refleksi kendiri permainan tradisional atikah

6
REFLEKSI KENDIRI PERMAINAN TRADISIONAL Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Karnival Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran PISMP semester 5E ambilan Januari 2011. Karnival Permainan Tradisional di anjurkan oleh kelas saya iaitu kelas PISMP 5E dengan kerjasama PISMP 1B dan 1F.Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan pada 16 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu bertempat di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Sebelum menjalankan karnival ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari karnival akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara- perkara yang berkaitan dengan karnival ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan. Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa buku program. Antara tugasan yang NUR ATIKAH BINTI YAHYA PISMP 5E (PSV/PJ/BM) 910609-09-5306

Upload: chekgoo-atiekah

Post on 04-Jan-2016

143 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Karnival Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran PISMP semester 5E ambilan Januari 2011. Karnival Permainan Tradisional di anjurkan oleh kelas saya iaitu kelas PISMP 5E dengan kerjasama PISMP 1B dan 1F.Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan pada 16 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu bertempat di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari.

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kendiri Permainan Tradisional Atikah

REFLEKSI KENDIRI PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek

PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Karnival

Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran PISMP semester 5E ambilan

Januari 2011. Karnival Permainan Tradisional di anjurkan oleh kelas saya iaitu kelas

PISMP 5E dengan kerjasama PISMP 1B dan 1F.Karnival Permainan Tradisional ini

telah diadakan pada 16 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu bertempat di Padang IPG

Kampus Bahasa Melayu bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari.

Sebelum menjalankan karnival ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat.

Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi

seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan

hari karnival akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan

bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan karnival ini.

Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan

aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai

amanah untuk disempurnakan. Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa buku

program. Antara tugasan yang perlu disempurnakan ialah menerima bahan-bahan yang

hendak dimuatkan serta maklumat yang terkini dari lain-lain AJK. Selain itu saya perlu

merancang dan menyusun atur program mengikut keutamaan.

Dalam pengurusan karnival ini, kami telah dibahagikan tugas untuk mengurus

empat jenis permainan tradisional. Antaranya adalah permainan lompat getah, galah

panjang,tuju selipar dan golek kelapa. Kami telah membentuk 4 buah kumpulan

kecil.Jadi, setiap ahli kelas perlulah bertanggungjawab terhadap permainan yang akan

dikelolakan. Daripada apa yang saya lihat, setiap ahli kelas saya dapat melaksanakan

dengan jayanya dan perjalanan setiap permainan adalah lancar. Setiap guru pelatih

memberikan bantuan dan kerjasma yang baik. Setiap permainan dijalankan di tempat

NUR ATIKAH BINTI YAHYA

PISMP 5E (PSV/PJ/BM)

910609-09-5306

Page 2: Refleksi Kendiri Permainan Tradisional Atikah

yang berlainan tetapi berpusat. Ini memudahkan pergerakan peserta dan juga urusetia.

Jadi, ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan tempat dan juga pembahagian

jawatankuasa untuk memastikan permainan dapat dijalankan tanpa menggunakan

masa yang lama untuk bergerak dari satu tempat permainan ke satu tempat permainan

yang lain. Jelaslah bahawa pengurusan masa itu sangat penting dalam merancang

sesuatu program supaya masa yang diperuntukkan untuk setiap permainan dapat

dijalankan mengikut perancangannya.

Kami telah mengadakan persiapan pada hari jumaat petang, bersamaan 15 Mac

2013. Tapi memikirkan saya bersama rakan-rakan telah menghias kawasan padang

menggunakan tema perkampungan tradisional dan berwarna warni. Kami menamakan

kampung kami sebagai Kampung PISMP 5E. Ia seolah-olah seperti suasana saya

berada di kawasan perkampungan. Kami telah mendirikan pintu gerbang yang dibalut

dengan kertas warna merah jambu dan dihias indah dengan bunga manggar dan

bendera berwarna warni bagi menceriakan tapak permainan tradisional. Kami

mengadakan dua gelanggang bagi permainan galah panjang dan 3 gelanggang

tambahan untuk permainan lompat getah,tuju selipar dan golek kelapa. Alhamdulillah,

pada hari karnival dengan kerjasama rakan-rakan guru pelatih, majlis perasmian dapat

berjalan dengan baik. Ini adalah disebabkan persediaan awal dan perancangan

sebelum majlis berlangsung. Saya baru sedar bahawa untuk merancang upacara

perasmian dengan baik bukannya senang. Ianya memerlukan persediaan yang rapi dan

kreativiti. Jadi, ini menunjukkan pentingnya persediaan awal dan kerjasama daripada

semua pihak. Pengurusan yang sistematik dan teratur akan memudahkan gerak kerja

program. Ia adalah penting bagi saya dan rakan-rakan guru pelatih untuk membuat

perancangan yang rapi dan sistematik apabila merancang sesuatu program di sekolah

nanti.

Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan

karnival permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan

dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang yang

bersistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola

sesuatu projek pada masa akan datang. Kekuatan kedua adalah peralatan-peralatan

Page 3: Refleksi Kendiri Permainan Tradisional Atikah

untuk permainan tradisional yang diperlukan mudah didapati dan tidak memerlukan kos

yang tinggi. Ketiga, faktor cuaca yang baik dan terdapat angin sepoi-sepoi bahasa

telah membantu karnival kami berjalan lancar. Seterusnya, perkara yang amat penting

ialah kami dapat mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami antara pihak

penganjur dan pihak peserta. Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan

sudah pasti ikatan ini berkekalan. Selain itu, kawasan gelanggang permainan ini

mempunyai kawasan padang rumput yang agak luas dan lembut dan sekaligus mampu

mengurangkan risiko kecederaan kepada pemain.

Permainan lompat getah merupakan permainan tradisional yang terkenal di

zaman nenek moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak

perempuan dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai

untuk kanak-kanak memainkannya. permainan ini dinamakan “lompat getah” kerana

bahan yang digunakan getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk

menghasilkan alatan ini gelang getah yang disambung panjang dan dimatikan

hujungnya supoaya tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini

adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah

juga disebut sebagai “zero Point” oleh segelintir masyarakat.

Pada pandangan saya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh

kanak-kanak dan semua lapisan umur kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal,

emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak secara optima khususnya. Lompat getah ini

mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak dimana kanak-kanak perlu

mencari “skill” untuk melepasi setiap cabaran yang ditetapkan iaitu bermula daripada

cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak perlu

mengawal emosi mereka agar mereka dapat bermain dengan baik manakala dari segi

sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan mendapat ramai kawan-kawan

sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan kognitif dimana permainan ini

membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang sesuai untuk melepasi setiap

peringkat permainan lompat getah ini. Demikian, permainan tradisional membolehkan

perkembangan kanak-kanak secara holistik.

Page 4: Refleksi Kendiri Permainan Tradisional Atikah

Kejohanan ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam

melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat

menyempurnakan sesuatu program dengan lancar. Akhir sekali, ribuan terima kasih

diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Cik Tan Yan Im yang banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menjayakan karnival permainan

tradisional ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama

berganding bahu untuk karnival permainan tradisional ini. Karnival ini begitu memberi

impak kepada saya dan rakan-rakan lain terutamanya dalam mengurus dan

melaksanakan program yang melibatkan penglibatan ramai peserta. Selain itu, ia dapat

memupuk kerjasama antara kami walaupun pelbagai masalah yang perlu kami harungi.