rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

28
RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013 1 RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013 MINGGU TOPIK BIDANG PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI Minggu 1 (2 Jan 4 Jan 2013) Unit 1 : Nombor Bulat 1. Nombor Bulat hingga 100 000. Menamakan sebarang nombor hingga 100 000. 1. Menama dan menulis nombor hingga 100 000. 2. Menentukan nilai tempat sebarang digit bagi nombor bulat hingga 100 000. Menama dan menulis nombor secara mencerakin sebarang nombor. Contoh: 76 051 = 70000 + 6000 + 0 + 50 + 1 76 051 = 76 ribu + 5 puluh + 1 sa 76 051 = 7 puluh ribu + 6 ribu + 5 puluh + 1 sa Menganggar kuantiti hingga 100 000. Minggu 2 (7 Jan 11 Jan 2013) Unit 1 : Nombor Bulat 1. Nombor Bulat hingga 100 000. 2. Tambah dalam lingkungan 100 000. Menamakan sebarang nombor hingga 100 000. Menambah sebarang nombor hingga 100 000. 3. Membanding nilai nombor hingga 100 000. 4. Membundarkan nombor kepada puluh, ratus dan ribu terdekat. 1. Menambah sebarang dua hingga empat nombor tidak melebihi 100 000. Garis nombor boleh digunakan sebagai model nombor kardinal. Garisan yang lebih panjang mewakili nombor yang lebih besar dan garisan yang lebih pendek adalah sebaliknya. Murid menambah sebarang dua hingga empat nombor menggunakan 1. ayat matematik (bentuk persamaan) 47 325 + 895 = 2. bentuk lazim Mendedahkan murid kepada aktiviti congak fakta asas, seperti gandaan sepuluh, gandaan dua, menganggar dsb. Murid menggunakan kaedah mental aritmetik.

Upload: ekyn8008

Post on 05-Jul-2015

1.492 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

1

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 1

(2 Jan – 4 Jan 2013)

Unit 1 : Nombor Bulat

1. Nombor Bulat

hingga 100 000.

Menamakan sebarang nombor hingga 100 000.

1. Menama dan menulis nombor

hingga 100 000.

2. Menentukan nilai tempat sebarang digit bagi nombor bulat hingga 100 000.

Menama dan menulis nombor secara mencerakin sebarang nombor. Contoh: 76 051 = 70000 + 6000 + 0 + 50 + 1 76 051 = 76 ribu + 5 puluh + 1 sa 76 051 = 7 puluh ribu + 6 ribu + 5 puluh + 1 sa Menganggar kuantiti hingga 100 000.

Minggu 2

(7 Jan – 11 Jan 2013)

Unit 1 : Nombor Bulat

1. Nombor Bulat

hingga 100 000.

2. Tambah dalam

lingkungan 100 000.

Menamakan sebarang nombor hingga 100 000. Menambah sebarang nombor hingga 100 000.

3. Membanding nilai nombor hingga

100 000. 4. Membundarkan nombor kepada

puluh, ratus dan ribu terdekat. 1. Menambah sebarang dua hingga

empat nombor tidak melebihi 100 000.

Garis nombor boleh digunakan sebagai model nombor kardinal. Garisan yang lebih panjang mewakili nombor yang lebih besar dan garisan yang lebih pendek adalah sebaliknya. Murid menambah sebarang dua hingga empat nombor menggunakan 1. ayat matematik (bentuk persamaan) 47 325 + 895 = 2. bentuk lazim Mendedahkan murid kepada aktiviti congak fakta asas, seperti gandaan sepuluh, gandaan dua, menganggar dsb. Murid menggunakan kaedah mental aritmetik.

Page 2: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

2

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

2. Menyelesaikan masalah tambah.

Murid membina cerita daripada ayat matematik yang melibatkan operasi tambah. Mengemukakan soalan penyelesaian masalah dalam berbagai bentuk. Contoh: dalam bentuk nombor, ayat mudah, jadual dan gambar.

Minggu 3

(14 Jan – 18 Jan 2013)

Unit 1 : Nombor Bulat

3. Tolak dalam

lingkungan 100 000.

Menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100 000.

1. Menolak satu atau dua nombor

daripada sebarang nombor yang lebih besar tidak melebihi 100 000.

2. Menyelesaikan masalah tolak.

Murid menolak satu atau dua nombor daripada sebarang nombor menggunakan ayat matematik dalam bentuk lazim. Mendedahkan murid kepada strategi kira cepat tolak, seperti pasangan sepuluh, menganggar, kiraan menaik, kiraan menurun dan sebagainya. Murid menggunakan kaedah mental aritmetik. Murid membina cerita daripada ayat matematik melibatkan operasi tolak yang diberi. Kemukakan soalan penyelesaian masalah dalam berbagai bentuk. Contoh: dalam bentuk nombor, ayat mudah, jadual dan gambar.

Page 3: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

3

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 4

(21 Jan – 25 Jan 2013)

Unit 1: Nombor Bulat

4. Darab dengan

hasil darab sehingga 100 000.

Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100 000.

1. Mendarab nombor tiga-digit

dengan: a) 100 b) nombor dua-digit.

2. Mendarab nombor empat -digit

dengan: a) nombor satu-digit b) 10 c) nombor dua-digit.

3. Mendarab nombor dua-digit

dengan 1000.

4. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab.

Murid mendarab dengan menulis ayat matematik dalam bentuk persamaan dan bentuk lazim dengan menggunakan garis nombor dan lain-lain. Mendedahkan murid menggunakan pelbagai strategi operasi darab seperti gandaan nombor sepuluh, seratus dan lain-lain. Memperkenalkan kepada murid ciri-ciri mendarab. Darab menggunakan cara silang (lattice) Latihan pendaraban merangkumi: a) tanpa mengumpul semula b) mengumpul semula

Kemukakan soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah, jadual, perkataan dan gambar.

Page 4: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

4

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 5

(28 Jan – 1 Feb 2013)

Unit 1 : Nombor Bulat

5. Bahagi dengan

hasil bahagi sehingga 100 000.

6. Operasi

Bergabung

Membahagi sebarang nombor kurang daripada 100 000 dengan nombor dua digit. Melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak.

1. Membahagi nombor empat digit

dengan: a) nombor satu-digit b) 10, 100 dan 1000 c) nombor dua-digit.

2. Membahagi nombor lima-digit

dengan: a) nombor satu-digit b) 10, 100 and 1000 c) nombor dua-digit.

3. Menyelesaikan masalah yang

melibatkan operasi bahagi. 1. Murid melakukan operasi

bergabung tambah dan tolak melibatkan nombor kurang daripada: a) 100 b) 1 000 c) 10 000.

2. Melaksanakan operasi bergabung

dalam ayat matematik (persamaan dan bentuk lazim) dan menggunakan garis nombor atau cara lain.

Murid melakukan operasi bahagi dengan menggunakan garis nombor atau cara lain dan bahagi dalam bentuk lazim. Dedahkan kepada murid pelbagai strategi operasi bahagi seperti nombor yang boleh dibahagi dengan 10, 100 dan 1000 dan sebagainya. Murid membina cerita daripada ayat matematik yang melibatkan operasi bahagi. Kemukakan soalan-soalan penyelesaian masalah harian dalam bentuk ayat, jadual atau gambar. Melaksanakan operasi bergabung dalam ayat matematik (persamaan dan bentuk lazim) dan menggunakan garis nombor atau cara lain. Contoh

a) 48+62-93= b) 597-128+473= c) 4825-3215+1600=

Murid didedahkan kepada penyelesaian masalah harian dalam bentuk ayat, jadual atau gambar. Murid membina cerita berdasarkan ayat matematik melibatkan operasi bergabung.

Page 5: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

5

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 6 (4 Feb – 8 Feb 2013)

Unit 2: Pecahan

1. Pecahan Wajar 2. Pecahan

Setara

Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga 10. Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar.

1. Menama dan menulis pecahan

wajar dengan penyebut hingga 10.

2. Membandingkan nilai dua

pecahan wajar dengan: a) penyebut yang sama b) pengangka 1

penyebut yang berlainan sehingga 10.

1. Menyata dan menulis pecahan

setara kepada pecahan wajar.

2. Menyatakan pecahan setara dalam bentuk termudah.

Membahagi objek konkrit atau bahan manipulatif kepada bahagian yang sama dan membandingkan dengan keseluruhan bahagian untuk memperkenalkan pecahan wajar. Kertas Lipat kertas kepada bahagian yang sama besar.

Bahagian yang berlorek daripada seluruh rajah adalah satu bahagian daripada lima.

Pecahan ini ditulis sebagai .

Kita sebut sebagai satu per lima atau satu daripada lima bahagian. Menyatakan pecahan setara dengan menggunakan carta pecahan, jalur, benang, garis nombor atau grafik daripada ICT. Dua pecahan yang berbeza penyebut dan pengangka tetapi mempunyai sama nilai adalah pecahan setara. Gunakan garis nombor, carta pecahan atau jalur gambar yang sesuai dan ICT untuk menyatakan pecahan setara dalam bentuk termudah.

Page 6: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

6

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 7

(11 Feb – 15 Feb 2013)

CUTI TAHUN BARU CINA DAN CUTI BERGANTI

Minggu 8

(18 Feb – 22 Feb 2013)

Unit 2: Pecahan

3. Penambahan

pecahan

Menambah dua pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

1. Tambah dua pecahan wajar

dengan penyebut yang sama sehingga 10 dalam bentuk termudah a) dengan 1 sebagai pengangka

untuk kedua-dua pecahan. b) dengan pengangka yang

berbeza. 2. Tambah dua pecahan wajar

dengan penyebut yang ber-beza sehingga 10 dalam bentuk termudah a) dengan 1 sebagai

pengangka untuk kedua-dua pecahan

b) dengan pengangka yang berbeza.

3. Penyelesaian masalah yang

melibatkan penambahan pecahan wajar.

Tunjukkan cara menambah pecahan wajar melalui aktiviti melipat kertas atau menggunakan carta pecahan, gambarajah dan garis nombor. Murid menambah dua pecahan wajar dengan menukar satu daripada pecahan atau kedua-dua dalam pecahan setara. Kemukakan soalan penyelesaian masalah harian dalam bentuk perkataan, jadual dan gambar.

Page 7: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

7

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 9

(25 Feb – 1 Mac 2013)

Unit 2: Pecahan

4. Penolakan

pecahan

Menolak pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

1. Menolak dua pecahan wajar yang

penyebutnya sama sehingga 10 kepada bentuk termudah: a) dengan 1 sebagai

pengangka bagi kedua-dua pecahan

b) dengan pengangka yang berbeza.

2. Menolak dua pecahan wajar

dengan penyebut yang berbeza sehingga 10 kepada bentuk termudah. a) dengan 1 sebagai

pengangka bagi kedua-dua pecahan

b) dengan pengangka yang berbeza.

3. Menyelesaikan masalah

penolakan yang melibatkan pecahan wajar.

Tunjuk cara penolakan pecahan wajar dengan menggunakan aktiviti melipat kertas, menggunakan carta, gambar rajah dan garis nombor. Murid didedahkan kepada penyelesaian masalah harian dalam bentuk ayat, jadual atau gambar.

Page 8: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

8

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 10 (4 Mac – 8 Mac 2013)

Unit 3: Perpuluhan

1. Nombor

Perpuluhan

Memahami nombor perpuluhan.

1. Menama dan menulis nombor

perpuluhan dengan: a) satu tempat perpuluhan b) dua tempat perpuluhan.

2. Mengenali nilai tempat

perpuluhan yang melibatkan: a) persepuluh b) perseratus c) persepuluh dan perseratus

3. Menukarkan pecahan kepada

perpuluhan: a) persepuluh b) perseratus c) persepuluh dan sebaliknya.

Guru memperkenalkan konsep perpuluhan dengan menggunakan blok Diene’s, petak seratus, carta nilai tempat dan garis nombor. Menggunakan perpuluhan untuk menunjukkan nilai kurang daripada 1. Perpuluhan adalah pecahan per sepuluh, per seratus dan sebagainya.

Blok Diene’s menunjukkan 0.3, 3 daripada 10 bahagian. 0.3 di baca sebagai “sifar perpuluhan tiga” atau “tiga per sepuluh”. 7.81 adalah “tujuh perpuluhan lapan satu”. 43.69 adalah”empat puluh tiga perpuluhan enam sembilan”

Petak seratus menunjukkan 0.09 atau sembilan daripada 100. Murid menulis digit bagi nombor perpuluhan pada carta nilai tempat perpuluhan.

Page 9: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

9

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 11

(11 Mac – 15 Mac 2013)

UJIAN FORMATIF 1

Minggu 12

(18 Mac – 22 Mac 2013)

Unit 3: Perpuluhan

2. Tambah

Perpuluhan

Menambah perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.

1. Tambah dua hingga empat

nombor perpuluhan melibatkan satu tempat perpuluhan: a) nombor perpuluhan sahaja, b) nombor bulat dan nombor

perpuluhan c) perpuluhan bercampur.

2. Tambah dua hingga empat

nombor perpuluhan melibatkan dua tempat perpuluhan: a) nombor perpuluhan sahaja b) nombor bulat dan nombor

perpuluhan c) perpuluhan bercampur.

3. Menyelesaikan masalah yang

melibatkan penambahan nombor perpuluhan.

Murid melaksanakan penambahan dua hingga empat nombor perpuluhan dengan menggunakan ayat matematik dan garis nombor. Murid didedahkan kepada penyelesaian masalah harian dalam bentuk ayat, jadual dan gambar.

Page 10: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

10

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

25 Mac - 29 Mac 2013)

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

Minggu 13

(1 Apr – 5 Apr 2013)

Unit 3: Perpuluhan

3. Tolak

Perpuluhan

Menolak nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.

1. Menolak satu hingga dua

nombor perpuluhan melibatkan satu tempat perpuluhan: a) nombor perpuluhan sahaja b) perpuluhan bercampur c) nombor bulat dan nombor

perpuluhan. 2. Menolak satu hingga dua

nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan.

3. Menyelesaikan masalah

penolakan yang melibatkan perpuluhan.

Murid menunjukkan penolakan nombor perpuluhan dengan menggunakan garis nombor dan menolak nombor perpuluhan dalam bentuk lazim. Murid didedahkan kepada penyelesaian masalah harian dalam bentuk ayat, jadual dan gambar.

Minggu 14 (8 Apr – 12 Apr 2013)

Unit 3: Perpuluhan

4. Darab

Perpuluhan

Mendarab perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat.

1. Darab nombor perpuluhan

sehingga satu tempat perpuluhan dengan: a) nombor satu digit b) 10,100 dan 1000.

Murid menunjukkan darab perpuluhan menggunakan garis nombor dan mendarab dalam bentuk lazim.

Page 11: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

11

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Mendarab perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat.

2. Darab nombor perpuluhan

sehingga dua tempat perpuluhan dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

3. Menyelesaikan masalah yang

melibatkan mendarab nombor perpuluhan.

Murid membina cerita berdasarkan ayat matematik. Murid didedahkan kepada masalah harian dalam bentuk ayat, jadual dan gambar.

Minggu 15

(15 Apr – 19 Apr 2013)

Unit 3: Perpuluhan

5. Bahagi

Perpuluhan

Membahagi perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat.

1. Membahagi nombor perpuluhan

sehingga satu tempat perpuluhan dengan: a) nombor satu digit b) 10.

2. Membahagi nombor perpuluhan

sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit.

3. Membahagi nombor perpuluhan

sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat.

4. Menyelesaikan masalah yang

melibatkan bahagi dengan nombor perpuluhan.

Murid menunjukkan bahagi perpuluhan menggunakan garis nombor dan mendarab dalam bentuk lazim. Murid membina cerita berdasarkan ayat matematik. Murid menyelesaikan masalah harian berdasarkan jadual dan gambar rajah.

Page 12: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

12

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 16

(22 Apr – 26 Apr 2013)

Unit 4: Wang

Wang hingga RM10 000.

Memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang. Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian.

1. Membaca dan menulis nilai

wang sehingga RM10 000. 2. Menambah nilai wang sehingga

RM10 000. 3. Menolak sebarang nilai wang

sehingga RM10 000. 4. Mendarab nilai wang, hasil

darabnya sehingga RM10 000.

Menunjukkan kombinasi perbezaan antara wang kertas dan wang syiling bagi mewakili sejumlah wang yang diberi. Menggunakan operasi asas yang melibatkan wang dengan menulis ayat matematik dalam bentuk persamaan dan bentuk lazim.

Minggu 17 (29 Apr – 3 Mei 2013)

Unit 4: Wang

Wang hingga RM10 000.

Memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang. Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian.

5. Membahagi wang dengan nilai

tidak lebih daripada RM10 000. 6. Melaksanakan operasi

bergabung yang melibatkan penambahan dan penolakan yang melibatkan wang hingga RM10 000.

7. Membundarkan wang sehingga

“ringgit” yang terdekat. 8. Menyelesaikan masalah yang

melibatkan wang sehingga RM10 000.

Beri pendedahan kepada murid tentang masalah harian melalui perkataan, jadual dan gambarajah. Melaksanakan operasi tambah dan tolak wang dengan menulis ayat matematik dalam bentuk lazim. Hadkan:

a) jumlah penambahan sehingga RM10 000 dan

b) penolakan dalam lingkungan RM10000.

Page 13: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

13

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 18

(6 Mei -10 Mei 2013)

Unit 5: Masa dan Waktu

1. Membaca dan

Menulis Masa 2. Jadual

1. Memahami,

membaca dan menulis masa dalam jam dan minit.

1. Membina jadual mudah.

2. Membaca

kalendar.

1. Membaca masa dalam jam dan

minit berdasarkan sistem 12-jam. 2. Menulis masa dalam jam dan

minit berdasarkan sistem 12-jam. 1. Membina, membaca dan

mendapatkan maklumat daripada jadual mudah.

2. Mendapatkan maklumat

daripada kalendar.

3. Menyelesaikan masalah mudah dalam kehidupan harian melibatkan pembacaan kalendar.

Ante meridiem (a.m.)merujuk kepada waktu 12:01 pagi hingga 11:59 pagi. Post meridiem (p.m.) merujuk kepada waktu 12:00 tengah hari hingga 11:59 malam. Guru memperkenalkan cara membaca dan menulis masa dalam jam dan minit dengan menggunakan jam analog dan jam digital. Murid mengumpul maklumat untuk membina jadual mudah. Beri penekanan kepada murid tentang maklumat-maklumat yang terdapat dalam kalendar berdasarkan: a) hari dalam bulan yang diberi b) minggu dalam bulan yang diberi c) hari dalam tahun yang diberi d) cuti dalam bulan yang diberi e) perayaan dalam bulan yang diberi. Murid menggunakan kalendar untuk mengenalpasti nama bulan dalam setahun. Murid menyusun nama bulan mengikut urutan dalam setahun.

Page 14: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

14

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 19

(13 Mei – 17 Mei 2013)

PEPERIKSAAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 1 (PKSR 1)

Minggu 20

(20 Mei – 24 Mei 2013)

Unit 5: Masa dan Waktu

3. Hubungan

antara Unit Masa

Memahami hubungan di antara unit masa.

1. Menyatakan hubungan di antara

unit masa a) 1 hari = 24 jam, b) 1 tahun = 365 / 366 hari, c) 1 dekad =10 tahun.

2. Penukaran

a) tahun kepada hari dan sebaliknya,

b) dekad kepada tahun dan sebaliknya

c) tahun kepada bulan dan sebaliknya

d) jam kepada hari dan sebaliknya.

3. Penukaran unit masa dari

a) Jam kepada minit dan sebaliknya,

b) Jam dan minit kepada minit serta sebaliknya,

c) Minit kepada jam dan minit dan sebaliknya.

Murid menggunakan kalendar untuk mengenalpasti hubungan di antara tahun dan hari. Murid membuat penukaran unit masa. Contoh:

2 dekad = 20 tahun

dekad = 5 tahun

4 bulan = tahun

hari = 18 jam

jam = 15 minit

20 tahun = 2 dekad

36 bulan = 3 tahun Murid membuat penukaran unit masa. Contoh: a) 3 jam = 180 minit b) 2 jam 40 minit = 160 minit Hubungan di antara bulan dan hari. Contoh: 1 bulan = 30 hari sebagai satu penghampiran. Penukaran unit masa melibatkan juga pecahan setara.

Page 15: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

15

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

27 Mei –

7 Jun 2013 CUTI PENGGAL PERTAMA

Minggu 21

(10 Jun – 14 Jun 2013)

Unit 5: Masa dan Waktu

4. Operasi Asas

Melibatkan Masa

Tambah, tolak, darab dan bahagi dalam unit masa.

1. Menambah unit masa yang

melibatkan penukaran unit dalam lingkungan: a) jam dan minit b) tahun dan bulan c) dekad dan tahun.

2. Menolak unit masa yang

melibatkan penukaran unit dalam lingkungan: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun.

Latihan mencongak. Menunjukkan cara pengiraan melalui ayat matematik dalam bentuk lazim. Contoh aktiviti: 30 minit + 45 minit = 75 minit = 1 jam 15 minit 15 jam +17 jam = 32 jam = 1 hari 8 jam 22 bulan – 4 bulan = 18 bulan = 1 tahun 6 bulan. 27 tahun + 2 tahun = 29 tahun = 2 dekad 9 tahun

Minggu 22

(17 Jun – 21 Jun 2013)

Unit 5: Masa dan Waktu

4. Operasi Asas

Melibatkan Masa

Tambah, tolak, darab dan bahagi dalam unit masa.

3. Mendarab unit masa yang

melibatkan penukaran unit dalam lingkungan: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan, c) dekad dan tahun.

4. Membahagi unit masa yang

melibatkan penukaran unit dalam lingkungan: a) jam dan minit, b) tahun dan bulan c) dekad dan tahun.

Murid membuat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan masa dan penukaran unit dalam masa. Unit masa melibatkan minit, jam, bulan, tahun dan dekad.

Page 16: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

16

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 23

(24 Jun – 28 Jun 2013)

Unit 5: Masa dan Waktu

4. Operasi Asas

Melibatkan Masa

5. Tempoh masa.

Tambah, tolak, darab dan bahagi dalam unit masa. Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa.

5. Menyelesaikan masalah harian

melibatkan operasi asas dalam unit masa: a) jam dan minit b) dekad dan tahun. c) tahun dan bulan

1. Membaca dan menyatakan

waktu mula dan waktu akhir bagi sesuatu peristiwa berdasarkan jadual.

2. Menghitung tempoh masa

sesuatu peristiwa daripada jadual dalam: a) minit b) jam c) jam dan minit dalam tempoh

sehari dan dua hari yang berturutan.

3. Menghitung waktu mula dan

waktu akhir daripada sesuatu peristiwa berdasarkan tempoh masa yang diberi dan membaca waktu mula dan waktu akhir.

Murid membina cerita tentang masa daripada ayat matematik yang diberi. Beri pendedahan kepada murid tentang masalah harian dalam bentuk ayat, jadual dan gambar rajah. Murid mendapat maklumat daripada jadual seperti jadual kelas, waktu solat, jadual perjalanan bas dan lain-lain. Murid menggunakan model garis nombor untukmenentukan tempoh masa daripada sesuatu peristiwa. Beri pendedahan kepada murid tentang pelbagai jadual.

Page 17: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

17

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 24

(1 Jul – 5 Jul 2013)

Unit 6: Panjang

1. Ukuran

Panjang 2. Hubungan

Antara Unit Panjang

Mengukur panjang dengan menggunakan unit piawai Memahami hubungan antara unit dalam ukuran panjang.

1. Membaca ukuran panjang

dengan menggunakan unit milimeter.

2. Menulis ukuran panjang kepada

skala per sepuluh yang hampir untuk: a) sentimeter b) meter.

3. Mengukur dan merekod panjang

sesuatu objek menggunakan unit: a) millimeter b) sentimeter dan milimeter c) meter dan sentimeter.

4. Menganggar panjang sesuatu

objek dalam: a) millimetre b) meter dan milimeter c) sentimeter dan millimeter.

1. Menyatakan hubungan antara

unit sentimeter dan millimeter. 2. Menukarkan unit ukuran panjang

daripada: a) milimeter kepada sentimeter

dan sebaliknya b) sebarang unit kepada satu

unit.

Murid mengukur, membaca dan merekod ukuran panjang sesuatu objek. Alat yang digunakan untuk mengukur panjang pembaris meter pembaris pendek pita ukur. Untuk memulakan sebarang ukuran mestilah bermula daripada “0” pada alat pengukur. Ingatkan murid, simbol bagi unit ukuran panjang adalah berikut: m untuk meter cm untuk sentimeter mm untuk milimeter. Membundarkan ukuran panjang kepada unit meter, sentimeter dan millimeter yang hampir. Murid menggunakan jadual penukaran unit untuk membuat Penukaran satu unit panjang kepada yang lain. Guru menegaskan hubungan antara unit berikut: 1 m = 100 cm 1 cm = 10 mm

Page 18: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

18

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 25

(8 Jul – 12 Jul 2013)

Unit 6: Panjang

3. Operasi Asas

Melibatkan Panjang

Menambah dan menolak ukuran panjang.

1. Menambah unit ukuran panjang

yang melibatkan penukaran unit dalam: a) millimeter b) meter dan sentimeter c) sentimeter dan millimeter.

2. Menolak unit ukuran panjang

yang melibatkan penukaran unit dalam: a) millimeter b) meter dan sentimeter c) sentimeter dan millimeter.

Murid menjalankan aktiviti menambah dan menolak ukuran panjang yang melibatkan ayat matematik menggunakan kaedah konvensional.

Minggu 26

(15 Jul – 19 Jul 2013)

Unit 6: Panjang

3. Operasi Asas

Melibatkan Panjang

Mendarab dan membahagi ukuran panjang.

1. Mendarab unit ukuran panjang

yang melibatkan penukaran unit dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

2. Membahagi unit ukuran panjang

yang melibatkan penukaran unit dengan:

a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

3. Menyelesaikan masalah harian

yang melibatkan operasi asas dalam ukuran panjang.

Murid menjalankan aktiviti mendarab dan membahagi ukuran panjang yang melibatkan ayat matematik menggunakan kaedah konvensional. Buat latihan mencongak dan menganggar apabila menyelesaikan masalah yang melibatkan panjang.

Page 19: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

19

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 27

(22 Jul – 26 Jul 2013)

Unit 7: Jisim

1. Timbangan

Jisim 2. Hubungan

antara unit jisim.

1. Menimbang

jisim dengan unit piawai.

2. Memahami

hubungan antara unit dalam jisim.

1. Menimbang jisim menggunakan

unit kilogram dan gram.

2. Membaca timbangan jisim kepada skala yang hampIr dalam kilogram dan gram.

3. Menganggar jisim sesuatu objek

dalam kilogram dan gram. 1. Menukarkan unit jisim daripada:

a) kilogram kepada gram b) gram kepada kilogram c) kilogram dan gram kepada

kilogram.

Untuk memulakan sebarang timbangan mestilah bermula daripada “0” pada alat penimbang. Murid menimbang, membaca dan merekod jisim sesuatu objek dalam kilogram dan gram dengan menggunakan alat penimbang. Murid membina jadual hubungan unit dalam jisim. Murid menggunakan jadual penukaran unit untuk membuat penukaran daripada satu unit jisim kepada unit yang lain. Memberi latihan penukaran unit sebagai penekanan kepada hubungan: 1 kg = 1000 g Hadkan jawapan kepada nombor bercampur sehingga dua tempat perpuluhan. Contoh: 3 kg 200 g = 3.2 kg,

Page 20: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

20

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 28 (29 Jul – 2 Ogos 2013)

Unit 7: Jisim

2. Operasi asas

melibatkan jisim

1. Tambah dan

tolak melibatkan unit jisim.

2. Darab dan

bahagi unit jisim.

1. Menambah jisim melibatkan unit:

a) kilogram b) gram c) kilogram dan gram.

2. Menolak jisim melibatkan unit:

a) kilogram b) gram c) kilogram dan gram.

1. Mendarab jisim melibatkan

penukaran unit dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

2. Membahagi jisim melibatkan

penukaran unit dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

3. Menyelesaikan masalah harian

yang melibatkan operasi asas dalam jisim.

Murid menulis ayat matematik dalam bentuk lazim untuk mengira jisim. Contoh: 3kg 450 g + 2 kg 310 g = ? 3 kg 450 g + 2 kg 310 g 5 kg 760 g 5 kg 760 g = 5.76 kg 3 450 g 3.45 kg + 2 310 g + 2.31 kg 5 760 g 5.76 kg Beri jawapan dalam bentuk perpuluhan bercampur kepada dua tempat perpuluhan. 3 kg 450 g × 3 9 kg 1350 g 10 kg 350 g 10 kg 350 g = 10.35 kg Murid membahagi dalam bentuk lazim. Hadkan latihan operasi bahagi jisim tanpa berbaki.

Page 21: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

21

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 29 (5 Ogos – 6 Ogos 2013)

Unit 8: Isipadu Cecair

1. Menyukat

Isipadu Cecair.

1. Menyukat dan

membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai.

2. Memahami

hubungan antara unit dalam isipadu cecair.

1. Membaca isipadu cecair dalam

liter dan milliliter. 2. Menulis sukatan isipadu cecair

kepada skala persepuluh yang hampir dalam: a) liter b) mililiter

3. Mengukur dan merekod isipadu

cecair dalam liter dan milliliter. 4. Menganggar isipadu cecair

dalam liter dan milliliter. 1. Menukar unit isipadu cecair

daripada a) liter kepada mililiter, b) mililiter kepada liter, c) liter dan mililiter kepada liter, d) liter dan milliliter kepada

militer.

Murid menyukat, membaca dan merekod isipadu cecair dalam liter dan milliliter dengan menggunakan bikar, silinder penyukat dan lain-lain. Guru memberi penekanan terhadap cara membaca isipadu cecair yang betul apabila menyukat dengan mengambil kira garisan di bawah permukaan cecair (meniskus). Buat anggaran secara teknik setengah atau gandaan. Memberi penekanan tentang hubungan: 1 ℓ = 1 000 mℓ Membuat latihan congak. Beri penekanan jawapan dalam nombor bercampur hingga dua tempat perpuluhan. Contoh: 5.8 ℓ = 5 800 mℓ 2 ℓ 500 mℓ = 2.5 ℓ 3 ℓ 520 mℓ = 3.52ℓ 4 ℓ 250 mℓ = 4250 mℓ Murid membina jadual hubungan antara unit dalam isipadu cecair. Murid menggunakan jadual penukaran unit untuk membuat penukaran daripada satu unit isipadu cecair kepada unit yang lain.

Page 22: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

22

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

12 Ogos – 16 Ogos 2013

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA DAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Minggu 30

(19 Ogos – 23 Ogos 2013)

Unit 8: Isipadu Cecair

2. Operasi Asas

Melibatkan Isipadu Cecair.

1. Tambah dan

tolak isipadu cecair.

2. Darab dan

bahagi isipadu cecair.

1. Menambah isipadu cecair yang

melibatkan penukaran unit dalam: a) liter b) mililiter c) liter dan mililiter.

2. Menolak isipadu cecair yang

melibatkan penukaran unit dalam: a) liter b) mililiter c) liter dan milliliter

1. Mendarab isipadu cecair yang

melibatkan penukaran unit dengan a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

2. Membahagi isipadu cecair yang

melibatkan penukaran unit dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

3. Menyelesaikan masalah harian

yang melibatkan isipadu cecair.

Murid menulis ayat matematik dalam bentuk lazim mewakili pengiraan melibatkan isipadu cecair. Contoh : 3 ℓ 450 mℓ + 2ℓ 310 mℓ = 5.76 ℓ 3 ℓ 450 mℓ + 2 ℓ 310 mℓ 5 ℓ 760 mℓ 5 ℓ 760 mℓ = 5.76 ℓ 3 450 mℓ 3.45 mℓ + 2 310 mℓ + 2.31 mℓ 5 760 mℓ 5.76 mℓ Murid membahagi isipadu cecair dengan menggunakan teknik konvensional. Murid membahagi isipadu cecair dengan menggunakan teknik konvensional. Murid membina soalan penyelesaian masalah yang melibatkan penukaran unit daripada isipadu cecair yang diberi.

Page 23: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

23

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 31

(26 Ogos – 30 Ogos 2013)

Unit 9: Bentuk Dan Ruang

1. Bentuk Dua

Dimensi

1. Memahami

perimeter bentuk dua dimensi.

2. Memahami

luas bentuk dua dimensi.

1. Mengenal pasti sisi bagi:

a) segi empat sama b) segi empat tepat c) segi tiga.

2. Mengukur dan merekod

perimeter bagi: a) segiempat sama b) segiempat tepat c) segitiga.

1. Mengenalpasti dimensi bagi:

a) segi empat sama b) segi empat tepat.

2. Membuat perbandingan jumlah

petak bagi saiz: a) segi empat tepat b) segi empat sama.

3. Mengukur dan mencatat sisi

segiempat sama dan segi empat tepat.

Murid melukis segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga dan menerangkan ciri-ciri bentuk. Murid mengukur perimeter bagi bentuk diberi dengan menggunakan alat pengukur seperti benang, tali dan pembaris. Segi empat sama dan segi empat tepat, mempunyai empat sisi.Segi tiga mempunyai tiga sisi. Memastikan perimeter bagi bentuk segi empat sama, segi empat tepat atau segi tiga adalah sama dengan jumlah panjang sisi. Murid melukis segi empat sama atau segi empat tepat dan melabel panjang dan lebar bagi bentuk tersebut. Murid membina pelbagai bentuk dengan jumlah jubin yang sama. Murid menggunakan pembaris untuk mengukur sisi segi empat sama dan segi empat tepat. Pastikan luas untuk segi empat sama dan segi empat tepat ialah hasil darab 2 sisi bentuk tersebut.

Page 24: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

24

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

3. .Mencari luas

dan perimeter bentuk 2D.

1. Mengira luas segiempat sama

dan segi empat tepat. 2. Menyelesaikan masalah yang

melibatkan perimeter dan luas bentuk 2D.

Sentimeter persegi dan meter persegi adalah unit ukuran untuk luas. cm2 mewakili sentimeter persegi. m2 mewakili meter persegi. Hadkan bentuk kepada segi empat sama dan segi empat tepat sahaja. Murid mengira luas dengan menggunakan rumus: Luas = Panjang × Lebar Murid menyelesaikan masalah harian berdasarkan jadual dan gambar rajah. Latih murid mencongak dan menganggar dalam menyelesaikan masalah perimeter dan luas.

Minggu 32 (2 Sep – 6 Sep 2013)

Unit 9: Bentuk dan Ruang

1. Bentuk Tiga

Dimensi.

1. Memahami

isipadu kubus dan kuboid.

1. Mengenalpasti bentuk kubus dan

kuboid. 2. Membandingkan dengan satu

unit kubus a) kuboid b) kubus

3. Mengukur dan merekod sisi bagi

kubus dan kuboid.

Hadkan hanya kepada bentuk kubus dan kuboid. Sisi bagi kubus dan kuboid adalah panjang, lebar dan tinggi. Murid melukis bentuk tiga dimensi bagi kubus dan kuboid daripada ukuran yang diberi. Murid melukis bentangan kuboid daripada ukuran yang diberi. Label sisi kuboid yang dibina.

Page 25: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

25

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

2. Mencari isipadu

kubus dan kuboid.

1. Mengira isipadu kiub dan kuboid. 2. Menyelesaikan masalah isipadu

kubus dan kuboid.

Memastikan isipadu sesebuah kubus atau kuboid adalah hasil darab tiga sisi (panjang, lebar dan tinggi). Unit piawai bagi isipadu ialah meter padu (m3). Unit yang lebih kecil ialah sentimeter padu (cm3). Murid mengira isipadu dengan menggunakan rumus: Isipadu = panjang × lebar × tinggi Murid menyelesaikan masalah harian berdasarkan jadual dan gambar rajah.

Minggu 33 (9 Sep – 13 Sep 2013)

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Minggu 34

(16 Sep – 20 Sep 2013)

Unit 10: Data Handling

1. Piktograf

1. Menggunakan

piktograf untuk membaca dan memapar maklumat / data.

1. Menyatakan ciri-ciri piktograf:

a) gambar yang digunakan untuk menerangkan maklumat

b) tajuk bagi graf c) nilai yang diwakili oleh satu

gambar yang ditunjukkan. 2. Mengumpul dan mentafsir

maklumat daripada piktograf.

Menggalakkan murid untuk membina cerita daripada piktograf tersebut. Murid menceritakan tentang piktograf yang ditunjukkan oleh guru: Guru membimbing murid mentafsir maklumat daripada piktograf dan disesuaikan dengan soalan. Libatkan aktiviti pengiraan untuk menunjukkan jumlah atau kuantiti. Membuat bandingan dan mencari jumlah.

Page 26: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

26

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

1. Menggunakan

piktograf untuk membaca dan memapar maklumat / data.

3. Murid membina piktograf bagi

menggambarkan maklumat yang diberi.

4. Menyelesaikan masalah harian

berpandukan piktograf yang diberikan.

Gunakan langkah berikut ketika membina piktograf: a) menggunakan nombor atau simbol

yang sama untuk menunjukkan satu unit atau lebih.

b) tulis tajuk bagi piktograf. c) pastikan piktograf mempunyai

penunjuk. Hadkan kepada 5 baris atau lajur. Guru memberi maklumat dalam bentuk jadual dan murid diminta menukar maklumat kepada piktograf. Guru memberi pendedahan masalah harian kepada murid dalam bentuk piktograf daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan lain-lain. Penekanan kepada 5 aspek dalam perwakilan data: a) mengenalpasti masalah b) rancang data yang akan dikumpul

dan analisis yang akan dibuat c) kumpul data dalam pelbagai cara,

contoh melalui tinjauan atau melalui data sedia ada

d) memproses dan mempersembahkan data

e) mentafsir dan membincang-kan keputusan.

Page 27: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

27

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 35

(23 Sep – 27 Sep 2013)

Unit 10: Perwakilan Data

2. Graf Bar

1. Menggunakan

graf palang untuk membaca dan memaparkan data.

1. Menyatakan ciri-ciri graf palang

a) tajuk b) apakah

2. Mengeluarkan dan menganalisa

maklumat daripada graf palang. 3. Membina graf palang

berdasarkan maklumat yang diberi.

4. Menyelesaikan masalah harian

berpandukan graf palang yang diberikan.

Guru menunjukkan graf palang dan murid berbincang. Menggalakkan murid untuk membina cerita daripada graf palang yang ditunjukkan. Graf palang ditunjukkan secara mencancang atau mengufuk bagi mewakili maklumat. Guru membimbing murid untuk mengumpul dan menganalisa maklumat daripada graf palang dengan menggunakan soalan yang bersesuaian. Melibatkan aktiviti pengiraan untuk menunjukkan jumlah atau kuantiti, membuat perbandingan dan mencari jumlah kuantiti. Gunakan langkah berikut ketika membina graf palang: a) Menentukan apakah yang diwakili

olehpaksi mencancangdan mengufuk.

b) Tulis tajuk bagi graf palang. Hadkan kepada 5 baris atau lajur. Guru memberi maklumat dalam bentuk jadual dan murid diminta menukar maklumat kepada graf palang. Guru memberi pendedahan masalah harian kepada murid dalam bentuk graf bar daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan lain.

Page 28: Rancangan tahunan math tahun 4 2013 versi bm

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 4 2013

28

MINGGU TOPIK BIDANG

PEMBELAJARAN OBJEKTIF

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Minggu 36 (30 Sep – 4 Okt 2013)

ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Minggu 37 (7 Okt – 11 Okt 2013)

PEPERIKSAAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 2 (PKSR 2)

Minggu 38 – Minggu 41 (21 Okt – 8 Nov 2013)

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Minggu 42

(11 Nov – 15 Nov 2013)

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013 (HAKA 2013)

18 Nov 2013 – 3 Jan 2014) CUTI AKHIR TAHUN