refleksi acara trek lari jarak jauh

7
Refleksi Acara Lari Jarak Jauh Pada minggu ini, kami mempelajari acara trek iaitu acara lari jarak jauh. Bagi para olahragawan dan peminat- peminat sukan olahraga, mereka dapat mengetahui jenis- jenis acara yang tergolong sebagai acara lari jarak jauh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai minat atau tidak mengambil bahagian dalam acara itu, rnungkin akan tertanya-tanya apa acara yang dimaksudkan itu. Berapa jauh yang dikatakan jarak jauh dan berapa acara jarak jauh itu. Bagi mereka yang berkecimpung dalam olahraga mungkin masih terdapat sedikit kekeliruan dalam pembahagian dan pengasingan acara jarak jauh dan jarak sederhana. Acara maraton tidak tergolong sebagai acara lari jarak jauh. Hal yang sama berlaku pada acara

Upload: pei-see-lps

Post on 01-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Refleksi Acara Lari Jarak Jauh

Refleksi Acara Lari Jarak Jauh

Pada minggu ini, kami mempelajari acara trek iaitu acara lari jarak jauh. Bagi para olahragawan dan peminat-peminat sukan olahraga, mereka dapat mengetahui jenis-jenis acara yang tergolong sebagai acara lari jarak jauh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai minat atau tidak mengambil bahagian dalam acara itu, rnungkin akan tertanya-tanya apa acara yang dimaksudkan itu. Berapa jauh yang dikatakan jarak jauh dan berapa acara jarak jauh itu. Bagi mereka yang berkecimpung dalam olahraga mungkin masih terdapat sedikit kekeliruan dalam pembahagian dan pengasingan acara jarak jauh dan jarak sederhana. Acara maraton tidak tergolong sebagai acara lari jarak jauh. Hal yang sama berlaku pada acara merentas desa yang amat terkenal di peringkat sekolah. Acara merentas desa juga tidak tergolong sebagai acara lari jarak jauh.

Secara tidak rasmi, terdapat tiga acara larian dan yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter. Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Untuk acara seperti ini, pegawai pencatat pusingan diperlukan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat setiap pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu.

Selain itu, pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlari di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta-peserta lain semasa berlari. Sebenarnya, berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini adalah disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan permulaan untuk acara ini sebenamya tidak memberikan kelebiban kepada mana-mana pelari. Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong yang paling dalam.

Di samping itu, pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada mengikut rentak dan teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hal ini berdemikian kerana hanya pelari itu sahaja yang tahu akan keupayaannya ketika acara lari jarak jauh dijalankan. Bagi acara 10 000 meter ini juga merupakan acara lari jarak jauh, cara atau teknik larian acara ini juga adalah sama dengan acara 5000 meter. Sebelum seseorang pelari berhasrat untuk mengambil bahagian dalam acara ini, dia hendaklah mengikuti latihan intensif supaya dia benar-benar bersedia secara fizikal dan mental. Cuba bayangkanlah jika pelari itu tidak bersedia untuk berlari sejauh 10 000 meter, sudah tentu akan membebankan dirinya sendiri.

Kesimpulannya, sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan yang lain. lni adalah disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik untuk lelaki mahupun wanita. Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu ataupun acara berpasukan. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seseorang atlet mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakan atlet Iebih suka mengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka terutamanya di perigkat antarabangsa. Dengan ini, mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagiah dalam satu atau dua acara.Acara

Lari

Jarak Jauh