refleksi kendiri

5
REFLEKSI KENDIRI Oleh : Aminah Bt Anuar Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Kem Lata Belatan, Besut pada 1 Sepetember sehingga 3 September 2013 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 3 hari 2 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana telah memberkati perjalanan Program Bina Insan Guru Fasa 1/2013 ini dengan sempurnanya sehingga kini ia dapat didokumentasikan ke dalam bentuk penulisan. Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru yang berlangsung di Kem Lata Belatan ini memberikan banyak input yang berguna kepada saya untuk membina nilai nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan dan fizikal saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sebagai bekalan untuk menjadi seorang guru yang gemilang suatu masa kelak. Sepanjang Program Bina Insan Guru ini, saya menempuhi pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami yang diketuai oleh Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa. Saya menyedari bahawa aktiviti aktiviti yang didedahkan kepada kami bukanlah hanya untuk keseronokan semata mata sebaliknya terdapat mesej penting yang ingin disampaikan melalui perlaksanaan aktiviti tersebut dan terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk melihat, menilai, mengkaji dan mengaplikasikan mesej mesej yang ingin disampaikan itu. Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program perkhemahan yang ulung ulung kali saya sertai sepanjang di IPG Kampus Kota Bharu dan ia merupakan pengalaman yang tiada ternilai harganya serta amat sukar diperolehi. Melalui program ini, saya dapat menyerap beberapa nilai murni untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan memberi peluang kepada saya untuk menilai kemampuan diri sebagai persediaan menjadi seorang guru yang proaktif, kreatif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini ialah aktiviti Water Confident , aktiviti Jungle Tracking , Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kawad kaki, dan malam kebudayaan yang pasti mempunyai motifnya yang tersendiri untuk para peserta menilai dan mengkaji. Kebaikan yang pertama, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan rakan sekelas dengan lebih mendalam. Pembahagian peserta kepada 2 kumpulan mengikut pembahagian

Upload: aminah-anuar

Post on 11-Nov-2015

383 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Refleksi BIG PISMP Sem 1

TRANSCRIPT

REFLEKSI KENDIRIOleh : Aminah Bt Anuar

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Kem Lata Belatan, Besut pada 1 Sepetember sehingga 3 September 2013 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 3 hari 2 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana telah memberkati perjalanan Program Bina Insan Guru Fasa 1/2013 ini dengan sempurnanya sehingga kini ia dapat didokumentasikan ke dalam bentuk penulisan. Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru yang berlangsung di Kem Lata Belatan ini memberikan banyak input yang berguna kepada saya untuk membina nilai nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan dan fizikal saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sebagai bekalan untuk menjadi seorang guru yang gemilang suatu masa kelak. Sepanjang Program Bina Insan Guru ini, saya menempuhi pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami yang diketuai oleh Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa. Saya menyedari bahawa aktiviti aktiviti yang didedahkan kepada kami bukanlah hanya untuk keseronokan semata mata sebaliknya terdapat mesej penting yang ingin disampaikan melalui perlaksanaan aktiviti tersebut dan terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk melihat, menilai, mengkaji dan mengaplikasikan mesej mesej yang ingin disampaikan itu. Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program perkhemahan yang ulung ulung kali saya sertai sepanjang di IPG Kampus Kota Bharu dan ia merupakan pengalaman yang tiada ternilai harganya serta amat sukar diperolehi. Melalui program ini, saya dapat menyerap beberapa nilai murni untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan memberi peluang kepada saya untuk menilai kemampuan diri sebagai persediaan menjadi seorang guru yang proaktif, kreatif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini ialah aktiviti Water Confident, aktiviti Jungle Tracking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kawad kaki, dan malam kebudayaan yang pasti mempunyai motifnya yang tersendiri untuk para peserta menilai dan mengkaji. Kebaikan yang pertama, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan rakan sekelas dengan lebih mendalam. Pembahagian peserta kepada 2 kumpulan mengikut pembahagian yang di beri oleh pensyarah semasa program Latihan Dalam Kumpulan. Saya mendapati bahawa setiap ahli kumpulan memiliki personaliti yang tersendiri dan mampu menyerlahkan diri mereka dalam kumpulan dan secara tidak langsung berlaku persaingan yang sihat antara kumpulan kumpulan yang dibentuk. Selain itu, kami melaksanakan tugasan yang diberikan bersama sama walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan. Sebagai contoh aktiviti memasak untuk ahli kumpulan. Walaupun tidak mempunyai perlatan memasak yang lengkap, namun berkat kerjasama ianya berjaya di atasi. Namun begitu, motivasi yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan akhirnya membuahkan kejayaan yang membanggakan. Setiap individu dalam kumpulan kami, mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi walaupun tidak bergelar seorang ketua. Sifat tanggungjawab dalam diri ini lah yang menjadikan kami komited dengan tanggungjawab masing-masing. Daripada detik itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab sebagai seorang ketua amatlah besar kerana seseorang itu harus menitikberatkan semua aspek manakala sebagai seseorang yang dipimpin kita haruslah melaksanakan arahan yang diberikan oleh ketua dengan sebaikbaiknya. Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkah laku. Kebaikan yang kedua, saya dapat membina keyakinan diri untuk berucap di khalyak ramai. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diadakan sepanjang Program Bina Insan Guru ini memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan pendapat dan idea serta mengkritik dan mendengar pandangan daripada pihak lain. Misalnya, pembentangan mengenai ciri ciri guru berkualiti dan bagaimana mencapai kejayaan tertinggi dalam karier menampilkan bakat beberapa orang rakan saya yang petah bercakap dan lantang bersuara membangkang hujahhujah yang difikirkan kurang revelan. Melalui situasi ini saya dapat mempraktikkan bahawa seseorang itu harus peka dan fokus terhadap orang yang memberi hujah agar dia dapat membidas hujah hujah tersebut dengan baik. Pendek kata, aktiviti pembentangan ini merupakan latihan kepada saya dan rakan rakan untuk menjadi seorang guru yang boleh berucap dan mencurahkan idea terutamanya ketika mengendalikan mesyuarat di sekolah kelak. Seandainya, saya tidak didedahkan dengan kemahiran berucap di khalayak ramai seperti ini sudah tentu saya akan mengalami kesukaran dalam mengendalikan apa apa perkara yang memerlukan pandangan dan idea saya, bahkan juga saya mungkin akan mengalami masalah untuk bekerjasama dengan guru guru lain dalam meneruskan agenda mesyuarat. Melalui aktiviti Ice-Breaking, saya dapat mengenal personaliti seseorang. Ini kerana, seorang guru yang hebat harus memiliki personaliti yang hebat. Seorang guru yang hebat, harus tampil berani, yakin dan bersedia menerima dan patuh arahan pada bila bila masa pun. Kebaikan yang ketiga pula ialah saya dapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Misalnya dalam aktiviti Water Confident saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan baik kerana saya memang tidak pandai berenang namun bantuan daripada rakan rakan dan jurulatih kami, Encik Zainol sendiri akhirnya saya telah berjaya juga mengatasi ketakutan saya berada di dalam air terjun. Kesejukan air terjun di Lata Belatan menyedarkan saya tentang hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di mana mana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya. Kebaikan yang keempat pula berkaitan dengan nilai bertolak ansur antara satu sama lain. Nilai ini dapat diterapkan apabila setiap malam kami satu kumpulan bergilir gilir berkawal di kawasan khemah daripada jam 12 hingga ke jam 6 pagi. Meskipun, tugas berkawal malam ini amat memenatkan namun dengan adanya nilai bertolak ansur dalam kalangan ahli kumpulan yang bertugas mengikut jadual waktu sedikit sebanyak telah melancarkan perlaksanaannya. Seandainya, setiap daripada kami mementingkan diri dan tidak mahu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan nescaya tugas ini akan mengalami kegagalan. Lantaran itu, saya percaya bahawa suatu hari kelak saya pasti akan diberi tugas oleh golongan atasan bersama sama dengan guru lain yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat utama tercapai. Ini jelas menunjukkan bahawa Program BIG ini amat penting kepada kami sebagai bakal guru sebagai persediaan awal menghadapi alam perguruan yang pastinya mencabar kesabaran diri. Kebaikan yang kelima pula berkisarkan tentang kreativiti dan fleksibel seorang bakal guru. Kreativiti dan fleksibel ini diselitkan melalui persediaan malam kebudayaan di mana kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang meriah dan persembahan yang menarik bagi menjayakan malam kebudayaan tersebut. Dalam masa yang singkat, kami dikehendaki membuat persembahan kumpulan dan mempersembahkan lakonan yang bertemakan kemerdekaan dan berunsurkan pendidikan. Ketika ini, saya dapati bahawa setiap peserta BIG kreatif dalam memberi idea yang bernas demi menghasilkan sebuah persembahan yang baik. Bukan itu sahaja, nilai fleksibel dalam diri dapat diterapkan ketika kami bersama-sama ahli kumpulan memasak untuk ahli kumpulan. Ini kerana dengan keadaan yang tidak selesa dan kemudahan yang tidak mencukupi, kami perlu menggunakan apa sahaja bahan yang ada supaya apa yang ingin di masak terhasil. Situasi seumpama ini sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa sekiranya saya ditugaskan mengajar di kawasan pedalaman, saya harus menggunakan daya usaha dan kreativiti saya sendiri untuk menghasilkan alat bantu mengajar. Hal ini demikian kerana tidak semua kawasan pedalaman dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap, jadi saya harus mengasah pemikiran saya dari semasa ke semasa dengan idea idea dan pengalaman baru bagi membantu anak didik di daerah yang semakin dilupakan itu membawa mereka ke puncak kejayaan. Kebaikan yang keenam, adalah aspek kerohanian. Di mana, Ustaz Satar sering menitik beratkan soal solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Sepanjang program BIG ini, ternyata pakaian kami sering dalam keadaan yang agak kurang bersih kerana berpeluh dek aktiviti yang di jalankan, terpaksa duduk di atas tanah, tidur di dalam khemah yang berpasir, namun itu bukanlah penghalang utama untuk kami menunaikan solat fardhu yang telah di wajibkan kepada setiap umat Islam yang mukallaf. Kekangan masa yang terhad juga, melatih kami supaya mendahulukan yang lebih wajib. Ini sangat membantu kami supaya beringat apabila bertugas sebagai guru kelak, sebanyak mana tugasan yang di berikan dan sesingkat mana masa yang ada, solat tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam Program Bina Insan Guru ini iaitu berkenaan dengan lokasi, tentatif program dan aktiviti sepanjang program BIG ini. Sesungguhnya, Kem Lata Belatan memang merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti perkhemahan namun kemudahan tandas yang rosak dan terhad amat menyukarkan kami yang menyertai program BIG ini untuk menggunakannya terutamanya bagi pelajar perempuan bahkan kami hanya boleh menggunakan tandas di kawasan perkhemahan sahaja. Selain itu, kem ini juga terdedah kepada orang awam yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran program kami. Selain itu, masa mengurus diri peserta BIG amat terhad sehingga ada yang dikenakan hukuman gara gara lewat turun untuk aktiviti senaman pagi, sesungguhnya peserta program BIG harus diberikan masa mengurus diri dengan secukupnya supaya mereka dapat memanfaatkan masa yang ada untuk mengurus diri. Semoga kekurangan ini dapat diperbaiki untuk Program Bina Insan Guru yang akan datang. Turut boleh di tambahbaik dalam program BIG ini adalah tentatif program yang di lihat sedikit kelam-kabut dan tidak tersusun. Oleh kerana program BIG kami ini di gabung bersama perkhemahan unit beruniform, ada beberapa aktiviti program BIG turut digabungkan dengan program Unit Badan Beruniform. Ini menunjukkan tiadanya perancangan awal untuk program BIG ini. Kesimpulannya, Program BIG ini banyak mendatangkan kebaikan kepada diri saya di mana seluruh kekuatan mental dan fizikal saya diuji sepenuhnya bermula daripada panasnya bahang matahari, kesejukan air terjun Lata Belatan, kepenatan meredah hutan, bermain air dan aktiviti lain yang mencabar telah dilalui. Sesungguhnya, pendedahan awal melalui aktiviti aktiviti yang diadakan dapat memberi gambaran kepada saya bahawa dunia perguruan merupakan bidang yang mencabar dan menyeronokkan. Bahkan, melalui program BIG ini saya juga dapat mengetahui dan mengukur kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental saya dalam menghadapi sesuatu tugasan iaitu sama ada bersedia ataupun belum. Pengalaman dan pengetahuan yang baru ini penting sebagai bekalan kepada saya sekiranya saya ditugaskan di kawasan luar bandar kelak. Secara keseluruhannya, saya amat gembira dan menikmati perjalanan keseronokkan sepanjang BIG ini. Pengisiannya amat bermakna sehingga banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada program ini.Sekian, terima kasih.