rancangan-pengajaran-geografi-tingkatan-1.docx

7
RANCANGAN PENGAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 Nama Guru : Nurliza Binti Azman Tarikh : 12 Mac 2015 Masa : 9-10 Pagi Subjek : Geografi Tajuk Pelajaran: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Tingkatan : 1 Amanah Jumlah Pelajar :10 Orang Kemahiran kecil: Guru akan menekankan kemahiran yang digunakan dan diamalkan dalam kelas iaitu mempelbagaikan kaedah demonstrasi. Berikut merupakan beberapa kemahiran lain yang turut digunakan oleh guru dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1) Menunjukkan bahan-bahan tertentu. 2) Mengemukakan soalan. 3) Mengadakan pertemuan mata dengan memandang seluruh kelas. 4) Gerak isyarat dan interaksi antara guru dengan pelajar. Objektif am: Murid dapat mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Upload: najihah-tarmizi

Post on 26-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 1

Nama Guru : Nurliza Binti Azman

Tarikh : 12 Mac 2015

Masa : 9-10 Pagi

Subjek : Geografi

Tajuk Pelajaran: Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Tingkatan : 1 Amanah

Jumlah Pelajar :10 Orang

Kemahiran kecil: Guru akan menekankan kemahiran yang digunakan dan diamalkan dalam kelas iaitu mempelbagaikan kaedah demonstrasi.

Berikut merupakan beberapa kemahiran lain yang turut digunakan oleh guru dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Menunjukkan bahan-bahan tertentu.

2) Mengemukakan soalan.

3) Mengadakan pertemuan mata dengan memandang seluruh kelas.

4) Gerak isyarat dan interaksi antara guru dengan pelajar.

Objektif am: Murid dapat mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Objektif khusus: Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:

1. Menyenaraikan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

2. Menjelaskan dengan contoh kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mengurangkannya.

3. Merumus kesan buruk jika alam sekitar tidak dipelihara.

Nilai moral:1. Dapat memupuk kesedaran murid terhadap penjagaan alam sekitar.

2.Melahirkan sikap sayangkan alam sekitar.

3.Mengelakkan murid daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan alam sekitar.

Alat bantu mengajar (ABM): 1. Pertunjukan video.

2. Mengaitkan bahan-bahan buku teks dengan kehidupan sebenar.

Pengetahuan sedia ada: Murid mengetahui kesan negatif akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal terhadap alam sekitar.

LANGKAH DAN MASA

ISI PEMBELAJARAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI PELAJAR

CATATAN

Langkah 1

Pengenalan tajuk

( 5 minit )

Set induksi

Penerangan mengenai aktiviti-aktiviti manusia yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Menunjukkan video tentang aktiviti manusia yang boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar

Aktiviti 1 :

Pemaparan video pembelajaran.

Murid diminta untuk memberikan tumpuan terhadap video yang ditayangkan.

Memberikan perhatian

Murid mendengar dan melihat sendiri impak negatif kegiatan manusia terhadap alam sekitar melalui video.

Video

Menerangkan dan memberikan contoh

( 20 minit )

Menjelaskan dengan contoh kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mengurangkannya

Aktiviti 2

Penerangkan melalui interaksi antara guru dan murid,

Penerangan tentang kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dengan memberikan contoh dan menjelaskan cara-cara mengatasinya

Murid mendengar penerangan daripada guru dan boleh bertanya sekiranya ada kemusykilan.

Interaksi dua hala

Papan putih

Aktiviti soal jawab

( 15 minit)

Memberi persoalan tentang aktiviti manusia yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasinya

Aktiviti 3 : Aktiviti soal jawab dalam bentuk kuiz

Meminta pelajar untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan dan memberikan ganjaran kepada murid yang dapat menjawab dengan betul.

Murid akan berusaha untuk mencari jawapan yang betul dan seterusnya mendapat ganjaran daripada guru

Kuiz

Selepas

Rumusan

Guru membuat rumusan tentang tajuk yang telah dipelajari.

Guru mengenal pasti isi pembelajaran yang telah dikuasai dan belum dikuasai oleh murid.

Guru memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul

Guru memberikan kerja rumah

Murid membuat catatan

Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul akan menerima ganjaran