rbt

21
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR 1 Tajuk 1 ANALISIS KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini diharap pelajar akan dapat: 1. Menerangkan maksud dan konsep kurikulum 2. Menghurai jenis-jenis kurikulum 3. Menceritakan sejarah perkembangan KHSR 4. Memperincikan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 5. Menjelaskan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kerangka Konsep Tajuk 1 Analisis Kurikulum KHSR Analisis Sukatan Pelajaran KHSR Analisis Huraian Sukatan Pelajaran KHSR Analisis Pekeliling- Pekeliling Ikhtisas berkaitan Inovasi Kurikulum KHSR

Upload: huey-ling-ng

Post on 02-Jan-2016

137 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1

Tajuk 1

ANALISIS KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH RENDAH

Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini diharap pelajar akan dapat:

1. Menerangkan maksud dan konsep kurikulum

2. Menghurai jenis-jenis kurikulum

3. Menceritakan sejarah perkembangan KHSR

4. Memperincikan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

5. Menjelaskan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kerangka Konsep Tajuk 1

Analisis Kurikulum KHSR

Analisis Sukatan Pelajaran KHSR

Analisis Huraian Sukatan Pelajaran KHSR

Analisis Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas berkaitan

Inovasi Kurikulum KHSR

Page 2: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

2

1.0 Pengenalan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam

kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta

pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah

selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan

keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah

untuk menyediakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya

menangani cabaran.

Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea

yang kreatif, inovatif dan inventif. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula memberi peluang

kepada murid memupuk sifat-sifat dan unsur-unsur keusahawanan.

Aspek inovasi dalam kurikulum kemahiran hidup sentiasa diberi fokus bagi memastikan modal

insan yang dibina mempunyai kemahiran yang kontemporari.

1.1 Analisis Sukatan Pelajaran KHSR

Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) yang dibentuk menyediakan ruang

dan peluang kepada murid membangun sikap positif melalui penguasaan pengetahuan dan

kemahiran yang disalurkan secara komprehensif (tidak terpecah-pecah). Dalam sesuatu aktiviti

yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan

keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin.

Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya

kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata

pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan

penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua

ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti

yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 3: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

3

1.1.1 Definisi Kurikulum

Sebelum kita berbincang dengan lanjut, kita lihat beberapa definisi kurikulum:

Menurut Smith et al (1957),kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di

sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

Neagley & Evans (1967) pula menyatakan, kurikulum ialah semua pengalaman yang

dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Pengalaman tersebut diutarakan untuk

membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu mengikut

kadar keupayaan masing-masing dengan keadaan yang paling baik.

Menurut Stenhouse (1975), kurikulum ialah menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul

pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan

berkesan.

Seterusnya Shepherd dan Ragan (1993) menyatakan, kurikulum adalah sebagai mata pelajaran

atau kandungan pelajaran ( seperti Sains, matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya)

bagi tahun, gred, kelas atau tingkatan tertentu.

Definisi-definisi kurikulum di atas menunjukkan ada pihak yang mendefinisikan kurikulum secara

sempit dan ada pula secara luas. Rumusan yang boleh dibuat ialah – fokus kurikulum adalah

untuk membangunkan modal insan secara optimum. Di negara kita, sistem pendidikan adalah

berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermakna, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini

menjadi asas kepada kurikulum pendidikan. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

kurikulum pendidikan kita pada umumnya adalah untuk membentuk pelajar yang berketrampilan

melalui perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Justeru, bagi memberikan gambaran yang jelas dan memandu arah tindakan semua pihak yang

berkepentingan dalam pendidikan di Malaysia, KPM memperhalusi definisi kurikulum dalam Akta

Pendidikan 1996 sebagai;

Segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah

sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu

rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-

unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya.

Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan

Page 4: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

4

nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid pada akhir tempoh persekolahan masing-

masing.

Definisi tersebut menjelaskan bahawa kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting

dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan

penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

Renung sejenak.

Apakah kesan definisi kurikulum yang pelbagai kepada bidang

pendidikan?

1.1.2 Konsep dan jenis kurikulum.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan. Pelbagai penerokaan dan

penemuan baharu diketengahkan oleh ahli-ahli kurikulum untuk menjadikan bidang pendidikan

lebih dominan dan pragmatik. Justeru, lahir pelbagai fahaman konsep kurikulum. Apa yang boleh

dirumuskan, konsep kurikulum meliputi elemen-elemen berikut:

Kurikulum: Apa yang diajar di sekolah

Kurikulum: Suatu set pelajaran

Kurikulum: Suatu kandungan pelajaran

Kurikulum: Suatu program pengajian/pendidikan

Kurikulum: Suatu set bahan

Kurikulum: Suatu urutan kursus

Kurikulum: Suatu set objektif pencapaian/prestasi

Kurikulum: Kursus pengajian

Kurikulum: Semua perkara yang berlaku di sekolah – termasuk kelas tambahan, kaunseling,

dan hubungan inter-personal

Kurikulum: Perkara-perkara yang diajar di dalam dan luar sekolah atas arahan pihak sekolah

Kurikulum: Kesemua perkara yang dirancang oleh kakitangan sekolah

Kurikulum: Beberapa siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah

Kurikulum: Pengalaman yang dilalui pelajar hasil daripada persekolahan

Antara konsep-konsep kurikulum adalah seperti paparan berikut:

Page 5: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

5

KONSEP KURIKULUM

Konsep Pertama

Kurikulum sebagai kursus pengajaran yang menjadi dokumen khas & panduan sumber bercatat untuk kurikulum - merangkumi cadangan-cadangan untuk guru berhubung dengan:

matlamat objektif pelajar pengalaman pelajaran isi kandungan pelajaran kaedah bahan dan cara penilaian

Konsep Kedua

Kurikulum selalunya dikaitkan dengan isi kandungan mata pelajaran dan dengan ini lazimnya terdiri daripada mata pelajaran yang diajar kepada pelajar

Konsep Ketiga

Kurikulum sebagai program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan

Konsep Keempat

Kurikulum sebagai pengalaman pembelajaran terancang. Kurikulum adalah kaedah-kaedah yang digunakan oleh institusi yang menyediakan peluang kepada pelajar mengecap pengalaman pembelajaran yang diingini (kung, 1956)

Konsep Kelima

Kurikulum sebagai pengalaman yang dikecap dibawah jagaan sekolah adalah kurikulum tersisat

Page 6: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

6

KONSEP

KURIKULUM

Konsep Keenam

Kurikulum sebagai siri hasil pembelajaran yang berstruktur. ( konsep ini bersandarkan kepada Johnson (1967) - Kurikulum adalah suatu panduan arahan & dianggap suatu yang sudah dijangkakan

Konsep Ketujuh

Kurikulum sebagai pelan tindakan bertulis. Ditegaskan oleh McDonald (1965) – mencadangkan supaya sekolah mempunyai sistem yang saling berinteraksi dan melengkapi antara satu sama lain iaitu:

sistem personaliti individu yang bertindak secara profesional

tindakan oleh pelajar yang dianggap oleh guru sebagai tugasan berkaitan

sistem pengajian dan pembelajaran sistem kurikulum sosial

Konsep Kelapan

Taba(1962) –konsep kompromi kurikulum melewati pendidikan dan kurikulum moden. Konsep ini bergantung pada penialaian yang subjektif dan fleksibel kerana tiada pemisah yang jelas antara kontinum kurikulum yang terlalu umum dan spesifik

Konsep Kesembilan Beberapa pakar kurikulum & pendidikan berpendapat definisi kurikulum harus dipelbagaikan @ diperluaskan. Schawb (1969) berpendapat bidang kurikulum terbantut seandainya terlalu bergantung kepada isi teori yang terperinci dan semakin terpencil (contoh- definisi kurikulum yang tepat sahaja)

Page 7: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

7

JENIS-JENIS KURIKULUM

Kurikulum Rasmi

Kurikulum yang terdapat dalam dokumen rasmi

Kurikulum Nol

Subjek yang tidak diajar

Ko Kurikulum

Pengalaman terancang di luar bilik darjah

Kurikulum tersembunyi

Perkara-perkara yang diajar dalam bilik darjah tetapi tidak

terdapat dalam kurikulum rasmi

Kurikulum operasi

Kurikulum yang digunakan dalam bilik darjah

Page 8: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

8

1.1.3 Sejarah perkembangan KHSR

Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk menetapkan

mata pelajaran Pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua

pelajar tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini adalah ekoran

daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada ketika itu sudah tidak

releven lagi kerana terlalu banyak memberi penekanan kepada mata pelajaran berbentuk

akademik dan peperiksaan semata-mata.

Justeru, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baharu yang dinamakan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada

masa itu. KBSR dirancang dan dibentuk supaya aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah

adalah bercorak pendidikan asas. Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan

perkembangan murid secara menyeluruh. KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a)

Laporan Kabinet iaitu ;

“Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan Murid-murid mencapai

kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam

kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengn keperluan minat, bakat dan

kemampuan mental serta kesediaan murid itu,” (halaman 242).

Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH

untuk Tahun IV hingga VI yang dinamakan Tahap Dua dan kurikulum Kemahiran Hidup ini

merupakan salah satu bidang yang ditawarkan di bawah Kurikulum Teknik dan Vokasional.

Program KBSR ini telah diuji pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan

dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah

yang amat penting bagi mata pelajaran KH di Malaysia. Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah

Rendah pada tahun 1982 telah memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang

wajib di semua sekolah rendah.

Menjadi harapan besar agar semua pihak memainkan peranan secara berkesan terhadap

pelaksanaannya kerana ia merupakan satu usaha menjadikan kanak-kanak berasa senang dan

memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini

apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan

diri kanak-kanak.

Page 9: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

9

Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, satu semakan semula

telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyemakan kurikulum ini bertujuan untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran

pendidikan pada abad 21. Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula ini mendukung

hasrat mulia negara – iaitu menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini

dan akan datang.

Kandungan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah telah diolah berdasarkan dua bidang

pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kedua-

dua bidang pembelajaran tersebut terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi

tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan yang telah disepakati oleh panel penggubal.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

1.2 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahairan Hidup Sekolah Rendah

1.2.1 Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :

a. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja

b. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul

c. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D

d. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk

e. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen

f. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar

semula

g. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik

h. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan

bahagian bangunan

i. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan

j. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan

k. memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran

l. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan

m. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan

n. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab

o. Meminati bidang perniagaan

p. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif

q. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

Page 10: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

10

1.2.2 Organisasi Kandungan

Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk

dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada

beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan.

a. Bidang Reka Bentuk dan Teknologi

Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan

menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1992). Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui

aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka

bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan

binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta

membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti

menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di

samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan

penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid

diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan

di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti

ini.

b. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan

Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid

dalam perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang

diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan

merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga

barang. Selain itu murid turut didedahkan cara untuk menguruskan perbelanjaan diri

dan merancang perbelanjaan harian dengan lebih bijak. Unsur keusahawanan dan

sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga dan kehidupan

harian. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

1.2.3 Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

a. Penekanan

Pembelajaran Kemahiran Hidup memberikan penekanan pembelajaran melalui pengalaman.

Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis

yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya.

Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran:

Page 11: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

11

membuat lakaran bentuk asas

mereka bentuk dan penghasilan projek

mengenal pasti dan membezakan litar elektrik

menyenggara dan membaik pulih alatan

menghasilkan tumbuhan hiasan

mengusahaniaga barang

Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan berkualiti dengan kemahiran yang hendak

dikuasai. Guru seharusnya mengintegrasi penyampaian pengetahuan dengan aktiviti murid.

Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap berdikari, inovatif, kreatif,

bekerja tanpa membazir (cekap), dan berminat menjalankan kerja-buat- sendiri.

b. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru berpeluang menggunakan pelbagai kaedah yang merangsang minda murid secara

optimum Antaranya ialah tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbangsaran, main

peranan, permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan. Pemilihan kaedah seharusnya

bergantung kepada beberapa faktor, antaranya objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas dan

taraf kebolehan murid dan kemahiran guru itu sendiri. Yang penting, guru harus mewujudkan

suasana pembelajaran terbuka untuk menggalakkan pembelajaran yang mencabar dan

berkesan.

Dalam mereka bentuk aktiviti dan projek, guru digalakkan menggunakan kaedah yang

membangun kreativiti dan menggunakan seberapa banyak bahan terbuang yang boleh

didapati di persekitaran. Ini bermakna aktiviti dan projek tidak hanya bergantung kepada

bahan yang dibeli sahaja. Penggunaan bahan terbuang secara tidak langsung menanamkan

sifat jimat cermat dan membangunkan sifat kreatif, inovatif dan pemikiran kritis dalam

kalangan murid. Murid akan sedar kepada sumber yang ada disekeliling mereka dan

berupaya menggunakannya untuk mendapat faedah. Antara bahan tersebut termasuklah

buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu, reja paip plastik, bahagian atau komponen

mesin yang sudah dugunakan seperti skru, bolt dan nat, alas bebola dan roda.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu dijadikan landasan dalam pengajaran

dan pembelajaran KHSR untuk menyediakan murid menjadi insan yang dilengkapi dengan

kemahiran untuk hidup. Justeru pemilihan kaedah perlu mengambilkira keupayaan untuk

membangunkan daya imaginasi dan kreativiti murid dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Antara kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam bidang ‘Reka Bentuk dan Teknologi’

termasuk:

Page 12: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

12

Menghubungkait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk

Menjana idea kreatif dan inovatif melalui penyelesaian masalah

Mereka bentuk dan menghasilkan projek

Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek

Membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan

dan mengkelas jenis tanaman

Selain itu, pemilihan kaedah juga perlu mengambilkira keupayaan menyerapkan unsur kajian

masa depan bagi merangsang daya intelek dan mengupaya murid dalam menghasilkan

produk yang dapat dimanfaat dan memberi sumbangan kepada kehidupan masa depan yang

lebih sempurna. Contohnya dalam proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia

ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang lebih baik

cirinya selepas menjangka dan meramal impak produk yang dicipta dalam senario masa

depan.

Setiap kaedah yang dipilih perlu disepadukan dengan amalan sikap positif dan nilai murni

serta budaya kerja yang cemerlang merentasi setiap aktiviti yang dikendalikan. Pemupukan

sifat berhemah dalam berinteraksi serta penggunaan sumber harus diberi penekanan untuk

membentuk ‘kebiasaan’ dalam pengendalian dan pengurusan hidup.

Aktiviti amali seharusnya disepadukan dengan penguasaan pengetahuan dan sepatutnya

dikaitkan dengan amalan dalam kehidupan dan pekerjaan. Cara begini akan menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan dan lebih berguna kepada

murid.

Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seoptimum

mungkin bagi memberi peluang membangunkan keupayaan diri yang seiring dengan

keperluan zaman. Keupayaan penggunaan ICT boleh dipupuk melalui pengumpulan,

pemilihan dan pemprosesan maklumat malah boleh dikembangkan kepada melayari laman

web, menggunakan perisian dan berkomunikasi secara elektronik.

1.2.4 Pengendalian aktiviti dan Penilaian

Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, pencapaiannya

hendaklah diukur melalui aktiviti. Ada aktiviti yang dijalankan secara tersendiri. Pada ketika yang

lain gabungan beberapa aktiviti dijalankan untuk menghasilkan projek.

Page 13: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

13

a. Pengendalian aktiviti

Aktiviti yang dibangunkan termasuklah mereka cipta projek baik secara individu atau

secara kumpulan. Cadangan pengendalian aktiviti adalah mengikut peringkat berikut:

i Perancangan merancang aktiviti atau projek

merancang bahan dan alatan

merancang kaedah pengajaran

ii Penyampaian

motivasi

tunjuk cara kemahiran

arahan aktiviti

pelaksanaan

penyeliaan dan bimbingan

iii Penilaian

dapatan dari segi kemahiran, pengetahuan, dan nilai

hasil kerja

Dalam membangun aktiviti aspek yang perlu diberi perhatian termasuk:

ahli kumpulan adalah heterogen dari segi kebolehan

aktiviti seboleh-bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu pengajaran

termasuk aktiviti mengemas alatan dan tempat kerja

aktiviti melibatkan penggabungan beberapa unit

Semasa murid menjalankan kerja, guru perlu memastikan murid:

sentiasa mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain, alatan dan

bahan;

memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannnya dengan betul dan

cermat;

sedar tentang kos alatan dan bahan serta menggunakannya secara tidak

membazir;menjalankan kerjaa mengikut urutan yang betul; dan

menggunakan alatan dan bahan dengan tidak membiarkannya bersepah-sepah.

Di akhir setiap pelajaran guru hendaklah memastikan murid;

mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan;

membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan;

dan

membersihkan tempat kerja dan diri.

Page 14: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

14

b. Penilaian

Penialaian yang bersesuaian bagi mata pelajaran ini ialah penilaian secara berterusan. ini

akan dapat membantu guru mengatasi kelemahan murid serta mengukuhkan dan

mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran melalui tindakan susulan. Justeru

penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui:

pemerhatian

lisan

penulisan

Ketiga-tiga cara penialaian tersebut boleh digunakan untuk menilai proses kerja mahupun

hasil kerja. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua objektif pengajaran dan

pembelajaran dan ianya sepatutnya menekankan samada murid telah menguasai aspek yang

dinilai ataupun belum – bukan penilaian yang mengkategorikan murid kepada lulus-gagal.

Penilaian juga sepatutnya membandingkan kepada standad kemahiran yang perlu dikuasai

murid - bukannya membanding pencapaian antara seorang murid dengan murid lain.

Penilaian merangkumi aspek penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran,

perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan

projek yang dijalankan. Perekodan amat penting untuk dijadikan asas laporan tahap

penguasaan. Instrumen-instrumen penilaian yang membantu teknik penilaian perlu dibentuk

(contoh: senarai semak) bagi memastikan penilaian sistematik dapat dilaksanakan.

1.2.5 Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan

Masa yang diperuntukan untuk pengajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah ialah dua waktu

seminggu dan minit dalam sewaktu ialah tiga puluh minit. Jadual pemetaan dibentang di dalam

Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah sebagai rujukan kesinambungan kandungan

dari tahun 4 hingga tahun 6.

Page 15: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

15

Pemetaan Bidang/Unit/Tajuk Pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bidang/Unit/tajuk/Pembelajaran Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

1. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27

1.1 Keselamatan Organisasi Bengkel 1

a. Peraturan Keselamatan ^

b. Organisasi bengkel ^

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7

a. Pengenalan kreativiti ^

b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk ^ ^

c. Penyelesaian masalah ^

d. Penghasilan projek reka cipta ^

e. Pendokumentasian ^ ^ ^

1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5

a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan

kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

^

b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan

logam dan bahan kitar semula

^

1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5

a. Penghasilan projek elektrik ^

b. Penghasilan projek elektronik ^ ^

1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5

a. Penyenggaraan alatan tangan ^

b. Penyenggaraan bahagian bangunan ^

c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin

mudah

^

d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot ^

1.6 Jahitan 2 2

a. Membaiki pakaian ^

b. Penghasilan artikel ^

1.7 Tanaman Hiasan 8

a. Pengenalan ^

b. Pemilihan biji benih ^

c. Penanaman ^

d. Penjagaan ^

1.8 Ikan Hiasan 8

a. Pengenalan ^

b. Penyediaan bekas ^

Page 16: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

16

c. Pengurusan ^

1.9 Tanaman Sayuran 8

a. Penyedaain tapak ^

b. Penanaman dan penjagaan ^

c. Pemungutan hasil ^

2. Perniagaan dan Keusahawanan 8 8 8

2.1 Barang Jualan 2

a. Kumpulan sasaran ^

b. Jenis barang yang sesuai dijual ^

c. Sumber bekalan ^

2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2

a. Membuat rancangan jualan ^ ^ ^

b. Menyediakan barang jualan ^ ^ ^

2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2

a. Promosi melalui pembungkusan ^

b. Promosi melalui poster ^

c. Promosi melalui katalog ^

2.4 Mengurus Jualan 1 2 1

a. Melayan pelanggan ^

b. Mendapatkan pesanan ^

c. Menyusun atur barang ^

2.5 Merekod Jualan 2

a. Merekod barang ^

b. Merekod perbelanjaan dan pendapatan ^

c. Mengira untung atau rugi ^

2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2

a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan ^

b. Merancang perbelanjaan ^

2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1

a. Risiko dan cara mengurangkannya ^

2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2

a. Mendapatkan maklumat barang ^

b. Etika perniagaan dan hak pengguna ^

JUMLAH 35 35 35

Page 17: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

17

1.2.6 Format Huraian (Bidang/Unit/Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)

Secara umum Huraian Kurikulum diperincikan seperti berikut:

BIDANG/UNIT/TAJUK

PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

PEMBELAJARAN

Pernyataan

bidang/unit/tajuk

pembelajaran

Pernyataan mengenai hasil

pembelajaran, keluasan dan

kedalaman skop yang dihuraikan

dalam bentuk perlakuan yang boleh

diukur

Hasil pembelajaran dibahagi kepada

tiga aras secara berperingkat. Ia

akan menjadi panduan guru untuk

melaksana P & P yang lebih berkesan

dengan mengambil kira kadar

pembelajaran dan keupayaan murid.

Aras 1 – aras asas yang mesti

dikuasai oleh semua murid sebelum

meneruskan pembelajaran ke aras 2.

Aras 2 – mesti dikuasai murid selepas

menguasai kandungan aras 1

Aras 3 – aras pengayaan

Membantu guru merancang

dan membekalkan

pengalaman pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai

dan bermakna kepada murid.

Guru boleh mengubahsuai

dan mereka bentuk aktiviti

tambahan

Anda boleh rujuk Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup cetakan Kementerian Pendidikan

Malaysia.

1.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1992: Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993 bertarikh 24 April 1992

a. Memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi

persekolahan 1992/1993 untuk Tahun 4 seterusnya 1993/1994 untuk Tahun 5 dan sesi

persekolahan 1994/1995 untuk Tahun 6.

b. Memaklumkan peruntukan masa untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

c. Memaklumkan bahawa mata pelajaran ini menggantikan Kemahiran Manipulatif dan

Amalan Perdagangan.

Page 18: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

18

1.4 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Banyak perubahan yang telah dilakukan pada kurikulum KHSR dan yang paling ketara ialah

berlakunya perubahan pada isi kandungannya. Beberapa tajuk KHSR telah disusun semula untuk

mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya.

Antara konteks inovasi dalam kurikulum KHSR ialah ia telah memberikan fokus yang lebih kepada

elemen reka bentuk, penambahan dalam elemen kreativiti dan reka cipta serta membahagikan

kurikulum kepada dua bidang iaitu reka bentuk dan teknologi dan perniagaan dan keusahawanan.

Antara tajuk-tajuk yang ditambah dan difikirkan bersesuaian dengan keperluan semasa serta

menambahkan kemahiran murid sekolah rendah ialah reka bentuk dan penghasilan projek,

elektrik dan elektronik, sayuran dan tanaman hiasan, ikan hiasan, jahitan, serta baik pulih dan

penyenggaraan. Bagi perniagaan dan keusahawan murid didedahkan beberapa risiko dalam

mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan

dalam aktiviti usahaniaga.

Dapat dilihat, bahawa segala perubahan dan penambahbaikan dalam isi kandungan yang

dilakukan di dalam kurikulum KHSR ini adalah baik bagi menjadikan murid sekolah rendah

mempunyai kemahiran asas yang baik di dalam elemen teknologi mahu pun di dalam bidang

keusahawanan sekaligus dapat memupuk serta menarik minat mereka untuk terus menceburi

bidang-bidang teknologi dan keusahawanan yang mereka minati.

Selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam keperluan negara, inovasi kurikulum mata

pelajaran ini membantu membangunkan masyarakat yang dilengkapi dengan kemahiran

manipulatif dan kemahiran tingkah laku – menjadikan modal insan yang dibentuk berketrampilan

dari segi interaksi dan penggunaan teknologi serta berupaya menjadi masyarakat pengeluar.

1.4.1 Pelaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Ahli profesional kurikulum telah menyedari bahawa mereka yang tidak terlibat dengan secara

langsung dalam projek perkembangan kurikulum biasanya memberi hasil yang kurang sempurna

berbanding mereka yang terlibat secara langsung. Justeru, kaedah pelaksanaan inovasi

kurikulum KHSR memberi fokus kepada aspek berikut:

a. Kepimpinan

Perubahan kurikulum dapat berjalan lancar apabila para pemimpin begitu komited kepada

perubahan. Antara pemimpin yang dilibatkan;

Page 19: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

19

i. Guru besar . Mereka adalah orang yang amat berpengaruh dan merupakan tulang

belakang dalam pembentukan suasana profesional sekolah. Apabila inovasi ini

melibatkan guru besar, maka dengan sendirinya mereka membentuk suasana terbuka

dimana guru bebas berbincang masalah terhadap kurikulum yang diperbaharui dan

prospek untuk menerima inovasi adalah lebih baik dan mudah.

ii. Pemimpin projek kurikulum. Dalam konteks sekolah mereka merupakan ketua panitia

Kemahiran Hidup. Inovasi yang melibatkan kumpulan ini menjadikan mereka mampu

menjadi pakar rujuk yang berkesan selain mampu menerangkan secara jelas bagaimana

perubahan memberi kesan kepada amalan pengajaran mereka. Mereka juga boleh

membentuk pasukan kerja yang dinamik untuk melaksanakan perubahan melalui

perbincangan secara terbuka.

b. Cara pendekatan

Agen pelaksana berperanan sebagai mediator antara mereka yang menyediakan kurikulum

baharu dengan mereka yang melaksanakan kurikulum itu. Yang penting, agen ini perlu

mempunyai kemahiran untuk mengubah pendirian mereka yang telah sebati dengan kurikulm

lama, untuk menerima kurikulum baharu. Agen perubahan yang terdiri daripada guru besar,

panitia, institusi pendidikan, prasarana, media serta bahan dan peralatan boleh memilih

pelbagai pendekatan dalam menjalankan tugas ini.

i. Pendekatan Latihan – digunakan untuk memberi penjelasan kepada mereka yang

terlibat dengan perubahan dan seterusnya melaksanakannya. Antara latihan – latihan

dalam perkhidmatan, bengkel dan kaunseling individu.

ii. Pendekatan Contoh – membantu guru menjadi lebih bersedia mengalami perubahan

dengan melihat proses pengajaran yang dilaksanakan oleh rakan. Kejayaan yang

diperoleh rakan guru yang terdekat dijadikan panduan untuk menyokong perubahan.

Sebagai contoh guru pakar atau guru kanan mata pelajaran menjadi sumber rujukan

kerana golongan ini telah didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan.

iii. Pendekatan logik – mereka yang lebih rapat dengan sistem pendidikan sedia ada

seperti pegawai pusat kurikulum, guru sumber, jurulatih utama dan ketua panitia

dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan yang rasional kenapa sesuatu

perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan kepada para pelaksana.

iv. Pendekatan Birokratik – menggunakan kuasa yang ada untuk melaksana perubahan.

Page 20: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

20

1.4.2 Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum

Secara amnya bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang statik. Perubahan yang berlaku

disekeliling mempengaruhi perjalanan sistem pendidikan. Perubahan keperluan negara dan

perkembangan yang berterusan dalam industri, ekonomi, politik, teknologi maklumat dan moral

mempunyai impak yang besar dalam pendidikan. Perubahan dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup sendiri telah membawa kepada pembangunan sesebuah masyarakat.

a. Aspek-aspek yang dibangunkan

1 Cara/teknik pengajaran

Lebih moden dan lebih menekankan kepada guru

sebagai penunjuk cara.

2 Cara/teknik pembelajaran

Banyak menggalakkan murid mencuba sendiri

melakukan aktiviti.

3 Bahan-bahan

pengajaran/pembelajaran

Bahan-bahan elektronik

Menarik minat dan mencabar minda murid.

Membudayakan murid dan guru menggunakan IT.

Memberi kepuasan serta memotivasikan murid.

Bahan bukan elektronik

Kesinambungan kepada sistem yang sedia ada.

Untuk menangani masalah kurangnya

kemudahan bahan elektronik seperti komputer.

4 Isi kandungan

Sukatan terdahulu – lebih kepada seni

pertukangan dan kerja kayu

Sukatan terkini – tambahan pengenalan asas-

asas perdagangan serta teknologi maklumat.

Page 21: Rbt

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

21

b. Pemupukan pemikiran

Mempunyai beberapa peringkat

Tutorial

Pilih satu topik di dalam huraian sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 dan rangka Rancangan Pengajaran Harian yang menyepadukan elemen pengetahuan, amali dan nilai-nilai positif.

Mengubah sikap

Tindakan positif

Guna tenaga mahir

Latihan berkualiti

Utamakan kemahiran

Penglibatan sektor swasta

Perluasan kuantiti