refleksi mte 3123

2
REFLEKSI Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan projek MTE 3123 (Amalan Pentaksiran dalam Matematik) dengan jayanya. Namun, pelbagai pengalaman dan halangan dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini diberikan kira-kira seminggu sebelum berpraktikum. Tugasan ini diberikan semasa waktu sedemikian kerana tugasan projek yang diberikan melibatkan penggubalan dan pelaksanaan ujian kepada murid-murid di sekolah. Saya lebih gemar untuk menyiapkan tugasan projek ini di sekolah berbanding di rumah kerana tugasan yang diberikan adalah baru dan pertama kali buat saya. Contohnya, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini dilihat satu kesukaran bagi saya untuk membina JSU yang baik kerana saya tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru yang membina JSU yang baik. JSU yang baik adalah JSU yang mengandungi soalan mengenai topik-topik yang telah diajar berdasarkan kepada aras kemahiran Taksonomi Bloom dan tahap penguasaan murid. Oleh itu, antara rujukan utama saya adalah guru pembimbing praktikum saya, nota dan pensyarah walaupun sekolah tersebut tidak mempunyai JSU untuk mata pelajaran Matematik. Pembinaan JSU adalah penting kerana jadual ini adalah kesinambungan bagi pelaksanaan tugasan-tugasan yang seterusnya. Item ujian pula dibina berdasarkan pembinaan JSU. Saya membuat keputusan untuk menjalankan ujian penilaian kepada murid-murid tahun 5. Tidak menjadi masalah untuk membina soalan ujian. Namun, yang menjadi persoalan kepada diri saya ialah adakah soalan yang dibina mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di dalam tugasan. Oleh itu, untuk menjawab persoalan yang mencungkil dari minda, saya membuat rujukan pada nota dan melayari internet bagi

Upload: sathis-menagah

Post on 27-Dec-2015

329 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jhj

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan

tugasan projek MTE 3123 (Amalan Pentaksiran dalam Matematik) dengan jayanya. Namun,

pelbagai pengalaman dan halangan dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugasan

ini diberikan kira-kira seminggu sebelum berpraktikum. Tugasan ini diberikan semasa waktu

sedemikian kerana tugasan projek yang diberikan melibatkan penggubalan dan

pelaksanaan ujian kepada murid-murid di sekolah.

Saya lebih gemar untuk menyiapkan tugasan projek ini di sekolah berbanding di

rumah kerana tugasan yang diberikan adalah baru dan pertama kali buat saya. Contohnya,

pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini dilihat satu kesukaran bagi saya untuk

membina JSU yang baik kerana saya tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru

yang membina JSU yang baik. JSU yang baik adalah JSU yang mengandungi soalan

mengenai topik-topik yang telah diajar berdasarkan kepada aras kemahiran Taksonomi

Bloom dan tahap penguasaan murid. Oleh itu, antara rujukan utama saya adalah guru

pembimbing praktikum saya, nota dan pensyarah walaupun sekolah tersebut tidak

mempunyai JSU untuk mata pelajaran Matematik. Pembinaan JSU adalah penting kerana

jadual ini adalah kesinambungan bagi pelaksanaan tugasan-tugasan yang seterusnya.

Item ujian pula dibina berdasarkan pembinaan JSU. Saya membuat keputusan untuk

menjalankan ujian penilaian kepada murid-murid tahun 5. Tidak menjadi masalah untuk

membina soalan ujian. Namun, yang menjadi persoalan kepada diri saya ialah adakah

soalan yang dibina mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di

dalam tugasan. Oleh itu, untuk menjawab persoalan yang mencungkil dari minda, saya

membuat rujukan pada nota dan melayari internet bagi memastikan soalan yang dibina

mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di dalam tugasan.

Ujian dijalankan kepada murid Tahun 5 Bestari. Kertas jawapan diberikan kepada

murid bagi memudahkan kami menyemak jawapan. Setelah selesai ujian, kami terus

menyemak jawapan murid untuk dibuat analisis. Semasa membuat analisis, timbul satu

masalah. Jadual indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang mana perlu dirujuk?

Terdapat 2 jadual yang berbeza. Apakah ciri-ciri soalan yang sesuai untuk diterima,

diubahsuai ataupun dibuang daripada bank soalan? Tanpa membuang masa saya

berbincang dengan rakan sekelas saya da berjumpa guru pembimbing saya untuk

mendapatkan panduan dan tunjuk ajar. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung, atas bantuan yang diberikan oleh beliau, saya dapat

menyiapkan analisis dengan jayanya.

Selepas itu saya teruskan dengan laporan saya terdapat ID adan IK. Saya seronok

menimba

Secara tidak langsung, tugasan projek ini telah membantu saya untuk bersedia lebih

awal untuk menghadapi peperiksaan dan menyediakan diri saya untuk menjadi seorang

guru kelak. Namun, dengan ilmu yang diperoleh melalui tugasan projek ini, bukan bermakna

saya sudah mahir dan tidak perlu untuk terus belajar. Saya akan terus belajar dan belajar

agar saya dapa menjadi seorang guru yang berkualiti tinggi pada masa akan datang.