remaja dan kecelaruan identiti
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Remaja Dan Kecelaruan Identiti
1/2
Remaja dan Kecelaruan IdentitiRemaja ialah pewaris bangsa. Di tangan merekalah terletaknya nasib negara kita
pada masa akan datang. Namun, kecelaruan identiti dan keyakinan diri dalam jiwa remaja
akan membantutkan usaha untuk meneruskan kecemerlangan negara. Zaman remaja
adalah zaman yang amat kritikal dalam hidup seseorang manusia. Remaja mempunyaipotensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan. Malah boleh juga terjebak kearah
keburukan. Ia bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana
persekitaran yang membentuk. Pembentukan imej, watak dan tingkah laku remaja banyakbersandarkan orientasi didikan yang diterima di rumah, sekolah, masyarakat dan juga
sistem.
Isu identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti. Imejremaja tidak saja dihubungkan dengan perilakunya tetapi dihubungkan dengan cara
berfikir, aliran kegiatan dan dikaitkan dengan potensi hari depan. Manakala, kecelaruan
sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang
kehilangan visi dan misi. Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yangmenghimpit, sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereka
kearah kerosakan diri. Remaja yang terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi bebankepada masyarakat dan negara.
Sementelahan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kecelaruan ini. Antara
faktor tersebut ialah anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang, perhatiandan bimbingan tidak merasakan limpahan kasih. Hal ini bermula apabila rumah tangga
dan keluarga tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam pembentukan watak
anak-anak dan menyebabkan anak-anak mengalami keciciran sejak usia setahun jagunglagi. Sebaliknya, mereka membiarkan media elektronik memikul peranan mendidik
anak-anak.Selain itu, ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan keterampilan keibubapaan yang berkesan
dalam mendidik anak-anak. Tidak ramai ibu bapa yang faham proses pertumbuhan minda
anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengantingkahlaku yang diamalkan. Akibatnya, minda, hati dan tingkah laku anak-anak
dipengaruhi oleh pendedahan dan persekitaran yang ada.
Selain itu, pihak sekolah hanya menyediakan para pelajar untuk tujuan peperiksaan tetapitidak memberikan keutamaan terhadap pembentukan jiwa dan hati mereka. Akhirnya,
pembentukan watak yang holistik tidak dapat dikecapi. Natijahnya, berlakulah keciciran
kedua dalam kalangan anak-anak. Sekiranya, konflik ini dapat dielakkan, maka sekolahakan menjadi medium untuk memupuk jati diri yang kukuh dan kental.
-
8/8/2019 Remaja Dan Kecelaruan Identiti
2/2
Di samping itu,Masyarakat tidak menyediakan suasana yang kondusif untuk
remaja membentuk diridan peribadinya agar peka dengan masyarakat dan alam
sekeliling. Sebahagian remaja yang terlibat dengan kerenah rakan sebaya yangmenampilkan kegiatan-kegiatan negatif dan akhirnya terjebak dengan amalan merokok,
ketagih dadah dan pergaulan bebas.
Keadaan diperburukkan lagi dengan isu-isu keagamaan yang dipertikaikan secara terbuka
tanpa pendekatan ilmiah hingga menyebabkan rujukan remaja bercelaru. Ada isu-isuyang bercorak keagamaan boleh dibahaskan secara terbuka dan ada yang perlu
dibincangkan dalam kalangan ahli yang pakar. Hal ini sekali gus boleh mempengaruhi
remaja yang sedang mencari identiti diri dan sumber pengetahuan yang boleh dijadikan
sandaran pembentukan pemikiran dan keyakinan diri.
Namun begitu, setiap penyakit ada penawarnya dan setiap masalah pasti ada jalan
keluarnya. Remaja itu sendiri berperanan dalam menuntut ilmu, duniawi mahupun ilmu
ukhrawi. Ilmu duniawi amat penting untuk menghadapi arus kemajuan pembangunanyang dihadapi, manakala ilmu agama amat penting untuk mengimbangi unsur-unsur atau
cabaran yang datang seiring dengan kemajuan.
Selain itu, ibu bapa harus memberi masa berkualiti kepada anak-anak supaya mereka
mempunyai sumber rujukan yang dekat dan benar serta sokongan moral yang padu.
Tambahan pula,ibu bapa juga berperanan untuk membentuk remaja dalam prosespembentukan diri sekaligus memberi panduan terhadap anak-anak dan berkongsi
masalah.
Hal ini secara tidak langsung membantu ibu bapa dalam memperbaiki keterampilankeibubapaan.
Salah satu aspek yang sangat penting bagi mengurangkan kecelaruan identiti remaja ialahwujudnya simbiosis atau keserasian antara apa yang diajar di rumah dan di sekolah
diterjemah dengan baik dalam kalangan masyarakat dan sistem. Malah, pengaruh sekitar
dalam konteks masyarakat dan institusinya, sistem dan pendekatan pembangunannyaharus selari dengan cita-cita.
Kesimpulannya, kita hendaklah mengambil pendekatan pencegahan yang lebih baik dari
mengubati. Pencegahan dalam pengertian yang luas ialah usaha-usaha membina danmenyuburkan diri remaja supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi zaman dewasa
yang cabarannya adalah besar dan lebih kompleks. Sekiranya remaja dipersiapkan
dengan kesedaran, ilmu dan keterampilan yang baik untuk menghadapi zamandewasanya, pendekatan pencegahan sudah diambil kerana dari kekuatan diri, ilmu dan
akhlak, ia bakal menjadi benteng terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan
kecelaruan.