rbt esei

12
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja. Menurut Brech (1957), pengurusan ialah proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Antara tujuan pengurusan bengkel yang utama ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan bengkel. Menurut Henri Fayol, prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara. Pengurusan ruang kerja merupakan perkara penting dan termasuk dalam pengurusan bengkel yang sistematik. Pada peringkat sekolah rendah, ruang kerja hendaklah bersesuaian dengan kerja amali mengikut sukatan pelajaran. Perancangan ruang di dalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang pembelajaran yang akan dijalankan. Pengurusan ruang di dalam bengkel melibatkan penempatan mesin-mesin, alatan, laluan untuk bekerja, kit kecemasan, penstoran, pemadam api dan kawasan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran yang sistematik. Merancang pelan lantai bengkel dengan mengenalpasti jenis ruang dan kawasan yang digunakan mengikut keperluan dan jenis pembelajaran yang akan diajar. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup ini. Antara aspek – aspek tersebut ialah ruang, susun atur, keselamatan, tugas pelajar, organisasi stor dan penyenggaraan bengkel Semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya dan kawan saya telah diberi tugasan untuk membuat satu pemerhatian 1

Upload: ramiahvijaya

Post on 07-Sep-2015

310 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

tentang kelengkapan Bilik RBT di sekolah

TRANSCRIPT

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja. Menurut Brech (1957), pengurusan ialah proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Antara tujuan pengurusan bengkel yang utama ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan bengkel. Menurut Henri Fayol, prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara.Pengurusan ruang kerja merupakan perkara penting dan termasuk dalam pengurusan bengkel yang sistematik. Pada peringkat sekolah rendah, ruang kerja hendaklah bersesuaian dengan kerja amali mengikut sukatan pelajaran. Perancangan ruang di dalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang pembelajaran yang akan dijalankan. Pengurusan ruang di dalam bengkel melibatkan penempatan mesin-mesin, alatan, laluan untuk bekerja, kit kecemasan, penstoran, pemadam api dan kawasan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran yang sistematik. Merancang pelan lantai bengkel dengan mengenalpasti jenis ruang dan kawasan yang digunakan mengikut keperluan dan jenis pembelajaran yang akan diajar. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup ini. Antara aspek aspek tersebut ialah ruang, susun atur, keselamatan, tugas pelajar, organisasi stor dan penyenggaraan bengkel

Semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya dan kawan saya telah diberi tugasan untuk membuat satu pemerhatian terhadap bengkel kemahiran hidup yang terdapat di sekolah bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Kami telah menjalani PBS di SJK(T) Ladang Perbadanan yang terletak di bandar Sungai Petani. Sekolah itu merupakan sekolah yang besar dengan memuatkan jumlah pelajar sebanyak 583 dan 36 orang guru. Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah itu ialah En.Anthony. Kami telah menjalankan perbincangan dengan guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi untuk mengutip data-data berkaitan pengurusan bengkel.

Sejurus itu, kami telah memfokuskan kepada aspek ruang dalam bengkel kemahiran hidup di sekolah itu. Beberapa garis panduan boleh diambil dalam membentuk ruang kerja yang teratur, kemas dan secara tidak langsung menjamin keselamatan. Ruang kerja dibahagikan kepada ruang pengajaran dan pembelajaran secara teori, ruang alatan dan bahan, ruang kerja dan ruang simpanan barangan pelajar.1. Ruang

a. Ruang Pengajaran dan Pembelajaran.

Ruang ini hendaklah dibina secara berasingan dari ruang kerja untuk menggelakkan daripada berlaku kemalangan selain menggangu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bunyi bising daripada kerja amali.b. Ruang kerja.

Ruang kerja merupakan ruang pelajar untuk melakukan kerja amali. Ruang ini hendaklah dibina mengikut keperluan saiz sebagai contoh, ruang kerja amali penghasilan projek hendaklah lebih luas daripada ruang kerja amali elektrik dan elektronik. Ini kerana ruang kerja amali penghasilan projek seperti kerja kayu memerlukan mesin dan kayu yang bersaiz panjang berbanding kerja amali elektrik dan elektronik yang mempunyai komponen yang lebih kecil.

Keluasan bengkel di sekolah PBS saya ialah 16 meter x 8 meter. Pada Hakikatnya,Keluasan bengkel-bengkel sekolah rendah hanya mempunyai satu ruang dalam bengkel yang diubah suai menjadi ruang belajar ketika sesi teori dan berubah menjadi ruang kerja ketika sesi amali. keluasan bengkel di sekolah Ladang Perbadanan tidak memungkinkan guru Anthony untuk menyediakan sebuah ruang kerja yang selesa untuk jumlah murid yang adakalanya mencapai sehingga empat puluh orang.

Bengkel kemahiran Hidupc. Ruang simpanan barang pelajar.

Ruang simpanan barangan pelajar perlu disediakan bagi menggelakkan murid membawa masuk beg dan barangan luar kedalam bengkel. Dengan mewujudkan ruang ini, dapat menggelakkan daripada berlaku kes kecurian. Sebaiknya ruang penyimpanan barangan pelajar diletakkan diluar bengkel. Berdasarkan pemerhatian kami di sekolah ini didapati murid menyimpan barangan mereka di luar bengkel. barangan pelajar tidak boleh diletakkan di dalam bengkel kerana ia boleh menghalang laluan perjalanan.Di luar bengkeld. Ruang alatan dan bahan.

Ruang penyimpanan alatan merupakan satu tempat di sekolah yang memiliki pelbagai alatan, bahan, dan bahan yang tersipan di dalamnya. oleh yang demikian, peralatan, mesin dan bahan diletakkan mengikut jenis kefungsian alatan, mesin, dan bahan tersebut. Ruang penyimpanan alatan dan bahan adalah penting untuk memastikan kekemasan dan alatan tidak bersepah. Peralatan yang terdapat dalam sekolah itu, digantungkan di papan panel. ada juga beberapa alatan diletakkan di dalam kabinet.

2. Susun atur

Susun atur fizikal bengkel ini terdiri daripada lima meja amali dan 30 buah kerusi. seramai 30 orang pelajar boleh dimuatkan dalam kelas ini. Daripada perbincangan dengan guru Kemahiran Hidup didapati, sekolah ini tidak mempunyai meja untuk sesi amali. Murid-murid akan menggunakan meja amali untuk pembelajaran. Ruang kerja perlulah berdekatan dengan stor alat dan bahan untuk memudahkan murid atau guru mengambil dan menyimpan alatan dan bahan. Selain itu, meja tunjuk cara juga perlu berhampiran dengan meja guru dan berada berhampiran dengan ruang kerja. Almari alat yang besar diletakkan di tepi dinding dan bukannya di tengah-tengah bengkel. Tingkap yang mencukupi dan dua buah pintu keluar masuk untuk sistem pencahayaan berserta dengan sumber lampu, perlu diberi perhatian yang serius. Ruang kerja yang kondusif dan efisyen adalah ruang kerja yang disediakan berdasarkan perancangan pelan lantai yang teliti dengan mengambilkira semua aspek seperti susun atur peralatan, susu atur perabot, kedudukan dan luas tingkap dan pintu,,sumber pencahayaan dan pengudaraan disamping faktor-faktor keselamatan.

3. KeselamatanSelain itu, aspek keselamatan juga perlu dipelihara semasa perancangan sesebuah bengkel. UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras amalan bagi memastikan kerja-kerja di bengkel dapat dilakukan dengan lancar dan selamat. Aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah dengan menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan, mengadakan alat pemadam api yang berfungsi, menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan, memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulans, Polis dan lain-lain. Langkah keselamatan yang diamalkan oleh sekolah ini adalah baik dan bersesuaian. Sinki yang tidak berfungsi dan menyebabkan air tersumbat. Murid murid akan menghadapi masalah semasa menggunakannya. Terdapat Kit pertolongan cemas yang membuktikan sekolah ini menitikberatkan keselamatan pelajar. Pengunaan perkataan Utamakan Keselamatan yang diletakkan di atas papan hitam dapat sentiasa mengingatkan murid untuk menjaga keselamatan.

4. Organisasi Stor

Organisasi stor terdiri dari lima bahagian iaitu bahagian kawalan stok, bahagian legar/ lejar, bahagian penstoran, bahagian pembungkusan dan penghantaran serta bahagian akaun. Bahagian bahagian ini adalah sangat penting untuk pengurusan stor. Kaedah stor tediri daripada dua iaitu kaedah stor umum dan kaedah stor bahan. Stor umum merupakan stor utama bagi sesebuah bengkel. Stor ini digunakan untuk menyimpan alatan yang berbeza dan memerlukan pembantu bengkel untuk menyelia pergerakkan keluar masuk alatan. Manakala kaedah stor bahan adalah perancangan yang dibuat terlebih dahulu mengikut kesesuaian bahan yang hendak disimpan. Penyusunan yang sistematik diperlukan supaya proses pengeluaran dan penyimpanan bahan menjadi mudah.

Setelah pemerhatian bengkel, kami dapat mengetahui bahawa sekolah ini menggunakan kaedah penyusunan alatan dan bahan secara Panel umum dan Stor utama. Peralatan di sekolah ini didapati tidak selari dengan catatan masuk dalam borang iventori. Jika dilihat dalam gambar Panel Umum terdapat beberapa alatan yang telah hilang. Ini diakui oleh gurunya yang menjelaskan bahawa kelemahan dari segi penyelia menyebabkan perkara itu berlaku. Cadangan mewujudkan buku lejar untuk mencatatkan pergerakan masuk dan keluar alatan atau bahan diterima dengan senang hati dan tindakan diambil serta merta.

Buku yang ditunjuk dalam gambarajah diatas adalah buku penyeliaan yang terdapat di sekolah kami. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan alatan, bahan dan mesin berada dalam keadaan yang selamat tanpa berlaku sebarang kehilangan atau kerosakkan. Melalui penyeliaan yang betul dan sistematik, penjimatan kos dapat dikekalkan dan membolehkan pelajar menggunakan alatan dengan mudah dan berkualiti.5. Penyenggaran bengkelPenyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Terdapat beberapa jenis senggaran iaitu senggaran kawalan, pembetulan dan ramalan. Senggaraan kawalan adalah senggaraan yang dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak manakala senggaran pembetulan adalah hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak dan seterusnya senggaran ramalan adalah menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan. Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik. Ketika saya dan kawan saya menemuduga dengan pembantu makmal, beliau mengatakan bahawa penyenggaran yang biasa dilakukan di makmal sekolah ini adalah senggaran kawalan dan pembetulan. Beliau juga mengatakan bahawa langkah-langkah yang perlu diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan dijalankan ialah arahan kerja, jadual kerja, kos senggaraan dan belanjawan.

6. Tugas Pelajar

Sejurus itu, pelajar memainkan peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah bengkel kemahiran Hidup. Oleh itu, guru perlulah bertanggungjawab untuk mengagihkan tugas tugas kepada murid untuk menjaga kebersihan bengkel dan peralatan. Antara jawatan yang perlu ditugaskan kepada murid ialah ketua formen, ketua kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. ketua formen ini melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup. Ketua Kebersihan pula, bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah.

Ketua alatan bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan alatan dan memungut semula alatan daripada pelajar-pelajar. Tugas seorang ketua projek ialah untuk bersama-sama pembantunya bagi memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat penyimpanan projek belum siap. Ketua keselamatan pula, bertanggungjawab untuk Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket. Sekolah ini tidak mempunyai sebarang carta pengagihan tugas yang ditampal di papan kenyataan. Namun, terdapat cogan kata Jaga kebersihan bengkel .

Daripada perbincangan dengan guru, didapati murid akan dipanggil secara rawak untuk membuat tugasan-tugasan bengkel.

Sebagai kesimpulannya, bengkel yang menarik dan tersusun dapat membantu murid dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua peralatan mencukupi dan suasana dalam bengkel adalah kondusif. Setiap sekolah mempunyai reka bentuk bengkel yang berbeza mengikut kreativiti guru panitia kemahiran hidup di sekolah masing-masing. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan bengkel itu sendiri.Guru yang berjaya menguruskan bengkel kemahiran hidup dengan berkesan dapat memastikan objektif pengajaran tercapai. Namun beberapa ciri yang perlu ada dalam menguruskan reka bentuk bengkel kemahiran hidup ini supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bengkel.

rak kabinet

ruang alatan dan bahan

Almari yang diletakkan di tepi bengkel

laci simpanan barang

susun atur meja amali dan kerusi.

Sistem pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi

Sinki yang tidak berfungsi

Peraturan keselamatan bengkel

Stor utama

Buku Penyeliaan

1