refleksi pengakap

3
Nama : JUMARDI BIN MUHLIS Unit : PISMP PJ 1113 Refleksi Perkhemahan Pengakap Pada tarikh 18 Ogos 2014 sehingga 21 Ogos 2014 yang lalu telah diadakan satu perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A IPG Kampus Tun Abdul Razak di Kem Allapong Lundu bagi unit beruniform pengakap semester 4. Perkhemahan tersebut teleh dikendalikan oleh beberapa orang pegawai pengakap yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam berpengakap. Mereka telah banyak memberi ajaran kepada kami dalam berpengakap. Bersyukur terhadap Allah S.W.T kerana mempunyai pensyarah pembimbing iaitu En. Baharuddin Bin Ismail yang sentiasa memberi motivasi dan semangat Semasa perkhemahan 3 hari 2 malam tersebut, terdapat pelbagai kebaikan yang telah saya kesan seperti ia memberikan input berkaitan asas yang perlu ada bagi seseorang pengakap kanak-kanak melalui sesi lencana kepandaian, mengajarkan istiadat bendera dan protokol dalam dewan, peranan sebagai pemimpin pengakap dan bagaimana hendak merancang program bagi pengakap. semua ini telah diajar semasa saya berada dalam sesi perkhemahan tersebut. Ia merupakan pengalaman dan pengetahuan yang amat bernilai. Kebaikan yang pertama ialah memberikan input tentang perkara asas yang terdapat dalam pengakap. Antaranya ialah cogan kata pengakap kanak- kanak yang perlu diingat iaitu buat sehabis baik . Ia akan memastikan bahawa setiap ahli pengakap akan melaksanakan setiap pekerjaan dengan habis baik dan sedaya upaya. Dalam pengakap juga mengamalkan satu sistem yang dapat merapatkan hubungan setiap ahlinya iaitu sistem sekawan. Kebiasaannya 6 orang dalam sekawan yang diibaratkan seperti sebuah keluarga. Mereka akan berkerjasama untuk melakukan setiap aktiviti kerana mereka adalah sekeluarga. Kebaikan yang kedua ialah mengajarkan istiadat bendera dan protokol dewan yang mesti dilakukan dalam setiap sesi yang berkaitan. Istiadat

Upload: jumardi-muhlis

Post on 16-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

jumardi

TRANSCRIPT

Nama: JUMARDI BIN MUHLISUnit: PISMP PJ 1113Refleksi Perkhemahan PengakapPada tarikh 18 Ogos 2014 sehingga 21 Ogos 2014 yang lalu telah diadakan satu perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A IPG Kampus Tun Abdul Razak di Kem Allapong Lundu bagi unit beruniform pengakap semester 4. Perkhemahan tersebut teleh dikendalikan oleh beberapa orang pegawai pengakap yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam berpengakap. Mereka telah banyak memberi ajaran kepada kami dalam berpengakap. Bersyukur terhadap Allah S.W.T kerana mempunyai pensyarah pembimbing iaitu En. Baharuddin Bin Ismail yang sentiasa memberi motivasi dan semangatSemasa perkhemahan 3 hari 2 malam tersebut, terdapat pelbagai kebaikan yang telah saya kesan seperti ia memberikan input berkaitan asas yang perlu ada bagi seseorang pengakap kanak-kanak melalui sesi lencana kepandaian, mengajarkan istiadat bendera dan protokol dalam dewan, peranan sebagai pemimpin pengakap dan bagaimana hendak merancang program bagi pengakap. semua ini telah diajar semasa saya berada dalam sesi perkhemahan tersebut. Ia merupakan pengalaman dan pengetahuan yang amat bernilai. Kebaikan yang pertama ialah memberikan input tentang perkara asas yang terdapat dalam pengakap. Antaranya ialah cogan kata pengakap kanak-kanak yang perlu diingat iaitu buat sehabis baik. Ia akan memastikan bahawa setiap ahli pengakap akan melaksanakan setiap pekerjaan dengan habis baik dan sedaya upaya. Dalam pengakap juga mengamalkan satu sistem yang dapat merapatkan hubungan setiap ahlinya iaitu sistem sekawan. Kebiasaannya 6 orang dalam sekawan yang diibaratkan seperti sebuah keluarga. Mereka akan berkerjasama untuk melakukan setiap aktiviti kerana mereka adalah sekeluarga.Kebaikan yang kedua ialah mengajarkan istiadat bendera dan protokol dewan yang mesti dilakukan dalam setiap sesi yang berkaitan. Istiadat bendera dan istiadat laung agung merupakan dua istiadat yang dilakukan serentak dalam sesebuah perhimpunan pengakap. Ia akan dapat menunjukkan semangat kepengakapan dalam diri setiap individu. Protokol dewan juga akan dapat mengajar ahli pengakap supaya lebih berdisiplin kerana seorang pengakap yang baik hendaklah berdisiplin. Seterusnya ialah kami diajarkan apa sebenarnya peranan seorang pemimpin pengakap semasa di sekolah nanti. Seorang pemimpin pengakap perlulah memahami dan mematuhi persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap yang ada. Dengan itu akan melahirkan seorang pemimpin pengakap yang sangat baik dan dapat membimbing ahli pengakap iaitu murid-murid sekolah nanti. Seorang pengakap perlu mempunyai ciri- ciri seperti patuh kepada tujuan kepimpinan, berminat dan berkeyakinan serta ikhlas, sentiasa menambah pengetahuan dan berkemampuan.Kami juga diajarkan cara-cara untuk merancang sesebuah program bagi pengakap. Perancangan sangat penting supaya setiap aktiviti yang dijalankan tersusun dan berjalan lancar. Segala aktiviti juga perlu direkodkan sebagai rujukan pada masa-masa akan datang. Dengan itu, setiap program dan aktiviti yang dijalankan akan memberikan kebaikan dan pengetahuan kepada ahli pengakap yang terlibat dan mereka akan dapat memanfaatkannya kelak.Namun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku semasa perkhemahan iaitu dan kegagalan ahli pengakap untuk menepati masa. Masa begitu penting untuk seuatu perkara. Melalui kursus tersebut kami dilatih agar berdisiplin dan sentiasa menepati waktu. Kelemahan yang perlu dan sepatutnya dielakkan ialah tidak menepati masa. Saya dapat memerhatikan bahawa peserti kurang menepati masa menyebabkan sesi bagi kursus terpaksa diadakan lebih lewat sehinggakan tidak sempat menghabiskan sesi tertentu kerana tidak mencukupi masa. Oleh itu, para peserta perkhemahan pengakap perlulah berusaha untuk menepati masa dalam perkhemahan dan program yang akan datang.Kesimpulannya, perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A IPG Kampus Tun Abdul Razak yang telah diadakan telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman yang penting kepada bakal-bakal pemimpin pengakap. Di harap setiap yang dipelajari akan digunakan oleh guru pelatih semasa di sekolah nanti dan disampaikan dengan sebaik mungkin kepada ahli-ahli pengakap yang baharu kelak.