat dah!"

Page 25: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 25

Bebel Mak Ngah Limah pada Pak Leman. Pak Leman hanya membatukan diri. Pura-pura tak dengar bebelan isterinya. "Iyalah, Ngah. Kalau dari dulu lagi Ngah nak pergi klinik, mesti sekarang ni Ngah dah baik. Ngah degil sangat, cakap Ngah Limah sikit pun Ngah tak nak dengar. Sememangnya sejak Pak Leman terlantar sakit di rumah, dialah yang selalu datang menjenguk. "Sudah!! Aku tak mahu dengar lagi pasal klinik. Kalau dah ditakdirkan aku mati sebab sakit ni, aku redha. Tapi, nama aku nak pergi klinik tu, jangan harap aku nak!!" Jerit Pak Leman dengan suara yang tersekat-sekat. Dipegangnya perutnya yang masih berdarah itu. Nanah kelihatan membasahi sebahagian daripada kain putih yang membaluti badannya. Mak Ngah Limah menangis tersedu-sedu. Uteh Bahar terkedu. Keras sungguh hati kamu, Ngah! Bisiknya dalam hati. "Sudah, Limah. Aku tak suka tengok kamu menangis lagi. Ini baru aku sakit, belum mati lagi. Agaknya kalau aku dah mati esok, aku ni jadi bahan tangisan kamu anak-beranak kat dunia ni. Buat seksa aku kat dalam kubur tu je nanti !" "Ngah, apa kata...." "Jangan pujuk aku lagi, Uteh. Aku kata tak mahu, tetap tak mahu !!!" "Baiklah, Ngah. Kalau macam tu, saya balik dulu." "Terima kasih sebab datang menjenguk, Uteh. Datanglah rumah aku malam ni. Aku nak minta Ngah kamu ni masak makanan orang Terengganu. Dah lama aku tak rasa masakan orang Terengganu." "Insya-Allah... saya datang dengan Tipah nanti!" Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 10 "Ya Allah!! Kenapa ni, bang?" Teriakan Mak Ngah Limah mematikan khayalan anak-anaknya. Masing-masing yang sedang membuat kerja sekolah di dalam bilik berlari ke tengah rumah. "Ayah, kenapa ayah? Kenapa ayah punya mulut berdarah, mak?" Athira yang ketika itu berumur 4 tahun bertanya pada emaknya. Mak Ngah Limah hanya menangis tersedu-sedu. Tiada kata yang keluar. Hanifa segera keluar dari rumah dan menyalakan lampu suluh yang berada di tangan. Dia berlari menuju ke rumah Uteh Bahar untuk meminta tolong. Fansuri pula ke dapur untuk mengambil air minuman Pak Leman. "Masuklah, Uteh. Marilah tolong tengokkan Ngah kamu ni.," kata Mak Ngah Limah apabila menyedari Uteh Bahar suami isteri sudah sampai.

Page 26: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 26

Uteh Bahar dan Uteh Senah melangkah masuk ke dalam rumah. Hanifa duduk kembali di sebelah emaknya. Peluh yang memercik di dahi tidak dihiraukannya. Kolam mata mula berkaca-kaca namun, dia menahan tangisan. "Ngah... ni saya ni. Macam mana Ngah rasa sekarang? Ngah nak saya bawakan Ngah pergi klinik ke?" "Uteh.... aku rasa riwayat aku.... sampai di sini je. Kalau... kalau aku mati... kamu janji kamu akan jaga isteri dan anak-anak aku macam kamu jaga keluarga kamu, ya! Janji dengan aku, Uteh!!" Pak Leman cuba bangun dari pembaringan. Fansuri membantu ayahnya bangun. Mak Ngah Limah semakin kuat menangis. Anak-anaknya yang lain juga mula menangis apabila melihat Mak Ngah Limah menangis. "Jangan cakap macam tu, Ngah. Ajal maut tu di tangan Tuhan." "Aku tahu tapi, kamu janji dengan aku dulu...." "Saya janji, Ngah. Saya janji akan jaga keluarga Ngah macam keluarga saya sendiri." "Allah... sakitnya perut aku ni!! Limah... kau jaga diri baik-baik. Aduh... dah tak tertahan rasanya aku ni... Sempaikan sembah salam aku untuk emak dan bapak kita... Anak-anak kita jangan diabaikan. Beri pelajaran pada dia orang. Aduh.... " "Uteh, cepat bawakkan Ngah ni ke klinik." Jerit Mak Ngah Limah. Dia cuba mengangkat Pak Leman. "Jangan, Uteh. Aku nak mati di rumah!!!" "Allah... sakitnya aku ni, Uteh. Siap-siaplah panggilkan Pak Imam untuk sembahyangkan aku. Limah, maafkan abang di atas segala kesalahan abang pada kau selama ni. Fansuri..... Fansuri...." "Ya, ayah! Fan ada di sini..." "Jaga adik-adik kamu baik-baik. Jangan biarkan orang ganggu keluarga kita lagi. Ingat.... Fan sekarang ketua keluarga. Segala-galanya di bahu Fan." "Fan tahu, ayah!! Ayah jangan bimbang. Maafkan Fan kalau Fan ada buat salah pada ayah." "Kita ke klinik, Ngah!!!" "Tidak !!! Allahu Akhbar!!!" Tangan Pak Leman terkulai di sisinya. Mak Ngah Limah panik. Fansuri pucat. Uteh Bahar yang lain-lainnya kaku. "Abang Leman.....!!!!!" Teriakan Mak Ngah Limah bergema di segenap pelusuk rumahnya. Fansuri dan adik-beradiknya menangis tersedu-sedu di hujung kaki Pak Leman. Uteh Bahar segera turun untuk ke rumah Pak Imam.

Page 27: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 27

"Ngah Limah..." Terlatah Mak Ngah Limah apabila bahunya ditepuk orang. "Eh, kamu Uteh Senah? Terperanjat Ngah. Kenapa tak bagi salam dulu?" Mak Ngah mengesat airmata yang mengalir ke pipi. "Puas saya bagi salam, Ngah ooii... tak berjawab pun. Jauh Ngah mengelamun. Pintu tu pun tak bertutup. Nasib baik saya yang masuk. Kalaulah ada pencuri, apalah yang jadi pada Ngah ni..." Uteh Senah menggelengkan kepala. "Ala... apalah yang ada di rumah Ngah ni, Uteh ooii...." "Takut kamu tu yang diculiknya, Ngah!! Eh, Ngah ni menangis ke?" "Tak adalah.... mana ada, Uteh!!" Mak Ngah Limah mengalihkan wajahnya apabila Uteh Senah cuba hendak melihat matanya. "Janganlah tipu saya, Ngah. Saya ni kenal Ngah bukan sehari dua. Dari muda lagi saya dah kenal Ngah ni. Ngah teringatkan arwah Ngah Leman, ya!" "Jangan kamu sebut-sebut lagi, Uteh. Hati aku ni sedih sangat kalau nama abang Leman disebut-sebut." "Ngah... orang yang dah pergi tu janganlah dikenang lagi. Biarlah Ngah Leman tenang di sana. Saya ni pun kadang-kadang teringatkan gak pada arwah abang Bahar tapi, bila difikirkan balik, buat apa kita nak menangis. takdir kita dah ditentukan!!" "Sudahlah, Uteh... kamu datang ni nak tidur sini, ya !" "Ha ah, Ngah. sunyi pulak saya kat rumah tu sorang-sorang !!!" Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 11 "Assalammualaikum... bertemu kembali kita dalam rancangan TOLONGLAH SAYA. Anda boleh menelefon kami di talian 26365091. Siapa yang ada masalah boleh hubungi kami di talian yang saya sebutkan tadi. Jangan malu untuk meluahkan masalah anda. Kami di sini akan cuba menolong." Syazana duduk di kerusi malas dan melepaskan satu keluhan. Dia memandang ke arah bilik Farhan yang agak jauh ke belakang. Mungkin Farhan sudah tidur. Dialihnya pula pandangan ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah tepat jam 2 pagi. Dia mencapai gagang telefon dan menekan satu demi satu punat-punat nombornya. "Hallo, rancangan Tolonglah Saya. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap sekarang?" Suara DJ radio kedengaran di telinganya. Syazana menelan air liur beberapa kali. Perasaan takut dan serba-salah mula bercambah dalam diri. Haruskah dia teruskan niatnya atau letakkan sahaja gagang yang kini sedang dipegang kejap.

Page 28: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 28

"Hallo.... siapa di sana?" "Hallo.. eerrr.... saya..." Dia tak berupaya meneruskan kata-kata. "Hallo.... cik!! Saya tak dengarlah..." "Saya Sya." "Cik Sya nak kongsi masalah dengan kami di sini?" Syazana terdiam. Haruskah dia menceritakan masalah rumahtangganya pada orang lain? Apa pula kata Farhan kalau dia dengar nanti? Bimbang juga dia kalau-kalau Farhan belum tidur lagi. Sesekali dia meninjau ke arah bilik Farhan. Juga dengan perasaan bimbang jika Farhan secara tiba-tiba keluar dari bilik. "Cik!" "Ya!" Syazana terperanjat mendengar suara DJ memanggilnya. "Cik nak kongsi masalah dengan kami? Mungkin ada pendengar yang boleh membantu cik nanti." "Begini... saya sudah berkahwin hampir 8 bulan lamanya. Suami saya berjawatan penting di syarikat tempat dia bekerja. Dia pilihan saya sendiri. Kami.... kami kenal dah lama... Dia tua setahun dari saya." "Ok, jadi berapa umur puan Sya sekarang?" "Saya 28 tahun dan suami saya 29." Farhan tersentak. Dia segera bangkit dari baring. Mustahil Syazana sanggup menelefon rancangan itu untuk menceritakan masalah rumahtangga mereka pada orang luar? Farhan tak puas hati. Dia bangun dan menuju ke pintu biliknya. Dia mengintai ke ruang tamu. Dalam kesamaran, dia dapat melihat Syazana duduk di ruang tamu bersebelahan dengan telefon. Dia masuk semula ke dalam bilik. Cuba menangkis segala ramalan dan syak wasangkanya terhadap Syazana. Namun, dalam hati dia berminat untuk mendengar cerita pemanggil itu. "Puan kata suami puan tu pilihan puan sendiri. Jadi, apa masalah puan sekarang?" "Sejak kami berkahwin sampailah sekarang ni kami tak pernah tidur sebilik. Kami tidur dalam bilik yang berasingan. Dia tak pernah makan masakan saya. Kami tak bertegur sapa sesama sendiri malah, kalau berselisih pun kami akan buat seperti tak kenal antara satu sama lain. Malah, saya masih dara sehingga kini. Memang sejak mula berkahwin dulu dia ada beritahu saya yang dia tak sukakan saya." "Puan bukan dipaksa berkahwin, kan! Sebab puan kata dia pilihan puan sendiri." "Memang! Saya tak dipaksa untuk berkahwin dengan dia. Tapi, dia..... dia terpaksa berkahwin dengan saya untuk menggembirakan hati keluarganya."

Page 29: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 29

"Jadi, dari mula berkahwin sehingga sekarang hubungan puan dengan suami puan begitu?" "Ya! Kami tetap dingin malah semakin dingin. Hubungan suami isteri hanya wujud kalau ada saudara-mara atau keluarga terdekat datang ke rumah kami atau waktu kami balik kampung. Tapi, selalunya susah jugak nak tunjukkan kemesraan yang dibuat-buat. Saya tak suka kalau dia sengaja mahu bermesra dengan saya di depan keluarganya sebab saya tahu dia tak ikhlas! Saya.... saya dah tak tahan nak hidup serumah dengannya. Memang saya sayangkan dia... tapi, saya lagi sanggup dilepaskan dari terus menanggung derita. Saya pernah minta dia lepaskan saya tapi dia tak mahu! Takut keluarga dia marah!" "Boleh saya tanya sikit tentang perkara peribadi puan?" "Saya akan cuba jawab kalau tak terlalu personal." "Mungkin ke sebelum ni dia dah ada kekasih?" Syazana diam. Di matanya terbayang wajah Junaidah yang sering menghantui fikirannya sejak kebelakangan ini. Jelas sekali wajah itu sedang mengejek-ngejek dan mentertawakannya. Sepantas itu, manik-manik hangat tumpah ke pipi. "Mungkin ya! Tapi saya tak tahu sejauh mana hubungan perempuan tu dengan suami saya. Saya kenal perempuan tu. Dia rakan sekampus suami saya waktu dia belajar dulu. Sebelum ni, waktu suami saya kenalkan saya dengan perempuan tu saya tak tahu mereka ni kekasih. Cuma, sejak kebelakangan ni perempuan tu semakin kerap telefon ke rumah untuk bercakap dengan suami saya dan selalunya selepas bercakap di telefon, suami saya akan keluar. Baru-baru ni, saya dan suami bergaduh besar. Puncanya saya tanya siapa perempuan yang selalu sangat telefon dia di rumah! Dia melenting. Dia marahkan saya kerana bertanya yang bukan-bukan!! Saya ni perempuan. Sekuat mana saya pun, saya tetap akan menyimpan curiga dan cemburu dalam hati bila ada perempuan telefon ke rumah untuk bercakap dengan suami saya. Dia marahkan saya sebab saya ada mention nama perempuan tu! Dalam pada bertekak tu, dia mengaku yang perempuan tu kekasih dia sejak 3 tahun lalu." Syazana menangis tersedu-sedu. Tak berupaya lagi untuk mengeluarkan kata-kata kerana terlalu sedih. Farhan terpaku di bilik. Mendengarkan tangisan Syazana membuatkan hatinya hiba. Serta-merta rasa bersalah menyelinap ke segenap hatinya. Dia tak menyangka selama ni Syazana memendam kepedihan dan perderitaan di atas segala perbuatannya. "Puan, puan tak apa-apa?" "Saya ok. Saya sedih! Suami saya sanggup tampar saya sebab saya tak bagi perempuan tu bercakap dengan dia. Dia lebih sayangkan perempuan tu dari saya. Saya pernah minta dia lepaskan saya, saya rela bercerai dari terus menanggung derita. Untuk apa saya berkahwin dengan dia kalau saya terseksa? Tapi, dia tak nak lepaskan

Page 30: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 30

saya dan dia tak bagi saya pecahkan rahsia ni pada keluarga kami. Mungin juga dia takut keluarganya akan marah!" "Kesian puan... tapi, kenapa puan tak cuba berbincang dulu dengan suami puan tentang hal ni? Mungkin hatinya akan lembut..." "Tak guna berbincang dengan dia! Dia takkan dengar apa pun yang saya kata. Saya dah lama nak berjumpa dengan perempuan yang suami saya cintakan tu. Saya nak beritahu dia, kalau dia benar-benar nakkan suami saya, saya rela undur diri. Saya tak nak bila saya dan suami saya dah berpisah nanti, hidup dia tak terurus. Sekurang-kurangnya kalau dia dah berkahwin lain, saya tahu ada orang yang akan uruskan makan pakai dia. Kalaulah perempuan tu sedang mendengar sekarang, tolong hubungi saya. Kita selesaikan masalah ni secara orang dewasa. Tolonglah, kak.... kalau akak betul-betul mahukan suami saya......" Syazana meletakkan gagang telefon. Farhan yang berdiri di hadapannya benar-benar memeranjatkannya. Syazana terpaku di kerusi. "Puan... Puan... maaf para pendengar! Talian puan Sya terputus. Ok, kepada sesiapa yang nak memberi komen tentang masalah ni, hubungi saya di 26365091. Saya ulang sekali lagi. 26365091. Hallo, rancangan Tolonglah Saya disini......" "Aku tak sangka kau sanggup telefon ke rancangan tu dan ceritakan masalah rumah tangga kita! Kau nak malukan aku ke? Kalau orang office aku dengar rancangan ni, macam mana? Kau memang sengaja nak jatuhkan maruah aku, kan!" "Ma.. maafkan Sya, bang! Sya tak bermaksud nak malukan abang! Sya cuma...." "Sudah!! Jangan nak tunjuk baik!! Kau dah pecahkan rahsia pada semua orang, sekarang kau tak mengaku salah. Kau tau tak, berapa ramai yang dengar rancangan tu? Kalau emak ayah aku dengar, macam mana?" Syazana menangis. Dia takut dengan suara Farhan yang semakin lantang memarahinya. Dia tahu, Farhan mesti mendengar dari dalam bilik. Farhan merengus kuat. Kecewa dengan perbuatan Syazana. Lebih kepada marah dan malu sebenarnya. Seandainya anak-anak buahnya di office mendengar rancangan itu, pasti kecoh di office esok. Memang mereka takkan tahu siapa suami curang itu tapi, dia sendiri akan terasa!! "Maafkan Sya, abang!" "Pergi masuk bilik kau!! Jangan kau tunjuk muka kau depan aku!! Menyampah aku tengok, kau tahu?" Syazana bingkas bangun dan berlari ke bilik tidurnya. Farhan merebahkan diri di sofa panjang. Dia menarik nafas panjang. Bayangan Junaida menjelma. Kelihatan wajah itu benar-benar mengharap padanya. Mengharap pada janji yang sudah ditabur sejak beberapa tahun yang lalu. Janji untuk sehidup semati. Janji yang mesti ditepati. Farhan mengeluh. Bagaimana harus dia menepati janji itu sedangkan hatinya kini berbelah bahagi antara kekasih dan isterinya?

Page 31: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 31

Dia berkisar ke kanan. Wajah Syazana pula muncul. Wajah itu agak layu berbanding wajah Junaida. Syazana merana akibat perbuatannya. Dia tahu semua itu. Dia tahu selama ini dia hanya memberi wanita itu nafkah zahir sahaja tetapi tidak batin. Bukan dia tak mampu, tetapi dia tak mahu. Dia memaksa hatinya agar tidak meniduri isterinya. Tidak!! Bukan dia tak mahu, tetapi ego yang yang terlalu tinggi memaksanya untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 12 Pagi itu, Farhan keluar rumah agak awal dari biasa. Syazana tahu Farhan sebenarnya cuba lari darinya. Semalam, Syazana tak nyenyak tidur. Tidurnya diganggu sesuatu yang dia sendiri tak pasti. Perasaannya tak keruan. Sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, dia mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Dia terperasankan Farhan yang lena tidur di sofa. Syazana tahu mungkin malam tadi bukan hanya dia yang tak dapat tidur. Farhan juga sepertinya. Dia tahu Farhan sibuk memikirkan kenapa dia sanggup menelefon rancangan radio itu. Farhan juga mungkin bimbang Junaida mendengar rancangan itu dan mengamuk. Atau, Farhan malu jika kakitangan bawahannya tahu tentang kepincangan rumahtangganya!! Sesudah mandi, dia terus menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum mengejut Farhan untuk solat. Begitulah keadaannya setiap hari. Namun, sehingga ke hari ini belum pernah Farhan marahkan dia kerana mengejutkannya bangun solat. Sebaik sahaja Farhan pergi ke pejabat, Syazana terus masuk ke bilik tidur Farhan untuk mengemas bilik. Dikutipnya baju-baju kerja Farhan yang berselerak di lantai. Dia mengemas katil. Diangkatnya bantal dan selimut. Tiba-tiba sesuatu terjatuh dari gumpalan selimut. Sekeping gambar! Syazana menunduk dan mencapai gambar itu. Dia terperanjat !!! Terduduk Syazana melihat gambar itu. Sekejap itu juga airmatanya mengalir. Direnungnya kembali gambar yang berada dalam pegangannya. Gambar perkahwinan mereka. Waktu itu, Farhan baru sahaja menyarungkan cincin ke jari manisnya. Dia mencium tangan Farhan. Itulah kali yang pertama dan juga yang terakhir! Dia mendongak memandang ke wajah Farhan. Waktu itulah sanak-saudara mengambil gambar. Gambaran jelas tentang dua hati! Dia terseyuum gembira tetapi Farhan sebaliknya! Wajah Farhan masam. Seolah-olah tiada mood. Tapi, mengapa Farhan menyimpan gambar itu diam-diam? Dan, sudah semestinya Farhan secara sembunyi-sembunyi melihat gambar itu sebelum tidur! Mustahil.... Farhan bukannya cintakan dia! Farhan juga tak sukakan perkahwinan ni. Tapi, apa makna semua ni? Deringan telefon menyentakkannya. Gambar yang dipegang segera diletak kembali ke atas katil dan dia berlari ke tengah rumah untuk menjawab panggilan.

Page 32: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 32

"Assalammualaikum.." Syazana memulakan perbualan. "Sya, ni Junaida. Aku ada hal yang nak dibincangkan dengan kau!" Syazana menggertap bibir. Sudahlah salam tak berjawab, alih-alih dia cakap kasar pula! "Hal apa yang kak Jun nak bincangkan dengan Sya ni? Kalau ada hal penting, cakaplah cepat. Sya ada banyak lagi kerja yang nak dibuat ni." Syazana memujuk hatinya supaya jangan berkasar. Api kalau dilawan dengan api juga, harus terbakar. "Aku takkan cakap dekat telefon. Aku nak jumpa kau di Restoran Nelayan pukul 2 petang nanti. Jangan kau tak datang pulak!" "Ok, Sya akan datang ke sana nanti." Gagang diletak. Syazana menghempas punggungnya ke kusyen. Dia tahu mengapa Junaida mahu berjumpa dengannya. Pasti hal Farhan yang akan dibangkitkan. Syazana nekad. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap takkan lepaskan Farhan. Dia mesti dapatkan haknya sebagai isteri Farhan. Junaida harus disingkirkan dalam kemelut ini! Tepat jam 1 petang Syazana keluar dari rumah. Dia sengaja tak telefon Farhan memberitahu tentang hal itu. Hampir 15 minit dia menunggu teksi akhirnya dia dapat juga. Dia terus mengarahkan pemandu teksi menuju ke Restoran Nelayan. Dia sampai di sana tepat pukul 2 petang. Dia mencari-cari kelibat Junaida dan menuju ke satu sudut restoran itu apabila menyedari Junaida melambai ke arahnya. "Assalammualaikum, kak Jun. Awal kak Jun sampai! Excited sangat nampaknya nak bincangkan hal ni. Apa hal yang best ni?" Tanya Syazana sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi. Junaida tersenyum sinis. "Your order, Miss... Seorang pelayan lelaki menghampirinya dan bertanyakan pesanan. "No, thanks." Junaida masih tersenyum memandangnya sambil menyedut jus belimbing. "Tak sangka, pandai juga kau ni cakap bahasa Inggeris, ya!" Sindir Junaida. "Ala... takat bahasa Inggeris cam tu, budak darjah 1 pun tahu, kak Jun!!" Balas Syazana tajam. Junaida menjeling. "Tapi, BI Sya taklah sebagus kak Jun ataupun abang Far." "Hei... hei.... kenapa tiba-tiba kau sebut pasal Farhan ni?? Come on, sis.... aku nak jumpa kau ni bukannya sebab Farhan!!" "Jangan berdalih lagi, kak Jun! Sya bukannya bodoh macam yang kak Jun sangkakan. Sya tahu kak Jun takkan jumpa Sya kalau bukan sebab abang Far. Terus-terang sajalah, kak Jun. Sya pun ada banyak lagi kerja kat rumah yang nak diselesaikan."

Page 33: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 33

"Okay... kalau kau nak aku berterus-terang ngan kau, biar aku bagi tau kau kenapa aku nak jumpa kau! Hebat kau malam tadi, ek! Siap nangis-nangis lagi kat line. Berani betul kau. Kau tak takut ke mention nama kau kat public? Kau tak takut Farhan dengar dan marah kau?" "Eh, kenapa tiba-tiba masuk pasal tu, kak Jun? Sya sorang ke kat dunia ni yang bernama SYA? Kalau pun Sya telefon dan mention nama Sya pun kat rancangan tu, kenapa mesti Sya nak takut? Dia orang just tahu nama Sya saja, bukan orangnya! Ke... kak Jun yang takut Sya mention nama kak Jun kat public? Sya tak jahat cam tu, kak.... Sya takkan mention nama orang yang selama ni jadi racun dalam rumahtangga Sya." "Kau buat aku malu! Kau tahu, ramai budak kat office aku dengar rancangan tu malam tadi. Datang office pagi tadi, semuanya sibuk cerita pasal kau!" "Alhamdulillah.... jadi, Sya ni dipihak yang benarlah, ya! Kak Jun, mesti kak Jun tak dengar rancangan tu, kan! Sebab kak Jun ni bukan orang yang bermasalah macam Sya ni. Tapi percayalah.... Sya tak mention nama suami Sya dan kekasihnya. Kalau kak Jun tak makan cili, takkan terasa pedas??!!" Syazana sengaja melebarkan senyumannya. Memang dia sengaja nak sakitkan hati Junaida. "Kau jangan melampau!!! Aku nak nasihatkan kau.... lebih baik kau undur diri dalam hal ni. Aku pasti tak lama lagi Farhan akan ceraikan kau dan aku yang akan gantikan tempat kau kelak. Kami tengah berbincang untuk berkahwin dan aku akan pastikan kau takkan berada lebih lama lagi kat rumah tu!! Faham!!!" "Itu je ke yang kak Jun nak cakapkan pada Sya? Ok, Sya nak wish good luck pada kak Jun kerana berani ambil risiko. Well... try your best. Bye... and I hope to hear good news from you soon...." Syazana bangun dan meninggalkan restoran itu. Junaida menghentak gelas ke meja dan gelas berderai. Melimpah baki air ke meja tetapi dibiarkan oleh Junaida. Tangan yang berdarah juga tak dihiraukan. Hatinya sakit! Dan, dia bersumpah akan membuat hidup Syazana merana...... Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 13 Syazana menepuk bantal kepalanya. Dia memandang jam di meja kecil yang bersebelahan katil. Jarum jam sudahpun menunjukkan angka 4 pagi. Dia keluar dari bilik. Syazana menghampiri bilik tidur Farhan. Daun pintu dikuak luas-luas namun hampa. Orang yang dicari tiada di situ. Dia menutup kembali pintu dan beralih pula ke pintu utama rumah. Dia menjenguk keluar rumah melalui tingkat. Garaj tempat Farhan selalu meletakkan keretanya kosong. Resah di hati semakin menggila. Syazana merebahkan diri di sofa. Ke mana pula dia? Sebelum ini, walaupun dia selalu balik lewat malam atau awal pagi, belum pernah

Page 34: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 34

sekali pun dia tak balik. Dan, selewat-lewat dia balik, belum pernah melangkaui jam 3 pagi. Tapi hari ni..... sudah pukul 4 pagi!! Masakan terlalu banyak kerja sampaikan tidur di pejabat? Kalau bukan di pejabat, ke mana pula? Ke rumah Junaida? Serta-merta fikiran jahatnya menguasai hati. Kenapa mesti nama Junaida juga disebut-sebut? Takkanlah Farhan nak duduk di rumah Junaida sampai awal pagi? Lagipun, kenapa mesti berlama-lama di sana? Syazana bingkas bangun. Dia masuk ke bilik. Pasti Junaida sudah memberitahu Farhan tentang pertemuan mereka tengahari tadi. Syazana mengeluh panjang. Habislah.... mesti perang dunia ketiga meletus nanti!!!!!!! "Kau dah fikir masak-masak ke nak kahwin dengan Farhan tu, Sya?" Secara tiba-tiba Syazana teringat kata-kata sahabat karibnya, Shida. Entah kenapa, otaknya ligat memutarkan kembali detik perbualan mereka berdua setahun sebelum dia berkahwin. "Kenapa kau tanya aku cam tu? Kau ingat aku nak main-mainkan dia ke?" "Aku tak kata kau nak main-mainkan dia tapi aku takut dia yang mainkan kau nanti!!" Shida menarik Syazana duduk di bangku panjang yang menghadap ke tasik. Dia membuka tin minuman dan menghulurkan pada Syazana. Syazana meneguk air lemon itu. "Kenapa dengan kau ni? Aku tengok sejak dari mula lagi kau memang dah tak sukakan dia. Apa salahnya kalau aku kahwin dengan Farhan? Aku tetap kawan kau. Kawan karib kau sampai bila-bila. Dia takkan dapat halang hubungan kita." "Tapi, aku rasa dia macam tak endah je bila kau cakap pasal kahwin dengan dia. Cuba kau tengok muka dia tadi. Muncung sebiji cam muncung cencurut! Menyampah aku tengok!!" Ngomel Shida kurang senang. Syazana ketawa terbahak-bahak. Shida..... kawan karib sejak kecil Syazana sehingga sekarang. Dari sekolah rendah mereka berkawan, sampai bekerja pun sama tempat. Rumah pun bukannya jauh. Rumah Shida berhadapan dengan jalan raya dan rumah Syazana pula hanya di belakang rumahnya. Hubungan mereka terlalu erat sehinggakan ramai kawan-kawan sekolah menggelarkan mereka kembar tak seiras. Syazana tahu Shida memang tak sukakan Farhan dari detik pertama mereka dikenalkan oleh Syazana. Bukan Shida saja, tapi Farhan pun begitu. Kalau berjumpa, mesti Syazana akan bawa Shida bersama dan selalunya walaupun bertiga, hanya Syazana yang bercakap. Kadang-kadang tu terasa macam bercakap dengan dinding pula. "Mungkin dia malu nak tunjukkan perasaan sebenar dia. Kau janganlah kutuk dia lebih-lebih. Aku tau kau tak suka dia tapi at least kau kesiankanlah aku ni. Janganlah sakitkan hati aku!!"

Page 35: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 35

"Ok, terus-terang aku cakap ngan kau aku memang tak sukakan Farhan tu tapi... bukannya aku sengaja nak sakitkan hati kau. Aku hanya tak suka dia, bukannya kau. Aku tak nak kau merana nanti, Sya. Percayalah kata aku... dia memang tak nak kahwin ngan kau!!!" "Shida... kadang-kadang kita ni tak boleh nak ikutkan kata hati kita, tau! Mungkin kita tersalah anggap pada dia. Aku nak kau doakan aku bahagia. Insya-Allah... aku tahu Farhan takkan persia-siakan aku. Kau jangan risau. Kau tunggu je.... sampai masanya nanti aku akan bawa permata hati kita orang pergi rumah kau!!" Shida hanya tersenyum mendengar kata-kata Syazana. Syazana orang yang kuat semangat, desisnya dalam hati. Dia tahu, Syazana sedar ketidak sungguhan Farhan setiap kali mereka membincangkan topik perkahwinan mereka tapi Syazana pura-pura tak menyedari semua itu. Dia selalu memujuk hatinya untuk tidak mengambil kira semua itu. Baginya, jodohnya memang dengan Farhan. "Aku akan doakan kau. Kau kan sahabat baik aku. Okay, aku mengalah dengan semangat kau, Sya. Aku akan cuba suka pada Farhan. Aku akan cuba berbaik-baik dengan dia. Tapi, nanti kalau dah kahwin dan kau ada masalah jangan malu datang jumpa aku tau! Aku akan tolong kau selesaikan masalah kau tu!!" "Ok. Thanks Shida sebab memahami aku! Aku sayangkan kau!!" Syazana memeluk Shida erat. Shida membalas. Dia takut kalau-kalau kata hatinya betul. Dia tak nak Syazana kecewa dan menyesal kerana menjadi isteri Farhan. Dia lebih rela Syazana menjadi anak dara tua daripada berkahwin dan bercerai..... Terhenti lamunannya apabila mendengar pintu diketuk dengan kuat. Dia berlari ke tengah rumah untuk membuka pintu. Terdengar jeritan Farhan memanggil namanya dengan kuat. "Abang! Mana abang pergi?" Tanya Syazana sebaik sahaja Farhan menghenyakkan badan ke sofa. Farhan memandang tepat ke arahnya dengan wajah bengis. Syazana menelan air liur. Seluruh badan dirasakannya menggigil dan peluh mula membasahi baju tidurnya. "Kenapa kau jumpa Junaida tanpa bagi tahu aku dulu?" Syazana terdiam. Suara Farhan amat keras malam ini. Mesti Junaida dah beritahu pada Farhan tentang pertemuan dia orang siang tadi. Kalau tak, masakan Farhan tahu!! Lainlah kalau Farhan ada pasang spy untuk perhatikan gerak-gerinya!! "Pekak ke?? Kan aku tanya kau ni?" Jerkah Farhan. "Kak Jun yang telefon Sya kata nak jumpa. Ada hal penting yang nak dibincangkan dengan Sya. Jadi, Sya pergilah jumpa dia siang tadi. Sya terlupa nak beritahu abang sebab Sya banyak kerja tadi. Bila sedar dah pukul 1 terus Sya siap-siap dan keluar rumah. Sya minta maaf!!!" "Jangan kau nak kelentong aku!!! Junaida telefon aku kat office menangis-nangis cakap kau jumpa dia dekat Restoran Nelayan. Lepas tu kau siap maki-maki dia lagi!!

Page 36: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 36

Sedap betul mulut kau cakap dia betina sundal ya!! Kau ingat, semua orang simpati kat kau lepas dengar luahan peraasaan kau tu? Kau ingat kau boleh besar kepala?" "Ya Allah... apa yang abang cakapkan ni? Kak Jun bagi tahu abang macam tu? Sumpah, bang!! Junjung Quran pun Sya berani sebab Sya tak cakap macam tu pun pada dia!! Dia yang telefon Sya pagi tadi sebaik saja lepas abang pergi kerja. Sya cuma memenuhi permintaan dia nak berjumpa. Itu saja. Sya tak kan maki dia, bang!! Sya bukan jenis yang suka nak maki orang tak tentu pasal!!!" "Tak payah nak tunjuk baik dengan aku!! Nak junjung Quran konon!!! Dah buat salah, tak nak mengaku!! Kau tak takut dimakan sumpah nanti?? Kau jangan ganggu Jun lagi. Ingat!! Kalau kau berani telefon dia lagi di pejabat dia, siap kau!!! Aku takkan teragak-agak kenakan kau nanti!!" "Abang!! Tunggu dulu!" Syazana mengesat airmatanya. Kali ini dia takkan menangis lagi. Dia takkan tunjukkan kelemahannya di depan Farhan lagi. Dia harus kuatkan semangat. "Aku tak ada masa nak dengar penjelasan kau!!" "Dengar apa yang Sya nak cakapkan, bang! Sya tak telefon kak Jun di office dia. Abang kan tahu yang Sya tak tahu langsung nombor telefon dia? Lagipun, buat apa Sya nak telefon dia? Nak cari gaduh? Sya bukan jenis yang suka cari gaduh dengan orang lain, bang!! Sya tak kisah kalau dia betul-betul nakkan abang. Abang fikirkanlah.... kalau abang dah bersedia nak lepaskan Sya, Sya rela. Sya takkan kecewa kalau jodoh kita setakat ni saja tapi tolong terangkan pada keluarga kita. Sya tak nak nanti dia orang salahkan Sya dalam hal ni. Sya nak abang mengaku depan mereka sepanjang perkahwinan kita ni abang tak pernah sentuh Sya dan kita tak pernah tidur bersama. Sya nak abang beritahu segala-galanya tentang kepincangan rumahtangga kita ni, bang!!!" "Sudahlah!! Fed-up aku duduk dalam rumah ni!! Aku nak keluar!" "Abang? Abang nak ke mana pulak tu??? Abang!!!!" Farhan terus mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah tanpa menghiraukan jeritan Syazana memanggilnya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan sebaik sahaja enjin dihidupkan, keretanya meluncur laju di dada jalan. Syazana terjelepuk terduduk di depan pintu rumahnya..... Syazana menangis tersedu-sedu. Di matanya terbayang wajah emak tersayang yang mengharapkan dia hidup bahagia bersama Farhan. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Mak Ngah Limah. Wanita itu terlalu sayangkan dia dan dia tak sanggup melukakan hati emaknya itu. Tapi dia sedar, dia tak seharusnya menyembunyikan hal itu pada emaknya. Syazana bingkas bangun dan menuju ke telefon. Tangannya pantas mengangkat gagang dan mendail ke rumah emaknya di kampung. Kedengaran nada talian dan seketika kemudian gagang diangkat.

Page 37: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 37

"Assalammualaikum, emak...." "Waalaikummusalam... siapa ni?" "Mak... Sya ni..." Dia tak berupaya menahan tangisannya. "Sya? Sya, kenapa ni sayang? Kenapa Sya telefon mak tengah-tengah malam ni dan menangis? Sya..??" Mak Ngah Limah mula tak keruan bila mendengar suara tangisan Syazana. "Sya....." Kata-kata ternoktah di situ. Dia tak sanggup meluahkan deritanya. "Cakap pada mak, Sya? Sya ni kenapa sebenarnya? Jangan buat mak risau. Farhan mana????" Soal Mak Ngah Limah bertubi-tubi. "Sya gaduh ngan abang Far, mak! Dia... dia dah keluar dari rumah. Sya takut, mak.... Sya takut kalau-kalau ada sesuatu terjadi pada dia nanti!! Apa yang mesti Sya buat sekarang ni, mak???" "Astaghfirullah hal'azim.... kenapa dengan korang berdua ni? Waktu mak tanya dulu Sya cakap tak ada apa-apa. Cuba Sya cerita pada emak apa yang dah terjadi sebenarnya." "Sebenarnya selama ni hubungan kami tak pernah baik, mak...." Syazana menceritakan segala-galanya pada Mak Ngah Limah. Baginya tak ada apa yang harus disorokkan lagi waktu ini. Biarlah dia meluahkan semuanya..... Mak Ngah Limah mendengar penuh khusyuk. Sesekali Syazana berhenti bercerita dan menarik nafas panjang. Airmata yang berjuraian tak dihiraukan olehnya. Setelah agak lama meluahkan segala-galanya pada emaknya, akhirnya dia meletakkan gagang. Terasa beban yang selama ini ditanggung seorang kembali ringan. Dia bersyukur kerana emaknya sudi mendengar luahan masalahnya. Syazana merebahkan diri ke katil dan akhirnya dia terlena dalam deraian airmata. Syazana terjaga dari tidur apabila terdengar pintu rumahnya diketuk orang. Segera dia bangun dan berlari untuk membuka pintu. Dalam hatinya, andai Farhan yang balik, dia akan memohon ampun pada Farhan. Sambil mengesat matanya yang pedih akibat menangis, dia memulas tombol pintu. Nyata, dia hampa. Yang muncul bukannya tubuh Farhan tetapi dua orang pegawai polis. "Assalammualaikum, puan. Ini rumah encik Farhan?" "Waaalaikummussalam... ya, ini rumah dia. Kenapa encik?" "Harap puan dapat bertenang. Kami datang ni nak beritahu puan yang Encik Farhan kemalangan dan sekarang ni....." "Ya Allah...." Syazana sudah terkulai di depan pintu sebelum sempat anggota polis itu memberitahu hal itu lebih lanjut. Kedua-dua mereka memapah Syazana masuk ke

Page 38: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 38

dalam rumah dan membaringkan dia di atas sofa. Agak lama mereka menunggu untuk Syazana pulih sebelum meneruskan kata-kata. "Mana abang Farhan?? Mana suami saya, encik??? Encik, tolong selamatkan dia...." Jerit Syazana memecah keheningan subuh itu. "Sabar, puan... Bawa bertenang dulu. Suami puan dah dibawa ke Hospital Ampang Puteri. Waktu kami ke sini tadi, dia masih dalam operation room. Ada sesiapa yang puan nak hubungi untuk bagitau berita ni?" "Emak saya...." Syazana bangun dan terus menelefon emaknya. "Kami tunggu puan di luar." Kata anggota polis itu dan terus keluar. Syazana hanya menangguk. "Emak......." Dan, dia meraung lagi..... Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 14 "Sya, marilah balik dulu. Dah hampir 2 hari Sya tak tidur. Nanti Sya pulak yang sakit!" Puas emak mertuanya memujuk. Syazana hanya menggelengkan kepalanya. Emak mertuanya memandang ke arah Mak Ngah Limah dan meminta dia pula memujuk Syazana. "Sya sayang.... mari kita balik berehat dulu. Sya tidur dulu nanti baru Sya ada tenaga nak jaga Farhan lagi. Kalau Sya terus-terusan macam ni, nanti Sya sakit. Kalau Sya dah sakit, macam mana Sya nak jaga Farhan?" "Emak berdua baliklah dulu. Sya nak jaga abang Far kat sini. Nanti kalau abang Far jaga, siapa yang nak layan dia?" Tingkah Syazana. "Kan nurse dan doktor ada? Buat apa dia orang kerja sini kalau tak boleh jaga pesakit?" Balas Lynn, adik iparnya. Mereka semua sudah penat memujuk Syazana balik ke rumah berehat tapi pujukan mereka tak menjadi. "Dia orang tu banyak kerja, Lynn. Lagipun abang Far tak kenal mereka. Nanti macam mana kalau dia…" "Jangan degil, Sya!! Mari kita balik!!" Sampuk Mak Ngah Limah sebelum sempat Syazana menghabiskan kata-kata. "Emak... tempat seorang suami adalah di sisi suaminya. Untuk apa Sya jadi Farhan kalau dalam keadaan dia macam ni Sya tak ada kat sisi dia? Emak baliklah... jangan risaukan Sya. Doakanlah keselamatan kami berdua."

Page 39: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 39

Berjurai airmata mereka mendengar penjelasan Syazana. Mereka tahu, selama ini Syazana tak pernah bahagia tapi dia tetap mahu menjaga Farhan yang telah banyak menyeksanya. Mereka menyanjungi ketabahan dan kesetiaan Syazana. Walaupun dia menderita, namun dia sanggup berkorban demi Farhan. Mak Ngah Limah, Puan Rohani, Haslynda dan adik-adik Farhan yang lain terus keluar dari bilik Farhan. Melihatkan mereka semua sudah keluar, perlahan-lahan Syazana merebahkan badan di sofa. Penatnya dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi, demi Farhan... nyawanya sekalipun kalau minta dia gadaikan sebagai ganti dia sanggup. Direnungnya wajah Farhan yang sejak operation tempohari tak sedar-sedar lagi. Rasa bersalah mula menyelinap di dalam dirinya. Kalau tidak disebabkan pergaduhan mereka pada malam kejadian, pasti sekarang Farhan masih segak berdiri di depannya ataupun sedang bekerja di pejabat. Syazana sudah pun bangun dan berdiri di sebelah katil Farhan. Dia masih merenung ke wajah Farhan yang luka-luka dan ada kesan jahitan. "Abang... maafkan Sya. Sya tahu, semua ni salah Sya. Sya yang buat abang jadi macam ni. Maafkan Sya, bang!!" Dia mengucup tangan Farhan. Sesuatu yang tak pernah dilakukannya sejak mereka berkahwin. Dia menyeka airmata. "Abang, kalaupun lepas ni abang nak kahwin dengan kak Jun, Sya rela lepaskan abang. Sya takkan kacau lagi hidup abang dan akan biarkan abang hidup bahagia dengan kak Jun. Biarlah hanya Sya yang menderita tapi Sya tak sanggup lihat abang terlentang begini. Bangunlah, bang. Buka mata abang. Abang mesti kuatkan semangat abang. Biarlah Sya yang sakit asalkan abang sihat macam dulu. Sya tak minta apa-apa dari abang cuma abang bangunlah. Abang mesti sedar demi cinta Sya pada abang. Abang tak perlu paksa diri abang untuk cintakan Sya selepas ni. Sya tak pinta semua tu. Cuma yang Sya mahu abang bahagia. Sya.... Sya...." Airmatanya tumpah lagi. Dia teresak-esak. Sedih melihat keadaan Farhan yang kaku terbaring di katil. Sejak hari Farhan kemalangan, belum sekali pun Junaida datang menjenguk. Mungkin dia sibuk atau segan. Syazana tak ambil peduli tentang Junaida. Yang dia tahu dia akan tunggu sampai Farhan sedar. Masuk hari yang kelima Farhan terbaring kaku, Syazana semakin lemah. Kepalanya semakin sakit dan dia sering pitam. Matanya bengkak kerana menangis tak henti-henti dan kurang tidur. Badannya semakin kurus. Pakaian kotor berlonggok di tepi pintu bilik air. Emaknya yang datang setiap hari untuk memungut baju-baju kotor untuk dicuci di rumah. Bagi Syazana, kini hospitallah rumahnya. Di situlah dia tidur, makan, mandi, sembahyang dan sebagainya. Dia masih setia duduk di sisi Farhan. Selalunya makanan yang dibawa dari rumah langsung tak dijamahnya dan akhirnya makanan itu akan ke tong smapah. Dia hanya mendiamkan diri sambil terus merenung ke wajah Farhan yang pucat. Diulit-ulitnya jari-jemari Farhan dengan lembut. Dikucupnya hujung-hujung jari itu lama-lama. Hanya itu saja yang termampu dilakukannya selain

Page 40: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 40

dari terus berdoa agar Farhan cepat sembuh. Untuk memiliki hati Farhan rasanya terlalu mustahil. Syazana baru sahaja hendak melelapkan matanya tatkala dia terperasankan jari-jemari Farhan bergerak. Syazana terpaku. Farhan dah sedar!!! Syazana cuba bangun dan ingin menjerit tetapi tiba-tiba dia pening kepala. Pandangannya gelap. Dia tak tahu kenapa tapi sakit yang dialaminya terlalu kuat. "Abang....." Hanya itu yang mampu dia sebut dan dia terus tumbang. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 15 Sebaik sahaja dia tersedar, dia terdengar orang menangis di sisinya. Dia membuka matanya. Kelihatan emak dan emak ayah mertuanya, adik-beradiknya, adik-adik iparnya semua mengelilinginya. "Sya dah sedar, mak!!" Jerit Fansuri apabila tersedar Syazana mahu bangkit. Mak Ngah Limah mendongakkan kepalanya dan terus bangun memeluk Syazana. Syazana terpinga-pinga melihat ramai orang di situ. "Sya anak mak!! Sya dah sedar sayang.... Sya, jangan buat mak risau macam ni lagi. Emak tak nak kehilangan Sya!! Sya dengar tak??" "Emak.... di mana Sya sekarang ni? Kenapa semua orang ada kat sini?" "Sya masih di hospital, sayang.... Sya pengsan 3 hari." "Kak Thira... abang Far macam mana?" Tiada jawapan. Semuanya menunjukkan kepala masing-masing. "Abang Fan.... macam mana dengan.." "Sya.... bawak bersabar." Belum sempat Fansuri menghabiskan kata-katanya, Syazana sudah terjun katil. Dia berlari menuju ke bilik Farhan. Dalam keadaan separuh sembuh, terhoyong hayang dia berlari. Fansuri dan Izzuddin mengejarnya dari belakang. Dia terus membuka pintu bilik Farhan tanpa mengetuknya terlebih dahulu. "Abang...." Dia tersandar ke dinding. Junaida dengan manjanya sedang menyuapkan bubur nasi ke dalam mulut Farhan dan Farhan makan dengan lahapnya. Terganggu sedikit kedamaian mereka dengan kehadiran tak diundang Syazana dan Fansuri serta Izzuddin di muka pintu. "Kau nak apa datang sini?" Keras nada suara Farhan. Fansuri sudah menggenggam penumbuk dan bersedia untuk menyerang Farhan. Dia sudah hilang sabar melihatkan Farhan yang tak sedar diri itu.

Page 41: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 41

" Dasar orang tak sedar diri! Adik aku separuh nyawa menjaga dia, alih-alih ditanyanya nak apa? Memang dah melampau!! " Gerutunya. Dia mahu meluru masuk ke dalam bilik tetapi sempat ditahan oleh Izzuddin. "Sabar, bang. Kita tengokkan dulu. Jangan nak ikutkan panas baran bang je." Izzuddin menyabarkan Fansuri. "Yang kau adik-beradik ni tercegat je kat sini kenapa? Apa yang korang nak ni?" Syazana cuba mengimbangi tubuhnya yang hampir tumbang. Nasib baik abang-abangnya ada untuk tolong memegangnya. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati katil. Junaida memalingkan mukanya memandang ke arah lain apabila Syazana berdiri di hadapannya dan Farhan. "Maafkan Sya kalau mengganggu abang. Sya cuma nak pastikan abang dah sedar ke belum. Alhamdulillah.... doa Sya termakbul juga. Abang dah sedar rupanya." "Kalau setakat nak tengok aku dah sedar ke belum tak payah kau datang sini. Tunggu je sampai aku dah keluar hospital nanti. Baru sekarang kau nak tunjuk muka kau pada aku? Jun ni penat menunggu aku siang malam kau tau? Dasar perempuan tak guna!!" Junaida tersenyum lebar mendengar Farhan memujinya. Dia tahu Syazana pengsan setelah menunggu Farhan selama 5 hari. Makciknya yang bekerja di situ menjadi informernya. Daripada makciknya itulah dia dapat tahu tentang perkembangan Farhan setiap hari. Dan, apabila Syazana dimasukkan ke wad, Junaida memulakan lakonannya menjaga Farhan yang kebetulan baru sedar dari koma. Katanya pada Farhan, dia yang menjaganya siang malam dan tak pernah nampak wajah Syazana di situ. Bukan tak pernah keluarga Syazana dan Farhan sendiri datang ke bilik itu tapi, mereka tak masuk setelah melihat Junaida di situ. Dan, Junaida gembira dengan tindakan mereka. Baginya, lebih baik mereka tak datang supaya rahsianya tak terbongkar. "Kau dah melampau, Farhan!! Kau tau tak yang…" Fansuri sudah mara ke depan. "Abang Fan, Sya minta maaf tapi ini hal rumahtangga Sya. Biar Sya selesaikan masalah ni sendiri, okay!" "Sampai dia dah buat Sya macam ni pun Sya tetap tak nak beritahu hal yang sebenar?" Tanya Fansuri kurang senang dengan kata-kata Syazana. "Ini kan hal rumahtangga, Sya. Sya harap abang faham." Fansuri dan Izzuddin mengangguk perlahan dan keluar dari bilik itu. Junaida meletakkan mangkuk bubur di atas kabinet dan menghulurkan tisu pada Farhan. Farhan menyambut dan mengesat mulutnya. Syazana sebenarnya meluat melihat gelagat mereka berdua tetapi dia memujuk hatinya agar menerima ketentuan itu. "Abang... biar Sya terangkan hal yang sebenarnya pada abang."

Page 42: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 42

"Tak payah! Aku tak ingin dengar apa-apa penjelasan pun dari kau. Kalau boleh, muka kau pun aku tak nak tengok. Keluar!! Jangan kacau kami!!" Tengking Farhan. Syazana tak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia tak menghiraukan jerkahan Farhan dan tak kisahkan jelingan Junaida. "Sya akan keluar tapi hanya lepas Sya habis bercakap. Sya minta abang halalkan makan minum Sya selama kita hidup serumah dulu. Kalau Sya ada berhutang pada abang, abang jangan malu-malu nak minta balik pada Sya. Maafkan segala kesalahan Sya dari sejak mula kita kahwin sampailah hari ini. Tiada sekelumit pun di hati Sya untuk menyakiti hati abang. Maaf kalau layanan Sya selama ni tak memuaskan hati abang. Sya sedar siapa diri Sya di sisi abang. Sya tak ambil hati pun malah segala kesalahan abang pada Sya dah lama Sya maafkan." Tenang sekali Syazana menuturkan kata-kata itu. "Sya minta pada abang lepas abang sembuh nanti, abang lepaskanlah Sya. Kahwinlah dengan kak Jun yang setia menanti abang selama ni. Lafazkanlah akad yang abang idam-idamkan dulu di depan tok kadi nanti. Sya rela diceraikan demi kebahagiaan abang dan kak Jun. Kebahagiaan abang adalah kebahagiaan Sya jugak. Dan kak Jun, kalau dah lepas kahwin nanti jagalah abang Far baik-baik, lebih baik dari Sya dulu. Tentang Sya janganlah abang risaukan. Insya-Allah Sya boleh jaga diri dan selagi Allah sayangkan Sya, selagi itu Allah akan tolong Sya. Terima kasih, bang sebab sudi terima Sya yang kolot ni untuk jadi teman hidup abang walaupun untuk tempoh yang singkat. Terima kasih juga sebab selama ni abang dah sedarkan Sya siapa diri Sya yang sebenar. Assalammualaikum...." Syazana mengorak langkah meninggalkan bilik itu. Fansuri dan Izzuddin yang menunggu di luar memapah Syazana balik ke biliknya. Airmata merembes keluar tanpa dapat diseka lagi. Namun Syazana tabahkan hatinya. Kali ini dia nekad. Dia akan tinggalkan kota metropolitan ni. Di sini bukan tempatnya. Dan dia berharap selepas Farhan melafazkan cerai ke atasnya nanti, dia boleh menyambung kembali pelajaran yang tidak dapat dibuat satu ketika dahulu. Sampai di bilik dia dapat lihat kemuraman di wajah ahli keluarganya. Emak dan emak mertuanya sama-sama menangis teresak-esak. Adik-adik iparnya tunduk seolah-olah malu mahu menatap wajahnya. "Emak... Sya ni belum mati lagi. Kenapa emak berdua mesti menangis?" "Sya, maafkan Farhan sebab buat Sya menderita. Emak pohon pada Sya. Satu hari nanti dia akan sedar yang mana kaca dan yang mana permata." Semakin kuat esakan emak mertuanya. Syazana menyeka airmata. "Abang Far tak ada buat salah apa-apa pada Sya. Dan, Sya tak pernah menderita sepanjang hidup dengan dia. Mungkin dia memerlukan orang lain dalam hidup dia dan dia dah jumpa orang yang sesuai." "Tapi..."

Page 43: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 43

"Mak... Sya takkan berdendam. Insya-Allah, kalaupun selepas ni jodoh Sya dan abang Farhan tak panjang, Sya tetap menantu mak dan Sya akan datang menjenguk mak kalau Sya senang. Percayalah..." Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 16 "Keputusan Sya muktamad! Sya akan ke sana. Kawan Sya dah dapatkan kerja untuk Sya di sana dan Sya harap tak ada sesiapa pun yang akan mempertikaikan keputusan yang Sya dha buat ni!" Tegas nada suaranya kali ini. " Ini bukan caranya untuk lari dari masalah, Sya. Kita boleh cuba cara lain! " Hani meluahkan bukuan di dadanya. "Iya, Sya! Untuk apa Sya ke sana? Masalah tetap akan ikut Sya juga!" Sokong Syira. "Bukan niat Sya nak lari dari masalah, kak Hani, kak Syira! Sya perlukan ketenangan dan kedamaian untuk diri Sya. Salah ke?" "Memang tak salah, Sya. Tapi kenapa tak bercuti panjang sahaja? Kenapa mesti bekerja di sana pula?" Emaknya yang datang dari ruang tamu menyampuk. "Emak, kak Hani, kak Syira.... Sya perlukan masa yang lama untuk ubati luka di hati Sya ni. Sebab tu Sya nak pergi jauh dari sini utuk seketika. Mungkin bila Sya dah okay nanti Sya akan balik semula ke sini. No more objection, okay!" Dan, sekarang Syazana sudah melewati Pulau Lagenda ini untuk bekerja di sini. Biarlah Farhan dan Junaida mentertawakannya. Biarlah seisi dunia mencebik mengejeknya. Sya tak peduli. Penderitaannya hnaya dia yang menanggung! Sudah hampir setahun dia di sini. Selalu juga dia menelefon emaknya di kampung dan adik-beradiknya yang lain juga selalu datang bercuti di sini. Dia tak sunyi di sini kerana ada ramai kawan-kawan yang boleh menggembirakan hatinya di sini. Dan, dia semakin melupakan masalah yang dihadapinya. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 17 Farhan duduk termenung di kerusi. Kemesraan antara Junaida dan lelaki yang tidak dikenali itu membibitkan kuntuman cemburu dalam hatinya. Masakan tidak, hampir 5 tahun mereka bajai percintaan ini, alih-alih Junaida berpaling kepada insan lain. "Minum, Along." Lynn meletakkan cawan di hadapannya. Farhan terperanjat. "Along ingatkan kak Sya ke?" Sekali lagi Farhan tersentak tetapi cuma diam.

Page 44: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 44

"Hari tu kak Sya ada telefon tapi dia cakap dengan mak. Lynn pun tak tahu apa yang mereka bualkan." Farhan masih membisu tanpa respon. "Along tau tak yang kak Sya dah lama kerja kat Langkawi? Kesian kak Sya, Long. Macam manalah agaknya keadaan dia di sana, ya!" "Sudahlah, Lynn.... Buang masa je kau cakap dengan Along kau tu! Dia bukannya tahu simpati pada orang. Kalau dia tahu simpati kat orang, takkanlah dia sanggup buat Sya macam ni. Sekarang ni, bila dah cacat, barulah dia sedar diri. Makwe pun dah lari ikut lelaki lain!" Emaknya mula bersyarah. "Emak...." "Engkau ingat mak tak tahu, Far? Emak nampak dengan mata kepala emak ni sendiri si Jun tu berkepit dengan jantan lain. Perempuan macam tu yang kau nak jadikan bini? Lupakanlah, Far.... Ini belum lagi kahwin! Kalau dah kahwin nanti....." "Cukuplah tu, mak!" Rayu Farhan. "Mak belum habis lagi, Far. Banyak lagi yang mak nak luahkan pada kau malamni! Dah hampir setahun mak pendamkan je dalam hati mak ni. Kalau mak tak luahkan jugak malam ni, meletup hati mak ni nanti. Kenapa kau masih tak nak lepaskan je si Sya tu? Kalau kau dah tak nakkan dia lagi, lepaskan aje. Seksa budak tu! Sudahlah dulu kau seksa dia, sekarang ni pun kau nak seksa dia lagi? Banyak kali dia telefon mak tanyakan pasal ni. Mak malu dengan tindakan kau ni, Far. Dia dah cukup menderita hidup dengan kau, Far. Emak tahu kau tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai suami pada Sya. Tapi Sya tak cakap. Emak boleh tahu dengan tengok pada kemesraan kau orang berdua! Lakonan semata!! Kenapa kau buat macam tu pada dia, Far? Kenapa waktu nak kahwin dulu kau tak cakap dengan mak yang kau tak nakkan dia? Kau buat tak heran dengan dia, kau seksa batin dia! Tapi kau tak nak lepaskan dia!! Alasannya kau dah ada Junaida! Tapi di mana Junaida waktu kau terlantar tak sedarkan diri di hospital dulu? Siapa yang jaga kau selama 5 hari kau koma dulu? Bukan emak yang jaga kau, Far.... Bukan jugak Lynn. Tapi Sya!!! Sya yang jaga kau!!!" Bagaikan dipanah petir dada Farhan. Bibirnya bergerak seperti ingin menyatakan sesuatu tapi dia tak berupaya. Direnungnya wajah emak dan adiknya silih berganti. "Iya, Along. Kak Sya yang jaga Along sebaik saja Along lepas habis operation sampailah Along sedar tapi..." Kata-kata Lynn terhenti di situ. Bungkam wajahnya dan manik-manik jernih mengalir di pipinya. "Emak...." Farhan menanti jawapan. "Sejak kau masuk hospital dialah yang menunggu kau siang malam. Puas mak dan mak mertua kau suruh dia balik ke rumah untuk berehat tapi dia tak nak. Selama tu

Page 45: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 45

jugalah dia tak tidur dengan lena. Bimbang sangat dia kalau kau bangun nanti, tak ada orang yang nak melayan kau! Makan pun tak lalu! Selalunya makanan habis ke tong sampah. Setiap masa dia berdoa untuk kau! Di situlah rumah keduanya selama kau koma, Far...." Terhenti seketika kata-kata ibu tua itu. Dia menangis teresak-esak mengenangkan keadaan Syazana waktu itu. Lynn turut menangis. "Emak sedih bila dengar dia merayu suruh kau sedar cepat. Dia suruh kau kuatkan semangat untuk terus hidup. Dia cium jari-jemari kau, Far.... mak tahu dia rindukan belaian seorang suami tapi apakan daya, dia tak mampu untuk memiliki kau! Dia sanggup berkorban demi cinta dia pada kau! Tapi sayang... pada waktu kau sedarkan diri, dia pulak dimasukkan ke wad sebab tak cukup tidur dan makan. 3 hari dia tak sedarkan diri! Dan bila dia sedar, dia terus berlari ke bilik kau tapi kau tengking dia! Luluh hati dia tengok kau dan Junaida berdua disitu. Kau tau, Far.... dia sanggup melupakan kecewanya demi kebahagiaan kau! Sebab tu dia ke Langkawi untuk bekerja di sana. Dia bagi peluang pada kau untuk berbahagia dengan Junaida. Sanggup kau bahagia dengan Junaida sedangkan Sya dekat sana menderita??" Farhan terpaku mendengar penerangan emaknya. Betapa besarnya pengorbanan Syazana pada dia dan dia..... Dia musnahkan hidup Syazana begitu sahaja!! Dia dera Syazana. Ego mengatasi segala-galanya. Dia tak mahu tunduk pada kebenaran. Walaupun dia tahu Syazana tak pernah salah apa-apa padanya, tapi dia tetap keras hati. Kejamnya aku pada Sya..... bisik hati kecilnya. Dan, airmata seorang lelaki gugur akhirnya..... Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 18 Suasana tegang menyelubungi tasik yang tenang itu. Farhan merenung tajam ke wajah Junaida. Junaida yang tahu Farhan merenung ke arahnya buat tak endah dengan renungan itu. Farhan menggertap bibir. Hatinya bergolak kencang melihat sikap bodoh Junaida. "Okay, listen. Kalau kebenaran yang you nakkan dari I, I akan beritahu you sekarang. Tapi jangan menyesal. I dah tak sanggup lagi untuk hidup dengan you, Far. Frankly speaking, I have somebody else now. Seseorang yang boleh membahagiakan I dan tak menyorokkan hubungan kami. Kami akan bertunang bulan depan." "But, Jun.... you have to understand. Bukan I tak nak introduce you pada family I tapi I kena settlekan hal perceraian I dulu. Keadaan masih belum mengizinkan, Jun!!" "Pengecut!! You ni sebenarnya selfish!! You mahukan kedua-duanya. You mahukan Sya dan I sekali gus. Cuba you tengok diri you sekarang. Cacat!! Siapa yang nakkan orang cacat macam you? Isteri you pun tinggalkan you! Sedarlah diri you tu sikit. Tengok dekat cermin besar!! Dah macam orang gila!! I tak sanggup orang kata boyfriend I cacat!! Tempang!! Tolonglah...."

Page 46: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 46

"But, Jun....." "Enough, okay! There is nothing to say anymore. Start from today, please let me free. I tak nak jumpa you lagi. Kalau you kacau I lagi, I takkan teragak-agak untuk call the police." "Please, Jun... I love you very much!!!" Farhan terus merayu. "Go to hell with you stupid love, idiot!! I don't need it anymore!! Just throw it into the dustbin. Bye!" Junaida melangkah pantas meninggalkan Farhan. Farhan menendang bangku batu yang berada di hadapannya dan dia terduduk kesakitan akibat menendang bangku itu. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 19 Jauh menungan Farhan hari itu. Waktu emaknya datang duduk di sebelahnya pun dia tak sedar. Entah apa yang difikirkannya sejak tadi tak pula diketahui oleh ibu tua itu. Sesekali kedengaran dia melepaskan keluhan. Dalam dan berat kedengarannya. Namun, matanya tak lepas dari memandang potret perkahwinannya. "Sudahlah tu, Far. Usah dikenang lagi!" "Far bersalah pada Sya, mak! Entah kenapa Far rasa bersalah sangat. Far rasa hidup ni macam dah tak berguna lagi, mak!" Kekesalan terbit dari hatinya. "Pergi cari dia di Langkawi tu. Untung-untung kau jumpa dia. Bawa dia balik ke sini, Far. Emak pun dah rindu sangat pada dia!" "Kalau dia nak, mak.... Far rasa dia dah tak nak balik pada Far. Dia dah cukup menderita dan terseksa dengan perbuatan Far dulu, mak. Lagipun, Far sekarang ni dah cacat! Dah tempang!! Mana mungkin dia nak terima Far lagi mak??" "Engkau ingat semua perempuan macam si Junaida tu? Cuba dulu, Far.... baru kau tahu macam mana keputusan Sya!" "Far.... Far... Far malu nak jumpa Sya, mak!" Hampir terbelalak mata emaknya mendengar pengakuan Farhan. "Malu?? Dah macam ni pun kau nak malu lagi? Kan ke kau tu suami dia? Buat apa nak malu?" "Memanglah Far ni suami dia, mak... Tapi Far tak pernah layan di sebagai isteri! Ni tiba-tiba je Far nak kena pujuk dia balik ke pangkuan Far! Kerja gila ni, mak....."

Page 47: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 47

"Lebih baik buat kerja gila daripada engkau tu yang jadi gila, Far!!! Cuba kau tengok diri kau sekarang! Patutlah si Junaida tu dah tak hendakkan kau. Kalau mak pun, mak tak berselera. Dah macam orang tak siuman!! Suka hati kau lah nak pergi pujuk dia ke tidak. Tapi mak tak nak jadi gila sama-sama dengan kau nanti!!" Ibu tua itu bangun dan meninggalkan Farhan seorang diri. Farhan meraut wajahnya berkali-kali. Ditenungnya potret perkahwinannya lagi. Sya, abang rindu pada Sya! Bisiknya seorang diri. Sudah hampir semiggu dia berada di Pulau Lagenda ini. Kata-kata emaknya dijadikan azimat untuk dia mencari Syazana. Dia yakin, cinta Syazana takkan berubah sekali pun dia kini bukannya Farhan yang dulu. Dia tahu Syazana masih tak dapat melupakannya. Berbekalkan semangat dan doa yang diberikan oleh emaknya, dia meninggalkan Kuala Lumpur dan terbang ke sini untuk mencari Syazana. Syazana isterinya yang semakin hari semakin dirinduinya. Sudah dicarinya Syazana dia merata-rata tempat. Tempat kerjanya pun dia dah pergi tapi jawapan yang diterimanya Syazana sudah seminggu berhenti kerja. Dicarinya pula ke rumah sewanya. Dah berpindahlah pulak! Tapi kata jirannya ada jumpa dia di Pekan Kuah. Bermakna.... dia masih berada di pulau ini. Ke mana pula perginya si Syazana ni? Gerutu hatinya. Kakinya dah naik lenguh. Badan pun dah melekit! Rasanya dah jauh sangat dia berjalan. Satu pekan Kuah dia dah jelajah. Namun, bayang Syazana masih tak kelihatan di mana-mana. Tekaknya yang kering memaksanya berhenti untuk mencari seteguk air minuman di gerai tepi jalan. Sambil memesan minuman, matanya meliar mencari Syazana. Sesudah minum, dia dengan perlahan-lahan meninggalkan gerai kecil itu. Langkah kakinya kian longlai. Kehampaan menghantui dirinya. Dia menahan kereta prebet sapu yang kebetulan baru sahaja menurunkan penumpang. Dia mengarahkan pemandu itu menghantarnya ke hotel tempat dia menginap. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 20 Farhan dah fed-up!! Boleh dikatakan satu Langkawi dia jelajah untuk jejaki Syazana tapi tetap tak berjumpa. Dia rasakan yang Syazana sengaja nak main-mainkan dia. Mungkin Syazana dah tahu yang dia nak datang ke Langkawi, jadi dia sengaja larikan diri. Farhan angkat beg dan melangkah keluar dari bilik penginapannya. Dia nekad kali ini. Dia mesti balik ke Kuala Lumpur. Cutinya hanya berbaki 5 hari sahaja lagi untuk tahun ini. Kalau di Kuala Lumpur pun dia tak jumpa Syazana, dia akan submit borang cerai. Dia akan pergi ke mahkamah syariah dan panggil Syazana ke sana untuk lafazkan talak. Biarlah dia bercerai. Kalau dah memang takdir tersurat dia dan Syazana tak panjang jodoh, dia redha. Dan dia tahu, Allah SWT itu Maha Adil.

Page 48: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 48

Setelah dia seksa Syazana zahir dan batin, kini Allah SWT menyedarkannya tentang kesilapannya. Setelah turun dari limosin yang membawanya ke lapangan terbang, dia melangkah longlai masuk ke ruang lobby airport. Dia tidak menghiraukan sesiapa pun yang berselisih dengannya. Dan, apabila dia ternampak bangku kosong, dia melabuhkan punggung disitu. Matanya meliar memandang sekeliling, mencari-cari kelibat Syazana tetapi hampa. Yang kelihatan hanyalah sepasang kekasih yang sedang asyik memadu kasih di situ. Kelakuan manja dan mesra mereka seakan-akan merobek hatinya. Dia menutup mata. Tak sanggup dia makan hati melihat sandiwara itu. Teringat dia pada saat-saat indah dia dan Junaida yang kini telah menjadi sejarah hitam dalam hidupnya. Dibukanya kembali mata yang terpejam sebentar tadi. Kali ini pasangan itu telah tiada di hadapan mata. Dia lega. Matanya meliar lagi. Sesekali dilirikkan anak mata memandang jam di pergelangan tangan kanannya. Masih ada sejam sebelum flight ke Kuala Lumpur berlepas. Dia berhasrat untuk melelapkan matanya sebentar lagi tetapi ada sesuatu yang menghalangnya berbuat demikian. Wanita bertudung labuh dan memakai baju kurung coklat tanah itu benar-benar menarik perhatiannya. Sekali pandang persis Syazana. Tapi sejak bila pula bertudung? Labuh pulak tu tudungnya? Tapi memang serupa dengan Syazana. Siapa pulak yang bersama dengannya? Abangnya? Mustahil... masakan dia tak kenal abang iparnya sendiri. Perempuan tu pulak? Anak yang dikendongnya? Takkanlah anak mereka berdua? Mereka tak pernah tidur bersama sebelum ini dan Farhan yakin Syazana masih dara sekarang. Eh, salamlah pulak. Siapa yang nak naik kapal terbang? Si tudung labuh atau pasangan tadi? Oh.... pasangan tadi yang nak naik kapal terbang!!! Anak itu anak mereka rupanya.... Lega sedikit hati Farhan. Eh, ke mana pulak gadis bertudung labuh tadi? Sekejapan sudah hilang. Halimunan ke, manusia jadi-jadian ke... Hah.... itu pun dia! Baik aku ikut dia. Manalah tahu kalau dia benar-benar Syazana. Untung-untung aku tak jadi bercerai! Monolognya lagi. Farhan mencapai begnya dan berjalan mengekori gadis bertudung labuh dari jauh. Seboleh-bolehnya dia tak nak gadis itu tahu dia mengekori dari belakang tetapi naluri ingin tahunya lebih kuat menyebabkan dia mengejar gadis itu. "Assalammualaikum...." Dia menegur dari belakang. "Waalaikummussalam....," jawab gadis bertudung labuh dan seraya itu dia menoleh ke belakang. Riak wajahnya berubah dan dia cuba melarikan diri. "Sya...." Farhan mengejar Syazana. Disambarnya tangan Syazana dan ditariknya Syazana ke sisinya. "Lepaskan saya. Saudara ni dah salah orang ni! Saya bukannya orang yang saudara cari!" Si gadis menafikan panggilan Farhan padanya. Farhan merenungnya. Si gadis

Page 49: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 49

tunduk memandang ke lantai airport. Tak berani mahu bertentangan mata dengan Farhan. "Sya, abang tahu susah untuk Sya maafkan kesalahan abang dulu. Abang tahu abang dah banyak buat salah pada Sya selama ni. Tapi janganlah sampai tak mengaku yang Sya ni isteri abang! Kita masih suami isteri dan abang tak pernah lafazkan kata cerai lagi." "Saudara ni tak faham bahasa ke? Kan saya dah cakap yang saya ni bukannya Sya dan saya bukan juga isteri saudara. Tolong lepaskan tangan saya, boleh???" Tengking si gadis. Farhan terkedu. Keras sungguh hatinya sekarang, getusnya. "Okay, maafkan saya. Saya dah salah orang. Sorry aa..." Farhan melepaskan tangan si gadis. Si gadis terus berlari anak menuju ke teksi yang baru berhenti. Dia masuk ke dalam teksi dan mengarahkan pemandu ke destinasinya. Farhan turut menahan teksi. "Ikut saja ke mana teksi di depan tu pergi, ya bang!" Si pemandu mengangguk tanda faham dengan arahan Farhan. Sampai di tepi pantai, teksi di hadapan berhenti. Farhan mengarahkan pemandu teksi itu berhenti pada jarak yang agak jauh. Kelihatan si gadis keluar dari perut teksi dan terus berlari menuju ke pantai. Farhan membayar tambang dan meletakkan beg di bawah sebatang pokok sebelum mengekori si gadis dari belakang. Kembali Ke Atas

Madu Di Hujung Hempedu Bab 21 (Akhir) "Kenapa abang mesti ekori Sya? Biarlah Sya sorang di sini, bang! Biarlah Sya sendiri. Jangan ganggu hidup Sya lagi. Demi cinta Sya pada abang, pulanglah ke Kuala Lumpur. Kembalilah pada kak Jun!" Syazana menangis pilu sambil tangannya mengukir nama Farhan di dada pasir pantai itu. "Cinta Sya lah yang telah mengheret abang ke sini, Sya! Abang perlukan cinta Sya untuk meneruskan hidup ni!" Syazana menoleh. Farhan berdiri berpeluk tubuh di belakangnya. "Kenapa abang ekori Sya?" Syazana sudah bangkit dari duduknya sebentar tadi. "Abang ingin membawa Sya balik ke rumah kita." "Rumah siapa? Rumah kita? Sya tak kaya untuk beli rumah sendiri, bang! Dan emak ayah Sya pun tak ada duit nak belikan Sya rumah! Lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur!!" Sindir Syazana. "Kenapa hati Sya ni keras sangat?"

Page 50: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 50

"Penderitaan mengajar Sya erti kecekalan. Tanpa lelaki dalam hidup Sya pun, Sya masih boleh teruskan hidup ni!" "Abang mohon maaf dari Sya! Abang tahu selama ni abang banyak sakitkan hati Sya. Abang tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna! Abang abaikan Sya. Abang hina Sya, herdik dan maki Sya!! Tapi, abang dah insaf! Abang mahu jalani hidup baru dengan Sya! Percayalah, Sya!!" "Sya dah lama maafkan abang! Tapi untuk kembali pada abang.... Sya rasa mustahil. Cukuplah sekali Sya melukai hati abang kerana menghalang cinta abang dan kak Jun! Sekarang Sya dah izinkan abang berkahwin dengan kak Jun. Kenapa mesti cari Sya lagi? Untuk jemput Sya datang kenduri kahwin abang?" "Tidak, Sya! Abang takkan kahwin dengan perempuan lain sebab abang dah ada seorang isteri yang sempurna zahir dan batin. Abang.... abang dan Jun dah berpisah!!" "Itu bukan masalah Sya!" Syazana berjalan perlahan menghampiri gigi pantai. Kakinya bermain-main air dan sesekali ombak yang menghempas membuatkan dia berundur ke belakang. "Abang tahu, Sya tak nak terima abang sebab sekarang ni abang dah cacat, kan! Sebab abang dah tak macam dulu lagi! Abang dah tempang!!" Jerit Farhan. "Ya Allah!! Sya bukan begitu, bang!!" Airmata sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Syazana menangis tersedu-sedu. Sedaya upaya dia cuba menguatkan hatinya tapi dia tewas juga. Farhan memeluk bahunya dari belakang. Syazana berpaling. "Jangan sentuh Sya! Bukankah abang telah bersumpah takkan sentuh tubuh Sya yang jijik ni?" Syazana pula menjerit memarahi Farhan. "Sya!! Abang dah insaf!! Abang nak lupakan kisah lama. Abang nak menjadi Farhan yang baru dan abang mahukan Syazana yang lama! Sya yang lembut, penyabar dan pemaaf!!" "Begitu senang? Sya menderita, bang! Setahun lamanya Sya cuba mengubati luka di hati ni! Sya sanggup gadaikan maruah dan harga diri semata-mata untuk memenangi hati abang! Sya sabar.... Sya pendam luka ni sorang diri! Sebab tu Sya larikan diri ke sini. Keluarga Sya semuanya bilang Sya bodoh! Lari dari masalah. Tapi bukan mereka yang tanggung semua ni. Sya yang tanggung, bang! Di mana abang selama setahun yang berakhir ni? Sya jaga abang di hospital waktu abang koma lepas accident dulu! Sya bukan mengungkit!! Sya ikhlas, bang!! Ikhlas seorang isteri untuk suaminya. 5 hari bang, Sya menjaga abang! Selama 5 hari tulah Sya berdoa agar abang sembuh cepat. Sya redha kalau abang nak kahwin lagi! Sya rela undur diri! Sya tak fikirkan orang lain. Yang Sya tahu, abang mesti sedar!!" Syazana menyeka airmata yang tumpah. "Tapi Sya tak sempat tunggu sehingga abang betul-betul sedar!! Sya tak kuatkan semangat! Sya pengsan 3 hari tak sedarkan diri. Bila Sya sedar, perkara pertama yang bermain di fikiran Sya ialah abang! Sya berlari ke bilik abang. Tapi Sya sedih! Hati Sya remuk, bang! Kak Jun menggantikan tempat Sya! Dan yang paling menyedihkan

Page 51: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 51

lagi, dia seolah-olah isteri abang! Sedangkan Sya sendiri tak pernah dapat melayan abang begitu! Luluh hati Sya. Lebih-lebih lagi bila abang halau Sya! Memang Sya merelakan perhubungan abang dan kak Jun tapi Sya ni perempuan!!! Sya perempuan yang lemah, bang!! Naluri sebagai seorang isteri tersentuh dan tak merelakan wanita lain memiliki abang selain diri Sya!! Sebab tu Sya bawa diri ke tempat yang jauh dari Kuala Lumpur. Sya tahu, Sya tak layak menjadi permaisuri hidup abang!!" Syazana melarikan wajahnya apabila dia menyedari Farhan sedang merenung ke arahnya. Disapu deraian airmata yang membasahi pipi. Orang-orang yang lalu lalang untuk pulang ke penginapan masing-masing tak dihiraukan. Sang mentari merangkak pergi perlahan-lahan. Remang-remang senja mula mencorakkan permaidani gerhananya. Farhan masih merenung Syazana yang sudah bengkak matanya. Dia kolam matanya sendiri, genangan airmata jelas kelihatan tapi dia masih cuba menahan. "Maafkan abang. Mungkin Sya rasakan yang abang mengucapkan kata-kata ni tanpa perasaan. Tapi terus-terang abang katakan, apa yang abang luahkan pada Sya hari ni ikhlas lahir dari lubuk hati abang. Abang memohon peluang untuk menebus kembali kesalahan abang pada Sya. Tapi nampaknya Sya masih tak dapat terima abang seperti dulu. Katakan apa yang Sya mahu dan insya-Allah abang akan cuba tunaikan." "Tak ada apa yang Sya mahukan melainkan abang leraikan ikatan kita dan jangan cari Sya lagi selepas ni!" "Kalau itu yang Sya mahukan, abang minta maaf! Abang tak nak kehilangan isteri abang buat kali kedua! Cukuplah sekali abang kehilangan Sya! Abang izinkan Sya tinggal di sini selama mana yang Sya suka. Kalau Sya rasa Sya dah bersedia untuk kembali pada abang, abang akan terima Sya bila-bila sahaja. Tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya, Sya. Dan, suami takkan dapat meneruskan hidupnya tanpa belaian dan perhatian dari isterinya! Begitu juga abang! Abang amat memerlukan Sya dan tiada wanita lain yang dapat menggantikan tempat Sya di sisi abang! Assalammualaikum...." Farhan berlalu longlai. Airmata yang sedari tadi cuba ditahan akhirnya gugur juga. Buat yang kesekian kalinya dia terpaksa mengalah pada kekerasan hati Syazana. Hampa hatinya kerana tidak dapat memujuk Syazana untuk kembali ke pangkuannya. Dia redha dengan takdir yang menimpanya. Dia melangkah meninggalkan pantai yang menyimpan seribu kepedihan hatinya. "Abang!!!!" Langkahnya terpahat di situ. Farhan menoleh. Kelihatan Syazana berlari-lari anak mengejar langkahnya sambil menangis. Bibir Farhan menguntumkan senyuman. Airmata yang mengalir diseka dengan telapak tangan. Syazana kini sudah berdiri di hadapannya sambil menangis teresak-esak. "Maafkan Sya kerana melukakan hati abang!!" Syazana menarik tangan Farhan dan mengucupnya. Farhan menarik Syazana rapat padanya dan memeluk Syazana seperti tak mahu melepaskannya. Syazana masih menangis tersedu-sedu. Tangisan gembira pula kali ini.

Page 52: Hakcipta Terpelihara.sh2e-book.synthasite.com/resources/Nashya Aref - Madu Di Hujung... · Kelihatan suaminya sedang leka membaca surat khabar yang baru dibeli dari kedai runcit berhadapan

Nahsya Aref - Madu Di Hujung Hempedu 52

"Maafkan abang, Sya!!! Terima kasih kerana sudi memberi abang peluang kedua!!" Hanya itu yang dapat diluahkan oleh Farhan. Dia mengemaskan lagi pelukannya. Syazana membiarkan Farhan memeluknya erat. Dia terasa selamat dan tenang dalam pelukan Farhan. Dan, senja pun merangkak pergi.........

TAMAT Kembali Ke Atas