refleksi luqman pengurusan pameran

Upload: mohamadluqmanulhakimmohamad

Post on 21-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Refleksi Luqman Pengurusan Pameran

    1/2

    Refleksi kendiri

    Mohamad Luqmanulhakim Bin Mohamad

    Pertama saya mengucapkan alhmdulillah kerana dapat menguruskan

    pameran dengan jayanya mengadakan Sense of Arts Final Exhibition 201 dan

    me!ujudkan "aleri Seni #nstitut Pendidikan "uru $ampus $ota %haru& Penubuhan

    "aleri Seni sebenarnya merupakan satu cabaran besar kepada kami dalam

    membuat persediaan untuk menyiapkan sebuah galeri yang menempatkan hasil

    karya dalam tempoh masa yang begitu terhad& Penganjuran Sense of Arts Final

    Exhibition 201 ini merupakan titik tamatnya pengajian selama tahun setengah di

    #P" $ampus $ota %haru dan merupakan satu persembahan pameran terakhir bagi

    kami sebelum menjejak kaki ke suatu persada yang baharu& 'alahan tujuan

    pameran ini dijalankan adalah untuk melahirkan insan yang menghargai dan

    menghayati seni dan kreati(iti dalam seni (isual sekalius meningkatkan kesedaran

    tentang kepentingannya&

    )usteru* kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program

    ini& %eberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program

    ini& $erjasama yang di tunjukkan adalah amat baik dari semua pihak tidak kira

    berlainan kaum* bangsa mahupun agama malahan berlainan pengambilan iaitu

    program P#S'P dan PP"& $ami telah bersama+sama berganding bahu atau

    bekerjasama kesemua ahli kumpulan dalam melancarkan gerakerja bak kata

    pepatah ,berat sama dipikul ringan sama dijinjing-& .engan itu* kami melaksanakan

    kerja dengan begitu tekun dan sabar& $ami saling merujuk antara satu sama lain&

    /akikatnya* Pameran Sense Of Arts telah berjaya disempurnakan dengan

    jayanya& $ami sebagai penganjur berasa sangat gembira dan bertuah kerana

    berjaya menganjurkan program ini sebagaimana yang telah dirancang& Antarakekuatan utama program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna adalah

  • 7/24/2019 Refleksi Luqman Pengurusan Pameran

    2/2

    hasil daripada kolaborasi dan komitmen yang tinggi daripada A)$ Pelaksana yang

    telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya& Selain itu* melalui perbincangan

    dengan para pensyarah pembimbing juga telah dapat memberikan pendedahan

    kepada kami untuk merancang* melaksana dan menguruskan program ini dengan

    jayanya& /asil pelaksanaan pameran ini* kami telah dapat mempelajari untuk

    melaksanakan sesuatu akti(iti berasaskan semangat kerja berpasukan dan

    amanah&

    amun begitu* terdapat juga kelemahan dan masalah yang timbul sepanjang

    program ini dilaksanakan& leh kerana !aktu pameran bermula sehingga pada

    !aktu petang& Antaranya adalah masalah kekurangan pengunjung pada !aktu

    tengahari& 'ungkin kerana dari segi susunan masa pengunjung jemputan dari luar&

    Akibatnya* terdapat sedikit kepadatan pengunjung dan kekalutan timbul ketika

    mengendalikan sudut bengkel& $eadaan ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi

    proses kelancaran program dan jumlah pengungjung secara berterusan&

    )usteru itu* jika diberikan peluang penambahbaikan program ini* kami ingin

    memperbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam aspek jemputan pengunjung

    dengan membahagikan masa pengunjung sebagai contoh pada !aktu pagi hanya

    buah sekolah terlibat manakala sebelah tengahari 2 buah sekolah serta pada

    sebelah petang 1 buah sahaja & Secara tidak langsung pengendalikan lebih tersusun

    dan jumlah pengunjung secara berterusan dari pagi sehingga sebelah petang

    Sesungguhnya* pameran ini telah berjaya mencapai objektif seperti yang

    kami harapkan& $esimpulannya* program yang telah kami tempuhi ini banyak

    mendatangkan manfaat dan kebaikan& #ni kerana* program ini telah dapat

    meningkatkan jati diri dan pengetahuan kami dalam pelbagai aspek khususnya

    dalam aspek kemahiran pengurusan* kemahiran membuat keputusan dan

    kemahiran menyelesaikan masalah& .iharapkan juga kami dapat mengaplikasikan

    segala nilai+nilai positif dan pengalaman berharga yang diperoleh dalam program iniketika menjadi guru yang sebenar kelak&