[first - 21] bh/dalam negeri/pages 24/05/14 coverage/afcc 2014/afcc...eharyani ismail...

1
BELIAU melalui jerih payah me- ngarah filem Melayu, Banting, yang dinanti-nantikan di pawagam sempena musim Lebaran sekitar Ogos ini. Namun, pada 3 Jun ini, penga- rah kreatif syarikat penerbitan Pap- ahan Films, Encik M. Raihan Halim, 32 tahun, akan menjadi pa- nelis sidang puncak media Pesta Asia bagi Kandungan Bahan Kanak-Kanak (AFCC) di Perpusta- kaan Negara. Encik Raihan akan membincang- kan topik ‘What Are Kids Watch- ing On Local TV?’ (Apakah yang Kanak-Kanak Tonton di Televisy- en Setempat?) di sidang itu. Panelis lain terdiri daripada Ke- tua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Kreatif Ochre Pictures, Cik Jean Yeo; dan Pengarah Pem- programan Kanan, Pengurusan Saluran/Strategi Program dan Pe- rancangan Televisyen di saluran ok- to MediaCorp, Cik Catherine Yap. Pengarah Kreatif The Moving Visuals Co, Encik Galen Yeo, ad- alah moderator sesi itu yang cuba mengupas pilihan kanak-kanak masa kini yang terdedah pada ban- yak pilihan bahan, termasuk di dalam talian Internet. Encik Raihan yang berpengala- man menghasilkan program kanak-kanak bagi saluran Media- Corp Suria, okto, Channel U dan Vasantham Central, berkata: “Saya dibesarkan sekitar tahun 1980-an. Tentunya dalam menarik generasi teknologi canggih, kita tidak mampu menggunakan formu- la dahulu. “Lihat sahaja kartun Ben 10. Apa yang relevan empat tahun lalu dah tak boleh diterapkan dalam musim baru kartun itu. “Kita lihat perubahan sesuai de- ngan konteks dan keperluan masa kini.” Papahan Films, jelasnya, bertu- ah diberi peluang bereksperimen dengan beberapa program kanak-kanak yang menyisipkan un- sur kespontanan, realiti dan unsur lama diperbaharui. What? I’m On A Gameshow yang telah disiarkan adalah pro- gram permainan kuiz yang dibawa kepada peserta yang langsung tidak menduga mereka menyertain- ya. “Kanak-kanak hari ini amat ber- beza. Mereka selalu dahagakan ke- lainan dan mudah bosan kalau perkara yang sama diulang-ulang kerana mereka banyak pilihan ba- han tontonan,” tambah Encik Raihan yang pernah menghasilkan telemovie Yazid Pakai Lampin yang memenangi Anugerah Drama Khas Terbaik di Pesta Perdana 2009. Bagi siaran tahun depan, pihak- nya akan menghasilkan program untuk saluran MediaCorp Suria Legenda yang memberi kesegaran kepada kisah-kisah dongeng lama seperti Badang dan Puteri Gunung Ledang. Program Bossa Boys bagi salu- ran okto pula menggunakan sukan bossaball (bermain bola tampar atas pelantar persis bouncy castle) sebagai teras. Pengarah seru beri kelainan kepada kanak-kanak KESPONTANAN DAN INTERAKSI: Pengarah kreatif Papahan Films, Encik M. Raihan Halim menyelami cita rasa kanak-kanak yang sukakan keunikan dalam program-program televisyennya.

Upload: nguyenliem

Post on 09-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EHARYANI ISMAIL

[email protected]

TIDAK pernah terlintas di fiki-ran Cik Jumaini Ariff bahawa be-liau mampu membangun kerjayapenulisan bersandarkan pengala-man harian dua cahaya matanya,Umair dan Humaira.

Selepas meninggalkan kerjayaguru prasekolah dan kemudian pe-gawai keperluan khas di Kementeri-an Pendidikan (MOE) lebih sede-kad lalu, sangkanya hidupnya ha-nya berlegar di sekeliling tugas se-bagai suri rumah.

Rupa-rupanya, idea menghasil-kan buku Siri Ariff Ingin Tahu yangdilancarkan di The Arts House,Mac tahun lalu, ditebar jauh se-hingga membuka peluang demi pe-luang bagi Cik Jumaini, 35 tahun.

Jika dahulu beliau hanya mam-pu melukis tangan dengan penselbagi ilustrasi buku-bukunya, beliauterdorong mengikuti kelas sofweAdobe Illustrator di Akademi SeniHalus Nanyang (Nafa) agar ilustrasibagi versi buku elektroniknya dap-at dilakukan sendiri.

Nikmat terbesar baginya adalahmelihat Siri Ariff Ingin Tahu (seban-yak enam tajuk buat masa ini) diter-bitkan dalam versi elektronik sertaditerjemahkan ke bahasa Inggerisdan bahasa Arab.

Semuanya menjadi kenyataanhasil usaha penerbit bukunya, Pus-taka Nasional, serta sokongan Pen-guasa Pembangunan Media (MDA)dan Majlis Seni Kebangsaan(NAC).

Pada 1 Jun ini, satu lagi peluangbaginya berkongsi pengalamanmenulis terbuka menerusi programawam sempena Pesta Asia bagiKandungan Bahan Kanak-Kanak(AFCC).

Program percuma dalam bahasaMelayu itu bertajuk Melestarikan

Kembali Cinta Kepada Buku Ceri-ta Bahasa Melayu – Kembali Kepa-da Asas dan berlangsung di Perpus-takaan Awam Bedok.

AFCC yang dianjurkan MajlisPembangunan Buku Nasional Sin-gapura (NBDCS) menyatukanpenghasil kandungan bahan ba-caan, program televisyen, filemdan bahan berbilang media buatkanak-kanak.

Ibu bapa, guru, pustakawan dansesiapa sahaja yang berminat mem-pertingkat mutu bahan bacaan dantontonan kanak-kanak di Asia jugadipelawa menyertai pelbagai acarayang disajikan antara 30 Mei den-gan 4 Jun.

Sewaktu ditemui Gah! di ibu pe-jabat NBDCS di Perpustakaan Gey-lang East baru-baru ini, Cik Ju-maini yang begitu teruja dengan pe-luang berkongsi pengalamannyaberkata:

“Saya harus berterima kasihdengan Pustaka Nasional keranamembuka pintu bagi saya menyer-tai AFCC ini. Mereka merasakantentu ada orang awam di luar sanayang mempunyai bakat terpendamdan ingin menulis. Mereka memer-lukan inspirasi daripada penulisyang karyanya sudah diterbitkan.

“Saya menulis kertas saranan ba-gi berkongsi pengalaman dalamAFCC dan ia diterima. Apa yangsaya harap dapat saya kongsi den-gan penulis lain adalah menjadikanpengalaman harian sebagai bahanpenceritaan.

“Karya saya misalnya, tidak ter-henti di sini sahaja. Ada lagi empattajuk yang saya akan usahakan. Siriini akan berkembang dengan mem-besarnya anak-anak saya. Merekayang berusia lapan dan lima tahun,saya didik menerusi buku-buku inijuga. Tentu nanti, watak Ariff yangmeningkat usia remaja akan mulamerungut tentang jerawat di pipin-ya!”

Di bengkel awam itu kelak, CikJumaini akan mengajak peserta me-neliti formula di sebalik kejayaanbukunya yang bertajuk SayangAdik, Bila Dewasa Nanti, JasaAtuk dan Nenek, Kasih Ibu danAyah, Hero Ibu! dan Selamat Ting-gal Siti.

Setiap buku disertakan dengankegiatan yang boleh dibuat bersa-ma ibu bapa dan senarai kosa kata.Peserta sesi juga berpeluangmelakar cerita secara berkumpulandengan menggunakan bahan hari-an sebagai inspirasi. Mereka akandiajar cara menyiapkan papan ceri-ta.

Di akhir sesi bengkel ini, merekaberpeluang mempersembahkankarya ciptaan mereka.

Ketika diminta mengulas ten-tang masalah kurangnya bahan ba-caan kanak-kanak dalam bahasaMelayu selari dengan konteks Sin-gapura, Cik Jumaini akui serayaberkata:

“Tentu bagi keluarga tanpakenderaan sendiri seperti saya, me-mang payah berkunjung ke JohorBahru untuk membeli bahan ba-caan. Lagipun, sukar mencari bukudengan tema yang boleh dikaitkandengan kehidupan di Singapura. Ke-banyakannya tentang kampung

atau kisah dongeng. Bukanlahtidak bagus atau kurang menarik,tetapi tentu kita perlukan bahandengan latar belakang Singapura.

“Keadaannya menyedihkansebab hari demi hari kita kian kehi-langan pembaca muda yang meru-pakan golongan pelapis. Faktor ket-andusan bahan bacaan sesuai itulahyang membuatkan anak-anak initidak minat dengan bahasa Mel-ayu.”

Dengan adanya bengkel itu, CikJumaini berharap beliau dapat kum-pulkan kelompok penulis yang seir-ing jalan ingin menghasilkan bukucerita kanak-kanak bagi projekakan datang.

BELIAU melalui jerih payah me-ngarah filem Melayu, Banting,yang dinanti-nantikan di pawagamsempena musim Lebaran sekitarOgos ini.

Namun, pada 3 Jun ini, penga-rah kreatif syarikat penerbitan Pap-ahan Films, Encik M. RaihanHalim, 32 tahun, akan menjadi pa-nelis sidang puncak media PestaAsia bagi Kandungan BahanKanak-Kanak (AFCC) di Perpusta-kaan Negara.

Encik Raihan akan membincang-kan topik ‘What Are Kids Watch-ing On Local TV?’ (Apakah yangKanak-Kanak Tonton di Televisy-en Setempat?) di sidang itu.

Panelis lain terdiri daripada Ke-tua Pegawai Eksekutif (CEO) danPengarah Kreatif Ochre Pictures,

Cik Jean Yeo; dan Pengarah Pem-programan Kanan, PengurusanSaluran/Strategi Program dan Pe-rancangan Televisyen di saluran ok-to MediaCorp, Cik Catherine Yap.

Pengarah Kreatif The MovingVisuals Co, Encik Galen Yeo, ad-alah moderator sesi itu yang cubamengupas pilihan kanak-kanakmasa kini yang terdedah pada ban-yak pilihan bahan, termasuk didalam talian Internet.

Encik Raihan yang berpengala-man menghasilkan programkanak-kanak bagi saluran Media-Corp Suria, okto, Channel U danVasantham Central, berkata:

“Saya dibesarkan sekitar tahun1980-an. Tentunya dalam menarikgenerasi teknologi canggih, kitatidak mampu menggunakan formu-la dahulu.

“Lihat sahaja kartun Ben 10.Apa yang relevan empat tahun laludah tak boleh diterapkan dalammusim baru kartun itu.

“Kita lihat perubahan sesuai de-ngan konteks dan keperluan masakini.”

Papahan Films, jelasnya, bertu-ah diberi peluang bereksperimendengan beberapa programkanak-kanak yang menyisipkan un-sur kespontanan, realiti dan unsurlama diperbaharui.

What? I’m On A Gameshowyang telah disiarkan adalah pro-gram permainan kuiz yang dibawakepada peserta yang langsungtidak menduga mereka menyertain-ya.

“Kanak-kanak hari ini amat ber-beza. Mereka selalu dahagakan ke-

lainan dan mudah bosan kalauperkara yang sama diulang-ulangkerana mereka banyak pilihan ba-han tontonan,” tambah EncikRaihan yang pernah menghasilkantelemovie Yazid Pakai Lampinyang memenangi Anugerah DramaKhas Terbaik di Pesta Perdana2009.

Bagi siaran tahun depan, pihak-nya akan menghasilkan programuntuk saluran MediaCorp SuriaLegenda yang memberi kesegarankepada kisah-kisah dongeng lamaseperti Badang dan Puteri GunungLedang.

Program Bossa Boys bagi salu-ran okto pula menggunakan sukanbossaball (bermain bola tamparatas pelantar persis bouncy castle)sebagai teras.

Tulis buku buka pintu rezeki

Pengarah seru beri kelainan kepada kanak-kanak

KESPONTANAN DAN INTERAKSI: Pengarah kreatif Papahan Films, Encik M. RaihanHalim menyelami cita rasa kanak-kanak yang sukakan keunikan dalamprogram-program televisyennya.

PROGRAM AWAM (BAHASAMELAYU)

Topik: Melestarikan KembaliCinta Kepada Buku CeritaBahasa Melayu – KembaliKepada Asas

Penceramah:Cik Jumaini Ariff

Tarikh:1 Jun 2014

Masa:11 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat:Perpustakaan Awam Bedok

Keterangan:Cik Jumaini akan berkongsipengalamannya menulis danmelukis buku-buku Siri AriffIngin Tahu.

Topik:Menggalakkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi DalamKanak-Kanak

Penceramah:Pensyarah Pendidikan AwalKanak-Kanak dan PendidikanKhas, Universiti PendidikanSultan Idris, Cik Fazeila Isa.Khusus Buat: Ibu bapa

Tarikh:1 Jun 2014

Masa:3 petang – 4.30 petang

Tempat:Perpustakaan Awam Bedok

Keterangan:Bengkel selama tiga jam inimenunjukkan carabagaimana buku ceritabergambar kanak-kanakdapat mendorong enamperingkat cara berfikir anak.Nota: Tiada bayarandikenakan bagi kededuaprogram. Keterangan lanjutmengenai keseluruhan acaraAFCC boleh diperolehimenerusi lamanwww.afcc.com.sg

TERUJA DENGAN SETIAP PELUANG: Cik Jumaini Ariff menggunakan kehidupan harian anak-anaknya, Umair dan Humairasebagai bahan bagi ‘Siri Ariff Ingin Tahu’ yang kini mempunyai versi elektronik dan turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris danbahasa Arab. - Foto JOHARI RAHMAT– Foto-foto JOHARI RAHMAT

Suri rumah dan mantan guru prasekolah kongsi pengalamandan panduan hasilkan buku kanak-kanak

PESTA ASIA BAGI KANDUNGAN BAHAN KANAK-KANAK

PROGRAM AWAM PESTA ASIABAGI KANDUNGAN BAHAN

KANAK-KANAK (AFCC)

Berita Harian | Sabtu, 24 Mei 2014 21

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan