refleksi proposal kajian tindakan luqman word 2003

5
Refleksi proposal kajian tindakan Mohamad luqman bin jailani Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanNya dapat saya menyiaplan proposal kertas kerja kajian tindakan pada masa yang telah ditetapkan. Pada semester ini, kami dikehendaki menyediakan satu proposal kajian tindakan yang akan dijalankan pada semester hadapan. Sebelum kami menjalankan kajian, kami telah mendapat pendedahan awal berkenaan kajian tindakan daripada pensyarah kami iaitu En roslan dan juga Dr. Fadzil. Mereka banyak memberikan input-input berguna sebelum saya menjalankan kajian. Ilmu-ilmu yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu saya menyiapkan proposal kajian tindakan ini. Bagi saya, kajian tindakan ini menjadi kesukaran buat saya kerana ia merupakan satu yang baru buat saya. Saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan bagi membincangkan tajuk-tajuk kajian yang sesuai dan boleh dijalankan pada semester hadapan Kekuatan yang saya dapat semasa menyiapkan proposal kajian tindakan ini ialah, saya dapat mengetahui maklumat berkaitan tujuan kajian tindakan ini dijalankan. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid dalam mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Saya dapati murid kelas saya menghadapi masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.. Untuk mengatasi masalah murid, saya telah menggunakan kaedah nyanyian. Saya menggunakan

Upload: luqman-jailani

Post on 19-Jan-2016

352 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Proposal Kajian Tindakan Luqman Word 2003

Refleksi proposal kajian tindakan

Mohamad luqman bin jailani

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanNya

dapat saya menyiaplan proposal kertas kerja kajian tindakan pada masa yang telah

ditetapkan. Pada semester ini, kami dikehendaki menyediakan satu proposal kajian

tindakan yang akan dijalankan pada semester hadapan. Sebelum kami menjalankan

kajian, kami telah mendapat pendedahan awal berkenaan kajian tindakan daripada

pensyarah kami iaitu En roslan dan juga Dr. Fadzil. Mereka banyak memberikan

input-input berguna sebelum saya menjalankan kajian. Ilmu-ilmu yang disampaikan

oleh pensyarah-pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu saya menyiapkan

proposal kajian tindakan ini. Bagi saya, kajian tindakan ini menjadi kesukaran buat

saya kerana ia merupakan satu yang baru buat saya. Saya telah membuat

perbincangan dengan rakan-rakan bagi membincangkan tajuk-tajuk kajian yang

sesuai dan boleh dijalankan pada semester hadapan

Kekuatan yang saya dapat semasa menyiapkan proposal kajian tindakan ini

ialah, saya dapat mengetahui maklumat berkaitan tujuan kajian tindakan ini

dijalankan. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid

dalam mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Saya dapati murid kelas

saya menghadapi masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Kajian

Tempatan.. Untuk mengatasi masalah murid, saya telah menggunakan kaedah

nyanyian. Saya menggunakan kaedah nyanyian kerana saya dapati nyanyian dapat

membantu seseorang dalam mengingat fakta-fakta dan memberikan keseronokan

dalam pembelajaran. Selain itu, kaedah nyanyian ini merupakan sesuatu perkara

yang pernah dialami murid dan dekat dengan murid. Oleh itu saya telah memilih lagu

yang biasa didengari oleh murid dan saya telah menukar lirik lagu mengikut topik

pembelajaran yang telah dipilih. Saya telah memilih lagu “Rasa Sayang Hei, Rasa

Sayang Sayang hei” dalam kajian saya. Saya dapati ia sesuai dengan tahap

perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid.

Page 2: Refleksi Proposal Kajian Tindakan Luqman Word 2003

Selain itu, kajian tindakan ini dapat memupuk semangat kerjasama dengan

rakan praktikum saya. Saya telah berpraktikum dengan Thaneshwaran di Sekolah

Kebangsaan Bandar Baru Perda. Semasa saya menyiapkan tugasan ini saya

banyak berkolaborasi dan berbincang dengan beliau berkenaan kajian tindakan

yang dijalankan saya. Kami saling bertukar pendapat antara satu sama lain bagi

membincangkan masalah dan tajuk kajian yang sesuai dan kaedah yang berkesan

dalam mengatasi masalah pembelajaran.

Seterusnya, saya dapat membuat peniaian terhadap pengajaran dan

pembelajaran saya yang lepas. Menerusi amalan refleksi, saya dapat mengenal

pasti kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan terhadap pengajaran saya yang

lepas. Menerusi kelemahan yang dkenal pasti, saya dapat mengenal pasti kaedah

yang sesuai dalam mengatasi masalah yang dihadapi murid. Saya telah meneliti

setiap aspek pembelajaran dan saya dapati kaedah nyanyian amat sesuai dalam

membantu murid mengingat fakta.

Pada masa yang sama, saya dapat meneroka kaedah baru dalam

pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membantu dan

meningkatkan pembelajaran murid. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat

digunakan guru dalam meningkatkan pembelajaran murid. Saya telah memilih

Kaedah nyanyian kerana merupakan satu kaedah yang baru bagi saya dalam

membantu murid mengingat fakta.

Seterusnya, kajian ini membina hubungan yang baik dengan pihak sekolah.

sebelum saya membuat kajian, saya telah berbincang dengan guru-guru sekolah

terhadap kumpulan sasaran dalam kajian saya. Saya telah memilih kelas 5 Dedikasi

sebagai kumpulan sasaran saya. Oleh itu saya telah berjumpa dengan guru kelas

dan guru-guru yang mengajar kelas tersebut bagi berbincang mengenai tahap

pembelajaran dan kaedah yang sesuai dijalankan. Menerusi interaksi dua hala, ia

telah membina hubungan yang baik saya dengan guru-guru tersebut.

Kelemahan yang saya kenal pasti, saya dapati proposal kajian yang

dijalankan memberikan beban kepada saya. Sebagai guru pelatih yang

berpraktikum, saya dapati ia telah memberikan tekanan kepada saya. saya tidak

dapat memberikan tumpuan terhadap praktikum saya kerana pada masa yang sama

saya dikehendaki menyiapkan proposal kajian tindakan.

Page 3: Refleksi Proposal Kajian Tindakan Luqman Word 2003

Kelemahan yang seterusnya saya mengalami kesuntukan masa dalam

meneliti dan mengenal pasti masalah pembelejaran yang dihadapi murid secara

terperinci. Pada pendapatan saya, proses mengenal pasti masalah ini penting dalam

usaha untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah secara serius dalam

pembelajaran. Ia berpunca dari kekangan waktu akibat daripada jadual pengajaran

dan aktiviti yang padat dan perlu dilaksanakan sewaktu di sekolah.

Seterusnya, saya menghadapi kesukaran dalam mencari kajian literatur yang

berkaitan dengan kajian saya. kajian literatur merupakan aspek penting dalam

mencari kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh orang lain yang berkaitan

dengan kaedah yang digunakan. Ia telah memberikan tekanan buat saya dalam

mencari kajian-kajian lepas yang bersesuaian kerana kebanyakan kajian-kajian yang

dilakukan tidak menggunakan format yang betul.

Kelemahan yang seterusnya ialah saya dapati kurang pendedahan yang

diberikan pensyarah berkaitan kajian tindakan ini. Sebenarnya, kami memerlukan

lebih masa dalam untuk didedahkan dengan kajian ini. Hal ini kerana, kajian ini

merupakan sesuatu yang baru dan perlu dilaksanakan pada waktu praktikum.

Namun begitu, Pembacaan luar yang banyak sedikit sebanyak memberikan saya

pengetahuan yang berguna dalam membantu saya menjalankan kajian tindakan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan proposal kajian tindakan ini

hendaklah dilakukan sebelum kami praktikum. Hal ini disebabkan, semasa

berpraktikum kami perlu memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Pada masa yang sama, sewaktu praktikum juga kami perlu

melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum dan aktiviti-aktiviti

yang lain.

Secara kesimpulan, proposal kajian tindakan ini membantu saya dalam

mengenalpasti masalah murid di dalam kelas. Seterusnya ia membantu saya dalam

memikirkan kaedah yang sesuai dalam mengatasi masalah pembelajaran yang

dihadapi murid. Diharapkan proposal kajian ini memberikan kesan positif terhadap

diri saya dalam menjadi seorang guru cemerlang dimasa akan datang. InsyaAllah.

Page 4: Refleksi Proposal Kajian Tindakan Luqman Word 2003