rancangan kareografi persembahan kreatif

7
1.0 Perancangan Kareografi Persembahan Tajuk : Kehidupan Nelayan Masa Persembahan : 15 minit Objektif: Kognitif 1.Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea. 2. Memperkembangkan imaginasi pergerakan 3. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif Psikomotor 1. Melakukan aktiviti di ruang diri dan di ruang am dalam berbagai arah, aras, dan ekstensi. 2. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan daya cipta kreatif Afektif 1.Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap rangsangan bunyi (muzik, suara) dan visual (design) 2. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu serta semangat berkumpulan dalam pergerakan 3.Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya, masa dan ruang. Jumlah Murid : 10 orang 5 Alatan / props / costume : jala, model perahu, pendayung, Pakain Nelayan ( seluar panjang , t- shirt ,kain ikat kepala dan terendak.pita rakaman bunyi ombak,angin,ayam berkokok, dan kicauan burung. Latar Bunyi / irama / lagu yang akan digunakan : Balada seorang nelayan tua Aspek keselamatan yang harus diutamakan : 1. Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya semasa berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Memberi penjelasan/ taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung. Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang kejohanan. Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa pertandingan sedang berjalan. Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan.Kedudukan hakim garisan, pembantu

Upload: herwin-ronny

Post on 28-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pendidiikan Jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

1.0 Perancangan Kareografi Persembahan

Tajuk : Kehidupan Nelayan

Masa Persembahan : 15 minit

Objektif:

Kognitif

1.Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh

badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.

2. Memperkembangkan imaginasi pergerakan

3. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif

Psikomotor

1. Melakukan aktiviti di ruang diri dan di ruang am dalam berbagai arah, aras, dan ekstensi.

2. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan daya cipta kreatif

Afektif

1.Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap rangsangan bunyi

(muzik, suara) dan visual (design)

2. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu serta semangat berkumpulan

dalam pergerakan

3.Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya, masa dan ruang.

Jumlah Murid : 10 orang

5

Alatan / props / costume : jala, model perahu, pendayung, Pakain Nelayan ( seluar panjang , t-

shirt ,kain ikat kepala dan terendak.pita rakaman bunyi ombak,angin,ayam berkokok, dan

kicauan burung.

Latar Bunyi / irama / lagu yang akan digunakan : Balada seorang nelayan tua

Aspek keselamatan yang harus diutamakan :

1. Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya

semasa berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah

Memberi penjelasan/ taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan

berlangsung. Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu

dipatuhi sepanjang kejohanan. Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa

pertandingan sedang berjalan. Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena

Page 2: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

pertandingan.Kedudukan hakim garisan, pembantu hakim, dan penjaga masa hendaklah pada

kedudukan yang betul bagi keselamatan sepanjang pertandingan. Para penonton adalah di larang

untuk memasuki arena pertandingan. Kedudukan jurulatih dan gimnas simpanan dengan

gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8 m.

2.0 Hurian Kareografi Mengikut Segmen Jenis Pergerakan.

SEGMEN 1

1. Jenis Pergerakan

sebaik sahaja lagu balada seorang nelayan tua dimainkan, semua murid naik ke atas pentas

melakukan situasi yang menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang berehat atau tidur di

suatu malam di sebuah perkampungan nelayan. Kemudian,bunyi ayam berkokok dan kicauan

burung ,seorang demi seorang akan bangun kerana hari beransur siang dan mereka perlu

menyiapkan diri untuk bekerja.

2. Tema dan unsur pergerakan

Dalam situasi ini, tema yang terdapat dalam perlakuan ini adalah kesedaran ruang yang menjurus

kepada arah pergerakan secara terlentang iaitu kedudukan tubuh badan yang berada dalam

keadaan tidur terlentang.

6

3. Masa mengikut segmen

1 minit

4. Rangsangan

Manusia akan cepat memberi tindak balas kepada persekitarannya atau keadaan diri mereka

sendiri sama ada berada dalam keadaan tubuh badan yang cergas atau keletihan. Jadi perlakuan

manusia yang perlu berehat atau tidur adalah sesuatu yang melibatkan pergerakan statik.

Segmen 2

1. Jenis Pergerakan.

sekumpulan manusia yang sedang melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan di mana-mana

tempat. Aktiviti mandi atau membersihkan diri selepas bangun dari tidur, sering dilakukan oleh

semua orang di awal pagi.

2. Tema dan unsur pergerakan

Tema yang terdapat di dalam situasi di atas adalah berkaitan dengan kesedaran tubuh badan

manusia supaya menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan diri sendiri dan keluarga.

Page 3: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

3. Masa mengikut segmen

2 minit

4. Rangsangan

Setiap manusia yang mempunyai akal yang waras perlu tahu menjaga kebersihan diri dan

keluarga. Dalam perlakuan mandi atau menjaga kebersihan diri ini akan memberitahu kepada

kita secara tidak langsung mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri dengan betul.

7

Segmen 3

1. Jenis Pergerakan

Seterusnya lagu Balada Seorang Nelayan Tua dimainkan .Ketika itu perlakuan yang menjadi

keperluan manusia iaitu situasi yang menunjukkan sekumpulan manusia sedang berkongsi

makanan dan menikmati makanan yang berkhasiat dan lazat di suatu pagi.

2. Tema dan unsur pergerakan

Penyesuaian terhadap rakan melalui hubungan dan komunikasi dalam sesuatu kumpulan

menerusi pergerakan-pergerakan asas semasa melakukan aktiviti tersebut dapat diterapkan dalam

perlakuan seperti gambar di atas.

3. Masa mengikut segmen

2 minit

4. Rangsangan

Perlakuan ini sangat penting dalam kehidupan seharian.Sarapan pagi dapat memberikan sesuatu

tenaga baru untuk memulakan tugasan pada hari tersebut tanpa mengakibatkan masalah kepada

pelakunya.

SEGMEN 4

1. Jenis Pergerakan

Perlakuan seterusnya adalah suatu pergerakan asas yang biasa dilakukan oleh sekumpulan

nelayan yang berjalan secara berkumpulan menuju ke pantai atau laut untuk menjalankan aktiviti

menangkap ikan.Ketika ini bunyi ombak dan angin serta lagu balada seorang nelayan tua

dimainkan sekali lagi dimainkan bagi mengwujudkan suasana di pantai.

2.Tema dan unsur pergerakan

Dalam situasi ini, tema yang diterapkan adalah mengenai kesedaran tubuh badan manusia.

Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor tubuh badan.Pergerakan aktiviti berjalan

Page 4: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

ini boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Sebagai contoh mengikut rentak atau irama

muzik.

8

3. Masa mengikut segmen

2 minit

4. Rangsangan

Sepertimana yang diterangkan di atas, pergerakan ini boleh dilakukan secara bebas,terkawal ,

secara individu atau berkumpulan. Ia dirangsangankan dengan rentak irama muzik atau perilaku

seseorang yang melakukan pergerakan mengikut sifat-sifat individu lain sebagai contoh berjalan

seperti seorang model atau pramugari.

Segmen 5

1.Jenis pergerakan

Situasi di atas merupakan suatu aktiviti kebiasaan sebagai seorang nelayan untuk memulakan

pekerjaan mereka di kawasan pantai. Perlakuan ini menunjukkan sekumpulan nelayan yang

sedang menolak bot nelayan ke gigi air laut.

2. Tema dan unsur pergerakan

Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangan kepada beban dan

masa.Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan terdapat rintangan. Seseorang yang

mencangkung untuk mengangkat suatu beban dapat menghasilkan kesan berat - kuat kepada

pergerakan tersebut.

3. Masa mengikut segmen

2 minit

4.Rangsangan

Situasi di atas adalah merupakan suatu aktiviti yang biasa berlaku dalam kehidupan harian setiap

manusia. Mereka yang melakukan aktiviti pergerakan tersebut akan merasa sedikit kepenatan

dan kehausan selepas mengangkat suatu bebanan yang berat.

9

Segmen 6

1.Jenis Pergerakan

Situasi ini pula adalah merupakan suatu pekerjaan yang sudah menjadi kebiasaan kepada setiap

nelayan yang mahu menggerakkan bot mereka di laut secara tradisional.Aktiviti ini dipanggil

Page 5: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

mendayung.Ianya perlu dilakukan dengan betul supaya bot yang naiki tidak terbalik.Bagi

melancarkan perlakuan ini seorang pengemudi diperlukan supaya arah adalah tempat yang betul

2. Tema dan unsur pergerakan

Dalam situasi ini juga, penyesuaian terhadap rakan dan persekitaran menjadi tema yang

diterapkan dalam pergerakan tersebut. Ia berbentuk kerjasama di dalam satu kumpulan atau

pasukan. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilakukan melalui ketua dan pengikut dan

antara ahli kumpulan.

3. Masa mengikut segmen

2 minit

4. Rangsangan Perlakuan ini mempunyai banyak perkara yang dirangsangkan untuk dilakukan

dengan betul. Ahliahli kumpulan akan menerima arahan dari pengemudi untuk memulakan

dayungan dan mengawal bot nelayan mereka dari pukulan ombak dengan cara yang selamat.

Segmen 7

1. Jenis Pergerakan

Situasi yang berlaku seterusnya adalah sekumpulan nelayan sedang memasang pukat tunda untuk

dipasangkan ke dalam laut.Perlakuan ini perlu dilakukan dengan cara berkumpulan.Ia juga

dilakukan dengan cara da teknik yang betul dan tepat.

2. Tema dan unsur pergerakan

Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma yang berkaitan dengan pekerjaan.

Ianya adalah suatu komponen yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif. Perlakuan

10

pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat , di mana ritma yang

terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh bergerak.

3. Masa mengikut segmen

2 minit

4. Rangsangan

Di sini terdapat beberapa rangsangan yang telah diterapkan di dalam situasi begini . Contohnya

bagaimana seseorang nelayan itu mendapat rangsangan melalui pergerakan memasang pukat

tundanya yang berkeadaan berat dan panjang.

Segmen 8

1. Jenis Pergerakan

Page 6: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

Perlakuan seterusnya adalah menggambarkan sekumpulan nelayan sedang menarik pukat tunda

ke dalam bot nelayan. Dalam situasi ini para nelayan yang mencari rezeki di lautan terpaksa

berpanas dan berhujan semasa menjalan aktiviti pekerjaan mereka di tengah lautan.

2. Tema dan unsur pergerakan

Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma yang berkaitan dengan pekerjaan.

Ianya adalah suatu komponen yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif.Perlakuan pekerjaan

ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat , di mana ritma yang terdapat

semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh bergerak.

3. Masa mengikut segmen

2 minit

11

Segmen 9

1. Jenis Pergerakan

Situasi seterusnya adalah saat-saat yang dinantikan oleh setiap orang nelayan iaitu mengutip

hasil tangkapan mereka yang terdapat di pukat mereka.Di masa inilah mereka mengasingkan

jenis tangkapan yang diperolehi untuk dijual nanti.

2. Tema dan unsur pergerakan

Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma yang berkaitan dengan pekerjaan.

Ianya adalah suatu komponen yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif.Perlakuan pekerjaan

ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat , di mana ritma yang terdapat

semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh bergerak.

3. Masa mengikut segmen

2 minit

Segmen 10

1.Jenis Pergerakan

Setelah pulang ke daratan sekumpulan nelayan tersebut terus mengangkat hasil tangkapan

mereka untuk dijual kepada pemborong atau untuk keperluan sendiri. Situasi di atas di mana

sekumpulan nelayan sedang memikul bakul yang berisi ikan untuk dijual kepada peraih.

2.Tema dan unsur pergerakan

Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangankepada beban dan

masa. Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan mendapat rintangan. Seseorang yang

Page 7: Rancangan Kareografi Persembahan Kreatif

memikul barang yang berat dapat menghasilkan kesan berat-kuat kepada pergerakan tersebut.

3. Masa Mengikut segmen

1 minit

12

4 . Rangsangan

Rangsangan yang telah diselitkan atau diterapkan dalam perlakuan di atasa dalah mereka sentiasa

menunjukkan kerajinan dan sentiasa saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa

menunggu arahan daripada ketua.

3.0 Penutup

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang

mendalam kepada murid-murid. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru memerlukan latihan

supaya pergerakan yang dilakukan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Apa yang

diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam

pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan

menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri.

Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid

membesar dan berkembang sebagai individu . Guru-guru juga bertanggungjawab memberi

peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran.