rekabentuk laman web(hs)

Upload: feeq-hafiza

Post on 08-Mar-2016

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laman web

TRANSCRIPT

REKABENTUK LAMAN WEB

REKABENTUK LAMAN WEB ELEMEN REKABENTUKRekabentuk laman web yang baik menggunakan kesemua eleman-eleman yang ada dalam multimedia seperti imej, audio, teks, video dan grafik. Elemen-eleman ini sangat penting dalam pembangunan sesebuah laman web. Sesebuah laman web yang baik dan menarik akan menggabungkan kesemua elemen-elemen ini supaya laman web yang dibangunkan dapat menarik perhatian pengguna untuk melayari laman tersebut.Rekabentuk laman web terbahagi kepada dua bahagian, iaitu format halaman dan juga kandungan maklumat dalam laman web tersebut. Kebanyakkan rekabentuk laman web menggunakan format halaman yang hampir sama, iaitu dari segi kedudukan menu-menu utama, kekotak carian, paparan maklumat utama, papan iklan dan sebagainya. Rekabentuk laman web ini mestilah memenuhi heuristik-heuristik kebolehgunaan antaramuka pengguna.Kandungan sesebuah laman web pula bergantung kepada jenis laman web yang dibangunkan. Sekiranya laman web yang dibangunkan tersebut adalah untuk sesebuah syarikat, halamannya akan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan syarikatnya. Begitu juga sekiranya laman web yang dibangunkan itu adalah sebuah enjin carian, maklumat yang dipaparkan berkaitan dengan maklumat untuk membuat carian. Walau apa jenis laman yang dibangunkan, setiap laman web yang dibangunkan itu mestilah mengandungi elemen

ELEMEN DALAM DOKUMEN WEBMatlamat penyediaan laman web, antara lain, adalah untuk berkongsi maklumat dengan pengunjung yang melayari internet.Teks merupakan elemen asas yang perlu ada dalam setiap dokumen web. Selain daripada teks, elemen-elemen lain juga boleh dimasukkan untuk menjadikan sesuatu dokumen web itu lebih menarik. Di antara elemen yang boleh dimasukkan adalah:GrafikJadualBingkai (frame)BunyiCapaianBuku pelawatCounterTeks marquee

REKABENTUK LAMAN WEBLaman web yang juga dipanggil sebagai homepage merupakan laman utama yang diakses oleh pengunjung internet. Apabila anda merancang membina laman web, anda perlu mengambil kira apakah matlamat laman web dan kumpulan sasar.Sediakan struktur direktori dan storyboard supaya dapat membantu anda dalam pembinaan laman web.Pada kebiasaannya, anda tidak akan memasukkan semua maklumat dalam laman web tersebut. Sebaliknya, anda akan menyediakan capaian kepada dokumen web tambahan serta capaian ke laman web lain bagi membolehkan pelayar mendapatkan maklumat lanjut yang diperlukan. Antara ciri-ciri rekabentuk laman web yang baik ialah paparan yang simple dan mudah dilayari dan capaian yang berfungsi. Gambarajah di bawah merupakan satu contoh laman web.

CIRI-CIRI LAMAN WEBNavigasi pastikan anda merekabentuk menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat. Pilih warna yang sesuai supaya ianya dapat dibezakan sebagai menu. Navigasi haruslah konsisten tak kira di mana anda meletakkannya atas, tepi kiri, tepi kanan atau bawah.Grafik grafik yang digunakan hendaklah dioptimizekan supaya ianya cepat diload dan tidak berat. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung. Pemilihan konsep warna yang sesuai juga amat penting.Logo atau nama pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identiti.Font pilih font yang standard sahaja seperti Arial, Verdana, Times. Jika anda menggunakan font yang bukan standard, orang lain tidak akan dapat melihatnya kerana font tersebut tiada di dalam PC mereka. Jadikan imej/grafik untuk font yang lain.

CIRI-CIRI LAMAN WEBResolution 800 x 600 pixel atau lebih tinggi? Untuk masa sekarang ini, gunakan 800 x 600 untuk lebih selamat. Mungkin tidak berapa masa lagi, standard resolution akan berpindah ke 1024 x 768 pula.Cara menghubungi anda letakkan cara-cara pengunjung boleh menghubungi anda sekurang-kurangnya alamat email.Objektif pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk warna, target audience, teknologi, dsb. Isi laman web juga haruslah fokus kepada objektif.Isi kandungan bak kata orang content is king. Jadi laman web anda haruslah mempunyai isi kandungan yang paling baik dan menarik supaya orang akan dapat memanfaatkan kunjungan mereka.Look and feel pastikan keseluruhan look and feel laman web anda konsisten supaya pengunjung tidak akan terasa seperti telah pergi/keluar daripada laman web anda.Load pastikan loading laman web anda tidak terlalu berat. Kalau boleh, jumlah kilobite (html, imej, scripts, flash) untuk satu laman adalah tidak lebih daripada 100kb.