refleksi lawatan ilmiah pjm 3112

5
REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112 NAMA : MUHAMAD SYAWALWAHED BIN MOHAMAD KAMAL OPSYEN : PISMP BM/PJ/SIVIK SEMESTER 5 NO K/P : 890507-06-5477 Seramai 40 pelajar PISMP BM, PJ, SIVIK dan BM, PJ, MUZIK semester 5 ambilan Januari 2009 dari IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Melaka. Pelajar-pelajar PISMP unit Bahasa Melayu ini telah ditugaskan mengurus lawatan ini dengan bimbingan pensyarah penyelaras kursus ini, iaitu Miss Foo Ai Peng. Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan (PJM 3112). Kandungan wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani di badan-badan sukan. Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Februari 2011. Antara destinasi yang akan dilawati ialah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Penang International Sport

Upload: syawalwahed

Post on 29-Jun-2015

2.388 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

NAMA : MUHAMAD SYAWALWAHED BIN MOHAMAD KAMAL

OPSYEN : PISMP BM/PJ/SIVIK SEMESTER 5

NO K/P : 890507-06-5477

Seramai 40 pelajar PISMP BM, PJ, SIVIK dan BM, PJ, MUZIK semester 5

ambilan Januari 2009 dari IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan

lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Melaka. Pelajar-pelajar PISMP unit Bahasa

Melayu ini telah ditugaskan mengurus lawatan ini dengan bimbingan pensyarah

penyelaras kursus ini, iaitu Miss Foo Ai Peng. Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi

keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan (PJM 3112). Kandungan

wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk

mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani di badan-

badan sukan.

Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat

berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing

seperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli

jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatan

ilmiah ke Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Februari 2011. Antara destinasi yang akan

dilawati ialah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Penang International Sport

Arena (PISA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian (SMKMI).

Page 2: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

Pada 9 Februari 2011, kami telah berkumpul di Institut Pendidikan Guru Kampus

Kota Bharu pada 7.45 pagi. Setelah berkumpul dan memeriksa semua peralatan, kami

telah bertolak tepat pukul 9.00 pagi. Lawatan ini disertai seramai 40 orang pelajar dan 3

orang pensyarah pengiring. Kami telah tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus

Persekutuan Pulau Pinang(IPG KPPP) pada jam 5.00 petang. Sejurus tiba, kami

ditempatkan di Bilik Tetamu di IPG KPPP. Kami sangat berpuas hati dengan

pengurusan (IPG KPPP) kerana menyediakan kemudahan penginapan yang baik

sekali dari segi katil, tilam dan kedaan bilik yang disediakan juga adalah bersih dan

cantik.

Pada 10 Februari 2011, kira-kira pukul 7.30 pagi kami bertolak ke destinasi

pertama kami ialah MSNPP. Setelah menikmati sarapan pagi di Gelugor, kami terus

bertolak ke MSNPP. Ketibaan kami telah disambut oleh pegawai MSNPP iaitu Saudara

Hafizi. Antara tentative lawatan kami ke MSNPP adalah untuk mengetahui pengurusan

sukan di peringkat negeri dan politik dalam sukan. Saudara Hafizi telah banyak

memberi penerangan mengenai pengurusan sukan yang telah dijalankan oleh MSNPP.

Selain itu, beliau juga menerangkan mengenai politik dalam sukan di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga merupakan individu yang

bertanggungjawab mencungkil bakat Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol Ann David

sehingga menjadi atlet bertaraf dunia. Selepas penerangan dari saudara Hafizi, kami

telah berpeluang mendengar penerangan mengenai psikologi dalam sukan yang

disampaikan oleh Edward Da Silva, pakar psikologi kebangsaan. Beliau memberi kami

tips bagaimana untuk mengekalkan fokus dalam sesuatu permainan dan mengenai

kepentingan air dalam badan. Selepas itu kami menikmati sedikit jamuan ringan yang

diesidakan oleh pihak MSNPP. Selepas menjamu selera, kami dibawa melawat untuk

melihat kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di MSNPP. Antara kemudahan yang

terdapat di sana ialah gelanggang latihan untuk gimnastik dan gimrama, gelanggang

silat,wusyu dan dewan angkat berat.

Page 3: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

Selepas selesai lawatan di MSNPP, kami telah bergerak ke PISA. Pisa telah siap

dibina pada tahun 2000 ianya adalah satu arena sukan dalam dewan tertutup yang

terletak di Pulau Pinang, Malaysia. SUKMA 2000 adalah salah satu peristiwa sukan

pertama yang diadakan di PISA. PISA adalah tempat terbesar dan paling komprehensif

dalam bilik multi-destinasi di Pulau Penang. PISA merangkumi Olimpik kolam renang

bersaiz besar dan arena ber-AC yang luas. PISA juga adalah tempat untuk acara

renang beberapa lagi acara besar dalam sukan. Kompleks ini juga menawarkan pusat

konvensyen, pameran dan acara hiburan. Kami diberi penerangan oleh Encik Khalil

mengenai pengurusan untuk mengendalikan kompleks sukan bertaraf antarabangsa.

Kami telah berkesempatan untuk melihat dewan gelanggang bola keranjang dan

kompleks renang bertaraf Olimpik

Pada hari terakhir lawatan kami, kami telah melawat Sekolah Menengah

Kebangsaan Mutiara Impian (SMKMI) Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kedatangan kami telah disambut dengan paluan kompang oleh para pelajar SMKMI. Di

sini, kami telah diberi penerangan mengenai SMKMI dan pengurusan aset di sekolah.

SMKMI merupakan sekolah sukan negeri pertama ditubuhkan di Malaysia. Saya sangat

tertarik dengan sekolah sukan ini keran mempunyai kemudahan setaraf dunia. Maka

tidak mustahilah ianya dapat melahirkan atlir yang terhandal di Malaysia seperti atlit

sepak takraw wanita yang memenangi pingat perak di SUKMA Melaka. Selain itu juga,

jurulatih yang terdapat disekolah ini adalah jurulatih bertaraf kebangsaan dan

antarabangsa. Maka tidak hairanlah jika atlet-atlet dari SMKMI Berjaya menempah

nama di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kami amat berbangga

kerana atlet-atlet wanita muslim dari SMKMI semuanya bertudung jika meneyrtai

sesuatu kejohanan. Inilah yang dikata sebagai satu jalan yang dapat melahirkan atlit

yang sempurna dari segi akidah dan perwatakan.

Akhir kata daripada saya, melalui lawatan ilmiah ini, saya memperolehi pelbagai

maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran sukan. Ini sedikit sebanyak akan

membantu saya apabila bergelar seorang guru di masa akan datang. Saya amat

berharap agar lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk

mempersiapkan diri sebagai seorang guru yang berkualiti.