rancangan pengajaran harian tmk t6 2016.docx

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Kelas : 6 Musytari Tarikh : 30 April 2016 Hari : Khamis Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi (60 minit) Bilangan murid : 30 orang Tema/Topik : Pengaturcaraan Standard Kandungan : 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod Dan Carta Alir. Standard Pembelajaran : 2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir. 2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma. 2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod. 2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir. Objektif PdP : Pada akhir PdP murid akan dapat : 1. Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma. 2. Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod. 3. Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir. Kriteria Kejayaan :

Upload: noor-farhana-oman

Post on 13-Sep-2015

104 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran: Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)Kelas: 6 MusytariTarikh: 30 April 2016Hari: KhamisMasa: 8.40 pagi 9.40 pagi (60 minit)Bilangan murid: 30 orangTema/Topik: PengaturcaraanStandard Kandungan : 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod Dan Carta Alir.Standard Pembelajaran : 2.4Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.2.4.1Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.2.4.2Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.2.4.3Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.Objektif PdP: Pada akhir PdP murid akan dapat :1. Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.2. Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.3. Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.Kriteria Kejayaan :1. Murid dapat menyatakan perbezaan antara secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.BBB: MS Word, Kertas Mahjong, Pen Marker, Lembaran Kerja, Pemancar LCDKBAT: Menganalisis dan MenilaiEMK: Keusahawanan, Penerangan Aktiviti :

PERINGKATKANDUNGAN

LANGKAH / AKTIVITICATATAN

Set Induksi (5 minit)

Tayangan video pembuatan makanan. 1. Guru memulakan pengajaran dengan menayangkan satu video berkaitan penyediaan sandwich sardin. 2. Murid diajukan beberapa soalan: Apa yang kamu perhatikan daripada video tersebut? 3. Guru mengaitkan video dengan tajuk PdP pada hari ini.

Strategi/Teknik : 1. Perbincangan

BBB : 1. Video

Langkah 1(15 minit)

Penerangan mengenai Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir1. Guru memaparkan cara penyediaan sandwich sardin.2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil pelbagai aras dalam satu kumpulan.3. Setiap kumpulan diberikan tugas untuk membina algoritma, pseudokod dan carta alir berdasarkan paparan yang telah diberi. 4. Guru membimbing murid membina algoritma, pseudokod dan carta alir.Strategi/Teknik : 1. Perbincangan

BBB : 1. Paparan MS Word2. Kertas Mahjong3. Pen Marker

Langkah 2(15 minit)

Menyelesaikan masalah 1. Guru memberikan satu situasi kepada murid : Jika ada ahli yang tidak menyukai mayonis, apa kamu akan buat? Mayonis merupakan satu bahan pilihan dalam penyediaan sandwich sardin.2. Guru menerangkan cara memasukkan pilihan tunggal dalam algoritma, pseudokod dan carta alir.3. Murid membina semula algoritma, pseudokod dan carta alir dengan memasukkan pilihan tunggal.Strategi/Teknik : 1. Perbincangan2. Soal Jawab

BBB : 1. Paparan MS Word2. Kertas Mahjong3. Pen Marker

Langkah 3(15 minit)Pembentangan 1. Murid-murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan kelas.2. Setiap kumpulan menerangkan setiap perbezaan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.3. Guru dan murid memberi pandangan dan bersoal jawab berdasarkan pembentangan hasil kerja kumpulan. Strategi/Teknik : 1. Pembentangan 2. Perbincangan3. Soal Jawab

BBB : 1. Kertas Mahjong2. Pen Marker

Penilaian(7 minit)Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. (Modul TMK Tahun 6 2.0 m/s 39&40)2. Guru dan murid membincangkan jawapan bagi lembaran kerja yang telah diberikan.Strategi/Teknik : 1. Perbincangan

BBB : 1. Lembaran Kerja

Penutup(3 minit)Rumusan1. Guru bertanya kepada murid apa yang diajar pada hari ini.2. Guru mengaitkan sesi PdP pada hari ini dengan situasi harian.3. Guru menasihatkan murid supaya merancang setiap aktiviti terlebih dahulu dan membuat pilihan terbaik supaya lebih sistematik dan tersusun. Strategi/Teknik : 1. Perbincangan

BBB :

Refleksi :

PENILAIAN 3

A. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang betul.Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.PseudokodCarta Alir

Goreng ayam

Mula

Potong ayam

Hidang ayam goreng

Salut ayam dengan tepung

Tamat

Gaul ayam dengan garam

B. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang betul.Penyediaan Ayam Goreng.PseudokodCarta Alir

Goreng ayam

Jika mahu rangup

Mula

Potong ayam

Hidang ayam goreng

Tamat

Salut ayam dengan tepung tempura

Gaul ayam dengan garam