refleksi pkb sains-efa

2
REFLEKSI IFFA NAJWA BINTI AB.RAHIM 900119-43-5014 PISMP PK1 Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus pendek(KKP) ini. Di kesempatan ini, saya ingin memberikan refleksi sepanjang penglibatan saya dalam menyiapkan tugasan ini. PISMP PK1 telah mendapat tugasan PKB 3110 oleh pensyarah iaitu Cik Fauziah bt Hj. Yahya. Beliau telah memberikan penerangan tentang segala tugasan ini. Beliau telah menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dari awal hingga akhir. Sewaktu penerangan berjalan, berlaku sedikit kekeliruan diantara pemahaman kami semua, iaitu terdapat percanggahan pemahaman terjadi. Pada waktu itu saya berasa keliru dan takut untuk memulakan tugasan ini kerana takut tersalah tafsir. Tetapi atas kesungguhan dan bimbingan dari pensyarah kami, kami semua dapat memahami dengan jelas segala kehendak soalan. Selain itu, pensyarah pembimbing turut memberikan tunjuk ajar yang berkesan di dalam kelas. Bimbingan dari beliau telah menaikkan semangat untuk melaksanakan tugasan dengan baik. Pada waktu ini, kami semua telah disuruh untuk melakukan kerja tugasan ini secara berpasangan. Kami telah memilih untuk melaksanakannya secara berdua. Saya telah melaksanakan tugasan ini bersama Fadhilah binti Othman. Kami satu unit telah membuat pertukaran-pertukaran ahli kumpulan. Hal demikian untuk membiarkan semua dapat berkerjasama tanpa mementingkan dan memilih rakan-rakan yang rapat sahaja. Ini menunjukkan tiada istilah ”memilih rakan” di dalam kerja berk umpulan ini dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi perhubungan sesama rakan sekelas. . Terlebih dahulu, saya dan rakan telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Banyak maklumat yang dapat dicari. Pada waktu itu kami semua saling

Upload: awan-terbang

Post on 19-Jul-2015

407 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Pkb Sains-efa

5/16/2018 Refleksi Pkb Sains-efa - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-pkb-sains-efa 1/3

REFLEKSI

IFFA NAJWA BINTI AB.RAHIM

900119-43-5014

PISMP PK1

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus pendek(KKP) ini. Di kesempatan ini, saya ingin memberikan

refleksi sepanjang penglibatan saya dalam menyiapkan tugasan ini.

PISMP PK1 telah mendapat tugasan PKB 3110 oleh pensyarah iaitu Cik Fauziah

bt Hj. Yahya. Beliau telah memberikan penerangan tentang segala tugasan ini. Beliau

telah menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dari awal hingga akhir.

Sewaktu penerangan berjalan, berlaku sedikit kekeliruan diantara pemahaman kami

semua, iaitu terdapat percanggahan pemahaman terjadi. Pada waktu itu saya berasa

keliru dan takut untuk memulakan tugasan ini kerana takut tersalah tafsir. Tetapi atas

kesungguhan dan bimbingan dari pensyarah kami, kami semua dapat memahami

dengan jelas segala kehendak soalan. Selain itu, pensyarah pembimbing turut

memberikan tunjuk ajar yang berkesan di dalam kelas. Bimbingan dari beliau telahmenaikkan semangat untuk melaksanakan tugasan dengan baik.

Pada waktu ini, kami semua telah disuruh untuk melakukan kerja tugasan

ini secara berpasangan. Kami telah memilih untuk melaksanakannya secara berdua.

Saya telah melaksanakan tugasan ini bersama Fadhilah binti Othman. Kami satu unit

telah membuat pertukaran-pertukaran ahli kumpulan. Hal demikian untuk membiarkan

semua dapat berkerjasama tanpa mementingkan dan memilih rakan-rakan yang rapat

sahaja. Ini menunjukkan tiada istilah ”memilih rakan” di dalam kerja berkumpulan ini

dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi perhubungan sesama rakan sekelas.

.

Terlebih dahulu, saya dan rakan telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang

diperlukan. Banyak maklumat yang dapat dicari. Pada waktu itu kami semua saling

Page 2: Refleksi Pkb Sains-efa

5/16/2018 Refleksi Pkb Sains-efa - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-pkb-sains-efa 2/3

bantu-membantu dalam mencari maklumat ini. Sikap tolong-menolong dan boleh

bekerjasama memberi kesan yang positif dan memudahkan segala pencarian atau

menyelesaikan masalah.

Selain itu, saya juga telah mencari maklumat melalui kemudahan internet.

Kesukaran sedikit dapat dirasa disitu, apabila di asrama tiada kemudahan ”wireless”

disediakan. Jadi saya telah membuat inisiatif untuk meminjam ”moderm” dari rakan-

rakan di bilik lain. Rakan-rakan yang memahami dan boleh bekerjasama memudahkan

pencarian saya. Selain itu, saya juga telah meminjam buku-buku yang berkaitan

dengan tugasan ini dari pelajar-pelajar yang lebih senior dari saya. Perhubungan yang

baik diantara senior dan junior lebih memudahkan saya bertanya dan meminjam buku-

buku yang diperlukan. Ini menunjukkan perhubungan yang baik di antara sesama

”jiran- jiran” di asrama penting untuk memudahkan pencarian maklumat. 

Pada semester ini merupakan kali pertama saya dan rakan-rakan akan

menjalani praktikum. Ooleh itu, di dalam tugasan ini juga meminta kami semua untuk

membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH). Kami semua juga diminta untuk

menjalankan pengajaran mikro di dalam kelas. Bagi saya ia merupakan cara yang

bagus untuk memberi peluang kepada semua guru pelatih melatih diri untuk mengajar.Peluang yang diberikan, dapat kami gunakan dengan sebaik mungkin.

Disebabkan mendapat kerjasama daripada semua pihak, tugasan ini dapat

disiapkan awal sebelum tarikh menghantarnya. Saya berharap agar dapat melakukan

tugasan yang seterusnya dengan mendapat kerjasama seperti sekarang. Segala

kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan dan memudahkan segala tugasan

yang diberikan. 

Page 3: Refleksi Pkb Sains-efa

5/16/2018 Refleksi Pkb Sains-efa - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-pkb-sains-efa 3/3