refleksi opkim

8
REFLEKSI (HHHC9601) KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN OLEH: NURUL IFFAH BT ROSLAN (A146268) JAWATAN: PENGARAH POST MEDIA DAN PUBLISITI (PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU JOHOR DARUL TA’ZIM)

Upload: iffahroslan

Post on 20-Jun-2015

419 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi opkim

REFLEKSI

(HHHC9601)

KEMAHIRAN

KEPIMPINAN

DAN

KERJA BERPASUKAN

OLEH: NURUL IFFAH BT ROSLAN (A146268)

JAWATAN: PENGARAH POST MEDIA DAN PUBLISITI

(PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU JOHOR DARUL TA’ZIM)

Page 2: Refleksi opkim

PENGENALAN:Saya Nurul Iffah Bt Roslan (A146268). Pada semester satu lepas, saya telah menyertai program di bawah Persatuan Mahasiswa Anak Johor atau dikenali sebagai PERMAJ.

Saya menyertai OPKIM ini adalah untuk meyelesaikan pembelajaran saya dalam (HHHC9601) KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Jawatan saya adalah sebagai pengarah post media dan publisiti di dalam program OPKIM Batu Pahat tersebut. Program OPKIM ini merupakan salah satu program yang diadakan di bawah kendalian Persatuan Mahasiswa Anak Johor. Program ini bertujuan menyuntik kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi bersama badan-badan korporat.

Program OPKIM ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma semasa menguruskan program OPKIM. Selain itu, OPKIM menekankan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta menyuntik kemahiran dan tanggungjawab social

OPKIM juga mengasah bakat pelajar dalam kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Malahan, kemahiran kreatif dan inovatif dapat disuntik dengan mengadakan program-program yang berbeza sepanjang tahun disamping membantu mahasiswa UKM untuk melengkapkan hasil pembelajaran mereka.

Page 3: Refleksi opkim

OBJEKTIF PROGRAM OPKIM:

Membentuk pelajar yang komited kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam suatu organisasi.

Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi, berinovasi serta bermotivasi, kearah mencapai masa depan yang gemilang.

Menggabungkan aktiviti sukan, kebudayaan dan kebajikan antara pelajar dengan masyarakat sekeliling dari pelbagai bidang tanpa mengubah nilai-nilai estetika yang ada.

Menerapkan nilai-nilai perpaduan, sikap bekerjasama saling membantu dalam melakukan aktiviti secara berorganisasi.

PERJALANAN PROGRAM OPKIM:

1. TARIKH DAN MASA

Program ini diadakan pada : Tarikh : 17 - 22 Januari 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu)

2. TEMPAT PROGRAM

Tempat : Kampung Parit Warijo, Batu Pahat, Johor.

3. SEBELUM HARI KEJADIAN:

Sebelum hari sebenar program OPKIM berlaku , sebanyak 7 kali minit mesyuarat utama telah diadakan bersama-sama ketua pengarah program OPKIM. Minit mesyuarat ini diadakan pada setiap minggu. Minit mesyuarat ini diadakan bagi menyelesai beberapa masalah dan memantapkan lagi program OPKIM tersebut. Selain daripada minit mesyuarat utama ini diadakan, 5 minit mesyuarat kecil juga diadakan bersama pengarah mengikut seketeriat masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian masalah untuk membuat tindakan selanjutnya.

Page 4: Refleksi opkim

Masalah yang dihadapi sebelum hari kejadian :

Saya sebagai post media dan publisiti perlu menyiapkan banner, backdrop dan tag nama untuk semua ahli. Saya diminta melakarkan banner dan backdrop. Tiga hari sebelum hari kejadian, ketua pengarah saya memberi arahan supaya pergi ke kedai untuk upah banner. Sedangkan dalam masa tiga hari, tiada kedai yang dapat menyiapkan banner tersebut. Jika ada pun, mereka mengambil upah dua kali ganda dan ianya tidak cukup dengan bajet yang ada. Saya terpaksa mencari kedai di sekitar Selangor tetapi tiada juga yang dapat siapkan dalam tempoh tiga hari dengan harga yang berpatutan. Dan saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung saya di Kedah dan di sana saya mempunyai rakan yang bekerja di kedai banner dan dia dapat menyiapkan banner dan backdrop tersebut dalam masa sehari dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga selesaikan masalah tersebut.

4. SEMASA HARI SEBENAR PROGRAM:

Program OPKIM dijalankan selama lima hari iaitu bermula dengan majlis perasmian pembukaan OPKIM pada pagi jumaat (17/1/2014), dan diakhiri dengan majlis perasmian penutupan pada petang rabu (22/1/2014).

Masalah yang dihadapi ketika hari kejadian :

Sesampainya di Kampung Parit Warijo, saya terus membentangkan banner dan backdrop tetapi terdapat juga masalah yang dihadapi. Saiz backdrop tidak sama seperti yang beritahu. Saiz asal adalah 6kaki tetapi kedai membuat sepanjang 10kaki. Jadi, menjadi masalah untuk mengikat backdrop tersebut. Orang kampung turut mencari idea untuk memasang dan akhirnya terpaksa di pakukan di dinding tersebut oleh kerana majlis perasmian akan bermula dalam tempoh satu jam sahaja lagi.

5. SEMASA HARI TERAKHIR PROGRAM:

Hari terakhir program adalah pada tarikh 22 Januari 2014. Majlis penutupan diadakan di Pasir Gudang Johor.

Masalah yang dihadapi pada hari terakhir :

Ketika di Pasir Gudang, bapa kepada salah seorang rakan saya meninggal dunia dan saya mengambil alih tugasnya kerana dia terpaksa pulang ke kampungnya pada ketika itu juga.

Page 5: Refleksi opkim

PENCAPAIAN HP MELALUI OPKIM

OPKIM menekankan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

Program OPKIM bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada saya tentang kemahiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma, malah program ini juga menekankan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

Kemahiran kerja berpasukan dapat dicapai melalui penglibatan saya besama ajk-ajk OPKIM yang lain iaitu ketika rewang OPKIM dijalankan. Ketika rewang OPKIM dijalankan saya dan ajk-ajk yang lain perlu bekerjasama memotong sayur-sayuran, membersihkan ayam dan daging, serta perlu memasak dan membasuh pinggan-mangkuk bersama-sama mereka. Walau bagaimanapun ,itu merupakan pengalaman yang paling bermakna buat saya.

Seterusnya , kerja berpasukan dapat dicapai melalui pendekatan yang kami ambil iaitu dengan cara membuat pembincangan bersama ahli kumpulan yang bagi mencari serta membincangkan yang mana satu idea yang patut dipilih sebelum membentangkannya ke minit mesyuarat utama. Idea-idea tersebut datangya daripada hasil sumbangan bersama ahli kumpulan saya.

Selain itu kerja berpasukan juga dapat dicapai melalui pembincangan dalam mesyuarat utama bersama ketua pengarah OPKIM dengan sekteriat-sekteriat OPKIM yang lain. Pada masa tersebut semua idea yang telah saya bincangkan bersama ahli kumpulan kecil, dibawa dan dibentangkan kepada ketua pengarah dalam mesyuarat tersebut. Dan pada masa ini juga semua idea-idea itu diberi kata dua sama ada dipersetujui atau tidak dipersetujui untuk dilakukankan pada hari sebenar OPKIM dijalankan. Jika idea tadi dipersetujui, maka langkah-langkah seterusya akan dijalankan.

Page 6: Refleksi opkim

Refleksi Saya berharap program OPKIM ini dapat dijalankan dengan lancar seperti mana yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum ini. Dan Alhamdulillah program ini berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Saya juga berharap program OKPIM ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua pelajar.

Saya rasa program OPKIM ini sangat menekankan kerja bersama kumpulan, kerana jika tiada kata sepakat antara kumpulan tersebut, maka tidak mungkin program OPKIM boleh bergerak selancar ini. Selain itu, program OPKIM ini juga menekankan kemahiran kepimpinan, hal ini saya dapat rasakan apabila saya perlu mengumpul semua orang kampung untuk memberi arahan mengenai program sukaneka yang dijalankan di kampung tersebut. Situasi ini menyebabkan saya berasa seolah-olah saya sebagai seorang pemimpin yang sedang memberi arahan kepada masyarakat kampung. Setuasi ini juga membantu saya lebih berani tampil kehadapan.

Walaubagaimanapun program OPKIM ini telah membantu memantapkan kemahiran komunikasi saya. Hal ini dapat dicapai apabila saya perlu bentangkan modul-modul sekteriat saya dalam mesyuarat utama kepada ketua pengarah OPKIM. Ini membantu saya lebih berani berkomunikasi di depan orang ramai .

Akhir sekali, saya sangat berpuas hati menyertai program OPKIM, kerana banyak kemahiran yang saya belajar. Malah banyak manfaat yang telah saya perolehi melalui program ini dan ia membantu saya untuk lebih maju kehadapan.